bm 1 percubaan pmr 2010

Upload: syamsul-bahri-bin-amiruddin

Post on 29-May-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 BM 1 percubaan PMR 2010

    1/13

    NAMA :.........................................................

    SULIT KELAS : ........................................................

    ANGKA GILIRAN : .....................................

    IC : .............................................

    JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

    2. Jawabsemuasoalan.

    3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan yang bertandaA, B , CdanD. Bagi

    tiap-tiap soalan pilihsatujawapan sahaja. Tandakan semua jawapan andapada kertas jawapan objektif yang disediakan.

    _______________________________________________________________________

    Kertas ini mengandungi 12 halaman bercetak[LIHAT SEBELAH]

    02/01 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

    PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010 02/01

    EXCEL 2BAHASA MELAYU

    KERTAS 1

    OGOS 2010

    1 JAM SATU JAM

  • 8/9/2019 BM 1 percubaan PMR 2010

    2/13

    Soalan 1 7

    Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilihjawapan yangpaling sesuai.

    1 Seseorang teman yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya ___________ ke kancah

    maksiat.

    1 A terjerumus2 B terperosok

    3 C termusnah

    4 D terikut

    2 Masih terbayang-bayang di mata Pak Samad ____________ pada zaman pemerintahan

    Jepun di Tanah Melayu.

    A pahit getir

    B jerih payah

    C susah payah

    D susah senang

    3 Sungguhpun pahit untuk ditelan, namun Joshua______________dapat menerima

    kegagalannya dalam ujian Matematik.

    A akan

    B sudah

    C pernah

    D sedang

    4. Mak Zizah hanya memakai kain ______ sewaktu berada di rumah.

    A batik

    B songket

    C basahan

    D pelikat

    Soalan 5berdasarkan gambar di bawah ini.

    5 Bola yang dibalingnya ke dinding itu_________________lalu terkena kepalanya.

    A melantun

    B melontar

    C menghentam

    D menyentuh

  • 8/9/2019 BM 1 percubaan PMR 2010

    3/13

    6. Pintu rumah nenek Siah tidak dapat ditutup rapat kerana __________ pintunya rosak.

    A kekisi

    B bebuli

    C sesikuD kekuda

    7 Sejak berpindah ke taman perumahan itu seminggu yang lalu, Laili belum sempat

    untuk__________________ jiran baharunya.

    A tengok-menengok

    B jenguk-menjenguk

    C lihat-melihat

    D kenal-mengenal

    Soalan 8 14

    Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapatkesalahan, kesalahan itutelah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.

    8. Fuad tidak merasa menyesal melepaskan jawatannya sebagai pegawai tinggi

    A B

    di syarikat itu demi cita-citanya untuk membuka perniagaan sendiri.

    C

    Tiada kesalahan

    D

    9. Ramzila telah kehilangan sejambak kunci semasa dia dalam perjalanan balik

    A B

    dari pejabat. Tiada kesalahan

    C D

    10 . Sahizan tidak pernah membuat jahat semasa tinggal di kampung datuknya .A B C

    Tiada kesalahan

    D

    11. Para peniaga diminta menyimpan barang secukupnya untuk memenuhi keperluan

    A B

    orang ramai bila menjelang musim perayaan. Tiada kesalahan

    C D

    12. Senarai nama-nama pelajar yang akan menyertai lawatan ke Lembah Danum

    A B

    akan ditampal pada papan kenyataan. Tiada kesalahan

  • 8/9/2019 BM 1 percubaan PMR 2010

    4/13

    C D

    13. Usahawan tempatan perlu mencari peluang untuk memasarkan produk keluaran

    A B Cmereka ke peringkat antarabangsa. Tiada kesalahan

    D

    14. Alat penghawa dingin itu perlu diselenggara secara berkala dari semasa ke semasa

    A B COleh juruteknik yang bertugas. Tiada kesalahan.

    D

    Soalan 15 17

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

    15 I Feri ke Langkawi itu dilambung ombak yang beralun-alunmenyebabkan semua penumpang kecut perut.

    II Jalan yang menuju ke taman itu beralun-alun sehingga menyebabkankenderaan tidak dapat dipandu laju.

    III Suara azan pada waktu subuh yang beralun-alun itu kedengaran ke

    seluruh kampung itu.

    IV Mereka terpegun dengan beralun-alun suara penyanyi wanita muda

    yang merdu itu.

