bmm3033e

45
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD : PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) AMBILAN FEB 2012 BMM3033E PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU TUGASAN: INDIVIDU FOO CHING CHEE(820515-11-5119) PPG-PSV Ambilan Februari 2012 ( Kohot 2) PENSYARAH : Tn. Hj. Mohd Razak b Mohd Nordin TARIKH HANTAR : 06 September 2014

Upload: franky-foo

Post on 14-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

jijijij

TRANSCRIPT

Page 1: BMM3033E

PROGRAMPENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD : PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)AMBILAN FEB 2012

BMM3033EPENTAKSIRAN BAHASA MELAYU

TUGASAN:

INDIVIDU

FOO CHING CHEE(820515-11-5119)PPG-PSV Ambilan Februari 2012 ( Kohot 2)

PENSYARAH : Tn. Hj. Mohd Razak b Mohd NordinTARIKH HANTAR : 06 September 2014

Page 2: BMM3033E

PENGHARGAAN 

Salam sejahtera dan syukur kepada tuhan, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja

khusus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan

kepada Tn. Hj. Mohd Razak b Mohd Nordin, Pensyarah Matapelajaran BMM3033E :

Pentaksiran Bahasa Melayu, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada

saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan

ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang

banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses

merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai

sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam

era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya pendidik di

negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa

kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga

pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini

tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu

hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya

sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan

semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang

terus-menerus"

FOO CHING CHEE(820515-11-5119)

2

Page 3: BMM3033E

PENGAKUAN

Saya akui tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.

……..……………………………….

  (FOO CHING CHEE)

NO.KP : 820515-11-5119

3

Page 4: BMM3033E

Tarikh : 06 September 2014

ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Halaman

Penghargaan 2

Pengakuan 3

Soalan Tugasan

1.0 Pengenalan

2.0 Pengertian dan konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian 5

3.0 Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl 8

4.0 Kaedah Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian 15

5.0 Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )

6.0 Contoh soalan pelbagai aras

7.0 Refleksi

8.0 Penutup

Bibliografi

Lampiran

4

Page 5: BMM3033E

5

Page 6: BMM3033E

1.0 Pengenalan

Pentaksiran dan Penilaian merupakan salah satu daripada komponen utama yang perlu

dipelajari oleh setiap pelajar yang mengikuti Program Pensiswahan Guru (PPG) dengan

pengkhususan elektif matapelajaran Bahasa Melayu. Kursus ini adalah wajib diikuti oleh

pelajar program ini yang sedang menduduki semester 6 dengan kod kursus BMM3033E.

Kursus ini memberi penekanan khusus kepada pelatih-pelatih guru berkaitan

kefahaman konsep serta prinsip pentaksiran bagi matapelajaran Bahasa Melayu. Sesuai

dengan tugas guru yang turut menjadi pembina item ujian, penganalisa serta penilai, aspek

yang ditekankan di dalam kursus ini adalah amat penting yang harus difahami oleh setiap

pelatih untuk mempersiapkan diri sebelum diberi amanah sebagai seorang guru kelak.

Sesuai dengan objektif pembelajaran bagi kursus ini, diharapkan agar setelah

mempelajari kesemua aspek yang terkandung di dalam kursus ini, para pelatih akan dapat

mengenal, membanding dan membezakan aspek penilaian yang terdapat di sekolah.

Dengan pemahaman yang sedemikian, ia akan dapat membantu dalam memahami serta

membantu dalam mengaplikasikan dalam situasi sebenar.

Tugasan bagi kursus ini menghendaki kami, para pelatih untuk bertindak sebagai

Guru Bahasa Melayu dimana kami dikehendaki untuk membuat tugasan berbentuk esei

dalam pemahaman konsep dan definisi Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian serta

membuat JSU ( Justifikasi Soalan Ujian ) dan soalan ujian.

6

Page 7: BMM3033E

2.0 Pengertian dan konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Menurut Kamus Dewan, pentaksiran adalah berasal daripada kata dasar “taksir”. “Taksir”

membawa maksud kira ataupun menghitung. Pentaksiran adalah proses pengumpulan

maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai

kaedah. Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan

kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian

daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la

hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan

1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti

kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan

mereka.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da

menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan

tertentu. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan

dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam

domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam mengesan perkembangan murid

secara menyeluruh. Seterusnya, ia juga membantu dalam mengenal pasti pelbagai potensi

murid secara menyeluruh dan juga mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam

pembelajaran dari masa ke semasa. Seterusnya, Pentaksiran juga dapat merangsang

aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid serta mengesan

keberkesanan pengajaran dan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

Pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus.

Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu

dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel

tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk

memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan

bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor

seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test)

7

Page 8: BMM3033E

dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala

contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau

rabun warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang

dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah

Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa, Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan

contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau

ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat

penilaian atau pengadilan

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang

disebut sebagai markat akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan

keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti

pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui

proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya

telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.

Penilaian pula adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara.

Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan

dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam

et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “the process of delineating, obtaining, and

providing useful information for judging decision alternatives”. Definisi ini menjangkau

melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap

sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu

objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru

dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan

pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor

(numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.

Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik

mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara

menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran,

8

Page 9: BMM3033E

program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu

bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian

pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan

bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan.

Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta

maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah

keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu;

tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

Dengan itu menunjukkan bahawa penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan

maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan

kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian

dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta

diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula,

maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor.

Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya

membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Popham (2000) menyatakan istilah – istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran

digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses

membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan dan piawaian.

Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor

dan menginterpretasikan maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu

tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang

prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti

pentaksiran dijalankan secara berterusan. Dalam konteks pendidikan, lebih tepat dikatakan

pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti

menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan meninterpretasi maklumat tentang

hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Pentaksiran bertujuan sebagai satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi

seseorang dalam pembelajaran. Selain itu juga, pentaksiran adalah satu proses untuk

menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, ia

juga adalah untuk mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pegajaran dan

9

Page 10: BMM3033E

pembelajaran memperbaiki sesi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, melalui proses

pentaksiran ini seseorang itu dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

tersusun serta sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Justeru,

perancangan dlam melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan berlaku dan ia dapat

memperbaiki sesi pengajaran dan pembelajaran.

Di dalam buku Eductional Evaluation and Decision Making yang disunting oleh D.

Stufflebeam, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan

memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan

seterusnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah satu sistem atau proses yang

meliputi aktiviti – aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan

yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya

dengan cara yang lebih berkesan. Penilaian merupakan satu pertimbangan atau pembuatan

keputusan tentang merit atau nilai sesuatu perkara atau benda. Menurut Gay (1985),

penilaian adalah satu proses yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis data untuk

menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah tercapai yang membolehkan suatu

pertimbangan atau keputusan dibuat. Sebelumnya, Popham (1975), menyatakan penilaian

yang sistematik perlu melalui tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti

terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan

pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh

secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang

dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara

kita boleh menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di

universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar,

oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal,

telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian

objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu

pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Prosedur penilaian mengandungi aspek – aspek pengujian, pengukuran,

penganalisaan dan penyimpulan. Prosedut penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima

peringkat yang dihuraikan secara ringkas dengan dimulakan dari peringkat persediaan ujian,

peringkat pentadbiran ujian, peringkat pemeriksaan dan pengukuran, peringkat analisis, dan

peringkat interpretasi dan tindakan. Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama

10

Page 11: BMM3033E

iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan

bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi

menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi

membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.

Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai

sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan

yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan

risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat

penilaian guru terhadap keberkesanan pengajarannya.

Tujuan penilaian adalah untuk membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan

pelajar. Ia juga membantu guru dalam membuat perbandingan antara sesorang pelajar

dengan rakan – rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. Selain itu,

penilaian bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut

dengan pencapaian dalam subjek lain. Kemudian, pelajar yang berpencapaian tiggi atau

rendah dapat ditentukan. Penilaian juga dapat membantu guru dalam menentukan

pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan sejurus dapat membantu guru

membuat jangkaan terhadap potensi atau bakal pelajar terhadap pembelajaran. Guru – guru

juga dapat menilai bahan- bahan dan teknik serta kaedah pengajaran melalui proses

penilaian ini. Tambahan lagi, ujian penilaian yang dilakukan guru dapat meningkatkan

keberkesanan pengajaran mereka dan memperbaikinya segera.

Pentaksiran pembelajaran mempunyai tiga ciri utama iaitu pentaksiran kepada

pembelajaran, pentaksiran untuk pembelajaran serta pentaksiran sebagai pembelajaran. Ciri

pertama, pentaksiran kepada pembelajaran bertujuan sebagai penghakiman mengenai

penempatan, peningkatan, penghargaan dan sebagaunya untuk rujukan murid. Pentaksiran

untuk pembelajaran pula bertujuan untuk mendapatkan maklumat begi hasilan pembelajaran

guru bagi rujukan pentaksiran piawai lua manakala pentaksiran sebagai pembelajaran

bertujuan untuk penilaian kendiri dan pembetulan sendiri untuk rujukan metlamat kendiri dan

piawai luar. Kedua-dua ciri pertama dan kedua ditaksir oleh guru manakala ciri ketiga

meletakkan murid sebagai pentaksir.

