bml3043 d042706

50
BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01 BML 3043 FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU FUZIAH BT. ISMAIL D20102042706 KUMPULAN EL-D01 SEMESTER 4 SESI 2012/2013 PENSYARAH DR SRI LANANG JAYA B. ROHANI FAKULTI BAHASA & KOMUNIKASI 1

Upload: cik-gee

Post on 10-Aug-2015

1.004 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

BML 3043

FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

FUZIAH BT. ISMAIL

D20102042706

KUMPULAN EL-D01

SEMESTER 4

SESI 2012/2013

PENSYARAH

DR SRI LANANG JAYA B. ROHANI

FAKULTI BAHASA & KOMUNIKASI

1

Page 2: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0. Pengenalan 3

2.0. Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

2.1. Definisi 3

2.2. Fonetik Akustik 5

2.3. Fonetik Artikulasi 6

2.4. Fonetik Auditori 8

2.5. Matlamat Ilmu Fonetik & Fonologi 8

3.0. Bunyi Vokal Dan Konsonan Bahasa Melayu

3.1. Bunyi Vokal 9

3.1.1. Vokal hadapan

3.1.2. Vokal tengah

3.1.3. Vokal belakang

3.2. Bunyi Konsonan 17

3.2.1. Konsonan Asli

3.2.1. Konsonan Pinjaman

4.0. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

4.1. Sejarah Awal Tulisan Rumi 32

4.2. Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia 33

4.3. Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu 34

4.4. Keselarasan Vokal 36

4.5. Penyesuaian Huruf Ejaan Kata Pinjaman 39

5.0. Rumusan 43

6.0. Rujukan 44

2

Page 3: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Soalan : Bincangkan perkara berikut dengan jelas dan sertakan contoh-contoh yang

sesuai.

a) Fonetik dan fonologi bahasa Melayu

b) Bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu

c) Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.

1.0. PENGENALAN.

Ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Iaitu ilmu yang

mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif iaitu

mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-

agakan,ramalan,sentimen atau falsafah. Fonetik dan fonologi bahasa Melayu diberada di

bawah cabang dan bidang Linguistik Deskriptif. Linguistik Deskriptif menghuraikan

bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dituturkan dan bagaimana sistem bahasa itu digunakan

dalam bidang fonologi,morfologi,sintaksis dan segala aspek yang terdapat dalam bahasa

Melayu. Ia hanya membuat huraian tentang satu-satu bahasa itu dan tidak membuta

perbandingan dengan bahasa-bahasa lain atau mengkaji daripada sudut sejarah bahasa itu.

Misalnya Linguistik Deskriptif akan menghuraikan bunyi-bunyi vokal, konsonan,

diftong,sistem sukukata,perkataan,frasa dan ayat bahasa Melayu, tetapi tidak membuat

perbandingan antara sistem ini dengan sistem bahasa Inggeris, bahasa Perancis,bahasa Jepun

dan bahasa Cina.

2.0. FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

2.1. DEFINISI

Bidang fonetik dan fonologi telah mengalami perkembangan yang amat panjang

sebagai bidang khusus kajian bunyi bahasa umat manusia. Perkembangan kajian bidang ini

dilahirkan sejajar dengan perkembangan displin-displin lain dalam linguistik. Oleh itu

terdapat beberapa definisi mengenai fonetik dan fonologi yang diberikan oleh tokoh-tokoh

bahasa. Di bawah ini dinyatakan beberapa definisi atau pengertian serta pendapat tentang

fonetik.

3

Page 4: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

(i) Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana,1948:51) memberikan definisi fonetik

sebagai “ Ilmu yang menyelidiki penghasilan,penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa”.

(ii) Abdullah Hassan (1993:40) memberikan definisi fonetik sebagai “ Fonetik mengkaji

bunyi bahasa dari segi penyebutan,pendengaran atau sifatnya...Fonetik amnya ialah

pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi”.

(iii) Abdul Hamid Mahmood (2007:16) merumuskan bahawa “Fonetik mengkaji bunyi-

bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi cara

pengeluarannya,daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam

menghasilkan bunyi-bunyi bahasa”.

(iv) The Penguin Dictionary (2004:1046) menjelaskan fonetik sebagai “The study and

classification of speech sounds”.

Bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai sistem atau peraturan pula dikaji dalam bidang

fonologi. Berikut ialah pandangan tentang definisi atau pengertian tentang fonologi.

(i) F.Parker (1974: 112) memberikan pengertian fonologi sebagai “....suatu bidang yang

mengkaji sesuatu bahasa,iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan”.

(ii) Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana, 1984:61)memberikan definisi fonologi

sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

(iii) Abdullah Hassan dalam bukunya ,Linguistik Am Untuk Guru Bahasa

Malaysia(1993:40) menyatakan bahawa “Fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi

dalam sesuatu bahasa itu”.

(iv) Abdul Hamid Mahmood dalam bukunya, Linguistik Fonetik Dan Fonologi Bahasa

Melayu(2007:17) menyimpulkan fonologi sebagai “ Kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi

bahasa”1.

Kesimpulannya, berdasarkan pendapat- pendapat yang diberikan ini telah

menjelaskan tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik iaitu kajian

mengenai bunyi-bunyi bahasa. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi

1 Abdul Hamid Mahmood(2007). Linguistik Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu. Aslita Sdn.Bhd.hlm 14-16.4

Page 5: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

ucapan iaitu rentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan

antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan

hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan di sini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil

yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-

fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik.

Umumnya ilmu fonetik ini dibahagikan kepada:

(i) Fonetik artikulasi

(ii) Fonetik akustik

(iii) Fonetik auditori.

