bm pemahaman tahun 4 2015

11
Pilih jawapan yang betul. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1. Shafra dan keluarganya berkelah di tepi _________ pada cuti sekolah yang lepas. 2. _________ yang dibuat oleh Mak Cik Laili sungguh enak. 3. mir dinobatkan sebagai _______________ sekolah pada !e"ohanan Sukan #ahunan pada tahun ini. $. %alikha menunggang _______________ ke sekolah pada setiap pagi. Soalan & berdasarkan gambar di bawah. a. pantai b. sawah c. sungai d. parit a. ba"u b. kuih c. lukisan d. ubat a. sasterawan b. "ururawat c. guru d. olahragawan a. kereta b. basikal c. lori d. !apal terbang

Upload: amiratul-afida

Post on 06-Oct-2015

66 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

soalan ujian

TRANSCRIPT

Pilih jawapan yang betul.Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Shafira dan keluarganya berkelah di tepi _________ pada cuti sekolah yang lepas.a.pantai

b.sawah

c.sungai

d.parit

2. _________ yang dibuat oleh Mak Cik Laili sungguh enak.a.baju

b.kuih

c.lukisan

d.ubat

3. Amir dinobatkan sebagai _______________ sekolah pada Kejohanan Sukan Tahunan pada tahun ini.a.sasterawan

b.jururawat

c.guru

d.olahragawan

4. Zalikha menunggang _______________ ke sekolah pada setiap pagi.a.kereta

b.basikal

c.lori

d.Kapal terbang

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Selvi kelihatan begitu ayu apabila memakai ______________________.a.kain pelikat

b.kebaya

c.sari

d.gaun

6. Murid-murid berdiri tegak semasa lagu ________________ dinyayikan.a.Rasa Sayang

b.Jalur Gemilang

c.Satu Malaysia

d.Negaraku

7. Perayaan Hari Gawai akan disambut oleh masyarakat ______________.a.Melayu

b.Iban

c.Jawa

d.India

8. Rumah Sofia terletak di ____________________.a.Jalan Nangka

b.Menara Kuala Lumpur

c.Zoo Negara

d.Taman Buaya

9. Kakak saya mengajar di ___________________.a.Kedai Alat Tulis Ramesh

b.Pasaraya Giant

c.Hospital Pakar Sultanah Aminah

d.Sekolah Kebangsaan Felda Linggiu

10. Setiap pagi Haziq ____________ rambutnya dengan sikat sebelum pergi ke sekolah.a.menyabun

b.menyikat

c.merebus

d.mengikat

11. Qiera menolong ibunya _____________ pinggan mangkuk selepas selesai makan.a.membaling

b.menyorok

c.mencaci

d.mencuci

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Farhana _________________ di tepi tingkap rumahnya.a.tersenyum

b.termenung

c.mendagu

d.mengintai

13. Nenek ______________ pokok-pokok bunganya yang ditanam di halaman rumahnya.a.menggoreng

b.menyidai

c.menyiram

d.menyabun

14. Abang Shafiq akan menolong isterinya ________________ tingkap rumah pada setiap hujung minggu.a.menyabit

b.mengelap

c.menyental

d.memaku

15. Kereta peronda itu _________________ ke kanan lalu berhenti.a.membrek

b.melanggar

c.memandu

d.membelok

16. Kulitnya begitu ______________ dan __________________. a.jelita.....kasar

b.halus....lembut

c.hodoh...manis

d.licin...keras

17. Beberapa ekor anjing ____________ yang berkeliaran di taman itu telah ditangkap oleh pihak berkuasa.a.bengis

b.garang

c.comel

d.liar

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18. Kuih pau yang dibuat oleh emak sungguh _______________.a.kesat

b.montok

c.comel

d.lembut

19. _____________ nama budak lelaki yang comel itu?a.Di manakah

b.Apakah

c.Siapakah

d.Mengapakah

20. ______________ kamu datang sekolah pada setiap pagi? tanya Salini kepada Mei Chan.a.Bagaimanakah

b.Bilakah

c.Apakah

d.Di manakah

21. Murid-murid _________________ menuju ke tapak perhimpunan.a.beratur

b.berbaris

c.teratur

d.sebaris

22. Murid-murid Tahun 4 Kenanga dikehendaki ________________ di dewan sekolah.a.mengumpul

b.terkumpul

c.berkumpul

d.sekumpul

Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.

