bismillahhirahman nirahim

13
BISMILLAHHIRAHMAN NIRAHIM Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada hadirin hadirat yang saya kasihi sekalian. Selawat dan salam keatas junjungan nabi, sahabat….. Yang dihormati Yang Di Pertua PIBG Sekolah Menengah Rajawali, Yang dihormati Tuan Pengetua Sekolah Menengah Rajawali, Yang dikasihi cikgu-cikgu , ibu-ibu, bapa-bapa pelajar serta pelajar sekalian. Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana telah menjemput saya untuk memberi ceramah pada hari ini. Walau ilmu tidak seberapa berbanding dengan hadirin hadirat sekalian, namun setelah dipertanggungjawabkan saya cuba sampaikan untuk kebaikan bersama. Insya Allah Andai Patah Sayap Sang Raja Wali, Bertongkat Jua Saya Kemari, Bukan Kerana Ingin Mencari Populariti, Tetapi untuk membawa ibu-ibu, bapa-bapa, cikgu-cikgu serta para hadirin sekalian semua memahami, mendalami dan menyelami moduk bicara yang berbunyi “Ke Arah Membina Keluarga Cemerlang” yang mana mampu melahirkan modal insan berkualiti. Apa Khabar Warga Dewan Sekalian????

Upload: harry

Post on 14-Feb-2016

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

membina keluarga bahgia

TRANSCRIPT

Page 1: BISMILLAHHIRAHMAN NIRAHIM

BISMILLAHHIRAHMAN NIRAHIM

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada hadirin hadirat yang

saya kasihi sekalian.

Selawat dan salam keatas junjungan nabi, sahabat…..

Yang dihormati Yang Di Pertua PIBG Sekolah Menengah Rajawali, Yang dihormati Tuan

Pengetua Sekolah Menengah Rajawali, Yang dikasihi cikgu-cikgu , ibu-ibu, bapa-bapa

pelajar serta pelajar sekalian. Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah

kerana telah menjemput saya untuk memberi ceramah pada hari ini. Walau ilmu tidak

seberapa berbanding dengan hadirin hadirat sekalian, namun setelah dipertanggungjawabkan

saya cuba sampaikan untuk kebaikan bersama. Insya Allah

Andai Patah Sayap Sang Raja Wali,

Bertongkat Jua Saya Kemari,

Bukan Kerana Ingin Mencari Populariti,

Tetapi untuk membawa ibu-ibu, bapa-bapa, cikgu-cikgu serta para hadirin sekalian semua

memahami, mendalami dan menyelami moduk bicara yang berbunyi “Ke Arah Membina

Keluarga Cemerlang” yang mana mampu melahirkan modal insan berkualiti.

Apa Khabar Warga Dewan Sekalian????

Saya mulakan sesi ceramah pagi ini mengenai kehidupan berkeluarga/berumahtangga.

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,

Di dalam meniti kehidupan di dunia ini manusia dan segala ciptaan alam ini dijadikan

berpasangan bagi memenuhi tuntutan fitrah semulajadi yang telah diatur oleh Maha Pencipta.

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan darinya pasangan (isterinya Hawa) dan

Page 2: BISMILLAHHIRAHMAN NIRAHIM

yang membiakkan darinya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai” (Surah an-Nisa 4:1).

Merujuk Kamus Dewan Keempat perkataan KELUARGA membawa maksud seisi

rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri serta anak-anak. Manakala

CEMERLANG pula bermaksud gilang-gemilang atau dengan kata lain berjaya. Islam pula

adalah agama yang selamat dan secara keseluruhan maksudnya ialah pembinaan sebuah

kehidupan yang cemerlang dan bahagia berlandaskan tuntutan agama yang benar. Sebut saja

keluarga yang cemerlang sudah jelas terbayang dalam kotak pemikiran kita bahawa

kehidupan satu keluarga yang bebas daripada gejala sosial, mengamalkan corak hidup yang

berlandaskan disiplin tetapi wujud di dalamnya sifat kasih sayang yang amat tinggi dan saling

menghormati.