Penilaian merupakan sistem yang penting dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Antara ciri penilaian adalah berbentuk jadual atau gred yang berdasarkan

teknik perangkaan. Selain itu, penilaian ini dilaksanakan pada sebelum, semasa dan

selepas satu atau beberapa pelajaran. Proses pelaksanaan penilaian ini pula melibatkan 5

11

Page 12: BMM3033E

aspek utama iaitu proses pengukuran, proses penganalisisan, proses interprestasi, melapor

dan akhir sekali adalah tindakan. Penilaian dan pengujian dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran adalah sama pentingnya  dengan proses pengajaran. Matlamat utama

penilaian dijalankan ialah untuk meningkatkan atau memperbaiki  pembelajaran. Sekiranya

ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar 

kepada guru pelajar serta ibu bapa  malah  kepada pihak sekolah serta kementerian sendiri

apabila memberikan maklumat yang tepat dan berkesan. Seperti yang dinyatakan sebelum

ini, hasil penilaian dan pengujian yang dijalankan dapat dijadikan asa kepada guru untuk

membuat keputusan berhubung dengan aktiviti  pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah. Sepanjang guru mengajar, beliau akan menggunakan maklumat yang diperolehi bagi

membuat keputusan yang perlu bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran.

 

Bagi memudahkan pemahaman, tujuan atau kepentingan penilaian dalam

pendidikan khususnya dalam bilik darjah ini dijelaskan kepada beberapa tujuan seperti untuk

tujuan diagnosis, melihat pencapaian, membuat pemilihan, menempatkan serta memberikan

bimbingan kaunseling kepada pelajar. Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru

dalam bilik darjah akan dapat  memberikan maklum balas  kepada guru berhubung  tahap

penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah

serta meninjau masalah yang timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang

berlangsung. Dengan itu guru dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid

dalam bilik darjah tersebut sama ada  pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana,

lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. 

Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti  murid yang

cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang memerlukan

aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi

pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau mengulang menggunakan

strategi sama dan sebagainya. Penilaian dan pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh

pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung akan memperlihatkan  kemajuan pelajar

dalam jangka masa tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan

memungkinkan guru mengetahui masalah  yang dihadapi oleh pelajar. Adakah murid

mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran yang telah

diajar dalam bilik darjah? Sekiranya  menghadapi masalah, guru akan menyelidiki aspek

atau kemahiran  yang menimbulkan masalah kepada murid-murid dan mengenal pasti

punca masalah tersebut berlaku. Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru  bagi

menyediakan latihan yang khusus atau pemerhatian yang lebih kepada murid-murid

12

Page 13: BMM3033E

berkenaan supaya  kelemahan atau masalah yang dihadapi dapat diatasi. Tanpa penilaian

dan pengujian yang dijalankan,  murid-murid yang menghadapi masalah sukar dibantu dan

akibatnya mereka akan terus ketinggalan dari arus perdana persekolahan.

 

Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan  pada peringkat akhir sesi

pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana

penguasaan murid-murid tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain penilaian

yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, proses penilaian yang

dijalankan pada akhir sesuatu tempoh pengajian yang ditetapkan, misalnya  pada akhir

tahun sesi persekolahan atau kepada pelajar Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan

Tingkatan 5 (SPM) adalah bertujuan untuk  menentukan gred yang memperlihatkan tahap

pencapaian secara keseluruhan  yang telah murid-murid atau pelajar-pelajar  kuasai.

Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan memfokuskan kepada pemberian

sijil atau anugerah atau pengiktirafan kepada pelajar hasil daripada pencapaian yang

ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.

 

Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut

gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal.  Guru akan dapat

membezakan murid-murid yang  cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan

keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki.

Penilaian dan pengujian penting bermula sebelum memulakan pengajaran dan

pembelajaran. Sebelum guru memulakan  pengajarannya dalam bilik darjah, perlu baginya 

mengadakan penilaian  dan menguji murid-muridnya bagi meninjau sejauh manakah  murid-

muridnya telah menguasai  sesuatu kemahiran atau ingin mendapatkan aspek-aspek yang

akan dipelajari. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu  yang akan mengajar  kepada

penutur bukan asli bahasa Melayu, guru perlu  mengetahui aspek kemahiran manakah yang

telah dikuasai oleh pelajar dari aspek tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.

Maklumat ini penting bagi guru  membuat keputusan dalam menentukan  peringkat yang

bersesuaian  untuk memulakan pengajaran.