2.2. FONETIK AKUSTIK

Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada

pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini pula

terkandung di dalamnya antara lain parameter-parameter seperti frekuensi fundamental(Fo),

intensiti dan durasi.Parameter-parameter ini,iaitu frekuensi fundamental(Fo) yang diukur

dalam unit Hertz(Hz),intentsiti dalam unit desibel(dB) dan durasi dalam unit saat(s)

mendukung fungsi makna-makna yang tertentu. Dari sudut pendengar,ketiga-tiga parameter

ini dipersepsikan sebagai kelangsingan bunyi,kelantangan suara dan kepanjangan.

Kesemua yang terlafaz ini selari dengan objektif komunikasi dan dapat dikatakan

sering kali semua ini terancang dalam minda si penutur. Keselarian ini berlangsung kerana

ketiga-tiga parameter yang digunakan mendukung makna-makna yang tertentu. Norma-norma

maknanya ditentukan oleh masyarakat penutur sesuatu bahasa. Sebagai contoh bunyi em

dalam bahasa Melayu boleh menggantikan ya dalam ayat berikut :

Awak yang makan roti itu? atau

Awak yang pergi ke sana? dan sebagainya. Sebaliknya jika lafaz bunyi em yang diberikan

kepanjangan lafaz yang tertentu seperti :

emmmmm.........

5

Page 6: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Maka jawapan ya kepada soalan-soalan di atas kini tidak lagi berlaku. Jawapan em

tidak lagi dianggap bermakna emosi yang neutral . Hanya si pendengar dan si penutur yang

hadir dalam konteks tersebut dapat memahami peristiwa bahasa yang sedang berlaku itu. Dia

sebenarnya memahami ketentuan-ketentuan makna yang tidak pernah tertulis dalam mana-

mana buku tentang fungsi-fungsi setiap ketinggian,kekuatan dan kepanjangan lafaz

bunyi.Pengkaji-pengkaji dalam bidang ini menggunakan bacaan parameter ini bagi

mendapatkan pola-pola tertentu dalam mendeskripsikan pemindahan signal yang berlaku itu.

Grafik signal adalah seperti di bawah.

Signal akustik ini dinamakan sebagai osilogram yang kandungannya terdiri daripada

fitur-fitur prosodi seperti kelansingan,kelantangan dan kepanjangan. Signalakustik ini boleh

dianalisis dengan menggunakan program Praat bagi mendapatkan bacaan parameter Fo.

Selain itu, melalui program ini juga dapat diperlihatkan bentuk spektrogram dan formannya.

2.3. FONETIK ARTIKULASI

Fonetik artikulasi merujuk kepada kajian yang mendeskripsikan cara-cara sesuatu

bunyi dilafazkan. Ia melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan bunyi-

bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran udara yang tidak bergerak tetapi

disentuh oleh organ artikulasi sewaktu berlakunya sesuatu lafaz. Manakala organ artikulasi

pula ialah organ ujaran dalam saluran suara yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa.

Organ artikulasi terbahagi kepada artikulator aktif dan artikulator pasif. Organ artikulator

6

Page 7: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

aktif ialah seperti lidah,bibir, lelangit lembut dan gigi bawah. Manakala artikulator pasif ialah

organ dalam saluran suara yang tidak bergerak seperti gigi atas dan lelangit keras.

Kajian ini melibatkan prosedur bunyi tuturan oleh organ vokal manusia,iaitu cara

penutur menghasilkan bunyi dengan menggunakan organ tuturan bagi menghasilkan bunyi

yang digunakan dalam tuturan dan cara bunyi tersebut diklasifikasikan dan dideskripsikan.

Bunyi-bunyi dalam bahasa mempunyai daerah dan organ artikulasi masing-masing.

Semuanya berbeza dan setiap satu menghasilkan perbezaan bunyi-bunyi yang diucapkan.

Organ artikulasi ialah organ yang digunakan untuk menghasilkan bunyi manakala daerah

artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan sesuatu bunyi. Perbezaan daerah dan organ dalam

proses menghasilkan bunyi-bunyi bahasa inilah yang menimbulkan penamaan binyi-bunyi

seperti letupan bibir bersuara atau tak bersuara,sengauan bibir, geseran lelangit keras bersuara

atau tak bersuara, geseran gusi dan sebagainya. Secara terperinci, kita dapat melihat grafik

saluran vokal seperti berikut :

1 Bibir atas 11 Tengah lidah2 Bibir bawah 12 Belakang lidah3 Gigi atas 13 Akar lidah4 Gigi bawah 14 Epiglotis5 Gusi 15 Pita suara6 Lelangit keras 16 Rongga tekak7 Lelangit lembut 17 Rongga Hidung8 Anak tekak 18 Rongga mulut9 Hujung lidah 19 Rahang10 Hadapan lidah 20 Tenggorok

7

Page 8: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

2.4. FONETIK AUDITORI

Fonetik auditori pula ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan dengan

soalan “bagaimana bunyi diterima dan dikenali sebagai tuturan bunyi yang beebeza”. Proses

yang yang terlibat dinamakan sebagai mendekod,yang melibatkan pendengar. Penutur

menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bbentuk kod-kod yang tertentu

seperti bunyi,kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam otak

bagi menjadikannya sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung.

Kajian ini berkaitan dengan kerangka psikologi, iaitu kajian persepsi respons kepada bunyi

tuturan seperti yang diklasifikasikan oleh pendengar.

Persepsi pendengar kepada ujaran yang terlafaz melibatkan unsur kelangsingan,

kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi tertentu. Dan

makna emosi itu dapat dikatakan sebagai suatu kod yang ditentukan oleh anggota masyarakat

penutur sesuatu bahasa. Lazimnya dalam mendapatkan rujukan makna emosi

ini,keabsahannya perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik yang dinamakan

ujian persepsi. Soal selidik ini perlu dilakukan ke atas penutur bahasa yang data bunyinya

sedang dianalisis bagi menjamin ketepatan dapatan ujian tersebut2.

