bmm2_masni
DESCRIPTION
Prosiding KTTRANSCRIPT
MENINGKATKAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL DENGAN PERLUASAN SUBJEK DAN PREDIKAT MENGGUNAKAN CARTA
SIBUDIMA
Oleh:
Masni binti Mohd Aris
Dr.Khairuddin bin Mohamad
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan.
Abstrak
Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan menilai keberkesanan pengaplikasian carta SIBUDIMA dalam meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat. Carta SIBUDIMA merupakan carta inovasi yang mengandungi formula membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat. Tinjauan awal telah dilaksanakan menerusi hasil kerja murid, soal selidik dan pemerhatian terhadap murid-murid.Hasil tinjauan mendapati bahawa murid-murid tidak dapat membina ayat dengan betul. Oleh itu, saya menjalankan satu kajian tindakan berkaitan masalah yang melibatkan kemahiran menulis membina ayat dengan menggunakan Carta SIBUDIMA. Kumpulan sasaran yang terlibat sebagai subjek kajian dalam kajian tindakan ini adalah seramai dua puluh orang yang terdiri daripada dua belas(18) orang murid lelaki dan lapan(8) orang murid perempuan tahun empat yang berusia sepuluh(10) tahun.Kajian penyelidikan ini dijalankan disebuah sekolah di dalam daerah Seremban. Triangulasi pengumpulan data kualitatif deskriptif kajian memfokuskan tiga(3) kaedah. Pertama, menggunakan kaedah analisis dokumen berbentuk lembaran kerja yang diberikan untuk membuktikan subjek kajian dapat membina ayat tunggal dengan lengkap. Kedua, menggunakan item senarai semak pemerhatian berdasarkan rakaman video proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ketiga, menggunakan borang soal selidik bagi tujuan maklum balas selepas tamat intervensi. Dapatan analisis data pemerhatian membuktikan 100% subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menulis membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat. Hasil analisis dokumen mendapati subjek kajian menunjukkan peningkatan yang positif dalam membina ayat berdasarkan hasl kerja di lembaran yang diberi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan carta SIBUDIMA dapat membantu meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat , bahkan berjaya mencetuskan suasana pembelajaran yang aktif dan positif.
1.0 PENGENALAN
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M) amat penting
dalam kalangan murid-murid iaitu sebagai teras memperoleh pelbagai ilmu
pengetahuan. hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat untuk
melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara bersepadu dan
menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penguasaan kemahiran
asas 3M perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid
berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Namun, dalam apa juga sistem
pendidikan, adalah amat sukar untuk memastikan semua murid berjaya menguasai
kemahiran asas 3M ini lantaran keupayaan intelek masing-masing terutamanya
dalam menguasai kemahiran menulis. Banyak kajian yang dijalankan mendapati
kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dalam aspek
membina ayat dengan betul dan lengkap
2.0 FOKUS KAJIAN(PENYATAAN MASALAH)
Saya memfokuskan kajian kepada kemahiran menulis di bawah kemahiran
membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat.Bagi mengatasi
masalah ini saya telah mencipta satu alat instrumen yang dikenali sebagai carta
SIBUDIMA iaitu singkatan kepada siapa ,buat apa,dimana dan masa.
3.0 OBJEKTIF / SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
Objektif tindakan ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:
3.1.1 Mengenal pasti keberkesanan carta “SIBUDIMA” dalam membantu
guru untuk meningkatkan pengajaran membina ayat tunggal dengan
perluasan subjek dan predikat.
3.1.2 Membantu murid menguasai kemahiran membina ayat tunggal
dengan perluasan subjek dan predikat menggunakan carta
“SIBUDIMA”.
3.2 Soalan Kajian
Kajian tindakan ini dijalankan bagi mencapai soalan berikut:
Bagaimana Carta SIBUDIMA dapat membantu meningkatkan pengajaran
membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat dalam bilik
darjah ?
4.0 PERANCANGAN TINDAKAN
Kajian tindakan ini bersandarkan pemilihan Model Stephen Kemmis (1988).Subjek
kajian saya terdiri daripada 12 lelaki dan 8 perempuan pelajar tahun 4 Kreatif.