 

Di samping itu,  guru juga dapat  menentukan adakah semua murid  dapat dipilih

serta dikelompokkan  dalam satu kumpulan yang besar berasaskan tahap penguasaan yang

berbeza atau di kelompokan dalam kumpulan yang sama. Dalam suasana penguasaan

yang berbeza, wajar bagi guru  menempatkan murid mengikut  tahap penguasaan masing-

masing dan menumpukan pengajaran mengikut keperluan murid yang berbeza-beza.

Keadaan ini menunjukkan tujuan penilaian dan pengujian yang dijalankan adalah  untuk

memilih dan menempatkan pelajar mengikut tahap penguasaan sesuatu kemahiran.

13

Page 14: BMM3033E

Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan

menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang

dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut

kecenderungan seseorang murid berkenaan. Hasil penilaian dan pengujian yang dijalankan

juga dapat digunakan bagi keperluan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang

berkaitan, dengan itu, setiap pelajar mempunyai motivasi untuk  belajar.

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian.

Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih

berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan

berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian

daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap

sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,

merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang

murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil

pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk

memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

3.0 Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl

Taksonomi Bloom

Pengenalan

Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.

Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki

(tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji

14

Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl

Taksonomi Bloom Domain Krathwohl

Page 15: BMM3033E

tahap berfikir pelajar. Menekankan aspek kognitif (pengetahuan), apa yang dicari adalah

seperti fakta, teori, dan hukum.

Definisi

Rajah 1 : Aras Taksonomi Bloom

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan

organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. Kamus Dewan

Keempat 2005. Dalam bidang pendidikan, Taksonomi ialah satu model yang biasa

digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.

Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:

Cognitive Domain (Domain Kognitif):

melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan,

pengertian, dan keterampilan berfikir. Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam

tahap :

i. Pengetahuan (Knowledge)

Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta,

gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.

15

Penilaian

Sintesis

Analisis

Aplikasi

Kefahaman

Pengetahuan

Page 16: BMM3033E

Ciri-ciri khusus:

Mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip, prosedur.

Tiada manipulasi atau interpretasi

Contoh kata kerja: melabel, melakar, melukis, memadan, memerihal, mendefinisi, mengenal

pasti, mengenalpasti, mentakrif, menulis, menyatakan, menyenarai,

Contoh :

1. Bilakah Malaysia merdeka ?

2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia?

3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?

ii. Pemahaman (Comprehension)

Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual ,

diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.

Tiga aras penting :

Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.)

Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini

akan menemui ajal masing-masing. )

Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita

sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang

berlaku pada bila-bila masa sahaja)

Tujuan :

Memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan

membezakan.

Contoh : Membanding beza, memberikan contoh, membuat inferens, menambah,

menentukan, menerangkan, menerangkan, menganggar, mengubah, menukar,

meramalkan, merumus

iii. Aplikasi (Application)

Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan,

prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar.

Kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi baru.

16

Page 17: BMM3033E

Menekankan penggunaan kaedah, prinsip & hukum teori.

Pembelajaran dari bahan mujarat/abstrak.

Objektif :

Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan

Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan,

mengendalikan.

Contoh : Soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan.

iv. Analisis (Analysis)

Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan

mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil

untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor

penyebab dan akibat dari sebuah scenario yang rumit.

Tujuan :

Menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat)

Ciri khusus: Memahami perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan

melihat perkaitan antara komponen.

Contoh :

Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku.

Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.

v. Sintesis (Synthesis)

Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari

sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat

yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.

Tujuan : Membentuk sesuatu yang baru.

Ciri khusus : Kebolehan menggabungkan/ menyusun bahagian-bahagian dan menjadikanya

satu pola, struktur, sistem yg baru yg tidak ujud sebelum ini

17

Page 18: BMM3033E

Contoh :

Berkomunikasi, membina, membuat gambaran mental, membuat hipotesis, mendefinisikan

secara operasi, menganalogi, mengeksperimen, menggabungkan, mengkonsepsikan,

menyelesaikan masalah, merancang, merangkakan, mereka bentuk, mereka cipta,

meringkaskan.

vi. Penilaian (Evaluation)

Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan,

metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang

ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.

Ciri-ciri khusus:

Membuat pertimbangan [judgement] nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi

sesuatu tujuan.

Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah

memenuhi sesuatu kriteria.

Penggunaan sesuatu kriteria untuk menilai sesuatu sama ada kriteria dari luar atau

dalam.

Contoh : membuat keputusan, menaksir, mengesan kecondongan, mengkritik,

menjustifikasi, mentafsir, menyokong, mewajarkan.