23. Viknesh terjatuh ________________ pokok mangga.a.dari

b.pada

c.daripada

d.di

24. Emak dan ayah sedang bersiap-siap ________________ menghadiri kenduri di rumah Pak Akob.a.ke

b.untuk

c.sejak

d.seperti

25. Rumah di _________________ sungai itu agak usang.a.tengah

b.dalam

c.luar

d.tepi

Soalan 26 berdasarkan gambar di bawah.

26. Aliff memang gemar membaca _______________ memancing.a.tetapi

b.dan

c.sambil

d.tetapi

Soalan 27 berdasarkan gambar di bawah.

27. Budak-budak itu __________________ mendengar cerita Tuk Wan yang lucu itu.a.sakit hati

b.geli hati

c.ambil hati

d.basah kuyup

28. Salman terlalu __________________ kerana tidak mahu mendengar nasihat ibunya.a.keras kepala

b.kepala angin

c.kepala paip

d.pijak kepala

29. Pilih ayat yang mempunyai kata ganti nama tunjuk.a.Saiful suka tidur selepas pulang dari sekolah.

b.Rumah Alisa terletak nun jauh di sana.

c.Firdaus menulis surat kepada ibunya di kampung.

d.Farsha dan Farhan jalan beriringan pulang ke rumah.

30. Pilih ayat yang mempunyai kata nama khas tak hidup.a.Amirul Hakimi merupakan anak kepada Puan Mirna.

b.Rumah Shakira terletak nun jauh di Jalan Rahmat.

c.Kampung itu sungguh aman.

d.Sita Dewi menunggang basikal.

Soalan 31 hingga 35Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tahukah anda bahwa terdapat lebih daripda 120 jenis tumbuhan yang dikenal pasti sebagai ulam di Malaysia? Sesunguhnya, ulam-ulaman sentiasa mendapat tempat dalam kalangan di negara kita. Walau bagaimanapun, tidak banyak pengusaha yang menanam dan mengedarkan ulam-ulaman di pasaran berbanding dengan sayur-sayuran komersial yang lain. Kekurangan pengusaha tanaman ulam-ulaman menyebabkan permintaan untuk ulam-ulaman tidak dapat dibekalkan sepenuhnya.Untuk mengusahakan tanaman ulam-ulaman tidaklah sukar. Tumbuhan ini dapat hidup subur di tanah yang gembur dan banyak mengandungi bahan organan. Selain itu, tumbuhan ini memerlukan bekalan air yang mencukupi.Pengusaha tanaman inin juga berpotensi untuk memperoleh pendapatan yang lumayan. Seorang pengusaha ladang ulam-ulaman, Encik Abdul Haris bin Syamsulrizal memulakan uasah pertanian ini secara serius pada tahun 2009. Beliau mengusahakan tanaman daum selom, ualam raja dan daun kesomdi ladangyan yang seluas 12 ekar di Rawang. Dengan tanaman tersebut, beliau menuai hasil jualan sebanyak RM300 hingga RM400 sehari. Beliau turut membekalkan 80 kg hingga 150 kg daun selom setiap hari ke Pasar Chow Kit dan Kampung Baru.Menurut beliau permintaan bagi ulam-ulaman agak tinggi apabila tiba bulan puasa dengan peningkatan permintaan mencecah tiga kali ganda.Memandangkan tanaman ini berpotensi untuk menjanakan ekonomi, maka wajarlah kita merebut peluang yang terbentang luas ini.