Mereka telah dikenal pasti melalui sesi pengajaran yang telah saya jalankan
mengikut jadual pembelajaran biasa dalam bilik darjah.Saya dapati seramai 20
orang subjek kajian ini pada awalnya tidak dapat membina ayat tunggal dengan
perluasan subjek dan predikat yang baik.
4.1 Pelaksanaan Tindakan
4.1.1 Fasa sebelum intervensi
Peringkat pertama dalam Model Stephen Kemmis adalah merancang.
Setelah mengenal pasti masalah, saya merancang tindakan yang
paling sesuai bagi mengatasi dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh murid-murid ini. Saya telah merangka suatu carta yang
dikenali iaitu Carta SIBUDIMA, saya jangkakan akan dapat
membantu subjek kajian saya mengatasi masalah menulis ayat
tunggal dengan perluasan subjek dan predikat ini. Penggunaan carta
ini difikirkan paling sesuai dan berkesan bagi menyelesaikan masalah
yang timbul.
4.1.2 Fasa semasa intervensi
Dalam fasa ni, proses yang teribat berdasarkan model ialah bertindak
dan memerhati. Tindakan yang akan saya ambil adalah
mengaplikasikan penggunaan carta saya iaitu Carta SIBUDIMA ke
atas subjek kajian saya.Saya telah menjalankan enam langkah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membantu murid
meningkatkan kemahiran membna ayat tunggal dengan perluasan
subjek dan predikat di dalam bilik darjah.Dalam set induksi saya
mengenalkan ayat tunggal dan penggunaan carta SIBUDIMA.Dalam
langkah 1 subjek kajian perlu mengembangkan ayat tunggal yang
diberi menggunakan carta SIBUDIMA.Kemudian bagi langkah 2 dan
3 subjek kajian membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan
menggunakan carta SIBUDIMA.Seterusnya ,subjek kajian dinilai
menggunakan lembaran kerja. Bagi langkah penutup subjek kajian
membina ayat dengan cepat dan pantas.Proses memerhati pula
melibatkan pengumpulan data analisis dan interpretasi data secara
kualitatif deskriptif.Bagi mengumpulkan data saya menggunaan video
pengajaran dan pembelajaran bagi memerhati tingkahlaku subjek
kajian ,di samping dokumen lembaran kerja dan borang soal selidik.
4.1.3 Fasa selepas intervensi
Dalam fasa ini, saya telah menjalankan proses merefleks dengan
cara mengenal pasti sama ada pelaksanaan intervensi kajian
tindakan ini berjaya mencapai objektif dan soalan kajian
sebagaimana yang dirancang. Di samping itu juga saya telah
menggunakan hasil dapatan kajian untuk merancang kajian susulan
bagi mengesan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap
kajian ini.
4.2 Mengumpul data
Di dalam kajian ini saya telah menggunakan tiga kaedah bagi pengumpulan
data .Pertama , menggunakan kaedah analisis dokumen berbentuk
lembaran kerja. Lembaran kerja yang disediakan sebagai bukti pencapaian
murid selepas penggunaan carta SIBUDIMA dilaksanakan. Kedua ,
menggunakan senarai semak item pemerhatian berdasarkan rakaman video
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Ketiga,menggunakan borang soal selidik bagi tujuan maklum balas selepas
tamat intervensi.
4.3 Menganalisa dan menginterretasi data
4.3.1 Analisis dokumen(lembaran kerja)
Hasil dapatan bagi analisis lembaran kerja mendapati frekuensi bagi
subjek kajian dapat membina lima ayat tunggal menggunakan carta
SIBUDIMA adalah adalah 80% manakala 10% tidak dapat membina
ayat dengan lengkap.Peratusan pencapaian menunjukkan bahawa
terdapat dua subjek kajian yang tidak menguasai kemahiran yang
difokuskan.Masalah yang dikenal pasti , dua subjek kajian ini
merupakan pelajar yang mengikuti kelas pemulihan di
sekolah.Namun secara keseluruhannya carta SIBUDIMA berjaya
membantu subjek kajian dalam membina ayat yang lengkap
berdasarkan 80% menguasai kemahiran tersebut.
