bmm3107

10
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu Tajuk 1 Bidang Linguistik 1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan 1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan 1.3 Linguistik Kontekstual Sinopsis Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual. Hasil Pembelajaran (i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik (ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual (iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan Kerangka Tajuk Pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik Linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa Perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa Kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik 1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan 1

Upload: rosli-mohd-zaman

Post on 22-Jun-2015

459 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMM3107

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 1 Bidang Linguistik

1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan1.3 Linguistik Kontekstual

Sinopsis

Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan

Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik

Kontekstual.

Hasil Pembelajaran

(i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik

(ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan

linguistik kontekstual

(iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan

Kerangka Tajuk

Pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik

Linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa

Perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa

Kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik

1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan

Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji

aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.

Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.

Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan

dan psikologi.

1

Page 2: BMM3107

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,

kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku

teks.

Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula

digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa

asing.

Ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan

mengajarkan bahasa.

Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang

mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu

terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam buku ini kita hanya menyebut mengenai

penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.

Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang

meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.

Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan

kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa secara deskriptif.

Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa

yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.

Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu

usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga

sebagai sains gunaan.

Linguistik gunaan dikenali juga sebagai apllied linguistic atau linguistik aplikasi

mempunyai kaitan secara langsung dengan pengajaran bahasa.

Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajran bahasa, seseorang itu

sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan

mengajarkan bahasa dengan baik.

1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang

linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa supaya

dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.

2

Page 3: BMM3107

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

“Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik

perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan

menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang

didokumenkan itu.

Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan

untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis,

dan leksikon.

Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat

diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik,

umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.

Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat

hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.

Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula

matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah,

berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian

200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.

Kaedah leksikal massa yang menafikan kebolehan untuk menentukan tarikh

perkembangan-perkembangan, dan hanya bertujuan untuk menunjukkan bahawa

bahasa-bahasa yang lebih kurang serupa.

Kaedah glotokronologi yang mencadangkan penggunaan formula matematik untuk

menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.

Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa

yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:

Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut

ciri-ciri.

Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan

antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti

dalam kata-kata pinjaman.

Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan

sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman

kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.

Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu

bahasa.

Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.

3

Page 4: BMM3107

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa

zaman atau masa dan tempat tertentu.

Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi

menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.

Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk

memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui

masa.

Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau

etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan

perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.

Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan

antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan

dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada

bahasa induk.

Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek

bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat

dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan

tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu.

1.3 Linguistik Kontekstual

• Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin

akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata

untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana

bahasa berinteraksi dengan dunia.

• Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial

yagn mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada

keseluruhannya.

• Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan

linguistik.

• Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan

linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa,

linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.

4

Page 5: BMM3107

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Aktiviti:

Bandingkan peranan bidang-bidang linguistik yang telah anda bincangkan di atas dan kaitkan

peranannya dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Tajuk 2 Sifat Bahasa

2.1 Definisi bahasa dan linguistik2.2 Struktur Bahasa dan Hubungan Paradigmatik dan Sintagmatik2.3 Bahagian bahasa

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky. Menurut

Teori Noam Chomsky, bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri.

Hasil Pembelajaran

(i) Dapat menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat.

(ii) Dapat menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu.

2.1 Definisi bahasa dan linguistik

Bahasa kepada ahli-ahli linguistik adalah suatu sistem lambang-lambang

pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat untuk

bergotong-royong dan bekerjasama (Raja Mukhtaruddin, 1982, hlm. 33).

2.1.1 Bahasa sebagai suatu sistem

5

Page 6: BMM3107

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Bahasa sebagai suatu sistem merujuk bahasa itu mempunyai susunan yang

tertentu sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu

atau bentuk sintaksis.

Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang

sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat dan kata).

Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan melainkan dengan

mengikut cara-cara tertentu.

Sistem yang dimaksudkan ialah aturan yang telah ditetapkan oleh susunan

bahasa.

Setiap bahasa mempunyai susunan bahasa masing-masing.

Contohnya:

BAHASA MELAYU

1. buku itu

2. sebuah buku merah

3. pensel ini

BAHASA INGGERIS

1. that car (kereta itu)

2. three red books (tiga buah buku yang merah)

3. the beautiful book (buku yang cantik itu)

2.1.2 Bahasa bersifat dinamis

Bahasa berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi

antara satu dengan lain atau masyarakat lain.

Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan manusia lain

menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu

bahasa itu.

Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.

2.1.3 Bahasa itu bersifat arbitrari

6

Page 7: BMM3107

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Arbitrari adalah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan

makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu

masyarakat.

Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-

benda yang dimaksudkan.

Oleh sebab sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai

perkataan yang berlainan bagi benda-benda yang sama.

Sebagai contoh:

“Pintu” dalam bahasa Melayu tetapi dalam bahasa Inggeris disebut “door”

2.1.4 Bahasa sebagai alat berkomunikasi

Proses komunikasi berlaku dengan adanya maklumat yang hendak disampaikan

oleh penutur kepada pendengar.

Faktor yang mengubah bahasanya ialah:

-pendengar: orang yang dilawan bercakap.

-tempat: situasi sekeliling di mana pertuturan itu mengambil tempat, termasuklah

benda-benda yang berada di sekitarnya.

-butiran pertuturan: tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada

terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.

2.1.5 Bahasa mempunyai makna

Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan.

Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.

2.1.6 Bahasa itu linear

Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat-alat

artikulasi satu demi satu.

Sebagai contoh untuk menyebut kalam, bunyi-bunyi yang dihasikkan ialah ‘k’, ‘a’,

‘l’, ‘a’, dan ‘m’.

Hal ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu

untuk melambangkan sesuatu bunyi.

Aktiviti:

7

Page 8: BMM3107

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas.

8