bm pemahaman set 5

12
Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________ SULIT 011 Bahasa Melayu Set 5 50 minit JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________ MODUL LATIH BIMBING TAHUN 4 BAHASA MELAYU Kertas 1 Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. 2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak 011 2009 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak SULIT

Upload: zam-zainol

Post on 11-Jul-2015

785 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bm pemahaman set 5

Nama : _____________________________________

Tarikh : ______________

SULIT

011 Bahasa Melayu Set 5 50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

_____________________________________________

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 4

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

011 2009 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak SULIT

Page 2: Bm pemahaman set 5

2

Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih. Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Amran______________adik di atas kerusi setelah penat melayari internet.

A Diduduki

B Dudukkan

C Menduduki

D Mendudukkan

2. Pelajar yang berdisiplin sentiasa mengamalkan _____________ yang baik.

A Tatasusila

B Tatabahasa

C Tatanama

D Tatanegara

3. Perdana Menteri menyatakan bahawa _____________akan melawat negara Perancis pada akhir bulan ini.

A Dia

B Saya

C Beliau

D Baginda

4. ________________tuan-tuan memberikan kerjasama kepada petugas kami.

A Sila

B Harap

C Jemput

D Mari

5. Telur burung itu baru _______________pagi tadi.

A Menetas

B Merekah

C Memecah

D Mengeram

Page 3: Bm pemahaman set 5

3

6. Ramli ____________menyertai Pertandingan Rekacipta semasa di sekolah rendah.

A Akan

B Pernah

C Hendak

D Belum

7. Aktiviti gotong-royong membersihkan sungai itu telah diadakan ___________hari Sabtu yang lalu.

A Di

B Pada

C Ke

D Kepada

8. Kakak Aminah terpilih sebagai ___________tercantik semasa memperagakan pakaian itu.

A Seniwati

B Peragawati

C Peragawan

D Olahragawan

9. Halil dan Farid bermain ____________ padang sebelum pulang ke rumah.

A di tepi

B di tengah

C di antara

D di sisi

10. Puan Halimah memberikan se____________rantai kepada anaknya.

A Laras

B Bentuk

C Utas

D Urat

Page 4: Bm pemahaman set 5

4

11. Kumpulan pengakap itu menggunakan se___________kayu untuk membuat unggun api.

A Potong

B Batang

C Berkas

D Laras

12. Sebagai _____________keluarganya,Siti Sarah sering mendapat apa sahaja yang dihajati.

A anak angkat

B anak batu

C anak buah

D anak emas

13. Farhana _______________ ketika Cikgu Harun memberikan taklimat tentang Pameran Robotik itu.

A telinga lintah

B tebal telinga

C pasang telinga

D tadah telinga

14. Fazlan mengecat ____________besi pada tingkap.

A Bebola

B Jeriji

C Kekunci

D Tetekan

15. Tandas awam itu berbau ___________kerana tidak dijaga dengan baik.

A Tengik

B Hanyir

C Hapak

D Hancing

Page 5: Bm pemahaman set 5

5

16. Pada cuti sekolah yang lalu,ayah membawa saya dan keluarga__________di Teluk Batik.

A makan hati

B makan angina

C atas angina

D naik angina

17. Kelas itu riuh-rendah macam ___________kerana tiada guru.

A Pasar

B Tunggul

C Laut

D Harimau

18. Pak Abu menebang ____________pokok pinang di tepi rumahnya.

A Sehelai

B Sekeping

C Sebiji

D Sebatang

19. �Saya tidak mengetahui nama tempat itu kerana saya ___________ pernah pergi ke sana ,�kata Hilal kepada Samsul.

A Belum

B Sedang

C Pernah

D Sudah

20. Adik ___________muka apabila melihat babak seram dalam filem itu.

A Meneka

B Mengeluh

C Mengaduh

D Menekup

Page 6: Bm pemahaman set 5

6

21. Seluar yang dipakai oleh budak itu amat sendat sekali Perkataan seerti bagi sendat ialah

A Penuh

B kecil

C Ketat

D Comel

22. Pelancong itu memang jahil tentang budaya masyarakat negara ini Perkataan berlawan bagi jahil ialah

A Masyhur

B Cekap

C Peka

D Ketat

Soalan 23

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

23. Sudah berapa lamakah datuk kamu bergiat dalam pembuatan wau tradisional ini?

A Sepanjang yang saya ingat hampir tiga puluh tahun.

