biografi tokoh sabah yang terlibat dalam pembentukan malaysia

9
BAHAGIAN DUA :- BIOGRAFI TOKOH SABAH YANG TERLIBAT DALAM PEMBENTUKAN MALAYSIA Malaysia telah ditubuhkan pada 16 September 1963 dengan gabungan antara Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Pembentukan sebuah negara yang berdaulat seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana pelbagai halangan seperti penentangan daripada penduduk tempatan dan juga pihak luar perlu diatasi terlebih dahulu selain hak-hak yang dituntut oleh setiap kaum atau masyarakat yang terdapat di dalam Persekutuan Malaysia ini juga perlu dititikberatkan. Pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu yang berjaya merealisasikan penubuhan Malaysia sehingga banyak kemajuan yang telah dicapai negara sekarang sewajarnya kita hargai dan kenangi. Pada kali ini, saya tertarik untuk menulis satu biografi tentang salah seorang nama besar yang terlibat secara langsung dalam usaha penubuhan Malaysia iaitu Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun. Individu istimewa ini dianggap sebagai ‘Bapa Kemerdekaan Sabah’ dan dikenali sebagai pemimpin yang berkarisma, tegas serta berani semasa era perjuangannya. Beliau ialah Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun yang juga merupakan Tuan Yang Di Pertua Sabah pertama dan pengasas serta presiden bagi United Sabah National Organization (USNO) pada tahun 1961. Nama asal beliau ialah Datu Badiozaman tetapi terpaksa ditukar kerana sering sakit semasa kecil. Seperti individu lain, beliau juga mempunyai nama timangan iaitu Jaman. Beliau dilahirkan pada tanggal 31 Julai 1918, di Kampung Limau – Limauan, Kudat yang terletak di utara Sabah. Bapa beliau bernama Datu Harun bin Datu Nasaruddin yang juga pernah bekerja di Chartered Company of North Borneo manakala ibunya pula bernama Norani Haji Abdul Rahim. Sedikit maklumat tambahan mengenai Tun Datu Mustapha ialah, darah ketokohan yang mengalir dalam dirinya berkemungkinan juga datang dari datuk sebelah ibunya iaitu Haji Abul Rahim

Upload: raja-yong-raja

Post on 22-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Biografi Tokoh Sabah Yang Terlibat Dalam Pembentukan Malaysia

BAHAGIAN DUA :- BIOGRAFI TOKOH SABAH YANG TERLIBAT DALAM PEMBENTUKAN

MALAYSIA

Malaysia telah ditubuhkan pada 16 September 1963 dengan gabungan antara Tanah

Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Pembentukan sebuah negara yang berdaulat

seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana pelbagai halangan seperti penentangan

daripada penduduk tempatan dan juga pihak luar perlu diatasi terlebih dahulu selain hak-hak

yang dituntut oleh setiap kaum atau masyarakat yang terdapat di dalam Persekutuan

Malaysia ini juga perlu dititikberatkan. Pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu yang berjaya

merealisasikan penubuhan Malaysia sehingga banyak kemajuan yang telah dicapai negara

sekarang sewajarnya kita hargai dan kenangi. Pada kali ini, saya tertarik untuk menulis satu

biografi tentang salah seorang nama besar yang terlibat secara langsung dalam usaha

penubuhan Malaysia iaitu Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun.

Individu istimewa ini dianggap sebagai ‘Bapa Kemerdekaan Sabah’ dan dikenali

sebagai pemimpin yang berkarisma, tegas serta berani semasa era perjuangannya. Beliau

ialah Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun yang juga merupakan Tuan Yang Di Pertua

Sabah pertama dan pengasas serta presiden bagi United Sabah National Organization

(USNO) pada tahun 1961. Nama asal beliau ialah Datu Badiozaman tetapi terpaksa ditukar

kerana sering sakit semasa kecil. Seperti individu lain, beliau juga mempunyai nama

timangan iaitu Jaman. Beliau dilahirkan pada tanggal 31 Julai 1918, di Kampung Limau –