    A I dan II

    B III dan IVC I, II, dan III

    D II, III, dan IV

    16 I Bersempena dengan perkahwinan anak tunggal ahli perniagaan yang terkenal itu,

    lampu yang berwarna-warni memancarkan seluruh kampung.

    II Kejayaan Iran memancarkan ujian peluru berpandunya yang terbaharu telah

    mengejutkan musuh tradisinya, Amerika.

    III Radio tempatan yang disiarkan di kawasan itu hanya memancarkan lagu-lagu nasyid

    dan patriotik.

    IV Cuaca pada pagi itu sungguh nyaman walaupun matahari telah memancarkancahaya.

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    17 I Ulam-ulaman yang dimakan mentah-mentah bukan sahaja berkhasiat bahkan juga

    dapat menambahkan selera.

    II Eksport petroleum mentah-mentah negara dikurangkan bagi menampung keperluantempatan.

    III Jawatankuasa mesyuarat tersebut menolak cadangan yang dikemukakan itu mentah-

  • 8/9/2019 BM 1 percubaan PMR 2010

    5/13

    mentah.

    IV Jangan makan nasi yang masih mentah-mentah kerana dapat menyebabkan sakit

    perut.

    A I dan III

    B II dan IVC III dan IV

    D I dan II

    Soalan 18 21

    Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yangbergaris itu mungkin

    mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

    Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan. Jika tiada kesalahan

    tandakan D.

    18 Nabil dan Zizan mempunyai peminat yang terdiri dari semua golongan-golongan

    masyarakat.

    A dari semua golongan

    B daripada semua golongan

    C daripada semua golongan-golongan

    D dari semua golongan-golongan

    19 Cikgu Salmah menerangkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam karangan itu kepada

    para pelajar.

    .

    A menerangi kesalahan bahasa

    B penerangan tentang kesalahan bahasa

    C menerangkan tentang kesalahan bahasa

    D menerangkan kesalahan bahasa

    20. Sejak kilang itu didirikan, kesemua anak-anak sungai di daerah itu telah tercemar.

    A. kesemua anak sungai

    B. semua anak-anak sungai

    C. semua anak sungai-sungai

    D. kesemua anak-anak sungai

    21 Dari dahulu hingga kini ramai orang yang memperkatakan masalah pendatang tanpa izin ke

    negara ini.

    A banyak orang yang memperkatakan

    B banyak yang memperkatakanC ramai yang memperkatakan

    D ramai orang yang memperkatakan

  • 8/9/2019 BM 1 percubaan PMR 2010

    6/13

    Soalan 22 24

    Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang

    dicetak tebal.

    22. Pihak pemaju perumahan digesa agar membina lebih banyak rumah kos

    rendah untuk keperluan golongan berpendapatan rendah.

    A. Golongan miskin sentiasa mengharapkan pemaju perumahan membina rumah kos

    rendah dengan lebih banyak.

    B. Rumah kos rendah hendaklah didirikan oleh pemaju perumahan kerana diperlukan oleh

    golongan berpendapatan rendah.

    C. Golongan berpendapatan rendah memerlukan rumah kos rendah, yang banyak dibina

    oleh pihak pemaju perumahan.

    D. Demi kepentingan golongan kurang berkemampuan, pemaju perumahan diminta

    supaya banyak mendirikan rumah kos rendah.

    23. Malaysia sebagai negara yang sedang membangun tidak harus terlalu

    mengharapkan tenaga buruh asing.

    A Sebagai negara yang sedang meningkat maju, Malaysia tidak sewajarnya

    bergantung kepada tenaga kerja luar.

    B Malaysia tidak perlu mengharapkan tenaga buruh asing untuk membangunkan negara

    ini.

    C Malaysia sebagai negara maju tidak sepatutnya mengharapkan tenaga kerja asing untuk

    membangunkannya.D Pengambilan buruh asing di negara yang sedang membangun tidak patutnya dilakukan

    oleh Malaysia.

    24. Kempen inflasi sifar tidak berjaya sepenuhnya kerana kurang mendapat

    kerjasama daripada para peniaga.

    A Sokongan yang kurang daripada peniaga-peniaga menyebabkan kempen

    inflasi sifar gagal mencapai matlamat keseluruhannya.

    B Sikap para peniaga yang mahu mengaut keuntungan yang tinggi telah

    menggagalkan kempen inflasi sifar.C Keberkesanan kempen inflasi sifar hanya akan berjaya jika para peniaga

    memberikan sokongan.