2.5. MATLAMAT ILMU FONETIK DAN FONOLOGI

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai

kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna

bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Dengan mempunyai

ilmu berkaitan bidang ini , ia membantu pembakuan bahasa Melayu. Ini kerana bahasa baku

berfungsi untuk menyatukan semua dialek dan variasi yang lain dan seterusnya menyatukan

semua daerah dan kawasan yang lain.Bahasa Melayu baku ini merupakan bahasa Melayu

yang sudah mempunyai sistem yang mantap dari segi sebutan,ejaan dan tatabahasa. Bahasa

Melayu baku kini digunakan sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi, bahasa pentadbiran

dan bahasa pengantar pendidikan.

Bahasa Melayu baku yang berkait rapat dengan aspek sebutan merupakan satu bahasa

yang dapat menarik perhatian pelajar. Pelajar akan mudah teransang pancaindera mereka

2 Indrawati Zahid dan Mardion Shah Omar(2006). Fonetik dan Fonologi.PTS Profesional. hlm 5-11.

8

Page 9: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

dengan sebutan yang terang. Penyebutan bahasa Melayu baku yang sempurna lagi mantap

akan dapat memancarkan kesempurnaan dan memancarkan kejituan dalam aspek tertentu.

Sebutan baku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah sangat

releven kerana bahasa Melayu baku telah mencapai tahap pembinaan dan pengayaan kosa

kata dan struktur tatabahasa. Bahasa Melayu baku telah berupaya untuk menyampaikan buah

fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Bahasa Melayu baku berupaya untuk menjadi

pemangkin pengaliran ilmu di antara guru dan pelajar – pelajar.

Dalam bidang pendidikan pula, ilmu fonetik dan fonologi ini dapat membantu guru-

guru untuk membetulkan sebutan bunyi sesuatu bahasa terutamanya melatih murid yang

gagap semasa bertutur. Terapi pertuturan merupakan salah satu aktivti yang membantu murid

untuk mempunyai masalah dengan alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau, sumbing dan

sebagainya. Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya ialah, pertama

melatih murid menguasai kemahiran tertentu.  Sebagai contoh, jika terapi pertuturan

dijalankan, kita dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur khususnya.  Murid

akan dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa jika terapi ini terus dijalankan.Ia

membantu murid menghasilkan bunyi bahasa.  Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat

membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih bermakna. Kebanyakkan

murid yang mengalami masalah pertuturan akan mengeluarkan bunyi yang kurang difahami

oleh orang lain.  Dengan pelaksanaan terapi pertuturan, murid dapat menghasilkan bunyi

bahasa yang lebih bermakna3.

3.0. BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU.

3.1. BUNYI VOKAL

Vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan ,udara dari paru-paru keluar

berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang sekatan atau gangguan.

Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi

vokal dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan4.

3 http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-pertuturang-54.html

4 Abdul Hamid Mahmood (2007). Linguistik Fonetik & Fonologi bahasa Melayu. Azlita Sdn.Bhd.hlm 41.9

Page 10: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu enam vokal asli { a, e, i ,o dan u } dan dua vokal

yang terdapat dalam kebanyakan dialek { ε,dan כ }. Terdapat empat vokal depan, iaitu [ i ] ,

[ e ], [ε ], dan [ a ], satu vokal tengah [ ə ] dan tiga vokal belakang [ u ], [ o ] dan [כ] .

Walaupun dari segi tulisan dan penyebutan standard, vokal-vokal di dalam bahasa Melayu

terbahagi kepada enam jenis, tetapi di dalam pertuturan, terdapat sembilan jenis vokal yang

sering dihasilkan. Vokal-vokal itu dapat digambarkan melalui carta vokal yang disediakan.

Kata depan, tengah dan belakang lidah merujuk kepada bahagian pada lidah. Rajah di bawah

ini menunjukkan keratan rentas lidah. Rajah tersebut juga menunjukkan kedudukan lidah

semasa bunyi vokal dihasilkan. Bibir dalam keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan

dihasilkan, manakala bibir dalam keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan. Keadaan

bibir neutral semasa menghasilkan vokal tengah.

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

10

Kedudukan hadapan lidah dinaikkan atau diturunkan semasa membunyikan vokal hadapan.

Page 11: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

3.1.1. VOKAL HADAPAN

Vokal Hadapan Sempit [ i ]

Cara membunyikannya:

Hadapan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung

lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara

dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan

atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan

terhampar. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput udara.

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan sempit [ i ]

Contoh perkataan vokal hadapan sempit [ i ] ialah :

[ ikan ] [ lari ] [ kiri ] [ tilik ] [ lihat ] [ topi ] [ ibu ] [ tiba ] [ tali ] [ padi ]

Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ]

Cara membunyikannya:

Hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah dari bunyi vokal [i ] tadi, iaitu kira- kira

1/3 daripada kedudukanya semasa menghasilkan vokal depan sempit [i]. Lidah tidak

menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihampar dan glotis dirapatkan. Lelangit lembut

dinaikkan.Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar.

11

Page 12: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh sempit [ e ]

Contoh perkataan vokal hadapan separuh sempit [e ] ialah :

[ kole ] [ tauge ] [ bendi ] [ elak ] [ ekar ] [ segak ] [ eloʡ ] [ enãʡ ]

Vokal Hadapan Separuh Luas [ ε ]

Cara membunyikannya:

Hadapan lidah diturunkan kira-kira 2/3 daripada kedudukan semasa menghasilkan

vokal depan sempit (i) dan udara tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir

dihamparkan dan glotis dirapatkan. Seterusnya, lelangit lembut dinaikkan, udara ditekan

keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam beberapa dialek.