4.3.2 Analisis senarai semak pemerhatian
Semasa pengajaran dan pembeajaran dijalankan ,di dalam langkah
set induksi didapati semua subjek kajian memberi tumpuan terhadap
pengajaran guru pada awalnya ketika menunjukkan gambar dan
telah mencapai wajaran 100%. Namun begitu bagi item ketiga dan
keempat iaitu subjek kajian (10%) mula berjalan-jalan ditempat
kawan dan menganggu murid lain manakala (80%) masih memberi
tumpuan semasa saya mula mengaitkan isi pelajaran membina ayat
tunggal dengan perluasan subjek dan predikat.
Pada langkah 1 , saya telah menggunakan carta SIBUDIMA .Murid
membina ayat membina ayat tunggal menggunakan carta
SIBUDIMA.Dua item telah mencapai wajaran peratusan (100%) ‘Ya’
Item-item itu adalah menunjukkan minat terhadap carta SIBUDIMA
yang pertama kali diperkenalkan kepada mereka dan melibatkan diri
secara aktif dalam pengajaran. Bagi item satu ,bagi memberi contoh
ayat tunggal mencapai wajaran (60%) ‘Ya’ dan (40%)”Tidak”. Bagi
item dua dan lima mencapai wajaran (90%) ‘Ya’ dan (10%)’Tidak’. Di
mana tidak semua mereka dapat memperluaskan ayat tunggal yang
dibaca dan membina ayat tunggal tanpa bimbingan guru.
Langkah 2 penggunaan carta SIBUDIMA menggunakan
gambar.didapati item ketiga iaitu perasaan seronok mencapai
wajaran (100%) ‘Ya’. Manakala item pertama iaitu penglibatan diri
dalam pengajaran,item kedua iaitu membina ayat tunggal
menggunakan gambar,item keempat iaitu kesungguhan mencuba
dan item kelima iaitu pemahaman mereka menggunakan carta
SIBUDIMA mencapai wajaran (90%) ‘Ya’ dan (10%) ‘Tidak’.
Bagi langkah pengajaran 3 semasa aktiviti berkumpulan dijalankan
didapati bagi item pertama iaitu penglibatan subjek kajian dan item
kedua iaitu kerjasama telah mencapai wajaran (100%) ‘Ya’ .Bagi item
ketiga iaitu aktif memberi idea, item keempat iaitu memberi tumpuan
semasa perbincangan kumpulan dan item kelima iaitu berkomunikasi
dalam kumpulan mencapai wajaran (90%)’Ya’ dan (10%)’Tidak’
Bagi langkah penilaian pula didapati item pertama iaitu memahami
arahan diberi, item kedua iaitu mematuhi arahan dengan sempurna
dan item ketiga iaitu memahami gambar yang diberi mencapai
wajaran peratusan (100%)’Ya’.Manakala bagi item keempat iaitu
menunjukkan minat membina ayat berdasarkan gambar dan item
kelima iaitu membina ayat tunggal menggunakan carta SIBUDIMA
telah mencapai wajaran peratusan (90%)’Ya’ dan (10%)’Tidak’.Dalam
akhir pengajaran, didapati item ketiga iaitu perkembangan sikap
mencapai wajaran (100%) ‘Ya’. Manakala item pertama iaitu minat
mencuba membina ayat, item kedua iaitu memberi tindak balas, item
keempat iaitu penguasaan dan item kelima iaitu keyakinan mencapai
wajaran (90%) ‘Ya’dan (10%) ‘ Tidak’.
4.3.3 Analisis soal selidik
Hasil dapatan maklum balas subjek kajian menggunaan borang soal
selidik yang dijalankan selepas tamat intervensi menunjukkan semua
item seronok,kefahaman, keyakinan,kecepatan kadar pemahaman
dan pembelajaran dalam kumpulan mencapai wajaran (100%)’Ya’.
Namun begitu didapati 2 orang subjek kajian (10%) tidak bersetuju
bagi usul item keempat iaitu menjadikan mereka rajin untuk membina
ayat, item kelima menguji minda, item ketujuh tidak malu menyertai
aktiviti dalam kelas dan item kesepuluh iaitu membina ayat tanpa
kesalahan .
4.4 Dapatan
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan,murid berubah dari sikap tidak yakin kepada
yakin.Mereka juga memberi tumpuan kepada soalan dan menjawab dengan yakin.