    D Kurangnya kerjasama yang sepenuhnya daripada para peniaga

    menyebabkan kempen inflasi sifar telah gagal.

  • 8/9/2019 BM 1 percubaan PMR 2010

    7/13

    Soalan 25 hingga soalan 27

    Pilih ayat-ayat yangbetul.

    25. I Setiap kumpulan yang menyertai program ini terdiri dari sepuluh orang pelajar.

    II Saya langsung tidak mengetahui tentang penyakitnya itu selama ini.III Beg tangan itu berkualiti kerana dibuat daripada kulit buaya.

    IV Jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa kebakaran itu belum ditaksirkan lagi.

    A. II dan III sahaja.

    B. I, II dan III sahaja.

    C. II, III dan IV sahaja.

    D. I, II, III dan IV.

    26. I Encik Hassan menanyakan soalan yang berkaitan dengan sejarah Malaysia kepada

    muridnya.

    II Naik turunnya keputusan peperiksaan bergantung kepada kerjasama semua pihak.III Kakak memasukkan secebis garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

    IV Encik Ismail disebut sebagai bakal pengetua sekolah yang baru dibuka itu.

    A I dan II sahaja

    B III dan IV sahaja

    C I, II dan III sahaja

    D I, II dan IV sahaja

    27. I Adalah sukar untuk mengatasi masalah itu.

    II Batu yang bertaburan di tepi jalan itu tersepak oleh saya.III Penyanyi yang terkenal sekali di Malaysia ialah Datuk Siti Nurhaliza.

    IV Rombongan itu akan melawat Terengganu pada minggu hadapan.

    A I dan II

    B II dan IV

    C I, II dan III

    D I, III dan IV

    Soalan 28 hingga soalan 30

    Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

    28 Kecenderungan jurulatih bola sepak itu memilih pemain yang disukainya sahaja untuk

    bermain dalam setiap perlawanan penting menunjukkan bahawa dia bersikap ______.

    A pilih bulu.

    B atas pagar.

    C pilih kasih.

    D berat sebelah.

  • 8/9/2019 BM 1 percubaan PMR 2010

    8/13

    29 Walaupun perabot yang dibelinya itu agak mahal harganya, namun Adam tetap berpuas hati.

    Keadaan ini merujuk kepada peribahasa...

    A alah membeli menang memakai.

    B besar periuk besarlah keraknya.C ukur baju di badan sendiri.

    D ada rupa ada gaya.

    30.

    Peribahasa yang berikut sesuai bagi menggambarkan situasi di atas, kecuali

    A Seperti harimau menyembunyikan kukunya.

    B Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. C Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga.

    D Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.

    Orang tua itu nampak sahaja pendiam tetapi dia sebenarnya handal

    berpencak silat.

  • 8/9/2019 BM 1 percubaan PMR 2010

    9/13

    Soalan 31-35

    Baca petikan prosa di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Pilih jawapan yangpaling sesuai.

    Sebermula, maka tersebutlah perkataan juragan kapal. Telah hari siang, pagi- pagi hari,

    maka juragan pun bersiaplah naik ke darat diiringkan oleh anak-anak perahunya membawa

    naik anak itik itu. Maka baginda pun sudah hadir di atas singgahsana takhta kerajaan

    dihadapi oleh sekalian menteri, hulubalang, sida-sida, bentara, rakyat bala, hina dina

    hendak melihat temasya itu. Hatta baginda pun menitahkan seorang biduanda memanggil

    Ahlil Nujum Belalang dengan segeranya. Maka biduanda pun menyembah lalu turun

    berjalan ke rumah Ahlil Nujum Belalang.

    Maka katanya, "Titah tuanku memanggil Ahlil Nujum; Juragan dan sekalian orang

    telah berhimpun di balai semuanya."

    Maka Ahlil Nujum pun bersiap-siapkan sirehnya lalu menghadap baginda. Maka

    sampailah di balairung seri. Maka titah baginda, "Marilah ke mari." Ahlil Nujum Belalang

    pun dekatlah dengan baginda. Maka titah baginda, "Apakah hal Ahlil Nujum, hendak

    mengenal anak itik itu jantan betinanya?" Maka sembah Pak Belalang, "Ampun tuanku

    beribu-ribu ampun, jenuh patik mencari di dalam buku tib

    patik. Maka dapatlah patik di dalam buku kecil sahaja ada di dalam dua baris tertulis di situ

    mengatakan demikian. Bahawasanya ada pun hendak mengenal anak itik jantan betinanya

    dengan air. "Maka titah baginda menyuruh ambilkan suatu terenang emas. Maka dibawa

    oleh dayang-dayang dipersembahkan kepada baginda. Maka titah baginda, "inilah air, Ahlil

    Nujum."

