bm (pemahaman) tahun 4 2013

Upload: zalina-razali

Post on 03-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 BM (Pemahaman) Tahun 4 2013

    1/13

    1

    SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SENTOSA

    14300 NIBONG TEBAL.

    PKSR 1 (MEI)

    BAHASA MALAYSIA

    ( PEMAHAMAN )

    TAHUN 4

    Nama :______________________________ Tahun : 4________________

    Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap tiap soalan

    diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satujawapan paling sesuai.

    Soalan 1 20

    Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

    1.Datuk Nicol Ann David merupakan seorang pemain skuasy negara kita yang

    disegani. _________ mempunyai bakat yang besar.

    A. Dia B. Kalian C. Beliau D. Mereka

    2. _________mahu penderhaka itu dihukum pancung, titah Sultan Andika Putera.

    A. Beta B. Saya C. Patik D. Hamba

    3. Farhana tidak dapat menghadiri majlis hari lahir kawan baiknya __________ dia

    mengikut keluarga pulang ke kampung.

    A. Namun B. sambil C. kerana D. tetapi

  • 7/28/2019 BM (Pemahaman) Tahun 4 2013

    2/13

    2

    Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

    4. Lori yang dipandu dengan laju itu telah ___________ bahagian belakang kereta yang

    dipandu oleh Encik Tan.

    A. menolak C. merodok

    B. melanggar D. menusuk

    Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

    5. Abang Johan sedang ____________ buah durian yang sudah masak itu untuk

    diambil isinya.

    A. mengupas C. menguakB. membelah D. mengopek

  • 7/28/2019 BM (Pemahaman) Tahun 4 2013

    3/13

    3

    6. Alex Wong ______________ tempat pertama dalam _____________ merentas desa

    itu.

    A. memenangi..perlumbaan

    B. pemenangberlumbaC. dimenangi ...pelumba

    D. kemenangan .. perlumbaan

    7. Tayar kereta diperbuat __________ getah kerana getah tahan kepada suhu yang

    tinggi apabila bergeser dengan permukaan jalan.

    A. daripada B. akan C. pada D. dari

    Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

    8. Saidatul menghirup udara pagi yang ___________ semasa beruti di Kundasang.

    A. semerbak C. lembap

    B. tenteram D. nyaman

    9. Puan Sara sedang ___________ bunga orkid untuk hiasan di ruang tamu rumahnya.

    A. memetik C. mencabut

    B. menggubah D. mengubah

  • 7/28/2019 BM (Pemahaman) Tahun 4 2013

    4/13

    4

    10. Pak Putih bekerja siang dan malam untuk menyara __________ keluarganya yang

    besar itu.

    A. hidupan C. dihidupkan

    B. kehidupan D. menghidupkan

    11. Mesyuarat tergempar yang dihadiri ____________ guru guru disiplin itu adalah

    untuk membincangkan masalah salah laku murid.

    A. daripada B. untuk C. oleh D. dengan

    12. Jangan suka menjadi __________sehingga menyebabkan orang lain bergaduh,

    nasihat Tini kepada Ina.

    A. batu api. C. buruk siku

    B. mata petai D. kaki bangku

    13. Puan Suhana berasa sungguh gembira apabila mendapat ____________ anak

    kembar perempuan.

    A. sederet B. seorang C. sepasang D. sepasukan

    14. Terdapat beberapa ___________ jagung di belakang lori itu.

    A. sisir B. tandan C. tongkol D. rumpun

    15. Rajoo _______________ kesakitan apabila kakinya terpijak kaca.

    A. mengilat C. menjerang

    B. mengapu D. mengerang

  • 7/28/2019 BM (Pemahaman) Tahun 4 2013

    5/13

    5

    Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

    16. Senarai nama murid yang layak memasuki pertandingan akhir bercerita dilekatkan

    pada ______________.

    A. papan tulis C. papan paparan

    B. papan arahan D. papan kenyataan

    17. Fikirlah __________ sebelum membuat sebarang keputusan, nasihat ibu kepada

    kakak.

    A. kuat kuat C. sedap sedap

    B. lawa lawa D. masak masak

    18. Sejak menghidap penyakit diabetes, ayahnya tidak boleh makan makanan yang

    __________.

    A. Pahit B. manis C. masin D. masam

    19. Penduduk taman itu bagai ____________ kerana saling membantu dalam

    melakukan pelbagai perkara.

