blog kemahiran hidup bersepadu : nota khb...

Download BLOG KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU : NOTA KHB …norliayanazamat.blogspot.com/2012/06/nota-khb-tingkatan...2017-07-29–Litar siri adalah susunan komponen yang membolehkan arus elektrik

If you can't read please download the document

Upload: duongtuong

Post on 13-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

BLOG KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU : NOTA KHB TINGKATAN 1- TEKNIKAL(PILIHAN 1)

BLOG KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Blog ini adalah perkongsian maklumat untuk tatapan para pelajar saya, rakan-rakan sejawat dan kepada semua yang ingin berkongsi maklumat serta teknik P & P dalam mata pelajaran KHB..........

Sabtu, 16 Jun 2012

NOTA KHB TINGKATAN 1- TEKNIKAL(PILIHAN 1)

PILIHAN 1 : KEMAHIRAN TEKNIKALBAB 1 : ELEKTRIK

1.1 JENIS LITAR ELEKTRIK

1.1.1 Pemasangan Litar Siri

Litar siri adalah susunan komponen yang membolehkan arus elektrik mengalir satu arah sahaja.

Jika ada litar yang terbuka, litar tidak berfungsi

1.1.2 Mengukur Voltan dan Arus Dalam Litar Siri

Nilai voltan susut bagi setiap beban elektrik

Formula mendapatkan jumlah voltan ialah :

Memasang dan Membaca Voltmeter

- Voltan disukat menggunakan voltmeter

- Ada 2 jenis voltmeter :

i. Voltmeter arus terus (DC)

ii. Voltmeter arus ulang alik (AC)

-Contoh pengiraan :

Memasang dan Membaca Ammeter

-Arus dalam litar siri adalah sama

-Formula mengira jumlah arus dalam litar siri ialah

-Ammeter digunakan untuk mengukur arus elektrik

-Didapati dalam julat 0 500mA, 0 1A dan 0 -10A

-Pilih ammeter yang bersesuaian untuk ukur arus ulang alik dan arus terus

1.1.3 Mengira Jumlah Rintangan Dalam Litar Siri

-Formula mengira jumlah rintangan ialah :

Rj = R1 + R2 + R3

-Contoh pengiraan :

-Jika 3 perintang iaitu R1, R2 dan R3 disambung secara siri seperti dalam rajah di bawah. Berapakah jumlah rintangan litar ini?

Rj = R1 + R2 + R3

Rj = 10 ohm + 30 ohm + 50 ohm

Rj = 90 ohm

1.1.4 Pemasangan Litar Selari

- Litar selari adalah litar yg membenarkan arus elektrik mengalir lebih daripada satu laluan.

- jika ada mana-mana wayar yang terputus pada satu laluan, arus elektrik masih dapat mengalir melalui laluan lain.

1.1.5 Mengukur Voltan dan Arus Dalam Litar Selari

-Nilai voltan dalam setiap beban elektrik adalah sama. Jumlah voltan dalam litar selari boleh dikira seperti formula berikut :

-Nilai arus dalam litar selari adalah tidak sama

-Setiap laluan arus bergantung kepada nilai rintangan yang mungkin berbeza.

-Formula untuk mengira arus litar selari adalah

Ij = I1 + I2 + I3

1.1.6 MENGIRA JUMLAH RINTANGAN DALAM LITAR SELARI

- Jumlah rintangan dalam litar selari akan berkurangan kerana terdapat banyak laluan arus.

-Lagi banyak laluan arus, lagi kurang jumlah rintangan dalam litar.

-Formula untuk kira jumlah rintangan adalah :

1

Contoh Pengiraan Jumlah Rintangan Dalam Litar Selari

Dalam Rajah sebelah, perintang R1, R2 dan R3 disambungkan secara selari. Berapakah jumlah rintangan dalam litar tersebut?

1

1.1.7 MEMBANDING BEZA LITAR SIRI DENGAN LITAR SELARI

1.2 Penggunaan Meter Pelbagai

Meter pelbagai digunakan untuk menguji litar elektrik atau elektronik.

Meter ini adalah gabungan volmeter, ammeter dan ohmmeter

Ada 2 jenis meter pelbagai iaitu jenis analog dan digital

1.2.1 Bahagian Utama Meter Pelbagai

Skala digunakan untuk menentukan bacaan bagi setiap penggunaan meter ini.

Jarum Penunjuk menunjukkan bacaan pada skala

Skru Pelaras Sifar untuk melaraskan penunjuk meter pada bacaan sifar.

Pelaras sifar ohm untuk melaraskan penunjuk meter kepada bacaan sifar semasa uji rintangan

Prob Negatif dan Prob Positif digunakan untuk menguji komponen elektrik. Prob negatif hitam dan prob positif warna merah

Tombol pemilih Julat untuk memilih julat meter seperti julat voltan arus terus, arus ulang alik dan julat rintangan

Julat kadar sukatan yang hendak diukur

1.3 Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik

Komponen dalam unit kawalan utama terdiri daripada :

Fius Perkhidmatan dihubungkan kepada wayar hidup dan berfungsi mengawal bekalan jika arus elektrik berlebihan.

Meter Kilowatt-Jam (kWj) berfungsi menyukat dan merekod jumlah tenaga elektrik yang telah digunakan. Milik TNB.

Suis Utama fungsinya untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik ke seluruh rumah. Ia juga mengawal arus elektrik yang berlebihan.

Pemutus Litar Bocor Bumi, Pemutus Litar Arus Baki, Pemutus Litar Miniatur semua ini adalah alat-alat keselamatan untuk memberi perlindungan kepada perkakas elektrik dan pengguna. Alat ini memutuskan bekalan elektrik secara automatik jika berlaku kebocoran elektrik/litar pintas.