Namun dalam kebanyakkan budaya termasuk di kalangan masyarakat Melayu, tempat

tinggal yang sama tidak dipentingkan, malah terpisah-pisah antara satu anggota dengan

anggota yang lain terutama selepas sebahagian dari mereka berkahwin. Dalam struktur

keluarga kabilah Arab sebelum Islam, anggota keluarga memang bukan sekadar orang

sedarah atau mempunyai hubungan rahim (silaturahim). Prinsip seumpama ini sangat

berbeza dengan ajaran Islam. kerana Islam menetapkan bahawa keluarga hanya terbentuk

sama ada melalui darah keturunan atau perkahwinan.

            Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan menjaga isteri-isteri kamu. Bahawa sesungguhnya kamu ambil mereka itu dengan amanah Allah dan telah dihalalkan kepada kamu kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Inilah wasiat Rasulullah s.a.w

untuk setiap bakal suami mengenai hak-hak isteri mereka terhadap mereka. Setelah seseorang

itu mengambil seorang wanita sebagai isterinya melalui ikatan perkahwinan yang sah, maka

ia dapatlah diertikan bahawa beliau telah memikul satu amanah dari Allah diatas bahunya.

Hak dan tanggungjawab si bapa gadis itu telah berpindah kepadanya. Begitu juga beban dosa

yang harus dipikul oleh ibu bapanya, kini harus dipikul oleh suaminya pula (Muhammad

Abdul Lathief: 15).

            Sesebuah perkahwinan dalam Islam itu menekankan peri pentingnya persefahaman,

kasih sayang, saling kenal mengenal dan menghormati antara satu sama lain, agar sebuah

rumah tangga itu berkekalan dan terpelihara hingga ke akhir hayat, secara tidak langsung

Page 3: BISMILLAHHIRAHMAN NIRAHIM

menjadi tauladan pada anak-anak agar memiliki akhlak yang terpuji (kata-kata Hj Mohd

Jiffry Hj Al-Akram: 41).

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang di antara ahlinya

Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak

terucapkan

Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta insan

lain yang memerlukan

Ayat-ayat di atas memaparkan signifikannya keluarga dalam kehidupan seseorang.

Keluarga merupakan satu institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. “Baiti

Jannati” atau “Rumahku Syurgaku” merupakan pepatah Arab yang sudah tidak asing lagi

dalam kehidupan seharian kita. Rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan

dalam kehidupan seseorang. Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga

yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri

dan sebagainya. Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Allahyarham seniman agung

tanah air, Tan Sri P.Ramlee pernah mengatakan bahawa sedangkan lidah lagi tergigit inikan

pula suami isteri. Kehidupan berkeluarga tidak lari daripada pergolakan dan perselisihan.

Senario ini terbukti apabila Mahkamah Syariah Kuala Lumpur melaporkan setiap 15 minit

satu kes perceraian dilaporkan berlaku. Statistik ini menunjukkan betapa rapuhnya institusi

kekeluargaan di negara kita pada hari ini sedangkan sebahagian daripada kesempurnaan

kebahagiaan di dunia adalah dengan memiliki keluarga yang bahagia. Menurut mantan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato` Seri Shahrizat Abdul Jalil,

keluarga bahagia merupakan asas kepada pembentukan masyarakat penyayang. Sebagai

nakhoda dalam melayari bahtera perkahwinan, ibu bapa memikul obligasi yang berat untuk

memastikan mahligai yang bina berada dalam kebahagiaan. Persoalannya, apakah peranan

yang wajar dimainkan oleh ibu bapa untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan

seperti yang diimpikan oleh semua pihak?

