bm pemahaman set 3

Upload: verasenan-gunasekaran

Post on 05-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 BM Pemahaman Set 3

    1/12

    Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________

    SULIT011BahasaMelayu

    Set 350 minit

    JABATAN PELAJARAN PERAK

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    _____________________________________________

    MODUL LATIH BIMBING TAHUN 4

    BAHASA MELAYU

    Kertas 1

    Lima puluh minit

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi40soalan. Jawabsemuasoalan.

    2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

    3. Bagi setiap soalan, hitamkansatu ruangan sahaja.

    4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudianhitamkanjawapan yang baru.

    Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

    011 2009 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak SULIT

  • 8/2/2019 BM Pemahaman Set 3

    2/12

    2

    Arahan AmTiap-tiap soalan diikuti oleh empatpilihan jawapan iaitu A , B , CdanD. Antaranya, ada satu

    jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama

    dengan jawapan yang telah kamu pilih.

    Soalan 1 hingga Soalan 21Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

    1. ____________ , cantik sungguh pemandangan yang dapat dilihat dari atas GunungMat Chincang ini!

    A Hai

    B Wah

    C Ohl

    D Wahai

    2. ____________ saya sudah tidak sanggup mendaki bukit ini lagi!

    A Aduh

    B Amboi

    C Nah

    D Eh

    3. Sebelum kita meninggalkan pulau ini, marilah kita ______________selera di restoran

    makanan laut yang terkenal itu.

    A memakan

    B menjamah

    C merasa

    D menjamu

    4. ________________ tidak putus-putus datang melawat Makam Mahsuri yang terdapatdi Pulau Langkawi.

    A Pelanggan

    B Pelayan

    C Pelawat

    D Pemandu

  • 8/2/2019 BM Pemahaman Set 3

    3/12

    3

    5. Aiman telah memenangi ___________ acara yang disertainya semasa temasya

    sukan yang diadakan di sekolahnya.

    A segala

    B semua

    C seluruh

    D sekalian

    6. Semua murid diminta berkumpul mengikut rumah sukan ______________ sebelumacara perbarisan dimulakan.

    A setiap

    B sekalian

    C masing-masing

    D semua

    7. Fatin telah membeli cenderahati semasa berkunjung ke Pulau Pinang untukdihadiahkan __________ ibunya.

    A dari

    B untuk

    C pada

    D kepada

    8. Badrul menerima tawaran _______________ Majlis Sukan Negara untuk belajardi Sekolah Sukan Bukit Jalil.

    A dari

    B daripada

    C kepada

    D untuk

    9. Sekolah kami akan mengadakan _____________ ke kilang mengetin nenas diPontian, Johor.

    A pelawat

    B lawatan

    C lawatkan

    D dilawati

  • 8/2/2019 BM Pemahaman Set 3

    4/12

    4

    10. Semasa acara lumba lari berlangsung Cikgu Rahman membuat _____________masa para peserta.

    A catatkan

    B catatan

    C catitkan

    D mencatat

    11. Seseorang yang menceburi bidang _______________ perlu berlatih dengan gigih,tabah dan sabar.

    A perniagaan

    B persatuan

    C persilatan

    D permainan

    12. Selain memperolehi ________________ yang baik dalam bidang akademik kita jugaperlu mengambil bahagian yang aktif dalam bidang sukan dan persatuan.

    A percubaan

    B pelajaranC perubahan

    D pencapaian

    13. Perlawanan badminton akan berlangsung di _________ yang telah disediakan olehpihak penganjur.

    A taman

    B padang

    C gelanggang

    D sekolah

    14. Emak membuat kuih untuk __________ bagi menambah pendapat keluarga.

    A dibawa

    B dijual

    C dibeli

    D diminta

  • 8/2/2019 BM Pemahaman Set 3

    5/12

    5

    15. Pokok kelapa sawit yang tua _____________ untuk diproses menjadi papan yangbermutu.

    A ditebang

    B dipotong

    C dicantas

    D dihiris

    16. Pasukan bola jaring itu dibarisi pemain _______________.

    A muda-mudi

    B muda-muda

    C belia-belia

    D kanak-kanak

    17 _________________ peliharaan Pak Samad telah dihalau masuk ke kandang.

    A Jentik-jentik

    B Pijat-pijatC Umang-umang

    D Biri-biri

    18 Dayang sungguh gembira kerana dapat memerhatikan ______________ yangberkerlipan di langit.

    A lampu-lampu

    B kelip-kelip

    C bayang-bayang

    D bintang-bintang

    19 Encik Amran merupakan penternak ayam yang berjaya. ____________, dia jugamelibatkan diri dalam penternakan lembu untuk menambah pendapatan.

    A Di samping itu

    B Tambahan pula

    C Oleh itu

    D Namun demikian

  • 8/2/2019 BM Pemahaman Set 3

    6/12

    6

    20 Perjalanan dengan kereta api dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. __________,

    tambangnya pula agak murah.