Malahan mereka merasa bangga kerana dapat menjawab soalan-soalan yang
diberikan.Hal ini menunjukkan respon yang baik dan memberangsangkan.Malah
penggunaan Carta SIBUDIMA telah membentuk keyakinan diri pada mereka untuk
berani mencuba dan tidak merasa malu. mereka berebut-rebut mengangkat tangan
untuk mencuba membina ayat di depan kelas dan di papan hitam.Dapatan kajian ini
juga disokong dengan instrumen soal selidik yang menunjukkan mereka berpuas
hati dan merasa gembira apabila dapat membina ayat yang diberi. Hasil dapatan
kajian ini juga membuktikan bahawa mereka menyatakan perasan seronok dan
membantu mereka membina ayat dengan lebih tersusun. Penggunaan carta
SIBUDIMA yang diperkenalkan , dapat memberi kesan positif terhadap pelajar
kerana mudah difahami, mudah diingati dan menyeronokkan serta terdapat
peningkatan dalam pembinaan ayat.
5.0 KESIMPULAN DAN REFLEKSI (KAJIAN SUSULAN)
Setelah melakukan kajian ini, saya rasa perlu diadakan kajian-kajian lain untuk
mengenal pasti masalah-masalah lain yang mungkin tidak dapat kita lihat dengan
mata kasar. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan untuk kajian-kajian yang akan
dijalankan pada masa hadapan. Beberapa perubahan lagi perlu saya lakukan dalam
melengkapkan carta SIBUDIMA saya ini.Di antara yang perlu dilakukan adalah
seperti berikut:
i Latihan pengukuhan hendaklah dilakukan kepada pelajar-pelajar
menggunakan carta SIBUDIMA dalam membina ayat yang gramatis.
Pengukuhan yang berterusan penting untuk meningkatkan penguasaan
pelajar. Penambahbaikan kajian tindakan ini perlu dilakukan bagi
meningkatkan lagi penguasaan pelajar dalam kemahiran membina ayat
ii Kajian tindakan ini harus dijalankan dalam satu tempoh masa yang lebih
panjang untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang lebih baik. Dalam
jangka masa yang singkat, saya tidak dapat memperkenalkan kaedah ini
kepada semua pelajar. Oleh itu, diharap kajian ini dapat dilaksanakan
kepada semua pelajar agar semua pelajar akan dapat manfaat daripada
kaedah pembinaan ayat menggunakan carta SIBUDIMA
iii Penggunaan bahan bantu mengajar terutamanya penggunaan LCD bagi
menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran serta
aktiviti. Aktiviti melengkapkan carta SIBUDIMA dengan unsur-unsur visual
dan grafik yang lebih menarik.
v Menyusun semula pembelajaran menggunakan carta SIBUDIMA dengan
kaedah yang mencabar dan kreatif.
6.0 RUJUKAN
Abdullah Hassan & Ainon Mohamad. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: utusan Publications
Abdullah Hassan (ed). (1987). Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan (Edisi Ketiga). Putrajaya : BPPPDP, KM.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Manual Kajian Tindakan.Kuala Lumpur : BPPPDP, KPM.
Ghazali Ismail dan Khairuddin Mohamad(2014).Penyelidikan Tindakan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Seremban:Institut Pendidikan Guru Kampus Raja melewar.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Khairuddin Mohamad((2011).Literasi Bahasa Melayu ,Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Khairuddin Mohamad(2012).Bahasa Melayu Kontektual,Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Khairuddin Mohamad,Ibrahim Yusof dan Zaridah Ramli (2014) Penyelidikan Dan Pendidikan Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Marohani Yusoff(2013). Stratergi Pengajaran dan Bacaan danKefahaman.Selangor.PTS Publications & Distributors.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noresah Bt. Baharom (Ed). (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Hj Sabran & Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.Tuan Jah Tuan Yusof (2011).Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,Kuala Lumpur.Penerbitan Multimedia
Jeyagobi a/l Dhamodarem. (2008). Persepsi dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap kemahiran menulis di sekolah rendah kawasan Pensiangan-Salinatan daerahNabawan, Sabah: Satu analisis. Jurnal Penyelidikan Institut Perguruan Islam.http://www.ipislam.edu.my/penyelidikan (dipos ke web pada 5 Mei 2010).
Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan,Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Che Zanariah dan Fadzilah Abd Rahman(2011)Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah,Kuala Terengganu.Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu .Dicapai pada 31 Ogos 2014 daripada http://www.ukm.my/jpbm/pdf/67-87_CheZanariah,Fadzilah.UPM.pdf