Kotak Agihan Berfius berfungsi sebagai pengagih litar dan mengawal bekalan arus berlebihan. Kotak ini mengandungi fius yang berfungsi memutuskan litar elektrik jika arus berlebihan.

Apabila arus berlebihan mengalir melalui fius, wayar fius akan melebur

g. Berikut adalah jenis-jenis fius dan kadar kawalannya

1.4 Kuasa Elektrik

1.4.1 Maksud Kuasa Elektrik kuasa adalah kadar kerja yang dihasilkan oleh arus elektrik. Kerja yang dihasilkan adalah dalam bentuk cahaya, haba, bunyi dan gerakan. Kuasa diukur dalam unit watt (W)

1.4.2 Mengira Kuasa Elektrik

- Kuasa yang digunakan bergantung pada nilai voltan dan arus. Formula mengira kuasa adalah : P = V + I

Iaitu : P = kuasa

V = voltan

I = arus

Kuasa Peralatan Elektrik

- Setiap alat elektrik dilabel dengan plat perincian. Plat ini menunjukkan kadar kuasa alat elektrik tersebut

-Contoh pengiraan :

-Berapakah kuasa yang digunakan dalam litar yang berikut ?

Sebuah radio berlabel 100 W/240 V. Berapakah nilai arus elektrik yang digunakan?

Kuasa = Voltan x arus

Arus = Kuasa

Voltan

I = P

V

= 100 W

240 Volt

= 0.42 A

BAB 2 : ASAS ELEKTROMEKANIKAL

2.1 Pengenalan Pergerakan Mekanikal

Pergerakan mekanikal ialah sistem yang membolehkan barang berfungsi, bergerak atau berputar

Pergerakan dihasilkan secara manual(mesin pengisar air batu), enjin(mesin pemotong rumput, mesin pembancuh simen) atau motor elektrik(mesin gerudi, mesin basuh)

2.1.2 Jenis Pergerakan Mekanikal

Pergerakan mekanikal ada 2 jenis :

Gerakan lurus

Gerakan putaran

Gerakan Lurus

-Sistem sesuatu objek yang bergerak dalam satu garisan lurus.

-Arah pergerakan tak berubah, perubahan hanya berlaku pada arah halaju sahaja.

-Pergerakan mekanikal digunakan untuk memindahkan input, melalui proses untuk hasilkan pergerakan lain iaitu output.

B. Gerakan Putaran

-Terjadi apabila sistem sesuatu objek berpusing.

-Contohnya : mesin gerudi, mesin jahit.

2.1.3 Takal Dan Tali Sawat

Takal dan Tali Sawat digunakan dalam mesin jahit, mesin gerudi, mesin gergaji meja.

Tali sawat menghubungkan takal pemacu dengan takal dipacu.

Takal berfungsi untuk memindahkan gerakan atau kuasa.

Contoh penggunaan takal : kren, mesin basuh, lif.

Cara menambah atau mengurangkan kelajuan sistem takal dan tali sawat :

-Bagi mendapatkan kelajuan rendah, guna takal bersaiz besar

-Bagi mendapatkan kelajuan tinggi, guna takal bersaiz kecil

2.1.4 GEAR

-Gear berfungsi sebagai

a. penghantar kuasa atau penggerak mesin menerusi Aci yang memegang gear ini.

b. Penghubung bahagian yang berputar

c. Penukar kelajuan mesin

-Jenis-jenis Gear :

1. Gear Taji

- untuk memindahkan tenaga antara aci yang selari (kit robot, kereta mainan)

2. Gear Serong

- untuk memindah tenaga daripada satu aci kepada aci lain yang bersudut.(mesin gerudi tangan)

3. Gear Belitan

- digunakan untuk mengurangkan kelajuan dan memindah tenaga putaran aci pada sudut bersilang.(gear pada jaring tenis,sepana boleh laras.)

4. Gear Rak dan Pinan

- digunakan untuk memindahkan gerakan putaran kepada gerakan lurus atau sebaliknya.

- contoh : stereng kereta, gerudi meja, pintu pagar bermotor.

5. Gear Heliks

- untuk sistem gear kereta

- berbentuk heliks dan mempunyai sistem kelajuan tinggi.

2.2 Pengenalan Pergerakan Elektromekanikal

Elektromekanikal ialah satu sistem yang menggunakan tenaga elektrik dan komponen elektronik yang kompleks.

Contoh peralatan : kamera, pemacu cakera, mesin layan diri.

Peralatan elektromekanikal menggunakan sistem pemprosesan berikut :

Perbezaan Antara Sistem Mekanikal dan Sistem Elektromekanikal

Sistem Mekanikal

Menggunakan tenaga manual/enjin/tangan

Binaannya mudah

Tidak mempunyai komponen elektronik

Sistem Elektromekanikal

Menggunakan tenaga elektrik atau bateri

Binaannya kompleks dan sukar dicipta

Mempunyai komponen elektrik

Posted by

Unknown

at

10:46 PTG

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Catatan Terbaru

Catatan Lama

Laman utama

Langgan:Catat Ulasan (Atom)

Arkib Blog

2009

(1)

Januari

(1)

2012

(10)

Jun

(5)SISTEM KENAIKAN PANGKATLALUAN KERJAYA PPPLD DAN PPPS DI KPMNOTA TERAS KHBNOTA KHB TINGKATAN 1- TEKNIKAL(PILIHAN 1)SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Julai

(5)

2014

(2)

Februari

(2)

Jumlah Paparan Halaman

Halaman

Laman utama

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KHB

LATIHAN PENGUKUHAN - RBT

PENGUNJUNG BLOG

Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.