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh luas [ ε ]

Contoh perkataan vokal hadapan separuh luas [ ε ] ialah :

[ bεlot ] [ bεlon ] [ taukε ] [ gεlεk ] [ gεsεk ] [ gεrεk ] [ εnãʡ ] [ εsa ]

12

Page 13: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Vokal Hadapan Luas [ a ]

Cara membunyikannya:

Bahagian depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan

terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung.

Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal

( i ) dan ( e ).

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh luas [ a ]

Contoh perkataan vokal hadapan luas [a ] ialah :

[ apa ] [ pandai ] [ landai ] [ anting ] [ siapa ] [ awan ] [ anãʡ ]

3.1.2. VOKAL BELAKANG

Vokal Belakang Sempit [ u ]

Cara membunyikannya:

Belakang lidah dinaikkan setinggi-tinggi yang mungkin, tetapi tidak menyekat arus

udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan.

Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar.

13

Page 14: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang sempit [ u ]

Contoh perkataan vokal belakang sempit [ u ] ialah :

[ubat] [ulat] [undaŋ] [udaŋ] [ulaŋ] [ular] [bulat] [sudu] [batu]

Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]

Cara membunyikannya:

Belakang lidah diturunkan 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang

paling rendah. Lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glotis

dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara

bergetar.

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh sempit [ o ]

Contoh perkataan vokal belakang separuh sempit [ o ] ialah :

[ obor ] [ solo ] [ polo ] [ toko ] [ oraŋ] [ boleh ] [ otak ] [ pidato ]

Vokal Belakang Separuh Luas [כ ]

Cara membunyikannya:

Belakang lidah diturunkan 2/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir

turut dibundarkan. Lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Glotis dirapatkan dan

lelangit lembut di naikkan. Udara di tekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar.

Vokal ini hadir dalam dialek-dialek dan bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal [ o ].

14

Page 15: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh luas [כ ]

Contoh perkataan vokal belakang separuh luas [כ ] ialah :

[ lehכ ] [ tכlכb ] [ ŋכrכb ] [ כtכs ] [ כtek ] [ lehכb ] [ raŋכ ]

3.1.3. VOKAL TENGAH

Vokal Tengah [ ә ]

Cara membunyikannya:

Bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah pertemuan antara lelangit keras dan lelangit

lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Pita suara

dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya. Pita suara akan bergetar.

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal tengah [ә ]

Contoh perkataan vokal tengah [ ә ] ialah :

[ әmpat ] [ pәpәt ] [ kәnduri ] [ pәrahu ] [ tәmpat ] [ әmãʡ ] [ pәnãt ]

15

Page 16: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

1. Vokal depan sempit [ i ]

2. Vokal depan separuh sempit [ e ]

3. Vokal depan luas [ a ]

4. Vokal Tengah [ ә ]

5. Vokal belakang sempit [ u ]

16

Page 17: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

6..Vokal belakang separuh sempit [ o ]

Kedudukan vokal-vokal tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut:

Nama Vokal Lambang Contoh (awal ,tengah, akhir

kata)

Vokal depan sempit [ i ] ikan, bila, padi

Vokal depan separuh

sempit ( e taling )

[ e ] ekor, boleh, taugeh.

Vokal depan separuh luas [ ε ] εlok, tεlor, tempε

Vokal depan luas [ a ] anak, masa, lima

Vokal tengah ( e pepet ) [ ə ] əmak, bətul, sosialismə

Vokal belakang sempit [ u ] udang, butang, lalu

Vokal belakang separuh

Sempit

[ o ] otak, bosan, logo

Vokal belakang separuh luas [ כ ] כleh, tekכrang, bכ

17

Page 18: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami

sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga

mulut dan bentuk bibir5.

3.2. BUNYI KONSONAN.

Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Sekiranya bunyi vokal itu

adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan suara keluar terus menerus tanpa

sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi,maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa

menghasilkannya terdapat terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi. Konsonan

boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara

ialah konsonan yang semasa penghasilannya ,pita suara digetarkan oleh arus udara yang

keluar dari paru-paru, contohnya [b],[d] dan [g]. Konsonan tidak bersuara pula ialah

konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara seperti [p],[t]

dan [k]. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan iaitu konsonan asli

dan pinjaman6.

Konsonan terbahagi kepada dua iaitu:

3.2.1. BUNYI KONSONAN MELAYU ASLI

Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli iaitu:

[ p ] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara

[ b ] Konsonan letupan dua bibir bersuara

[ t ] Konsonan letupan gusi tidak bersuara

[ d ] Konsonan letupan gusi bersuara

[ k ] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara

[ g ] Konsonan letupan lelangit lembut bersuara

[ ʡ ] Hentian glotis

[ č ] Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara

[ ǰ ] Konsonan letusan lelangit keras bersuara 5 Siti Hajar Abdul Aziz(2011). Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua. Oxford Fajar.hlm 99-107.

6 Abdul Hamid Mahmood(2007).Linguistik Fonetik & Fonologi bahasa Melayu. Aslita Sdn Bhd. hlm58.18

Page 19: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

[ s ] Konsonan geseran gusi tidak bersuara

[ r ] Konsonan geseran gusi bersuara

[ h ] Konsonan geseran glotis bersuara

[ l ] Konsonan geseran sisian gusi bersuara

[ m ] Konsonan sengau dua bibir bersuara

[ n ] Konsonan sengau gusi bersuara

[ ŋ ] Konsonan sengau lelangit lembut bersuara

[ ɲ] Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara

[ w ] Separuh vokal dua bibir bersuara

[ j ] Separuh vokal lelangit keras bersuara

3.2.2. BUNYI KONSONAN MELAYU PINJAMAN

Terdapat 8 bunyi konsonan Melayu pinjaman iaitu:

[ f ] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara

[ v ] Konsonan geseran bibir gigi bersuara

[ θ ] Konsonan geseran gigi tidak bersuara

[ ŏ ] Konsonan geseran bersuara

[ z ] Konsonan geseran gusi bersuara

[ š ] Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara

[ x ] Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara

[ γ ] Konsonan geseran lelangit lembut bersuara

19

Page 20: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

CARTA KONSONAN MELAYU ASLI7

7 Prof Dr Abdul Hamid Mahmood(2012). Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu.UPSI20

Page 21: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

3.2.3. CARA-CARA MEMBUNYIKAN KONSONAN MELAYU ASLI

Cara Penghasilan

Daerah ArtikulasiDua Bibir

Gusi Gusi Lelangit Keras

Lelangit Keras

Lelangit Lembut

Pita Suara

Letupan p b t d k g ʔLetusan c jGeseran s hGetaran rSisian lSengauan m n ɲ ŋSeparuh Vokal w y

Rajah berikut menunjukkan bagaimana bunyi konsonan Melayu asli dihasilkan.

Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]

Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke

rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk

membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung. Kemudian pita suara

direnggangkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].

Contoh perkataan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] :

[ palu ] [ paku ] [ lapiʡ ] [ api ] [ atap ] [ pidato ] [ sampai ]

21

Page 22: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Konsonan letupan dua bibir bersuara [b]

Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [p]. Tetapi pita suara

dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita

suara dan bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir bersuara [b].

Contoh perkataan konsonan letupan dua bibir bersuara [b] :

[ bateʡ ] [ rabun ] [ abadi ] [ adab ] [ sebab ] [ buku ]

Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ].

Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan, rapat ke

belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut

dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu.

Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta- merta sambil menggetarkan pita suara. Sebagai

contoh perkataan konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ]

[datuk] [sedut] [salad] [diari] [saderi] [nomad]

22

Page 23: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi bersuara [d].

Konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [ t ].

Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan, rapat ke

belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut

dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu.

Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta- merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai

contoh perkataan letupan gigi-gusi tidak bersuara :

[tebu] [satu] [selat] [tabur] [ketum] [pelat]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [t].

Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ].

Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, bahagian

belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada

bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu

dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

Contoh perkataan letupan lelangit lembut bersuara :[gajah] [megah] [beg] [gelap] [sergah] [jag]

23

Page 24: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g].

Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ].

Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, bahagian

belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada

bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu

dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara.

Contoh perkataan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]

[kalau] [bekal] [selak] [kari] [cekal] [elak]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

24

Page 25: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ].

Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke

bahagian belakang rongga tekak.Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian

rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah

dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan

menggetarkan pita suara.

Contoh perkataan konsonan letusan lelangit lembut bersuara [j]

[jambu] [laju] [kolaj] [jambang] [baju] [mesej]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j].

Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č].

Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke

bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian

rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah

dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa

menggetarkan pita suara.C

Contoh perkataan konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č].

[čatan] [beča] [mač] [čuba] [kača] [klač]

25

Page 26: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č].

Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ].

Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian

belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang keluar daripada paru-paru melalui rongga

mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan.

Contoh perkataan konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ]

[rotan] [kerap] [pakar] [rancang] [perap] [cakar]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan getaran gigi-gusi bersuara [r].

Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m].

Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak

dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang dikeluarkan daripada paru-

paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan.

26

Page 27: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Contoh perkataan konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ]

[mantan] [semak] [selam] [maki] [amal] [suram]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun dua bibir bersuara [m].

Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n].

Bahagian hujung lidah dirapatkan ke bahagian gig-gusi. Kemudian, lelangit lembut dalam

keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang

dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara

digetarkan.

Contoh perkataan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]

[naga] [benam] [ikan] [niaga] [enam] [lokan]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n].

27

Page 28: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [ɲ]

Bahagian depan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan

biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan

melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan.

Contoh perkataan konsonan sengauan lelangit keras bersuara [ɲ] [nawa] [senyap] [nasi] [guna]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit keras bersuara [ɲ]

Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s].

Daun lidah didekatkan ke bahagian gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar.

Kemudian, lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara

yangdisalurkan keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-gusi yang membuat

sempitan dengan daun lidah itu. Pita suara pula tidak digetarkan.

Contoh perkataan geseran gigi-gusi bersuara [ s ]

[sama] [nasi] [kipas] [silap] [asap] [tulus]

28

Page 29: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s]. Konsonan geseran glotis tak bersuara [h].

Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara

direnggangkan luas dan udara keluar dari paru-paru dengan bebas melalui glotis yang terbuka

itu seperti keadaan biasa ketika bernafas.

Contoh perkataan konsonan geseran glotis tak bersuara [ h ]

[hantu] [mahir] [sirih] [haram] [dahan] [madah]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran glotis tak bersuara [h].

Konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ].

Hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi. Kemudian, lelangit lembut dinaikkan

rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru disalurkan melalui

rongga mulut, tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah serta pita suara digetarkan.

Contoh perkataan sisian gigi-gusi bersuara [ l ]

[lapar] [balik] [cekal [lima] [bila] [pukul]

29

Page 30: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ].

Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w].

Bahagian bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. Lelangit

lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara

digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal

Contoh perkataan separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]

[wakil] [bawal] [straw] [wilayah] [tawakal] [takraw]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]. 8

3.2.4. CARA-CARA MEMBUNYIKAN KONSONAN PINJAMAN.

Konsonan yang bukan berasal berasal daripada bahasa Melayu tetapi dipinjam daripada

bahasa lain seperti bahasa Arab, Sanskrit, Inggeris dan sebagainya. Konsonan ini telah umum

dipakai dalam perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing itu. Contohnya :

8 Normaizam bt. Hamid et.al (2006). Modul Bahasa Melayu Akademik 1 Semester 1 PPISMP. IPG Sultan Mizan. hlm 43-57.

30

Page 31: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Konsonan Geseran Bibir –Gigi Bersuara[v]

Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan

mengeser melalui sempitan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada

dinding tekak menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga

hidung. Pita suara dirapatkan . Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui

sempitan pada daerah bibir gigi. Pita suara digetarkan.