    Maka sembah Pak Belalang, "Kemudian dilepaskan seekor; mana-mana yang dahulu

    menyelam, itulah betina dan yang kemudian menyelam itulah jantannya. "Maka titah

    baginda, "Lepaskanlah."

    Sembah Pak Belalang, "Silakanlah tuanku melepaskannya. "Titah baginda. "Beta tiada

    tahu." Maka Pak Belalang pun bangun seraya menyembah melepaskan anak itik itu. Maka

    apabila dilepaskannya seekor di dalam terenang, maka anak itik itu pun lalu menyelam.

    Maka sembah Pak Belalang, "Itulah betina, tuanku. "Kemudian dilepaskan pula seekor lagi,

    lambat menyelam.

    Titah baginda, "Lambat pula menyelam itu." Sembah Pak Belalang, "yang lambat

    menyelam itu jantan, tuanku."

    Maka baginda pun memandang kepada juragan kapal itu. Titah baginda, "Apakah benar

    juragan, betulkah seperti kata Ahlil Nujum beta itu?" Maka jawab juragan itu seraya

    menyembah, "Benarlah tuanku seperti kata Ahlil Nujum ini. Di manakah hendak patik

    simpangkan perkataan yang sebenar ini?"

    ( Dipetik daripada Prosa Tradisional Pak Belalang, Antologi Tingkatan 3 ,Anak Bumi Tercinta)

  • 8/9/2019 BM 1 percubaan PMR 2010

    10/13

    31. Mengapakah baginda memanggil Ahlil Nujum ke istana?

    A Baginda telah menyanggupi untuk bertaruh dengan juragan kapal.

    B Baginda ingin mendapatkan pandangan Pak Belalang tentang cara

    menentukan jantina anak itik.C Baginda ingin mengetahui jawapan tentang cara menentukan jantina anak

    itik.

    D Baginda mahu Pak Belalang mencari jawapan untuk baginda.

    Di manakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini?"

    32. Ungkapan di atas menggambarkan juragan seorang yang

    A tidak berpura-pura.B tidak bercakap bohong.

    C tidak membohongi raja.

    D tidak mahu menyembunyikan jawapan.

    33. Berikut merupakan nilai-nilai yang terkandung dalam petikan, kecuali

    A bercakap benar

    B bijaksana

    C taat setia

    D jujur

    34. Pilih urutan peristiwa berikut dengan tepat berdasarkan susunan peristiwa

    dalam cerita Pak Belalang.

    A Juragan menghadap raja persetujuan dicapai nyatakan pertaruhan

    rahsia bocor.

    B Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan rahsia bocor

    persetujuan dicapai.

    C Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan persetujuan dicapairahsia bocor.

    D Persetujuan dicapai juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan

    rahsia bocor.

    35. Bagaimanakah kesudahan cerita ini?

    A Juragan terpaksa menyerahkan kapal dan segala muatannya.

    B Pak Belalang dapat menjawab soalan yang dikemukakan.

    C Juragan menyesal kerana bertaruh dengan raja.

    D Juragan dihantar pulang berserta dengan bekalan makanan ke negerinya.

  • 8/9/2019 BM 1 percubaan PMR 2010

    11/13

  • 8/9/2019 BM 1 percubaan PMR 2010

    12/13

    37. Mengapakah tuan berbuat demikian?

    A Tuan tidak lagi suka akan penyair.

    B Tuan mengalami gangguan kesihatan.

    C Tuan lupa akan janjinya kepada penyair.

    D Tuan tidak sanggup menghadapi cabaran.

    38. Perasaan penyair yang tergambar dalam keseluruhan syair adalah

    A resah.

    B sedih.

    C bosan.

    D kecewa.

    39. Gaya bahasa baris 4 rangkap ke-3 syair di atas ialah

    A personifikasi.

    B hiperbola.C metafora.

    D simile.

    40. Berdasarkan petikan syair di atas , apakah sikap penyair yang wajar

    diteladani?

    A terus terang

    B ambil berat

    C tolak ansur

    D baik hati

    Rupanya tuan meluahkan ludah

    Biarlah tulang tercampak ke kota

  • 8/9/2019 BM 1 percubaan PMR 2010

    13/13