B Sejak zaman mudanya datuk bergiat aktif dalam pembuatan wau tradisional.

C Datuk saya akan bergiat dalam pembuatan wau tradisional ini selama tiga puluh tahun.

D Sudah tiga puluh tahun keluarga mendorong datuk saya bergiat dalam pembuatan wau tradisional.

Soalan 24

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

24. Ya,dia anak angkat Tengku Imran.

A Mengapakah Saidatul tidak mempunyai ayah?

B Adakah Saidatul anak Tengku Imran?

C Siapakah ayah kepada Saidatul ?

D Betulkah Saidatul itu anak angkat Tengku Imran ?

Page 7: Bm pemahaman set 5

7

Soalan 25 hingga Soalan 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25. Rohana ingin tahu apa yang dibuat oleh Mei Ling semalam

A �Kau buat apa semalam, Mei Ling?� tanya Rohana

B �Kau buat kerja itu semalam, Mei Ling?� tanya Rohana

C �Kau buat apa hari ini, Mei Ling?� tanya Rohana

D �Saya ingin tahu apa yang dibuat oleh Mei Ling semalam,� kata Rohana

26. �Masak lemak ini sedap dan tidak pedas ,�kata Nenek Pah kepada Firdaus.

A Nenek Pah dan Firdaus diberitahu bahawa masak lemak itu sedap dan tidak terlalu pedas.

B Nenek Pah memberitahu Firdaus bahawa masak lemak itu sedap dan tidak terlalu pedas.

C Firdaus memberitahu Nenek Pah bahawa masak lemak itu sedap dan tidal terlalu pedas.

D Nenek Pah dan Firdaus memberitahu tentang masak lemak itu sedap dan tidak pedas.

27. Lembu ini akan disembelih oleh Pak Dolah pada petang nanti.

A Pak Dolah akan disembelih oleh lembu ini pada petang nanti.

B Lembu ini akan menyembelih oleh Pak Dolah pada petang nanti.

C Pak Dolah akan menyembelih lembu ini pada petang nanti.

D Pada petang nanti, Pak Dolah akan disembelih oleh lembu ini.

Soalan 28 hingga Soalan 29

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

28. I Pendapatan Pak Leman amat kecil. II Kecil betul rumah yang dibelinya itu. III Budak yang masih kecil hendaklah ditegur jika melakukan kesalahan. IV Dia berasa takut apabila terdengar suara orang ketawa kecil dari belakang.

A I, II dan III sahaja

B I, II,dan IV sahaja

C II, III dan IV sahaja

D I, II, III dan IV

Page 8: Bm pemahaman set 5

8

29. I Kemudahan internet jalur lebar semakin popular. II Lebar rumah Hamidon adalah kira-kira 30 meter. III Jalan kampung ini akan dilebar tidak lama lagi. IV Senyumannya semakin lebar apabila menerima pujian.

A II dan IV sahaja

B I, II dan IV sahaja

C II, III dan IV sahaja

D I, II, III dan IV

Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.

30. I Di waktu petang, dia bermain badminton. II Hari raya disambut besaran-besaran di kampung saya. III Dia tidak kenal akan sesiapa pun di sini. IV Khadijah menunggu di situ sejak tadi.

A I dan III sahaja

B III dan IV sahaja

C II, III,dan IV sahaja

D I, II, III,dan IV

Page 9: Bm pemahaman set 5

9

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pak Samad duduk di beranda rumah sambil memandang ke arah sawah padinya. Raut mukanya kelihatan muram. Sudah tiga hari hujan tidak berhenti. Anak padi yang tumbuh menghijau hampir tenggelam.

Pak Samad mengeluh sendirian. Dia melihat suatu kawasan kosong pada petak sawahnya. Anak padi yang disemainya ada yang telah dihanyutkan. Selepas hujan berhenti, dia terpaksa menanam anak padi semula di kawasan kosong itu.

�Apa yang direnungkan ,bapaknya? Macam besar sahaja masalah?� tanya Mak Tijah. Mendengar suara isterinya, Pak Samad berpaling. Dia tersenyum melihat isterinya membawa dulang berisi air dan kuih.