Limauan, Kudat yang terletak di utara Sabah. Bapa beliau bernama Datu Harun bin Datu

Nasaruddin yang juga pernah bekerja di Chartered Company of North Borneo manakala

ibunya pula bernama Norani Haji Abdul Rahim. Sedikit maklumat tambahan mengenai Tun

Datu Mustapha ialah, darah ketokohan yang mengalir dalam dirinya berkemungkinan juga

datang dari datuk sebelah ibunya iaitu Haji Abul Rahim (Maharaja Panglima Untung) yang

merupakan pemerintah di kawasan Teluk Marudu selepas era Shariff Usman. Tun Datu

Mustapha mempunyai sembilan adik-beradik yang terdiri daripada enam orang perempuan

serta tiga orang lelaki dan beliau merupakan anak yang keempat. Adik-beradiknya bernama

Dayang Lana, Dayang Hajah Bidari, Dayang Siti Sarah (Dayang Pindau), Dayang Hajah

Harum, Datu Muhammad, Dayang Tahiran, Datu Haji Aliudin dan Dayang Hajah Hadijah.

Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Rahmah Haji Zulkarnain dan yang

menariknya mereka juga mempunyai sembilan orang cahaya mata sama dengan bilangan

adik-beradik Tun sendiri. Anak-anak beliau ialah Datu Abdul Hamid (Allahyarham), Dayang

Maimunah, Datu Amir Kahar, Datu Haji Badaruddin, Datu Kamaruddin, Dayang Hajah

Zulfah, Dayang Aminah, Rasalonah Abdullah, Dayang Marina dan Datu Harun. Salah

Page 2: Biografi Tokoh Sabah Yang Terlibat Dalam Pembentukan Malaysia

seorang anak beliau turut berkecimpung dalam arena politik iaitu Datuk Amir Kahar yang

pernah menjadi wakil rakyat bagi Dun Banggi.

Dari segi pendidikan, beliau pernah menerima pendidikan di Sekolah St. James,

Kudat pada tahun 1932. Namun begitu, persekolahan beliau hanya kekal selama sembilan

bulan sahaja berikutan kematian ibunya serta perpindahan pekerjaan bapanya. Seterusnya,

beliau pernah mengikuti kursus pertanian Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA)

pada tahun 1951 hingga 1952 di Serdang, Selangor. Pada tahun 1959 pula, beliau telah

ditaja oleh kerajaan British untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris dan Politik di England.

Selaku seorang tokoh yang amat dikagumi, beliau telah mempunyai banyak

pengalaman dari segi pekerjaan bermula dari menjadi orang suruhan sehinggalah kepada

pemimpin yang berjasa kepada rakyat. Pada tahun 1928, beliau bekerja sebagai pelayan

rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel dan ketika itu

beliau baru berusia 10 tahun. 6 tahun kemudian, pengalaman Tun dalam sektor pentadbiran

awam bermula apabila beliau menjadi “Office Orderly” di Pejabat Daerah Kudat dan

kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai “Native Clerk” di Pejabat Anak Negeri Kudat. Tun

ternyata mendapat kepercayaan British kerana pada 1 Februari 1937, beliau telah dilantik

sebagai Ketua Anak Negeri dan Pemungut Cukai Candu. Beliau juga merupakan salah

seorang pejuang pembebasan Borneo Utara daripada penjajahan Tentera Jepun. Pada

tahun 1944, beliau telah lari ke Filipina untuk menyertai satu gerakan gerila. Pangkat beliau

yang pertama ialah prebet dan kemudiannya dinaikkan pangkat ke Sarjan di dalam

bahagian Perkhidmatan Risikan Rahsia. Kehebatan Tun sebagai seorang pejuang terbukti

apabila pada 5 April 1945, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Leftenan selain turut

menjawat jawatan Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonel

R.G.P.N. Comber yang juga merupakan bekas Pegawai Daerah Kota Belud. Apabila Perang

Dunia Kedua tamat, British kembali ke Sabah dan ketika itu Tun Datu Mustapha

menyandang kerusi Ketua Anak Negeri Kelas 1 yang membawa gelaran Orang Kaya-Kaya

(OKK).

