bm4 pls.doc

15
SET 1 Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini . Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1 Pada hari minggu yang lalu, Kelab Alam Sekitar sekolah anda menganjurkan suatu aktiviti gotong-royong. Sebagai Setiausaha Kelab Alam Sekitar, anda dikehendaki menyediakan laporan tentang gotong-royong tersebut. Sediakan laporan anda itu selengkapnya. 2 Andaikan bahawa anda mengunjungi sebuah gerai makanan di kawasan medan selera. Anda tidak berpuas hati akan kebersihannya. Tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa untuk mengadukan hal tersebut. 1 PENULISAN UPSR

Upload: winboie1088

Post on 15-Jan-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BM4 PLS.doc

SET 1

Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata.

1 Pada hari minggu yang lalu, Kelab Alam Sekitar sekolah anda menganjurkan suatu aktiviti gotong-royong. Sebagai Setiausaha Kelab Alam Sekitar, anda dikehendaki menyediakan laporan tentang gotong-royong tersebut.

Sediakan laporan anda itu selengkapnya.

2 Andaikan bahawa anda mengunjungi sebuah gerai makanan di kawasan medan selera. Anda tidak berpuas hati akan kebersihannya.

Tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa untuk mengadukan hal tersebut.

3 Tulis suatu cerita yang bermula dengan perenggan yang berikut.

“Menyesal aku kerana tidak menurut nasihat ibu. Kalau tidak kerana sikap degilku, pasti aku tidak terlantar begini,” bisik hati Nathan.Nathan termenung. Rasa kesal menyelubungi dirinya. Nathan melihat tangannya yang bersimen lalu terkenang kembali peristiwa yang berlaku dua hari lepas.

1

PENULISAN UPSR

Page 2: BM4 PLS.doc

Soalan 3: Membina Ulasan

Tulis beberapa pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

2

Marina berang. Pen yang mahal pemberian ayah sempena hari lahirnya baru-baru ini hilang. Marina menuduh Sundari mencuri pen itu. Pada pendapat Marina, hanya orang yang miskin seperti Sundari yang akan mencuri kerana dia tidak akan mampu membeli pen yang mahal. Lagipun, Sundari selalu memuji-muji kecantikan pennya.

Apabila pulang ke rumahnya petang itu, Marina amat terkejut kerana mendapati pennya ada pada adiknya, Mimi. Rupa-rupanya, Mimi yang baru berusia empat tahun mengambil pen itu dan menjadikannya sebagai barang permainan. Marina memarahi Mimi, sebaliknya dia dimarahi ibunya. Menurut ibunya, jika Marina menyimpan pennya dengan baik, tentulah Mimi tidak dapat mengambil pen itu.

Page 3: BM4 PLS.doc

SET 2

Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata.

1 Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan yang ditetapkan ialah “Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum di Sekolah”.

Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya.

2 Anda menerima sepucuk surat daripada rakan anda yeng telah berpindah ke sekolah lain. Di dalam suratnya, dia bertanyakan persiapan anda bagi menghadapi peperiksaan UPSR.

Balas surat rakan anda itu dan ceritakan tentang usaha-usaha anda menjelang peperiksaan.

3 Anda mengalami kemalangan sewaktu pulang dari sekolah. Kaki anda patah. Oleh sebab itu, anda ditahan di wad hospital.

Ceritakan pengalaman anda ketika dirawat di hospital.

3

Page 4: BM4 PLS.doc

Soalan 3: Membina Ulasan

Tulis beberapa pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

4

Cikgu Salimah mengedarkan kertas ujian Sains kepada murid-murid Tahun Empat Melur. Suasana di dalam kelas itu bising seketika oleh suara murid-murid. Masing-masing sibuk meneliti kertas ujian yang baru diterima. Hanya Haikal duduk dengan senyap di mejanya. Direnungnya helaian kertas ujian itu sehelai demi sehelai.

“Agghh.., markah Sains aku rendah lagi. Kalau begini tentu kedudukanku dalam kelas merosot. Markah Ah Keong dan Sharifah tinggi-tinggi belaka. Tampaknya mereka akan merampas tempat pertama daripada aku,” keluh Haikal sendirian. Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Haikal termenung. Dia sedar bahawa kemerosotan pencapaiannya itu berpunca daripada dirinya. Oleh sebab selalu mendapat tempat pertama dalam kelas, Haikal berasa bahawa dirinya hebat dan tidak dapat diatasi oleh sesiapa pun. Sambalewa saja Haikal mengulang kaji pelajarannya. Kini, ternyata bahawa sangkaannya silap. Haikal kesal.

Page 5: BM4 PLS.doc

SET 3

Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata.

1 Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan perbahasan dan mewakili pihak pencadang. Tajuk perbahasan itu ialah “Sains dan Teknologi Banyak Mendatangkan Kebaikan kepada Manusia”.

Sediakan teks perbahasan anda.

2 Tulis suatu karangan peribahasa yang bertajuk “Genggam bara api, biar sampai jadi arang”.

3 Rakan anda telah terpilih sebagai olahragawati semasa sukan tahunan sekolah. Anda telah berbual-bual dengannya tentang kejayaannya itu.

Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu.

5

Page 6: BM4 PLS.doc

Soalan 3: Membina Ulasan

Tulis beberapa pengajaran yang dapat anda peroleh daripada berita di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

6

KUANTAN, Khamis – Lima maut dan tujuh cedera parah dalam suatu kemalangan jalan raya di Jalan Batu 14 di sini hari ini. Kemalangan tersebut membabitkan sebuah bas ekspres milik Syarikat Maju dan tiga buah kereta.

Menurut salah seorang penumpang bas ekspres itu, Encik Shaharudin Ayob, bas ekspres tersebut dipandu dengan laju. Bas tersebut tidak dapat dikawal ketika memotong sebuah kenderaan di hadapannya. Hal ini menyebabkan bas tersebut merempuh tiga buah kereta yang datang dari arah yang bertentangan.

Mangsa yang maut ialah Halijah Ghani, 43 tahun, anak dan menantunya Jamaludin Ramli, 29 tahun dan Aisyah Fuad, 25 tahun, serta cucunya Siti Khadijah Jamaludin, 2 tahun. Amiruddin Salleh, 15 tahun, penumpang sebuah kereta lagi turut maut. Selain itu, tujuh mangsa lain yang parah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan. Sementara itu, pemandu dan penumpang bas ekspres berkenaan mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Akibat daripada kemalangan tersebut, kesesakan lalu lintas berlaku selama lima jam. Sementara itu, pemandu bas ekspres itu ditahan untuk membantu siasatan.

Page 7: BM4 PLS.doc

SET 4

Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata.

1 Tulis karangan tentang seorang tokoh pendidik yang anda kagumi.

2 Andaikan bahawa anda Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah. Persatuan anda membuat lawatan ke Unit Pediatrik Hospital Selayang.

Sediakan laporan anda selengkapnya.

3 Anda telah terlewat untuk menghadiri suatu latihan lumba lari di sekolah pada suatu petang. Walau bagaimanapun anda tetap mahu menghadirinya kerana petang itu akan diadakan pemilihan wakil sekolah bagi acara tersebut.

Ceritakan cara anda ke sekolah dan perkara-perkara yang anda lakukan semasa tiba di sekolah.

7

Page 8: BM4 PLS.doc

Soalan 3: Membina Ulasan

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada dialog di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

8

Nenek: Dulu, kelapa dikukur dengan menggunakan kukur kelapa untuk mendapatkan kelapa parut. Selepas itu, kelapa parut terpaksa diperah sekuat-kuatnya untuk mendapatkan santannya. Tapi sekarang, dengan menggunakan mesin pemarut kelapa dan pemerah kelapa, kita akan mendapat santan dalam masa beberapa minit saja.

Zizi: Yalah, Nek. Itupun, kebanyakan orang membeli santan terus, tidak perlu dimesin sendiri. Santan dalam kotak pun banyak sekarang ini. Simpan saja di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, gunting bahagian tepi kotak, dan tuangkan santan ke dalam bekas. Semasa nenek kecil dulu, keluarga nenek ada peti sejuk atau tidak?

Nenek: Tidak ada. Jadi, kami menjeruk makanan dengan menggunakan garam. Dengan cara itu, makanan mentah seperti ikan dapat tahan lebih lama. Memang zaman sekarang ni semuanya mudah, cu. Mesin basuh ada, dapur gas ada, pengisar makanan ada, ketuhar ada, dan macam-macam lagi. Jadi, semua kerja menjadi senang.

Page 9: BM4 PLS.doc

SET 5

Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata.

1 Kelas tambahan banyak faedahnya kepada murid-murid.Tulis faedah-faedah mengikuti kelas tambahan.

2 Andaikan bahawa anda Setiusaha Persatuan Sejarah di sekolah anda. Persatuan anda ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.

Tulis sepucuk surat kepada Guru Besar sekolah anda untuk mendapatkan kebenaran mengadakan lawatan tersebut.

3 Tulis suatu cerita yang berakhir dengan ayat yang berikut.

Apabila sedar, aku sudah berada di atas lantai. Rupa-rupanya peristiwa itu hanyalah suatu mimpi.

9

Page 10: BM4 PLS.doc

Soalan 3: Membina Ulasan

Tulis faedah-faedah yang dapat anda peroleh daripada pantun di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

Cantik sulaman kebaya nyonya,Bersanding mempelai di atas pelamin;

Buahan tempatan sedap rasanya,Sungguh berkhasiat dan banyak vitamin.

Mempelai anggun seperti ratu,Tepak sirih daripada tembaga;

Jus mangga dan jambu batu,Pembasah tekak penghilang dahaga.

Bersanding mempelai seperti raja,Sama cantik sama lawa;

Baik dimakan begitu saja,Atau ditinkan seperti halwa.

Berbalas pantun baba dan nyonya,Gelak ketawa dan bergembira;

Buah durian enak rasanya,Tempoyak sedap pembuka selera.

10