Domain Krathwohl

Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan

terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup

manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang

terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada

tahun 1956.

Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan

(receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai

(organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks

(characterizing by value complex).

Konsep :

18

Page 19: BMM3033E

Objektif pembelajaran yang menekankan aspek perasaan, emosi dan tahap

penerimaan individu.

Dapat dinilai dalam diri seorang individu melalui watak dan perwatakan. (Luaran dan

dalaman).

Aspek yang terkandung dalam domain afektif:

Minat

Tingkahlaku

Penghargaan

Nilai

Emosi

Penerimaan :

Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.

Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap

ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain

afektif.

Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar,

menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab

dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:

Kesedaran:

Pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran

mereka.

Kesudian untuk menerima:

sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang

bermakna dan menarik.

Perhatian yang terkawal atau terpilih:

pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada

bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu

dan terus memberi perhatian

19

Page 20: BMM3033E

Bertindak Balas :

Kesanggupan untuk bertindak balas terhadap ransangan.

Boleh mengambil bahagian secara aktif.

Objektif am:

Melengkapkan tugasan.

Objektif khusus:

Boleh menulis tentang isi pelajaran.

3 kategori:

Persetujuan membalas.

Kesediaan membalas.

Kepuasan membalas.

Menilai :

Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi.

Kebolehan membuat penilaian & memberi penghargaan.

Menilai berdasarkan penghayatan 1 set nilai spesifik.

3 kategori:

Penerimaan, pilihan & penglibatan.

Objektif am: Menghargai orang lain

Objektif khusus: Boleh melaporkan

Organisasi :

Kesanggupan menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang dipegang.

Pelajar boleh membezakan nilai & situasi yg berbeza.

Kategori: Penanggapan & organisasi.

Objektif am: Pelajar boleh mereka cipta.

Objektif khusus: Pelajar mampu membina ayat/fakta.

Perwatakan :

Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang.

Perubahan tingkahlaku slps sesi P&P.

20

Page 21: BMM3033E

Objektif am: Mengekalkan nilai-nilai dalam P&P.

Objektif khusus: Disiplin dalam mengekalkan nilai.

Relevan :

Tidak membiarkan murid untuk menerima ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak

mempunyai nilai.

Menginginkan murid untuk bertindak balas terhadap pembelajaran dengan menilai,

merancang dan membuka minda murid mereka cenderung dalam sesuatu bidang.

Mencari cara pengajaran yang meransang minat pembelajaran murid.

Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak berkait dengan

minat murid.

Topik yang terkandung dalam literasi pendidikan seperti:

1. Tingkahlaku.

2. Motivasi.

3. Komunikasi.

4. Cara Pengurusan Bilik Darjah.

5. Cara Pembelajaran.

6. Penggunaan Teknologi.

4.0 Kaedah Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran

memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

21

Page 22: BMM3033E

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik

bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Ciri-Ciri Pentaksiran

Pentaksiran yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

1. Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.

2. Kebolehtadbiran- kelincinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara

berpusat atau berasaskan sekolah.

3. Kemudahtafsiran- maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan

calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.

4. Kekomprehensifan – mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang

penting.

Kaedah Pentaksiran

Pentaksiran boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti melalui:

i) Pemerhatian

ii) Lisan dan

iii) Penulisan

Pemerhati:

Dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan atau melalui kerja bertulis para

pelajar. Biasanya penilaian dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil kerja amali,

lukisan, kraf tangan dan sebagainya. 

Lisan :

Mengesan secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep,

kemahiran, perlakuan amalan dan sikap pelajar. Biasanya penilaian jenis ini dilaksanakan

melalui aktiviti seperti bersoal- jawab, perbincangan, kuiz, hafazan, bercerita dan

sebagainya. 

Penulisan:

Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis para

22

Page 23: BMM3033E

pelajar seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek, karangan, taksir graf, peta,

jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah dikendalikan oleh guru untuk

menilai sendiri pelajarnya secara berterusan berdasarkan hasil pemelajaran yang telah

ditentukan.

Rajah 2: Prosedur penilaian

5.0 Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )

Jadual spesifikasi ujian (JSU) adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu

ujian dari segi kandungan iatu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks

dan pemberatan taburan asas kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk

menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan

secara spontan dan tidak mengikut aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu

menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.

23

persediaan ujian

pentadbiran ujian

pemeriksaan pengukuran

analisis ujian

interpretasi dan tindakan

susulan

Page 24: BMM3033E

Langkah pembinaan JSU

Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina jadual spesifikasi

ujian. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

Rajah 3: langkah pembinaan JSU

Langkah pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat

yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu

dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek yang

dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah

diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan di antara

satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diambil kira. Sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk

melihat sejauh mana komplesiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan

bagi sesuatu tajuk tersebut.