Page 4: BISMILLAHHIRAHMAN NIRAHIM

Peranan ibu bapa yang dominan ialah ibu bapa perlulah menjadi suri teladan

kepada anak-anak. Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat

penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa

menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak. Sebagai contoh, seorang

bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu

dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Kata orang, “ Yang tua

dihormati, yang muda disayangi, barulah keluarga harmoni.” Apabila anak-anak melihat

keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu

apabila berinteraksi sesama mereka kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika contoh

yang murni diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak seperti sayang-menyayangi,

toleransi serta prihatin akan membantu perkembangan jiwa anak-anak dan juga akan

mengeratkan hubungan dalam kalangan anak. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi syurga

kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah dapat dinikmati, maka anak-anak akan

berusaha untuk membahagiakan ahli keluarganya dengan memelihara maruah ahli keluarga

walau di mana sekalipun mereka berada kerana benih yang baik dicampak ke laut menjadi

pulau. Tegasnya, tingkah laku yang baik yang dipaparkan oleh ibu bapa kepada anak-anak

bakal dapat mewujudkan keluarga yang bahagia kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak

ke nasi.

Selain itu, ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan

keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam

memastikan kebahagiaan keluarga mereka. Pengetahuan keibubapaan ini penting dapat

dijadikan panduan kepada ibu bapa atau pasangan yang ingin mendirikan mahligai.

Hadirin yang saya muliakan,

Disini saya jelaskan dan kongsikan tentang tanggungjawab Ibu Bapa yang benar-benar perlu

dititikberatkan terhadap anak-anaknya dalam proses membentuk dan membina keluarga yang

cemerlang….

1. Gunakan Perkataan Yang Lembut

Berkomunikasilah dengan anak-anak dengan menggunakan perkataan yang lemah lembut.

Ibulah  orang yang paling banyak berkomunikasi dengan anak-anaknya dan jangan sekali-kali

Page 5: BISMILLAHHIRAHMAN NIRAHIM

mengeluarkan kata-kata kesat, kotor dan menyumpah kerana kata-kata ibu adalah doa untuk

anaknya (Muhammad Abdul Lathief : 37).

2. Semaikan Cinta Kepada Agama Dalam Jiwa Kanak-Kanak

Didiklah dengan didikan agama agar menjadi hamba Allah yang bertakwa dan umat Nabi

Muhammad s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w  “Berkahwinlah kamu dan lahirkan anak yang

ramai, sesungguhnya aku akan bermegah dengan umatku yang ramai.”

3. Didik Anak Menjadi Anak Yang Soleh

Sabda Rasulullah s.a.w : “Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya ilmu yang

bermanafaat”.Suami dan isteri hendaklah berkelakuan baik sebagai model kepada anak-

anaknya. Suami hendaklah menunaikan solat berjemaah di masjid, agar keberkatan yang

dibawa apabila dia pulang dari masjid. Latihlah diri dan isteri bangun awal untuk menunaikan

solat Subuh.  Kejutlah anak-anak awal pagi untuk bersama menunaikan solat dan persiapan

ke sekolah agar tidak kelam kabut ditinggal bas sekolah (Muhammad Abdul Lathief : 38).

4. Memberikan Pendidikan Yang Komprehensif

Selain aspek aqidah dan keimanan, menjadi tanggungjawab ibu bapa Muslim menghantar

anak-anak ke sekolah atau mengajarnya secara tidak langsung untuk mempelajari enam lagi

aspek-aspek pendidikan (Harlina Halizah Hj Siraj: 2007: 72) iaitu aspek moral, fizikal,

intelektual (kognitif), psikologikal, sosial dan seksual. Sekiranya semua ibu bapa mampu

memberikan penekanan kepada semua aspek tersebut, akan lahirlah keluarga bahagia yang

terdiri daripada kalangan anak-anak pewaris generasi akan datang yang seimbang dan penuh

dengan potensi yang akan melonjakkan diri mereka ke peringkat kejayaan yang jauh lebih

baik dari kedua ibu bapa mereka sendiri.

5. Mengawal Kelakuan Anak-Anak Dan Perihatin Terhadap Kegiatan Mereka

Page 6: BISMILLAHHIRAHMAN NIRAHIM

Kelakuan anak-anak hendaklah diawasi selalu agar apabila ada sesuatu kekusutan dapat

dihuraikan sebelum terjerumus ke lembah kehinaan. Pastikan solat fardu dan puasa berjalan

dengan baik (Muhammad Abdul Lathief : 39).