    A. isi dengan kuku C. anak kehilangan ibu

    B. aur dengan tebing D. cincin dengan permata

  • 7/28/2019 BM (Pemahaman) Tahun 4 2013

    6/13

    6

    20. Ayah tidak membenarkan abang pergi ke ___________ pada petang itu.

    A. bila bila C. siapa siapa

    B. apa apa D. mana mana

    21. Penduduk Kampung Kenanga kecoh dengan penemuan emas di kampung mereka

    baru baru ini.

    Pilih perkataan seerti bagi kecoh.

    A. Kacau B. riak C. heboh D. hangat

    22. Keadaan di lebuh raya itu sibuk dengan pelbagai kenderaan yang hendak menuju

    ke ibu kota.

    Pilih perkataan berlawan bagi sibuk.

    A. Kosong B. lengang C. lapang D. lesu

    23. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan di bawah.

    Murid yang dipilih sebagai pelajar cemerlang tahun ini ialah Roslina.

    A. Bilakah Roslina terpilih sebagai pelajar cemerlang ?

    B. Siapakah yang dipilih sebagai pelajar cemerlang tahun ini ?

    C. Di manakah Roslina terpilih sebagai pelajar cemerlang ?

    D. Mengapakah Roslina terpilih sebagai pelajar cemerlang ?

    24. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di bawah.

    Siapakah yang membuat kuih - muih tu ?

    A. Kuih muih itu sangat manis.

    B. Ibu yang membuat kuih muih itu.

    C. Penjual itu menjual kuih muih yang sedap.

    D. Kita perlu menggunakan mentega, telur dan tepung.

  • 7/28/2019 BM (Pemahaman) Tahun 4 2013

    7/13

    7

    Soalan 25 26

    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yan diberikan.

    25. Murid murid akan berpindah ke sekolah baharu apabila bangunan itu telah siap

    kelak.

    A. Bangunan dan murid murid di sekolah itu akan dipindahkan nanti jika telah

    siap kelak.

    B. Murid murid akan berpindah jika bangunan baharu itu tidak siap lagi.

    C. Apabila bangunan itu telah siap nanti, murid murid akan berpindah ke sekolah

    baharu.

    D. Apabila murid murid berpindah nanti mereka akan menggunakan sekolah

    baharu.

    26. Naim, sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah itu ? tanya ibunya.

    A. Ibu bertanya kepada Naim sama ada sudah menyiapkan kerja rumah yang

    diberikan.

    B. Naim menanyai ibunya sama ada telah menyiapkan kerja rumah itu.

    C. Ibunya membimbing Naim cara menyiapkan kerja rumah itu.

    D. Naim membimbing ibunya cara menyiapkan kerja rumah itu.

    Soalan 27 28

    Pilh ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    27. I. Amir berasa haus setelah penat berlari di sekeliling padang.

    II. Kasut Amin perlu ditukar kerana tapaknya telah haus.

    III. Ayah membeli beberapa haus air tebu di kedai itu

    IV. Haikal haus akan kasih sayang keluarganya.

    A. I dan II sahaja

    B. II dan III sahaja

    C. I, II dan III sahaja

    D. I, II dan IV sahaja

  • 7/28/2019 BM (Pemahaman) Tahun 4 2013

    8/13

    8

    28. I. Ibu sedang menyiang ikan kembung di dapur.

    II. Pakaian itu telah kembung kerana tidak dijahit.

    III. Bayi itu menangis kerana perutnya kembung.

    IV. Kek itu telah kembung kerana dibakar terlalu lama.

    A. I danII C. II dan IV

    B. I dan III D. III dan IV

    Soalan 29 dan 30

    Pilih ayat ayat yang betul.

    29. A. Kumar menghadiahi rakannya sebuah buku cerita.

    B. Pejabat itu sungguh tinggi amat.

    C. Para para tetamu sedang menikmati hidangan.

    D. Budak kecil itu sedang menunggang buaian.

    30. A. Munira menjerang air dengan menggunakan cerek.

    B. Kayu kayu di dalam hutan itu telah ditebang halus.

    C. Pak Malau menjemput anak anak kambing itu.

    D. Suara penyanyi itu sungguh sangat sedap dan lanak.

  • 7/28/2019 BM (Pemahaman) Tahun 4 2013

    9/13

  • 7/28/2019 BM (Pemahaman) Tahun 4 2013

    10/13

    10

    32. Berapakah jumlah wang tunai yang disediakan untuk pertandingan ini ?

    A. RM 220 B. RM 340 C. RM 350 D. RM 600

    33. Pernyataan di bawah berkaitan dengan pertandingan ini, kecuali

    A. keputusan hakim boleh diubah jika ada bantahan.

    B. borang penyertaan perlu disahkan terlebih dahulu.

    C. hadiah turut disediakan kepada pemenang sagu hati.

    D. peserta perlu menggunakan borang yang disediakan.

    34. Pada pendapat anda, apakah faedah yang boleh idapati leh murid yang menyertai

    pertandingan ini ?