Contoh perkataan konsonan geseran bibir-gigi bersuara [ v ]

[ vokal] [novel] [variasi] [univərsiti]

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran bibir-gigi bersuara[v].

Konsonan Geseran Bibir- Gigi Tidak Bersuara[f]

Bunyi konsonan geseran bibir-gigi tidak bersuara [f] dihasilkan dengan cara bibir bawah

dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser

melalui ruang yang sempit. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke

hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Pita suara dibuka

(direnggangkan). Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada

daerah bibir-gigi. Pita suara tidak digetarkan.

Contoh perkataan konsonan geseran bibir-gigi tidak bersuara [ f ]

[fikir] [nafkah] [arif] [fitnah] [sifir] [huruf]

31

Page 32: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran bibir-gigi tidak bersuara[f].

Konsonan Geseran Gigi Tidak Bersuara [θ]

Konsonan geseran gigi tidak bersuara [θ]dihasilkan melalui cara hujung lidah dihampirkan

kepada daerah antara gigi atas dengan gigi bawah untuk membuat sempitan pada daerah

antara gigi atas dan gigi bawah supaya udara keluar dengan menggeser. Lelangit lembut dan

anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung

supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dibuka (direnggangkan).

Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan antara gigi atas dan gigi

bawah. Pita suara tidak digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gigi tidak

bersuara [(iii) Pita suara dibuka (direnggangkan). Udara dari paru-paru keluar dengan

menggeser melalui sempitan antara gigi atas dan gigi bawah. Pita suara tidak digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gigi tidak bersuara [θ].

Contoh perkataan konsonan geseran gigi tidak bersuara [θ].

[iθnin] [oθman] [hadiθ].

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi tidak bersuara [θ].

32

Page 33: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

4.0. SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

4.1. SEJARAH AWAL TULISAN RUMI

Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi Bahasa Melayu dilakukan oleh

pedagang,pengembara dan penjajah dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan. Mereka

tertarik pada tatabahasa bahasa Melayu dan mula membuat penulisan tentang bahasa Melayu

menggunakan huruf-huruf Rumi Latin. Huruf Latin yang mula-mula ditemui dalam senarai

pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1522.Bermula dalam abad ke-16 itu, bahasa Melayu

terus ditulid dengan huruf Rumi oleh pedagang, pengembara, penjelajah dan juga sarjana dari

Eropah. Namun demikian, hasil usaha mereka itu,tidak begitu semprna dan banyak kesilapan.

Dalam abad ke -17 dengan kedatangan bangsa Belanda ke Timur, tulisan Rumi mula

mendapat asas dalam ejaaan Rumi bahasa Indonesia. Begitu juga dengan orang Inggeris, yang

mula berminat terhadap bahasa Melayu, telah mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi bagi

bahasa Melayu di Tanah Melayu pada abad ke-17 hingga akhir abad ke-19. Antara sistem

ejaan Rumi yang disusun oleh orang Inggeris sebelum abad ke-20 termasuklah Ejaan Rumi

Thomas Bowrey(1701), Ejaan Rumi J. Howison (1800), Ejaan Rumi Wiliam Marsden(1812)

dan Ejaan Rumi Maxwell(1882) yang kesemuanya berpedomankan kaedah transliterasi

huruf Jawi kepada Rumi.(Ismail Dahaman,1992:43).

Perancangan ejaan Rumi yang pertama di Tanah Melayu bermula pada tahun 1902

apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu bersekutu menubuuhkan sebuah jaawatankuasa ejaan

yang diketuai oleh R.J.Wilkinson. Jawaankuasa ini telah menghasilkan ejaanWilkinson yang

dikenali sebagai Romanised Malay Spelling yang diterbitkan dalam bulan Oktober 1904.

Ejaan Wilkonson digunakan secara rasmi di semua sekolah umum di Tanah Melayu. Ejaan itu

sama seragam dengan ejaan yang digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karangan

Wilkinson sendiri yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir tahun 1940-an.

4.2. SISTEM EJAAN BAHARU BAHASA MALAYSIA.

33

Page 34: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Pada tanggal 23 Mei 1972, satu kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri

Pendidikaan Malaysia, Dato’ Hussein Onn, dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan

Republik Indonesia, Bapak Mashuri. Kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia kemudiannya

melaksanakan Sistem Ejaan Baharu Malaysia yang disempurnakan pada 16 Ogos 1972.

Walaupun sistem ejaan bersama yang baharu itu telah digunakan secara rasmi diMalaysia dan

Indonesia,namun beberapa perkara kecil perlu diselesaikan dengan segera. Ia telah

dibincangkan dan diselesaikan bersama oleh jawatankuasa yang dibentuk iaitu Majlis Bahasa

Indonesia-Malaysia.

Majlis yang dianggotai bersama oleh Jawatankuasa Tetap Dewan Bahasa dan Pustaka,

Tuan Haji Sujak b. Rahim dan Panitia Pengembangan Bahasa Indonesia yang diketuai oleh

Dr Amran Halim, telah mengadakan 5 persidangan. Dalam Persidangan ke-5, Majlis ini yang

diadakan di Johor Bahru pada 2 hingga 4 Disember 1974,telah bersetuju untuk mengeluarkan

pedoman umum ejaan yang lebih lengkap bagi kegunaan pedoman umum ejaaan yang lebih

lengkap bagi kegunaan kedua-dua negara. Pada 5 Disember 1974,telah diterbitkan Pedoman

Umum Ejaan Bahasa Malaysia untuk kegunaan umum dan dengan ini wujudlah sistem ejaan

baharu Bahasa Malaysia-Indonesia seperti yang digunakan pada hari ini.