6. Mengasingkan Tempat Tidur Anak-Anak

Tempat tidur anak-anak hendaklah diasingkan daripada ibu bapanya apabila usianya

meningkat tujuh tahun. Aurat ibu bapa hendaklah dilindungi daripada pandangan anak-anak

samada ketika sedar ataupun tidur (Muhammad Abdul Lathief : 41). Baginda s.a.w ada

bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu pisahkan tempat tidur anak-anakmu apabila

menjangkau usia tujuh tahu.”  

7. Memberikan Nama Yang Baik Kepada Anak-Anak

Suami dan isteri hendaklah memberi nama yang baik kepada anak mereka mengikut sunnah

Rasulullah s.a.w. Anak-anak lelaki berilah nama Muhammad pada awalnya atau pilihlah

nama-nama sahabat, ulama-ulama dan perkataan bahasa arab yang memberi erti baik. Begitu

juga dengan anak-anak perempuan pilihlah perkataan yang memberi erti yang baik. Jangan

memberi nama anak-anak hasil dari campuran nama suami dan isteri serta memberi erti yang

tidak baik.

8. Memastikan Nafkah Halal Untuk Anak-Anak

Suami yang mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak hendaklah memastikan rezeki itu

didapati secara halal. Sumber makanan yang masuk dalam perut isteri dan anak-anak dari

sumber yang haram akan menjadi darah daging yang digemari oleh api neraka (Muhammad

Abdul Lathief : 42).

9. Mengamalkan Gaya Keibubapaan Yang Berkesan Dan Komunikasi Berterusan

Kekuatan keluarga bahagia lahir dari gaya keibu bapaan yang lebih sesuai dengan pendekatan

Islam dan dirasakan mampu memberikan kesan positif  di mana kekuatannya terletak kepada

Page 7: BISMILLAHHIRAHMAN NIRAHIM

sistem komunikasi dua hala yang menyuburkan amalan syura dan musyawarah yang meluas

di antara anak-anak dengan ibu bapa. Kaedah dan gaya ini mampu memupuk sifat keyakinan

diri yang tinggi disamping suasana kasih sayang yang diwarnai dengan kemesraan dan rasa

hormat-menghormati. Ibu bapa yang bersikap terbuka dalam menerima teguran anak-anak

akan mendapat kepercayaan dan penghormatan anak-anak. Dalam masa yang sama, ibu bapa

tidak boleh bertolak ansur dalam aspek aqidah dan tauhid, dalam melaksanakan amalan

fardhu serta menjauhi perkara-perkara mungkar dan keji (kata-kata Harlina Harlizah Hj.

Siraj: 2007: 75 - 76).

Sidang hadirin yang disajungi,

Wacana bicara saya yang seterusnya adalah tentang peri pentingnya penggunaan masa dalam

melayari sesebuah rumahtangga. Dalam zaman sains dan teknologi ini, kebanyakan ibu bapa

berlumba-lumba untuk mengejar kekayaan sehingga mereka alpa akan tanggungjawab

memberi masa berkualiti untuk bersama anak-anak. Kebanyakan masa anak-anak dihabiskan

di rumah pengasuh atau di sekolah. Ibu bapa pula sibuk dengan urusan keduniaan sehingga

anak-anak sukar untuk bersua muka. Ada anak-anak yang lebih rapat dengan orang gaji

berbanding ibu bapa sendiri. Hal ini demikian menjejaskan usaha untuk mewujudkan sebuah

keluarga bahagia. Sebagai ibu bapa, mereka sepetutnya berusaha untuk menyediakan

seberapa banyak masa untuk bersama anak-anak. Paling tidak, pada waktu makan. Pada masa

ini, ibu bapa berpeluang mendengar masalah yang diluahkan oleh anak-anak mereka. Masa

ini juga amat sesuai kepada ibu bapa untuk memberi nasihat dan pandangan kepada anak-

anak. Komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak-anak ini secara tidak langsung boleh

membuahkan bibit-bibit kebahagiaan dalam rumahtangga. Adalah lebih baik lagi sekiranya

seorang ayah dapat memyediakan masa untuk mengimamkan sembahyang fardu Maghrib dan

Isyak seperti saya katakan sebelum ini. Mereka juga boleh membaca surah yasin atau

bertahlil bersama-sama. Pada hujung minggu atau musim cuti sekolah, ibu bapa boleh

membawa anak-anak pergi berkelah atau melancong. Aktiviti ini boleh merapatkan lagi

hubungan kekeluargaan. Kasih sayang anak-anak tehadap ibu bapa juga semakin menebal.