    A. Berebut rebut untuk mendapatkan hadiah.

    B. Menanam sikap mementingkan diri sendiri.

    C. Memupuk sikap kerjasama antara murid murid.

    D. Berusaha menang walaupun dengan cara yang salah.

    35. Di bawah ialah jawatan yang terdpat dalam persatuan, kecuali

    A. pengerusi C. setiausaha

    B. bendahari D. Menteri Besar

  • 7/28/2019 BM (Pemahaman) Tahun 4 2013

    11/13

    11

    Soalan 36 hingga 40

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan soala yang berikutnya.

    No. 83, Lot 2912,

    Jalan Parit Jalil,

    83000 Batu Pahat,

    Johor Darul Takzim.

    1 Januari 2013

    Menemui sahabatku, Nurul Diana binti Nazmudin yang berada di Klang, Selango

    Darul Ehsan. Semoga saudari berada dalam keadaan selamat.

    Saudari,

    Apa khabar ? Diharap saudari sentiasa berada dalam keadaan sihat wal afiat, d

    samping keluarga yang tersayang. Bagi diri saya di sini sihat sihat sahaja.

    Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk mengundang saudari sekeluarga ke

    majlis perkahwinan abang sulung saya. Majlis perkahwinan ini akan diadakan pada 3

    Februari 2013, bersamaan hari Ahad. Oleh itu, saya berharap agar saudari sekeluarga

    dapat memeriahkan majlis kenduri perkahwinan yang julung julung kali diadakan d

    rumah kami. Banyak acara menarik yang bakal diadakan pada majlis perkahwinan

    abang saya itu. Jemputlah datang untuk menyaksikan kemeriahan majlis adaperkahwinan masyarakat Jawa Johor.

    Sekiranya saudari dapat datang ke majlis perkahwinan itu, cepat cepatlah

    beritahu saya. Kalau boleh, datanglah lebih awal kerana dapat juga saudari membantu

    saya menghias rumah dan membuat bunga telur. Saya pasti saudari akan seronok

    kerana berpeluang membuat bunga telur.

    Selain itu, sekiranya saudari datang ke sini lebih awal, boleh lah saya membawa

    saudari bersiar siar di tempat menarik di sini. Di sini, banyak tempat menarik yang

    sesuai untuk kita beristirahat.

    Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan. Harapan saya, saudar

    dapat hadir ke majlis perkahwinan itu nanti. Akhir sekali, sampaikan salam saya

    kepada keluarga saudari.

    Sekian, terima kasih

    Sahabatmu,

  • 7/28/2019 BM (Pemahaman) Tahun 4 2013

    12/13

    12

    36. Apakah tujuan Syakira menulis surat kepada Nurul Diana ?

    A. Untuk memaklumkan Nurul Diana tentang perkahwinan abangnya.

    B. Untuk membawa Nurul Diana bersiar siar di Batu Pahat.

    C. Untuk menjemput Nurul Diana sekeluarga ke majlis perkahwinan abangnya.

    D. Untuk meminta Nurul Diana membuat bunga telur.

    37. Di manakah majlis persandingan itu akan diadakan ?

    A. Di rumh sahabat penulis.

    B. Di rumah bapa saudara penulis.

    C. Di rumah ayah penulis.

    D. Di rumah Nurul Diana

    38. Harapan Syakira terhadap sahabatnya adalah semoga

    A. sahabatnya beroleh kesihatan yang baik

    B. sahabatnya hadir ke majlis perkahwinan abangnya.

    C. sahabatnya dapat bersiar siar di sekitar Batu Pahat

    D. sahabatnya membalas surat itu dengan segera

    39. Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.

    A. Sahabat penulis tinggal di Johor.

    B. Majlis perkahwinan itu akan mengikut ciri adat perkahwinan masyarakat Jawa

    Johor.

    C. Majlis perkahwinan abang penulis diadakan pada bulan Januari

    D. Penulis tidak sihat semasa menulis surat itu.

  • 7/28/2019 BM (Pemahaman) Tahun 4 2013

    13/13

    13

    40. Rangkai katajulung julung kali dalam petikan bermaksud

    A. kerap kali

    B. jarang jarang

    C. pertama kali

    D. kedua kali

    Disediakan oleh, Disemak oleh,

    ______________________ ___________________

    (Pn. Sarimah Bt. Abd. Aziz) ( Pn. Helwani Bt. Che Me)