Karier politik beliau pula bermula apabilan dilantik sebagai Ahli Majlis Undangan

Negeri Borneo Utara pada tahun 1954 dan kemudiannya dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja

Borneo Utara pada tahun 1956. Pada tahun 1961, bermulalah satu peristiwa yang amat

penting dalam sejarah negeri sabah dan juga pembentukan Malaysia kerana pada tahun

inilah, parti United Sabah National Organisation (USNO) diasaskan oleh Tun Datu Mustapha

dan beliau telah dipilih sebagai Yang di-Pertua USNO pertama pada 24 Disember 1961.

Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama setelah

tertubuhnya Malaysia. Beliau masih berminat untuk kembali ke arena politik jadi pada 16

Page 3: Biografi Tokoh Sabah Yang Terlibat Dalam Pembentukan Malaysia

September 1965, beliau meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri dan jawatan

tersebut diserahkan kepada Tun Pengiran Ahmad Raffae. Beliau telah menjadi Ketua

Menteri Sabah pada tahun 1965 sehingga 1973. Jawatan lain yang pernah disandang beliau

semasa hayatnya ialah Presiden PERKIM (1977-1979), Presiden Pertubuhan Islam Sabah

Bersatu (USIA), Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan (1972) serta Ketua Pengakap

Negeri Sabah dan dianugerahkan pingat ‘SEMANGAT PADI’. Beliau juga merupakan ahli

bagi Royal Commonwealth Association dan Commonwealth Parliamentary Association. Tun

turut dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra

Malaysia) sekitar November 1973 sehingga Februari 1990.

Saya percaya Tun Datu Mustapha menabur bakti dan jasa dengan penuh keikhlasan

demi kebaikan rakyat dan negara tanpa mengharapkan sebarang balasan. Namun begitu,

permata seperti ini sudah pasti amat dihargai oleh pelbagai pihak justeru sepanjang

hayatnya beliau telah menerima banyak anugerah. Antara anugerah yang diterimanya ialah

K.V.O serta O.B.E daripada Kerajaan British dan pada tahun 1972, beliau telah menerima

pingat dan darjah kebesaran “Knight Commander of Republic of Lebanon” (K.C.R.L.) oleh

Presiden Lebanon. Beliau juga telah menerima Seri Darjah Paduka Chura Si-Maharaja

(S.P.C.M.) dengan gelaran “Dato Seri” daripada Sultan Perak, Seri Panglima Darjah

Kinabalu (S.P.D.K.) dengan gelaran “Datuk Seri Panglima” dan pada 26 November 1964

beliau telah dianugerahkan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang juga merupakan

anugerah tertinggi di Malaysia dengan membawa gelaran “Tun”. Tun turut dianugerahkan

ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pembangunan Sosial pada Majlis

Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah pada 2 hingga 3 September 2006.

Tun Datu Mustapha juga mempunyai hobinya yang tersendiri. Beliau dikatakan suka

menggesek biola, berjoget, berjenaka dan mendengar muzik irama keroncong. Beliau juga

suka bermain golf dan telah mengasaskan Kinabalu Golf Club di Tanjung Aru dan Kudat

Golf Club di Kudat semasa menjadi Ketua Menteri Sabah. Hobi-hobi lain beliau ialah

memancing, membaca buku dan menyaksikan perlawanan kuda. Satu lagi fakta menarik

tentang Tun ialah beliau sangat sukakan masakan Melayu dan London merupakan tempat

yang paling beliau gemar lawati.

