bm ciri-ciri ayat majmuk

6
Ayat majmuk pancangan . Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. Definisi 1. Terdiri daripada dua subjek atau lebih. Contoh ayat ialah: a) Salmah dan Ali guru. b) Farid dan Mia ke sekolah. 2. Terbentuk daripada dua klausa atau lebih. Contoh ayat ialah: a) Dia makan nasi kerana lapar. b) Ali mati kerana dibunuh. 3. Terdiri daripada dua predikat atau lebih. Contoh ayat ialah: a) Ali pandai dan rajin. b) Kakak menyidai pakaian sambil menyanyi. 4. Lebih daripada satu subjek dan lebih daripada satu predikat.

Upload: yew-hooi-kheng

Post on 12-Dec-2015

583 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bahasa meayu

TRANSCRIPT

Page 1: Bm Ciri-ciri Ayat Majmuk

Ayat majmuk pancangan .

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.

Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.

Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.

Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.

Definisi 1.       Terdiri daripada dua subjek atau lebih.Contoh ayat ialah:a)      Salmah dan Ali guru.b)      Farid dan Mia ke sekolah.

2.       Terbentuk daripada dua klausa atau lebih.Contoh ayat ialah:a)      Dia makan nasi kerana lapar.b)      Ali mati kerana dibunuh.

3.       Terdiri daripada dua predikat atau lebih.Contoh ayat ialah:a)      Ali pandai dan rajin.b)      Kakak menyidai pakaian sambil menyanyi.

4.       Lebih daripada satu subjek dan lebih daripada satu predikat.Contoh ayat ialah:a)      Ali dan Abu rajin dan pandai.b)      Abang dan adik kena pukul dan cubit.

Page 2: Bm Ciri-ciri Ayat Majmuk

Ayat Majmuk1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )            B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )            C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )PEMAJMUKANKata Majmuk1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.2.     Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.3.     Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.4.     Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.5.         Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.6.         Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.Bentuknya7.         Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.8.         Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.9.            Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.10.            Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.11.        Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:(a) kata nama majmuk;(b) kata bilangan majmuk;(c) kata adjektif majmuk;(d) kata kerja majmuk;(e) kata sendi majmuk;(f) kata keterangan majmuk;(g) Kata hubung majmuk.12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama.Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.

Page 3: Bm Ciri-ciri Ayat Majmuk

14.        Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.15.        Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.16.        Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.

Menurut buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008), ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya  ayat  1,(a) , dengan ayat 1.(b);            1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan matematik.             (a) Ali sedang membaca buku.             (b) Fatimah sedang membuat latihan matematik.  Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:1                    Ayat majmuk gabungan2                    Ayat majmuk pancangan3                    Ayat majmuk campuran

Ayat Majmuk Pancangan 

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil.Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.

       Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih.  Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan menggunakan kata hubung, kata fakta ‘bahawa’, kata relatif ‘yang’, tanda koma dan tambahan keterangan.

            Ayat tunggal berbeza daripada ayat majmuk kerana ayat tunggal terdiri daripada satu klausa yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, manakala ayat majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa.  Ini bermakna ayat majmuk mempunyak lebih

Page 4: Bm Ciri-ciri Ayat Majmuk

daripada satu subjek dan/atau predikat dan sering diiringi keterangan.

Ayat majmuk pancangan relatif

-ayat yang menggunakan kata relatif yang dalam binaannya.

.         Ayat Relatif                                      Ayat relatif menggunakan kata relatif ‘yang’ yang memancangkan ayat                                        kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang.                                     Contohnya:i.          Budak yang menangis itu sudah diberi makan.Budak itu sudah diberi makan. (Ayat induk) Budak itu menangis.  (Ayat kecil)Ayat majmuk gabungan

-Ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang

digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan dan, atau, tetapi dan

sebagainya.

 -Gabungan yang susunan fakta-fakta berurutan dengan menggunakan kata hubung

gabungan seperti lalu, lagi, dan, serta dan sambil.

-Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat

yang digabungkan menggunakan tetapi dan padahal.

Ayat majmuk pancangan

Gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak setara membentuk satu ayat baru. Terbentuk

daripada satu ayat utama atau induk dan satu atau berapa ayat kecil lain yang

dipancangkan dalam ayat induk itu.

1. Ayat majmuk pancangan relatif

-ayat yang menggunakan kata relatif yang dalam binaannya.

Page 5: Bm Ciri-ciri Ayat Majmuk

2. Ayat majmuk pancangan komplemen

-ayat yang dihubungkan dengan kata komplemen untuk dan bahawa

3. Ayat majmuk pancangan keterangan

-ayat majmuk yang terbit daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang

berfungsi sebagai keterangan kepada predikat ayat induk