Oleh yang demikian, mau kata apa lagi? Jelaslah bahawa kerukunan rumahtangga yang

wujud dalam sesebuah mahligai yang dibina atas dasar kasih sayang akan membenihkan

modal insan yang berkualiti.

Page 8: BISMILLAHHIRAHMAN NIRAHIM

Apabila kita hidup dalam syurga kehidupan berumahtangga, maka akan lahirlah

generasi-generasi yang mempunyai modal insan yang berkualiti. Dalam sebuah keluarga asas,

bapa merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab membawa sebuah keluarga sama ada

ke syurga atau ke neraka. Peranan seorang bapa dalam keluarga ibarat kepala kereta api yang

memacu gerabak-gerabaknya melalui landasan yang betul untuk selamat sampai ke setiap

hentian. Sekiranya kepala kereta api itu tersungkur ke dalam gaung, maka gerabak-

gerabaknya akan turut menjunam ke dalam gaung. Begitulah lebih kurangnya bayangan yang

boleh digambarkan betapa ketua keluarga inilah yang bertanggungjawab mencorakkan

sesebuah keluarga. Bapa perlu menjadi imam kepada isteri dan anak-anak. Bapa wajib

menjadi seorang suami yang boleh membimbing isteri seterusnya membentuk kepribadian

dalam diri anak-anak melalui tauladan yang ditunjukkan. Bapa tidak boleh mengajar anaknya

seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Menurut kata pakar motivasi iaitu Dato Haji

Fadzillah Kamsah, bapa merupakan cerminan anak-anak, setiap perlakuan seorang bapa, akan

menjadi idola dan ikutan kepada anak-anak Maknanya, untuk membentuk keluarga yang

bahagia, seorang ketua keluarga itu mesti berperanan membentuk keluarga mereka itu ke arah

yang boleh melahirkan generasi yang cemerlang dan terbilang. Dengan cara bagaimana

sidang hadirin? Dengan cara tunjukkan sifat kepribadian yang tinggi melalui Agama yang

diletakkan paling dominan dalam mendidik isteri dan anak-anak. Apabila agama yang

menjadi tonggak dalam kehidupan berkeluarga maka akan lahirlah rumahtangga yang

bahagia. Rumah tangga yang didirikan berpaksi kepada sifat mahmudah iaitu saling

menyayangi dan saling menghormati.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Konklusinya, dapatlah dirumus bahawa, keluarga cemerlang adalah asas kepada

wujudnya generasi yang cemerlang dan terbilang. Sesebuah rumahtangga yang kita biasa

dengar Baiti Jannati atau rumahku syurgaku akan wujud dengan lahirnya keluarga yang

bahagia. Seorang pemimpin yang hebat akan lahir dalam keluarga yang mengamalkan

disiplin berlandaskan ciri-ciri keagamaan sebagai teras kemakmuran dalam sesebuah

rumahtangga yang dibina. Seorang ketua keluarga yang bijak dan bertanggungjawab mampu

melahirkan masyarakat yang bebas daripada kecelaruan. Mungkin tidak ada lagi kedengaran

remaja lari dari rumah kerana berasa tertekan berada di rumah.

Page 9: BISMILLAHHIRAHMAN NIRAHIM

Saya akhiri ceramah saya juga dengan serangkap pantun yang berbunyi;

Pusaka bonda itulah harta,

Menjadi warisan setiap generasi;

Keluarga cemerlang dan bahagia idaman kita,

Modal insan berkualiti mampu direalisasi.

Sekian terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera…..