    A Selain itu

    B Oleh itu

    C Namun begitu

    D Padahal

    21 Hasil tani itu patut kita simpan untuk kegunaan semasa susah. Bak kata pepatah

    __________.A bagai kambing diseret ke air

    B menangguk di air keruh

    C sediakan payung sebelum hujan

    D bagai isi dengan kuku

    22 Pemuda itu tercengang-cengang apabila pertama kali sampai ke Kuala Lumpur.

    Pilih peribahasa yang paling sesuai dengan frasa ini.

    A Seperti rusa masuk kampungB Seperti kumbang putus tali

    C Seperti kucing kehilangan anak

    D Seperti kera mendapat bunga

    Soalan 23 hingga Soalan 25

    Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

    23 Perkampungan di sepanjang Sungai Kinabatangan dan Pulau Penyu berperanan

    penting dalam pemuliharaan penyu di Asia Tenggara.A berenang

    B berharap

    C bermain

    D berfungsi

  • 8/2/2019 BM Pemahaman Set 3

    7/12

    7

    24 Setiap peserta yang bertanding dalam acara perahu layar perlu mematuhi peraturankeselamatan yang telah ditetapkan.

    A bersaing

    B berlumba

    C berkayuh

    D berentap

    25 Pokok durian yang baru berbunga dijaga dengan baik supaya menghasilkan buahyang bermutu.

    A berhasil

    B bermanfaat

    C berkualitiD berguna

    Soalan 26 hingga Soalan 27

    Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

    26 Pada mulanya kami bercadang untuk berbasikal mengelilingi Pulau Pangkor padacuti sekolah nanti.

    A awalnya

    B asalnyaC hujungnya

    D akhirnya

    27 Buah-buahan tempatan amat digemari oleh rakyat Malaysia dan pelancong luarnegara.

    A disukai

    B dibenci

    C diminta

    D dilupai

  • 8/2/2019 BM Pemahaman Set 3

    8/12

    8

    Soalan 28 hingga Soalan 30

    Pilih ayat yang sama maksud bagi ayat yang bergaris.

    28 Anda hendaklah membuat kerja itu dengan teliti.

    A Kerja itu hendaklah anda buat dengan teliti.

    B Kerja itu dengan teliti hendaklah dibuat anda.

    C Kerja itu hendaklah dibuat dengan teliti oleh anda.

    D Kerja itu teliti hendaklah anda buat.

    29 Azhan mengajak Amran ke dusun datuknya di kampung.

    A Azhan diajak Amran ke dusun datuknya di kampung.

    B Azhan ke dusun Amran diajak datuknya di kampung.

    C Azhan ke dusun datuknya di kampung Amran diajak.

    D Amran diajak oleh Azhan ke kampung datuknya.

    30 Sampah dipungut oleh murid-murid selepas acara sukan tamat.

    A Sampah dipungut oleh murid-murid yang tamat sekolah pada hari sukan.

    B Sampah dipungut oleh murid-murid di kawasan sekolah semasa acara sukantamat.

    C Sampah di kawasan sekolah dipungut oleh murid-murid setelah acara sukan

    tamat.D Murid-murid memungut sampah selepas acara sukan tamat.

  • 8/2/2019 BM Pemahaman Set 3

    9/12

    9

    Soalan 31 hingga Soalan 35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

    Di Malaysia terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik. Antara tempat yang

    sering dikunjungi ialah hutan rekreasi, bukit peranginan, pulau-pulau, tasik-tasik dan tempat-

    tempat bersejarah.

    Kita dapat mengenali keindahan flora dan fauna serta cara hidup masyarakat

    setempat dengan lebih dekat. Selain itu, dengan melancong ke tempat yang bersejarah,kita

    dapat mengetahui sejarah negara kita sendiri.

    Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan industri pelancongan, rakyat

    digalakkan melancong dalam negeri. Selain menyeronokkan, melancong dalam negeri lebih

    menjimatkan. Dengan mengeluarkan perbelanjaan yang sedikit sahaja kita dapat melancongbersama-sama keluarga ke tempat-tempat yang menarik.

    Melalui pelancongan, kita dapat mengenali budaya, pakaian dan cara hidup pelbagai

    kaum. Aktiviti pelancongan juga dapat membantu pengusaha kraf tangan meningkatkan

    pendapatan. Pelancong-pelancong boleh membeli hasil kraf tangan seperti anyaman tikar,

    tembikar, hiasan dinding dan tenunan kain di gerai-gerai yang disediakan.

    Dengan melancong ke luar negara pula, kita berpeluang melihat keindahan negara

    lain yang mempunyai pelbagai cuaca. Kita juga dapat melihat cara masyarakat setempat

    menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca di negara mereka.