Seperti yang telah dinyatakan pada bahagian awal tadi, Tun Datu Mustapha sangat

berperanan dalam proses pembentukan Malaysia. Tindakan beliau yang menubuhkan

USNO pada tahun 1961 boleh dianggap satu tindakan penting dan langkah awal dalam

menyediakan rakyat Sabah untuk mencapai kemerdekaan. Sabah merupakan sebuah

negeri yang tidak mempunyai banyak parti politik dan jika kita menyelusuri sejarah

penentangan mereka terhadap penjajah, kebanyakan pejuang mereka berjuang secara

Page 4: Biografi Tokoh Sabah Yang Terlibat Dalam Pembentukan Malaysia

sendiri dan bersifat kecil-kecilan tanpa memiliki satu organisasi yang teratur. Justeru,

dengan tertubuhnya USNO, rakyat Sabah khususnya yang beragama Islam dapat disatukan

dalam satu kumpulan yang mempunyai idea yang sama dalam mengutarakan sesuatu

pendapat kepada penjajah. Semasa USNO dipimpin oleh Tun Datu Mustapha, keahlian parti

tersebut dikatakan mencecah seramai 60,000 orang. Parti USNO ini juga dilihat sebagai

usaha Tun Datu Mustapha dan beberapa orang lagi rakan beliau iaitu Datu Mohd Said

Keruak dan Tun Sakaran Dandai untuk memperjuangkan kepentingan kaum bumiputera

Islam seperti orang Sulu, Bajau, Melayu Brunei, Bisaya dan Kadazan. Pengasasan USNO

ini juga sebenarnya berasaskan model UMNO di semenanjung dengan beberapa perubahan

yang disesuaikan untuk masyarakat Sabah.

Selain itu, sebelum Malaysia terbentuk, Tun Datu Mustapha sekali lagi memainkan

peranannya selaku pemimpin apabila menjadi salah seorang perwakilan bagi Sabah untuk

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bersama-sama dengan beberapa orang

lagi wakil dari Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak. Jawatankuasa ini dipengerusikan

oleh Donald Stephens iaitu seorang ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan Negeri Sabah.

Mengumpul dan membandingkan pelbagai pandangan tentang Malaysia di ketiga-tiga

wilayah yang terlibat serta menyebarkan maklumat bagi menggalakkan kesedaran

penduduk tentang cadangan penubuhan Malaysia merupakan antara tujuan jawatankuasa

ini diwujudkan. Selaku anak jati Sabah, sudah pasti Tun mahu memastikan penyertaan

Sabah ke dalam Malaysia akan memberikan faedah kepada penduduknya justeru semasa

beliau berada di dalam jawatankuasa ini beliau telah mengadakan lawatan ke Tanah

Melayu. Semasa ke Tanah Melayu, beliau telah diberi gambaran, penjelasan dan

pendedahan tentang kemajuan ekonomi dan pembangunan yang dicapai oleh Tanah

Melayu sejak merdeka. Lawatan ini seterusnya mencetuskan kesedaran kepada pemimpin-

pemimpin Sabah dan Sarawak tentang kebaikan yang diperoleh jika menyertai Persekutuan.

USNO yang pada peringkat awalnya kurang bersetuju dengan cadangan penubuhan

Malaysia mula menyokong tindakan ini apabila berasakan bahawa perkembangan dan

perubahan taraf hidup, pendidikan, ekonomi dan politik penduduk bumiputera lebih terjamin

apabila menyertai Malaysia.

Semasa Suruhanjaya Cobbold ditugaskan untuk meninjau pandangan penduduk di

Sabah dan Sarawak tentang penubuhan Malaysia bermula dari 19 Februari sehingga 18

April 1962 pula, Tun Datu Mustapha mewakili Sabah telah menghantar memorandum

cadangan kepada suruhanjaya tersebut. Tindakan ini dilakukan kerana Suruhanjaya

Cobbold in inilah yang berperanan untuk mengenal pasti keinginan sebenar rakyat jajahan

British di Borneo.

Page 5: Biografi Tokoh Sabah Yang Terlibat Dalam Pembentukan Malaysia

Sumbangan terbesar beliau terhadap negeri Sabah khususnya dalam konteks

penubuhan Malaysia adalah apabila beliau turut terlibat dalam proses perangkaan Perkara

20 atau turut dikenali sebagai “Tuntutan Dua Puluh Perkara” yang akan diberi pertimbangan

untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan baru Persekutuan. Antara perkara yang dituntut

ialah agama Islam diterima sebagai agama rasmi persekutuan tetapi tidak ada agama rasmi

di Sabah dan Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa rasmi di Sabah. Tindakan ini dilakukan

bagi melindungi masa depan dan memelihara kepentingan rakyat Sabah. Hasil daripada

tuntutan ini, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) telah mengemukakan laporan yang

menjadi asas perlembagaan negeri Sabah dan Sarawak pada 27 Februari 1963 dengan

mengambil kira tuntutan yang dilakukan. Laporan ini jugalah yang menjadi asas kepada

Perjanjian Malaysia.