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran

ini dianalisis untuk menentukan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji.

Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu

diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang

dibuat Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka.

Langkah yang ketiga ialah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah

menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur,

kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk,

24

mengkaji sukatan pelajaran

menganalisis objektif pengajaran

menentukan bilangan soalan

menentukan jenis soalan

Page 25: BMM3033E

peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi

pengajaran dan tahap kecerdasan murid.

Langkah keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan.

Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif

pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah

penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.

Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama,

sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan

sesuatu soalan mengukur apa yang elah digariskan.

Kepentingan JSU

Antara kepentingan JSU adalah dapat membina dan menyediakan soalan ujian

secara lebih terancang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina

secara sembarangan. JSU juga akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan

soalan. Pembinaan JSU dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari

semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina soalan yang berbeza. Soalan

yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan

meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat antara

satu ujian dengan ujian yang lain.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4

Bil Bentuk Soalan - Objektif Aras Taksonomi Item

Topik / Aspek Bahasa 1 2 3 4 5 6

1 Morfologi – Kata kerja ●● 2

2 Kata nama

3 Kata ganti diri ● 1

4 Kata adjektif

25

Page 26: BMM3033E

5 Kata seru

6 Kata ganda ● 1

7 Kata hubung ● 1

8 Kata pemeri

9 Kata arah

1

0

Penjodoh bilangan

1

1

peribahasa ● 1

1

2

Sinonim ● 1

1

3

Antonim ● 1

1

4

Kata tanya ● 1

1

5

Homonim – Kata banyak

makna

1

6

Sintaksis – Struktur ayat ● 1

1

7

Pola ayat ● 1

1

8

Maksud perkataan ●● ● ● 4

1

9

Memahami teks ●●● ●● 5

Jumlah Soalan 4 3 4 3 4 2 20

26

Page 27: BMM3033E

Item jenis berbilang pilihan

Jenis-Jenis Ujian Objektif

Item jenis padanan

Item jawapan pendek

Item objektif jenis pilihan

Item jenis klasifikasi

Item jenis cantuman

Item jenis aturan yang terbaik

Item objektif kloz

6.0 Contoh soalan pelbagai aras

Jenis-jenis soalan berbentuk objektif

Ujian objektif ialah ujian yang memerlukan jawapan yang tepat. Biasanya, soalan

objektif digunakan sebagai alat untuk mendapatkan respon mengenai sesuatu perkara.

Ujian objektif digunakan untuk mentaksir pengetahuan dan kemahiran intelek. Melalui ujian

objektif, murid dikehendaki menulis atau memilih satu sahaja jawapan yang betul dan paling

baik. Semua pemeriksa juga akan memberi markah yang sama bagi jawapan yang dijawab

murid.

Dalam pengajaran bahasa, terdapat beberapa jenis item objektif dan setiap

daripadanya mempunyai format yang tersendiri. Jenis-jenis ujian objektif tersebut dapat

dilihat pada rajah 6 di bawah :

Rajah 4 : Jenis-jenis ujian objektif

27

Page 28: BMM3033E

Rajah 6 menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 8 jenis ujian objektif yang boleh digunakan

untuk penilaian bahasa. Setiap ujian mempunyai formatnya yang tersendiri.

1. Item Jawapan Pendek

Item jawapan pendek ialah jenis ujian yang paling mudah. Dalam item ini, soalan yang

dibina terdiri daripada soalan-soalan yang pendek. Biasanya, murid diminta mengisi tempat

kosong dengan maklumat yang sepatutnya. Dalam bahasa, soalan jenis ini biasanya

meminta murid melengkapkan ayat. Soalan juga perlu ditulis di bahagian hujung atau di

bawah soalan. Terdapat sebanyak tiga jenis soalan bagi item jawapan pendek ini iaitu :

a. Jenis soalan

b. Jenis melengkapkan ayat

c. Jenis perkaitan

2. Item Objektif Jenis Pilihan

Dalam item jenis pilihan ini, pelajar hanya perlu memilih jawapan uang betul atau yang

paling betul. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan jawapan yang diberikan. Dalam

item ini, terdapat dua jenis soalan iaitu :

28

Contoh :Di manakah Zainab berjumpa dengan Nazihah?_________________________________________

Contoh :Dia akan ke kebun setiap hari bagi _________.