�Macam mana abang tak bimbang, maknya. Cuba maknya tengok air yang bergenang di sawah. Kalau berterusan hujan, alamat matilah anak padi yang abang semai,� jelas Pak Samad menyatakan kebimbangan.

�Satu lagi, kalau abang tak bekerja bagaimana dapur kita hendak berasap. Wang simpanan kita semakin berkurangan,� tambah Pak Samad lagi.

Mak Tijah hanya diam sahaja. Apa yang dikatakan oleh suaminya itu ada kebenarannya. Beras di dapur juga tinggal sedikit. Begitu juga dengan barang-barang dapur yang lain.

31. Apakah pekerjaan Pak Samad?

A Penoreh getah

B Peladang

C Pesawah

D Nelayan

32. Mengapakah Pak Samad berasa bimbang?

A Hujan lebat tidak berhenti

B Anak padi tumbuh menghijau

C Dia tidak sihat

D Bimbang anak padinya mati

Page 10: Bm pemahaman set 5

10

33. Perkataan bergenang dalam petikan bermaksud

A Mengalir

B Bertakung

C Terbenam

D Berkocak

34. Di manakah Pak Samad dan isterinya minum petang?

A Ruang tamu

B Dapur

C Beranda

D Halaman rumah

35. Apakah akan terjadi sekiranya Pak Samad tidak bekerja?

A Dapur berhenti berasap

B Anak padi yang disemai akan mati

C Tiada sumber kewangan

D Wang simpanan semakin bertambah

Page 11: Bm pemahaman set 5

11

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah ,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Perlawanan Bola Baling Peringkat Zon Barat

Pasukan Bola Baling Sekolah Kebangsaan Siantan telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Baling Zon Barat. Kejohanan ini telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa pada 25 hingga 27 April 2008. Seramai dua belas orang pemain telah dipilih untuk mewakili sekolah kami ke kejohanan tersebut. Mereka telah dilatih oleh Puan Rozita dan dibantu oleh Puan Sunita.

Sekolah-sekolah yang menyertai kejohanan ini dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima pasukan. Pertandingan dijalankan secara liga. Dalam perlawanan pertama, pasukan Sekolah Kebangsaan Siantan telah berjaya menumpaskan pasukan Sekolah Kebangsaan Makmur dengan jaringan 15 berbalas 8. Pada sebelah petangnya pula, pasukan sekolah kami juga telah berjaya sekali lagi mengalahkan Sekolah Kebangsaan Jerlun dengan jaringan 23 berbalas 20.

Pada hari kedua, pasukan sekolah kami berjaya mengalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Kati tetapi kalah kepada pasukan Sekolah Kebangsaan Taman Jaya dengan jaringan 12 -16. Walau bagaimananapun pasukan sekolah kami masih layak ke peringkat separuh akhir.

Pada hari terakhir, pasukan sekolah kami telah berjaya menjadi juara. Kejayaan ini menjadi satu sejarah kepada sekolah kerana menjadi juara peringkat Zon Barat tiga tahun berturut-turut.

36. Apakah peranan Puan Sunita dalam Pasukan Bola Baling Sekolah Kebangsaan Siantan?

A Pengurus pasukan

B Penolong jurulatih

C Jurulatih pasukan

D Pengawas pasukan

37. Berapa buah sekolahkah yang menyertai kejohanan ini?

A 3 buah

B 5 buah

C 12 buah

D 15 buah

Page 12: Bm pemahaman set 5

12

38. Bilakah tarikh yang menentukan pasukan Sekolah Kebangsaan Siantan layak ke peringkat separuh akhir?

A 25 April

B 26 April

C 27 April

D 28 April

39. Pasukan manakah yang berjaya mengalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Siantan?

A Sekolah Kebangsaan Kati

B Sekolah Kebangsaan Taman Jaya

C Sekolah Kebangsaan Jerlun

D Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa

40. Pernyataan berikut adalah benar kecuali

A Pasukan Sekolah Kebangsaan Siantan Berjaya menjadi juara sebanyak empat kali.

B Kejohanan berlangsung selama tiga hari.

C Puan Rozita ialah jurulatih pasukan.

D Perlawanan dijalankan secara liga.