31. Mengapakah permintaan untuk ulam-ulaman tidak dapat dibekalkan sepenuhnya?a.Kekurangan pengusaha tanaman tersebut

b.Hasil ulam sukar untuk diedarkan

c.Persaingan dengan sayur-sayur lain

d.Sayur-sayuran lain lebih mendapat permintaan

32. Tanaman ulam-ulaman dapat hidup ....a.Tanah yang tiada organan

b.Tempat yang berair

c.Kawasan serangga perosak

d.Tanah yang gembur

33. Permintaan ulam-ulaman agak tinggi ketika ....a.bulan puasa

b.musim hujan

c.musim menuai

d.hujung minggu

34. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.a.Rakyat Malaysia menggemari ulam-ulaman.

b.Ladang ulam-ualaman Encik Haris seluas 12 ekar.

c.Encik Haris membekalkan 80kg hingga 150 kg daun selom setiap hari.

d.Penanaman ulam-ulaman dapat menjanakan pendapatan lebih RM400 sehari.

35. Rangkai kata menuai hasil dalam petikan bermaksud....a.mempunyai wang

b.memiliki kekayaan

c.memperoleh pendapatan

d.mendapat sumbangan

Soalan 36 hingga 40Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tepat pukul 7.00 pagi, rombongan Persatuan Penduduk Kampung Mulia, Parit Buntar mula bertolak ke destinasi yang akan dilawati, iaitu Tanah tinggi Cameron. Semasa di dalam bas, aku, Siva dan Ahmad bergelak ketawa. Ibu dan rakan-rakannya memerhatikan kami sambil tersenyum.Selepas empat jam perjalanan, kami pun tiba di destinasi yang dituju. Hujan renyai-renyai dan cauaca pula agak sejuk. Aku kesejukan. Tempat pertama kami lawati ialah Ladang Teh Boh yang indah. Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar.Satu jam kemudian, rombongan kami pun bergerak ke Kea Farm. Setiba di sana, orang banyak sekali. Ada pelancong asing juga. Suasana riuh-rendah kerana para penjual sibuk mempromosikan barangan jualan. Aku dan rakan-rakan membeli beberapa cenderamata. Para ibu bapa pula asyik memborong sayur dan buah-buahan tanah tinggi.Selepas itu, kami pun menuju ke Ladang Strawberi Raju. Pemilik Ladang itu sungguh ramah. Beliau melayan rombongan kami dengan mesra. Ibu membeli beberapa bungkus strawberi segar. Buah strawberi yang dipetik terus dari ladang itu sungguh enak.Kemudian, kami menuju ke destinasi yang terakhir, iaitu Taman Bunga Ros. Ada bermacam-macam bunga ros di taman ini. Ibu dan rakan-rakanny rambang mata tatkala melihat bunga-bunga ros yang menawan itu.Tepat pukul 6.00 petang, rombongan kami pun berangkat pulang. Walaupun kunjungan ini hanya seketika, namun amat bermakna buat diriku.

36. Apakah nama kampung penulis?a.Parit Buntar

b.Kea Farm

c.Kampung Mulia

d.Tanah Tinggi Cameron

37. Pada pukul berapakah rombongan penulis tiba di Tanah Tinggi Cameron?a.7.00 pagi

b.10.00 pagi

c.11.00 pagi

d.4.00 petang

38. Lokasi kedua yang dilawati mereka ialah ....a.Kea Farm

b.Ladang Teh Boh

c.Taman Bunga Ros

d.Ladang Strawberi Raju

39. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.a.Siva dan Ahmad merupakan rakan penulis.

b.Kea Farm ada menjual sayur-sayuran dan buah-buahan tanah tinggi.

c.Ibu membeli cenderanata di Ladang Strawberi Raju.

d.Perjalanan rombongan ke Tanah tinggi Cameron memakan masa selama empat jam.

40. Rangkai kata asyik memborong dalam petikan bermaksud...a.seronok melihat

b.selalu membayar

c.gemar berbelanja

d.leka membeli secara banyak