4.3. PEDOMAN UMUM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU.

4.3.1. Abjad dan huruf.

Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu yang diselaraskan dengan sistem ejaan bahasa

Indonesia menggunakan sebanyak 26 huruf abjad tulisan Rumi. Ia adalah seperti jadual di

bawah .

HURUF SEBUTAN PERKATAAN

Aa e arnab

Bb bi burung

Cc si Cawan

Dd di darah

Ee i Ekor

Ff ef Filem

34

Page 35: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

Gg gi Gigi

Hh ec Hati

Ii ai Ibu

Jj je Jam

Kk ke Kuda

Ll el Lari

Mm em Malam

Nn en Nangka

Oo o Orang

Pp pi Pintu

Qq kiu Quran

Rr ar Rambut

Ss es Sikat

Tt ti Tahu

Uu yu Ular

Vv vi Vokal

Ww dabliu Wang

Xx eks Xenom

Yy wai Yuran

Zz zek zarah

4.3.2. Huruf vokal

Terdapat sebanyak 6 vokal atau bunyi vokal standard dalam bahasa Melayu. Contohnya seperti

jadual di bawah.

HURUF VOKAL DI DEPAN DI TENGAH DI BELAKANG

a api tali kita

ə (i) pepet

e (ii) taling

əmak

ela

kəna

petak

sosialismə

tauge

I ibu Tidur padi

o oleh kota pidato

u ubi uda satu

35

Page 36: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

4.3.3. Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu terdapat 3 diftong iaitu ai,au dan oi. Contohna seperti di bawah:

DIFTONG DI DEPAN DI TENGAH DI BELAKANG

ai aising ghairah lambai

au aurat saudara surau

oi oidium boikot amboi

4.3.4. Huruf KonsonanTerdapat sebanyak 26 huruf konsonan dalam bahasa Melayu. Lima daripada konsonan itu

memakai huruf gabungan iaitu gh,kh,ng dan nya. Di bawah ini contoh jadual pemakaian

konsonan tersebut.

HURUF KONSONAN DI DEPAN DI TENGAH DI BELAKANGb baju sabut adabc cakap baca Macd dapur budak abadf fikir tafsir maafg guru tiga beggh ghaib maghrib mubalighh hari saham buahj jari hajat kolejk kami paksa adikkh khusus akhir tarikhl langsat bila kesalm makan bumi tilamn nama anak ikanng ngnga bunga kuningny nyata hanya -p payung tempat siapq Quran wuquf buraqr rasa berat biars satu beras besarsy syarat isytihar Quraisyt tahu mati alat

36

Page 37: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

v vitamin universiti -w wanita bawa takrawy yaki sayang -

z(i) z(ii) x

zamanxenom

Lazat-

Lafaz-

4.4. KESELARASAN VOKAL

Sistem ejaan bahasa Melayu yang baru ini digubal dengan mengambil kira sistem keselarasan

huruf vokal. Dengan sistem Keselarasan Huruf Vokal bererti sistem atau aturan mengikut

kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan

antara huruf vokal ini mengikut syarat yang berikut:

i. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar.

ii. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup.

iii. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dangan sistem

keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir.

4.4.1. Pola keselarasan huruf vokal.

Terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal seperti berikut :

SUKU KATA

PRAAKHIR

S / KATA AKHIR

TERTUTUP

CONTOH PEMAKAIAN

a a arah,panas,kalah,halangan

a i alih,gadis.habis

a u asuh,batuk,halus,lembayung

ə pepet a əmak,təlan,kəlam,təmbəling

ə pepet i bənih,ləbih,bətik,səmbəlih

ə pepet u bəlum,təlur,təmpuh,təmənggung

e taling a enak,dewan,tewas,belerang

37

Page 38: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

e taling e taling gelek,heret,leceh,səlekeh

e taling o elok,esok,serong,səlekoh

i a ingat,bilang,hilang,selinap

i i intip,pilih,sisih,belimbing

i u cium,riuh,tiup,seliuh

o a olah,otak,borang,sekolah

o e taling boleh,korek,cəloteh,oleh

o o botol,kotor,borang,kelompok

u a ulat,ubat,tumpang,ketupat

u i usik,pulih,tulis,gerusih

u u tujuh,tunduk,untuk,tengkujuh9

4.4.2. Pola kekecualian kepada Keselarasan Huruf Vokal

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu juga menerima beberapa pola lain sebagai kekecualian

kepada pola keselarasan huruf vokal. Pola kekecualian ini digunakan untuk mengeja kata-kata

pinjaman seperti kata-kata daripada bahasa Nusantara atau bahasa Inggeris. Contohnya:

POLA VOKAL CTH KATA

BAHASA NUSANTARA

CTH KATA BAHASA

INGGERIS

a – e taling awet,aneh,kaget,pamer,raden kabaret,panel

a - o calon,lakon,lancong,lapor,keratin,perabot atom,kontraktor

9 Prof DR. Andul Hamid Mahmood(2012). Modul BML 3043 Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu.UPSI. hlm 199-205.

38

Page 39: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

ə pepet – e taling gəmbleng

ə pepet - o jəmpol,bəndok gabənor,intərkom

i – e taling imlek parlimen,simen,tiket

i - o ijon,pilon diftong,transistor

u – e taling tulən,ulat subjek,dokumen

u- o bunglon,buron kupon,konduktor,lelucon

a - ə pepet pakəm teatər

e taling i hipotesis,objektif

e taling u petroleum,spektrum

ə pepet - ə pepet dəmdəm,pəpət

i - ə pepet isəng filəm,artikəl,partikəl

o - i hipokrit,fosil

o - u bonus,forum

u - ə pepet lumər skutər10

10 Abdul Hamid Mahmood(2012). Gunakan Bahasa Melayu Yang Betul. Aslita Sdn. Bhd.hlm 8.39

Page 40: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

4.5. PENYESUAIAN HURUF EJAAN KATA PINJAMAN

Ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Ingeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dibuat

mengikut peraturan penyesuaian huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan bahasa Inggeris

atau bahasa asing disesuaikan ejaannya dengan huruf mengikut ejaan bahasa Melayu. Di

bawah ialah contoh-contoh perkataan tersebut11.