    Melancong boleh menimbulkan perasaan cinta akan alam semula jadi dan melihat

    kesan-kesan sejarah. Justeru, melancong juga dapat menambah ilmu pengetahuan.

    31 Apakah faedah melancong dalam negeri?

    A Merapatkan hubungan pelbagai kaum

    B Membeli kraf tangan tempatan

    C Meningkatkan perbelanjaan harian

    D Mengenali budaya pelbagai kaum

    32 Pelancong-pelancong boleh membantu kemajuan perusahaan kraf tangan sekiranya

    A membeli hasil kraf tangan.

    B membeli-belah sambil melancong.

    C melancong ke gerai-gerai kraft tangan.

    D melancong bersama-sama keluarga

  • 8/2/2019 BM Pemahaman Set 3

    10/12

    10

    33 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

    A Pelancongan membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

    B Melancong dapat mengetahui pelbagai perkara.C Melancong bersama-sama keluarga dapat menjimatkan wang.

    D Melancong dapat mewujudkan perasaan cinta akan alam semula jadi.

    34 Yang berikut ialah tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong di negara kita,kecuali

    A hutan rekreasi

    B pulau dan tasik

    C bukit- bukau

    D tempat bersejarah

    35 Rangkai kata masyarakat setempatdalam petikan bermaksud

    A orang yang tinggal sebentar di sesuatu tempat.

    B orang yang akan tinggal tetap di sesuatu tempat.

    C orang yang tinggal di sesuatu tempat.

    D orang yang pernah tinggal di sesuatu tempat.

  • 8/2/2019 BM Pemahaman Set 3

    11/12

    11

    Soalan 36 hingga Soalan 40

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

    Faiz! Faiz! Faiz! Bangun. Dah lewat ni. Malam tadi cakap nak bangun awal. Faiz

    terdengar suara ibunya memanggil dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu biliknya. Faiz

    bangun lalu mencapai tuala. Dia bergegas ke bilik air.

    Suku jam kemudian, Faiz sudah siap ke sekolah. Dia turun ke bawah lalu menuju ke

    pintu depan rumahnya. Faiz, marilah bersarapan dulu, kata ibunya.

    Tak apalah ibu, sudah lewat. Bimbang ketinggalan bas sekolah lagi. Lagi pun hari

    ini ada ujian. Nanti Faiz makan di kantin. Duit yang ayah beri semalam masih ada, jawab Faiz.

    Semasa Faiz berjalan ke perhentian bas, dia teringat kata-kata ayahnya supaya

    belajar bersungguh-sungguh dan pandai berjimat cermat. Ayahnya pemandu bas ekspres dan

    membawa penumpang dari bandar kediaman mereka di Taiping ke Ipoh, Kuala Lumpur,

    Seremban dan Johor Bahru. Ibunya pula mengurus rumah dan menjaga Faiz serta dua orang

    adiknya yang belum bersekolah.

    Pada hari itu, Faiz menaiki bas awam kerana ketinggalan bas sekolah sekali lagi.

    Mujur dia mendapat tempat duduk walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang

    yang hendak ke tempat kerja. Di pertengahan jalan, seorang nenek menaiki bas itu. Faiz segera

    memberikan tempat duduknya kepada orang tua tersebut.

    Walaupun Faiz lewat, namun semangatnya yang ingin mencapai kejayaan

    menyebabkan dia terus juga ke sekolah. Dia sentiasa mengingati nasihat Cikgu Rostam

    supaya rajin belajar. Pelajaran penting untuk masa depan kamu. Itulah kata-kata yang sering

    didengarinya.

    Sampai di sekolah, Faiz cepat-cepat mengatur langkah menuruti kawan-kawannya

    yang lain masuk ke kelas.

    36 Faiz tidak mahu bersarapan pagi kerana

    A dia ada ujian di sekolahnya.

    B dia masih ada duit.

    C dia akan makan di kantin.

    D dia sudah lewat.

  • 8/2/2019 BM Pemahaman Set 3

    12/12

    12

    37 Di manakah Faiz sekeluarga tinggal?

    A Ipoh

    B Taiping

    C Johor Bahru

    D Kuala Lumpur

    38 Sifat yang berikut tidak terdapat pada diri Faiz.

    A Berjimat-cermat

    B Menepati masa

    C Bertimbang rasa

    D Mendengar nasihat

    39 Semua pernyataan berikut adalah benar kecuali

    A Faiz menaiki bas sekolah pada hari itu.

    B Faiz selalu mendengar nasihat Cikgu Rostam.

    C Faiz mengambil masa lima belas minit untuk bersiap.

    D Faiz masih mempunyai wang yang diberi oleh ayahnya.

    40 Rangkai kata terpaksa bersesak-sesakdalam petikan bermaksud

    A mesti berebut-rebut

    B perlu berhimpit-himpit

    C kena berduyun-duyun

    D harus bertolak-tolak