Contoh :Apakah pakaian tradisional bagi setiap kaum di bawah: Melayu :_________ Cina : __________ India :___________

Page 29: BMM3033E

a. Item betul – salah

Soalan jenis ini memberikan satu kenyataan dan pelajar dikehendaki menentukan sama ada

kenyataan yang diberikan itu betul atau salah.

b. Item jenis pembetulan

Melalui soalan ini, pelajar dikehendaki membetulkan kenyataan yang salah. Bagi

memudahkan murid, kenyataan yang salah perlu digariskan supaya murid mengetahui

bahagian bergaris salah dan perlu diperbetulkan.

3. Item Jenis Berbilang Pilihan

Item berbilang pilihan ini tergolong dalam golongan item jawapan tetap kerana diberikan

tindak balas terbatas. Dalam soalan berbilang pilihan ini, satu pokok soalan diberikan

sebagai situasi masalah dan beberapa pilihan jawapan. Terdapat sebanyak 4 jenis soalan

item berbilang jawapan iaitu jenis satu jawapan betul, jenis jawapan terbaik, jenis analogi

dan jenis negatif. Contoh soalan item jenis berbilang pilihan ialah :

29

Contoh : B S( ) ( ) Bunga raya merupakan bunga kebangsaan

Malaysia.

Contoh :Humaira menjenguk televisyen bersama keluarganya.

menonton

Contoh :Adam telah memilih rumah_________ sebagai pilihan utama.a. teres c. papanb. pangsa d. banglo

Page 30: BMM3033E

4. Item Jenis Padanan

Melalui item padanan, penyataan masalah dan beberapa penyelesaian masalah iaitu tindak

balas akan diberikan. Masalah akan diletakkan di sebelah kiri dan tindak balas diletakkan di

sebelah kanan. Senarai tindak balas adalah tetap tetapi masalah sahaja berubah-ubah.

5. Item Jenis Klasifikasi

Ujian jenis ini juga dikenali sebagai ujian jenis pasangan. Ujian ini merupakan latihan yang

terdiri daripada beberapa kenyataan pada satu senarai, dan kenyataan-kenyataan pada

senarai tersebut dikelaskan mengikut skim klasifikasi yang disediakan.

6. Item Jenis Aturan Yang Terbaik

Melalui soalan jenis aturan ini, pelajar dikehendaki mengatur semula kenyataan-kenyataan

yang diberikan mengikut susunan yang betul hingga menjadi satu cerita yang lengkap dan

betul.

30

Contoh :_____ 1. Perdana Menteri Malaysia yang A. Tunku Abdul

Pertama. Rahman_____ 2. Bapa Malaysia. B. Tun Abd. Razak

Contoh :_____ 1. Guru itu menyatakan bahawa

jawapannya betul._____ 2. Ibunya sakit di Hospital Kangar_____ 3. Habis semua kuih itu dimakannya.

a. Ayat selapisb. Ayat kompleksc. Ayat pasifd. Ayat berlapis

Item Jenis Aturan :Manakah antara berikut merupakan langkah yang betul?

i. Mencari buktiii.Membentuk hipotesisiii. Menyediakan penyelesaian masalahiv.Analisi evidenv. Jelaskan masalah

a. ii, v. Iv, i, iii c. iv, v, i, iv, iiib. i,ii,iii,v, iv d. i, iv, ii,v,iii

Page 31: BMM3033E

7. Item Jenis Cantuman

Soalan item jenis cantuman ini terbahagi kepada dua iaitu item jenis cantuman yang sesuai

dan item jenis urutan.

8. Item Objektif Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh

digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah .  Sungguhpun teknik kloz memerlukan

prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak

sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu.  Dalam

ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/

penguji dalam sesuatu keratan bacaan.  Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan

membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke

atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan

dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

40 soalan objektif berasaskan Aras Taksonomi Bloom dan JSU

1. Burung itu ___________ pulang ke sarang selepas mencari makanan. (tahap

rendah-pengetahuan)

A. Berlari

B. Menyusur

C. Mengepak

D. Terbang

31

Item Jenis Cantuman Yang Sesuai :Manakah antara ayat di bawah merupakan ayat tunggal?

i. Sofia menjahit baju.ii.Cikgu Abu sedang melukis.iii. Izuan sedang menonton televisyen sambil berbaring.iv.Adi menangkap kucing itu.

a. i dan ii c. i dan iiib. i,ii dan iii d. i,ii dan iv

Page 32: BMM3033E

2. Saya, Rania dan Lina pergi ke perpustakaan setiap hujung minggu. __________ pergi

ke perpustakaan dengan menaiki bas. (tahap rendah- pemahaman)