BAHASA INGGERIS ( BI) BAHASA MELAYU (BM)

PERUBAHAN HURUF

BI BM

abstract

plate

abstrak

plat

a a

aerial

aerpgraph

aerial

aerograf

ae ae

pie pai ie ai

iodine iodin io io

stadium stadium iu iu

coat

cardbord

kot

kadbod

oa o

apple epal p,pp p

11 Prof.Dr. Abdul Hamid Mahmood(2012). Menguasai Bahasa Melayu Tinggi. Percetakan Zafar Sdn.Bhd. hlm 120-146.

40

Page 41: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

BAHASA JAWA(BJ) BAHASA MELAYU (BM)

kue kau

de’e dia

kang abang

mangan makan

ngombe minum

4.5.1. BENTUK EJAAN TAMPAK

Ejaan bagi perkataan asing yang dipinjam daripada bahasa asing itu dieja mengikut

bentuk tampak iaitu hampir sama dengan ejaan dalam bahasa asalnya dalam Sistem Ejaan

Baharu Bahasa Melayu.Contohnya seperti di bawah.

BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU

atom

JADI

atom

BUKAN

atum

block blok belok

bonus bonus bonos

carbon karbon kaban

cartoon kartun katun

clinic klinik kelinik

41

Page 42: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

4.5.2. KEKECUALIAN BAGI EJAAN YANG SUDAH LAMA

Kekecualian telah diberikan kepada perkataan Inggeris atau asing yang sudah lama digunakan

dalam bahasa Melayu, iaitu perkataan yang sudah sebati pemakaiannya dalam bahasa Melayu.

Contohnya seperti jadual di bawah.

BAHASA

INGGERISBAHASA MELAYU

class kelas

BUKAN

klas

club kelab klab

custom kastam kusom

driver drebar driver,driber

glass gelas glas

modem moden modern

pension pencen pension

plan pelan plan

stamp setem stem12

12 Prof Dr Abdul Hamid Mahmood ( 2012). Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu. UPSI. hlm 206 – 211.42

Page 43: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

5.0. RUMUSAN

Berdasarkan penerangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa fonetik dan fonologi

merupakan dua perkara yang berbeza. Fonetik berkaitan dengan penyebutan kata dan

lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya, manakala fonologi mengkaji sistem bunyi

bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik iaitu cara bunyi –bunyi bahasa dihasilkan

dan dideskrepsikan serta cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Kajian

fonetik dan fonologi melibatkan organ tutur manusia yang dipanggil alat artikulasi. Alat-alat

artikulasi ini mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi

bahasa.Bunyi bahasa pula ialah kesan yang didengar oleh telinga. Bunyi vokal,konsonan dan

diftong merupakan bunyi bahasa manakala bunyi batuk dan siulan bukanlah bunyi bahasa

walaupun dihasilkan oleh alat artikulasi13.

Sistem Ejaan Rumi Baharu pula telah berjaya menyeragamkan ejaan bahasa Melayu

dan mengangkat martabatnya sebagai kebangsaan dan bahasa rasmi. Sistem ini lebih

teratur ,terutama dari segi keselarasan vokal,aturan pengejaan bagi kata pinjaman bahasa

asing dan pengejaan istilah khusus telah dinyatakan dengan jelas. Selain itu, aturan yang

berlandaskan prinsip keterlenturan dalam ejaan baharu ini termasuklah penerimaan fonem

asing satu distribusi baharu bagi fonem tertentu. Penerimaan unsur ini telah menjadikan ejaan

baharu bahasa Melayu bersifat efisien dan terbuka untuk memudahkan proses pengembangan.

Namun demikian, penyelidikan harus dilakukan dari masa ke semasa bagi mengadakan

kodifikasi dan penyer selarasan semula mana-mana aspek ejaan tertentu agar sesuai dengan

keperluan perkembangan ilmu, kemajuan linguistik dan bidang-bidang ilmu yang berkaitan

serta perkembangan bahasa secara keseluruhannya14.

13 Siti Hajar Abdul Aziz(2011). Bahasa Melayu 1 Edisi kedua. Oxford Fajar. hlm 127.

14 Siti Hajar Abdul Aziz(2011). Bahasa Melayu 1 Edisi kedua. Oxford Fajar. hlm 243.43

Page 44: BML3043  D042706

BML 3043 FUZIAH D042706 EL-D01

6.0. RUJUKAN

Siti Hajar Abdul Aziz(2011). Bahasa Melayu 1 Edisi kedua. Oxford Fajar.

Indrawati Zahid dan Mardian Shah Omar(2006).Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. PTS Profesional.

Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood(2012). Menguasai Bahasa Melayu Tinggi. Percetakan Zafar Sdn.Bhd.

Prof. Dr.Abdul Hamid Mahmood(2012). Gunakan Bahasa Melayu Yang Betul.Aslita Sdn.Bhd.

Prof. Dr. Andul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah(2007). Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Percetakan Zafar Sdn.Bhd.

Dr. Ali Mahmood et.al(2012). Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu OUM.Meteor Doc. Sdn Bhd.

Paitoon M. Chaiyanara(2006).Pengenalan Fonetik dan Fonologi. DBP.

Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood(2012). Modul BML 3043 Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu. UPSI.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam(1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Normaizam bt. Hamid et.al (2006). Modul Bahasa Melayu Akademik 1 Semester 1 PPISMP. IPG Sultan Mizan.

http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-pertuturang-54.html diperoleh pada 11 November 20112.

44