bmm3108 kaedah struktural

2
Kaedah Analisis Sastera Teori Struktural Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang merupakan kaedah paling awal. Pengajaran dan Pembelajaran yang bertujuan memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaannya. Kaedah ini tidak mementingkan penghayatan atau penikmatan sastera. Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan atau strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu: • tema • persoalan • latar • plot • sudut pandangan • watak perwatakan • gaya bahasa • simbol / lambang • bentuk Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah karya itu, di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi mengkaji elemen di atas. Bagi pelajar karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan ke dalam diri, imaginasi, emosi, penerapan pengetahuan, manipulasi dan pengalaman kerohanian. Kaedah ini membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di atas. Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika, artistic dan keunikan sastera dengan mengambil lira aspek intinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk memudahkan lagi pemahaman pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsung dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya terhasil karya yang padu. Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu: • Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya. Perhubungan elemen ini akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan. • Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan pembaca. Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya boleh ditemui melalui analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk yang aktif. Posted by lepat at 3:27 AM KAEDAH Kaedah 1) Kaedah Struktural

Upload: princess-nikko

Post on 24-Jul-2015

445 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bmm3108 kaedah struktural

Kaedah Analisis Sastera Teori Struktural

Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang merupakan kaedah paling awal.  Pengajaran  dan Pembelajaran yang bertujuanmemahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan  binaannya. Kaedah ini tidak mementingkan penghayatan atau penikmatan sastera.  Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan atau strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:• tema• persoalan• latar• plot• sudut pandangan• watak  perwatakan  • gaya bahasa• simbol / lambang• bentuk

Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah karya itu, di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi mengkaji elemen di atas. Bagi pelajar karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan ke dalam diri, imaginasi, emosi, penerapan pengetahuan,  manipulasi  dan  pengalaman  kerohanian.  Kaedah ini membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di atas.Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika, artistic dan keunikan sastera dengan mengambil lira aspek intinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk memudahkan lagi pemahaman pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsung dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya terhasil karya yang padu.Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:

• Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya.  Perhubungan elemen ini akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan.• Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan pembaca.Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya boleh ditemui melalui analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk yang aktif.

Posted by lepat at 3:27 AM

KAEDAHKaedah1) Kaedah StrukturalPengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun karya sastera.

Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya; latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu; jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita, sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut pandangan seperti maha tahu, tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot seperti kronologi, antikronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai.

Page 2: Bmm3108 kaedah struktural

Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.KAEDAH STRUKTURAL·      Tujuan faham aspek kesusasteraan, sturktur & binaannya·      Tidak pentingkan pghayatan/penikmatan·      Analisis dari sudut pmbinaan/strukturnya·      Guna kaedah induktif bagi mgkaji elemen struktur·      Sesuatu itu wujud scr bebas bersendirianCIRI KAEDAH STRUKTURAL :

Perhubungan antara struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak perwatakan, latar, teknik, gaya bahasa, sudut pandangan yang akan bentuk kesuluruhannya.

Guna pendekatan induktif Dibimbing cari objektif tertentu elemen struktur Unsur struktur dikenal dulu sebelum pengajaran dimulakan Banyak dipandukn olh guru Bahan bantu mengajar tidak dipentingkn Kaedah yang sesuai di peringkat tinggi