A. Dia

B. Mereka

C. Kamu

D. Kami

3. Sikap Rozali yang kedekut menyebabkan dia kehilangan banyak kawan. Pilih

perkataan seerti bagi kedekut. (tahap rendah – pemahaman)

A. Bakhil

B. Culas

C. Liat

D. pemurah

4. Laila sangat taat akan suaminya. Perkataan berlawan bagi taat ialah. (tahap rendah-

pemahaman)

A. Derhaka.

B. Setia.

C. Benci.

D. Bosan.

5. Nenek Aishah _______________ sebaldi air ke arah kambing yang merosakkan

pokok sirehnya. (tahap rendah-pengetahuan)

A. Membaling

B. Menuang

C. Menyiram

D. Menyimbah

6. ______________ itu sedang berenang-renang di dalam kolam. (tahap rendah-

pengetahuan)

A. Kekelip

B. Kekura

C. Pepatung

D. Tetupai

32

Page 33: BMM3033E

7. Pilih ayat yang betul. (tahap rendah-pengetahuan)

I. Beliau melaporkan dari Paris berita itu tentang nahas udara.

II. Umur bapa kamu berapakah, Kudin?

III. Pembahas pertama pasukan pencadang bijak mematahkan hujah pihak

lawan.

IV. Pihak polis memberkas dua orang pemuda yang dipercayai terlibat dalam

sindiket pemalsuan wang.

A. I dan II sahaja.

B. III dan IV sahaja.

C. I, II dan III sahaja.

D. II, III, dan IV.

Soalan 8 dan soalan 9.

8. Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas. (tahap sederhana-aplikasi)

A. Ada udang di sebalik batu.

B. Bagai melepaskan batuk di tangga.

C. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.

D. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. (tahap sederhana-

aplikasi)

9. A. Anak Pak Abu sudah besar.

B. Keris panjang alat besar negara.

C. Pak Mat sedang besar rumahnya.

D. Hatinya besar setelah mendapat hadiah.

10. A. Dia lalu mengangkat batu yang berat itu. (tahap sederhana-aplikasi)

B. Jangan lalu di kawasan itu.

C. Abu lalu bermain dengan kawannya.

D. Siti ke dapur lalu menjerang air.

33

Keputusan peperiksaan Azman semakin

meningkat dari sehari kerana dia rajin

belajar

Page 34: BMM3033E

11. Ibu memasak rendang ayam kegemaran kami sekeluarga. (tahap sederhana-analisis)

A. Kami sekeluarga memasak rendang ayam kegemaran ibu.

B. Ibu kegemaran kami menyediakan rendang ayam untuk kami.

C. Ibu memasak rendang dan ayam kegemaran kami.

D. Rendang ayam kegemaran kami sekeluarga dimasak oleh ibu.

12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Kempen Kesihatan itu dilancarkan di Menara Kuala Lumpur. (tahap sederhana-analisis)

A. Apakah tujuan Kempen Kesihatan itu dilancarkan?

B. Bilakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan?

C. Di manakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan?

D. Siapakah yang merasmikan Kempen Kesihatan tersebut?

13. Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang betul. (tahap sederhana- aplikasi)

A. Pemanah itu melepaskan anak panah dan tidak mengena sasaran kerana busurnya

patah.

B. Ayah berpesan kepada kakak supaya menjaga adik ketika beliau bekerja.

C. Ibu membeli baju baru kepada adik agar adik gembira.

D. Dia membasuh baju tetapi menjemurnya.

14. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. (tahap

sederhana-analisis)

I. Sungai Rajang di Sarawak mempunyai cabang yang banyak.

II. Bangunan yang cabang itu hampir roboh.

III. Syarikat itu mempunyai cabang di seluruh negara.

IV. Salah satu cabang Kursus Sebarab Am ialah Kursus Penyiaran.

A. I dan II sahaja.

B. I dan IV sahaja.

C. II dan IV sahaja.

D. I, III dan IV sahaja.

34

Page 35: BMM3033E

Soalan 14 – 17

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor

berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya

merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan

sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara.

Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan

segera tidak diambil untuk menangani pencemaran.

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan

menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar.

Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem

pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan

mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan

dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi

paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan

pelbagai penyakit.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan

memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi

bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan

klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga

mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada

pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit

dan hasil keluarannya akan terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat.

Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut

dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan

mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga

tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan

keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.

Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-

bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh

mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada

bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan

bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan

yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.

35

Page 36: BMM3033E

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita.

Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan

lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas

dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini

mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan

rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan

mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan

kesihatan manusia.

Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh

kepada umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang

yang lebih ketat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk

industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat

diminimumkan.

7.0 Refleksi

8.0 Penutup

36