16 September 1963 merupakan satu tarikh keramat bagi setiap rakyat Malaysia

kerana pada tarikh itulah negara ini terbentuk. Selaku individu yang terlibat secara langsung

dalam proses pembentukan Malaysia, sudah pasti semasa pengistiharan Malaysia dilakukan

beliau juga turut terlibat. Pengisytiharan Malaysia di Sabah telah dilakukan oleh Ketua

Menteri, Donald Stephens di hadapan Yang Di-Pertua Negeri pada waktu itu, iaitu Datu

Mustapha bin Datu Harun. Beliau juga telah melakukan beberapa perubahan sepanjang

mentadbir Sabah antaranya adalah pada 16 September 1973, bahasa Melayu telah

diisytiharkan sebagai bahasa rasmi Sabah oleh Tun Datu Mustapaha yang juga merupakan

Ketua Menteri Sabah ketika itu. Tun juga merupakan individu yang bertanggungjawab dalam

usaha mengintergrasikan sistem pendidikan Sabah ke dalam sistem pendidikan

kebangsaan.

Tun Datu Mustapha bukan sahaja memainkan peranan besar dalam proses

pembentukan Malaysia tetapi beliau juga telah memainkan peranan penting untuk kemajuan

agama Islam di Sabah. Pada tahun 1961, terdapat beberapa persatuan Islam telah

mengambil inisiatif untuk menjemput Tun bagi mempengerusikan satu majlis yang diadakan

untuk menggabungkan persatuan-persatuan Islam di Borneo Utara supaya menjadi satu

persatuan yang besar dan kuat. Walau bagaimanapun, rancangan ini tertangguh kerana

pada waktu itu proses pembentukan Malaysia sedang berjalan dengan rancak. Satu

maklumat tambahan yang wajar dikongsikan di sini ialah, keputusan masyarakat Islam

Sabah untuk menyertai Persekutuan Malaysia sebenarnya juga dipengaruhi oleh kesedaran

bahawa bilangan umat Islam di Sabah jauh lebih kecil berbanding masyarakat bukan Islam.

Gabungan yang bakal dilakukan memberi keyakinan kepada umat Islam di Sabah bahawa

nasib mereka pada masa akan datang mendapat jaminan serta perhatian dari saudara-

saudara Islam lain di Malaysia. Bagi meneruskan rancangan yang pernah tergendala, pada

tahun 1969, Tun Datu Mustapha telah mengadakan perjumpaan dengan persatuan-

Page 6: Biografi Tokoh Sabah Yang Terlibat Dalam Pembentukan Malaysia

persatuan Islam di Sabah dan kemudiannya membentuk Kongres Masyarakat Islam pada 14

Ogos 1969 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu. Kongres tersebut akhirnya telah membawa

kepada lahirnya United Sabah Islamic Association (USIA). Tun Datu Mustapha

sememangnya telah memberikan satu sumbangan besar terhadap perkembangan Islam di

Sabah kerana pada tahun 1971, beliau telah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi

Sabah. Perjuangan Islam yang dibawa oleh Tun juga telah memberikan impak positif

kepada kemajuan gerakan Islam di Sabah. Hal ini demikian kerana, beliau berjaya merubah

negeri Sabah yang asalnya mempunyai penduduk Islam yang minoriti sehingga menjadi

negeri yang bermajoritikan penduduk beragama Islam.

Setelah mengkaji dan menyelusuri sejarah tokoh kemerdekaan Sabah ini iaitu Tun

Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, saya menyedari bahawa kita selaku rakyat Malaysia

haruslah menghargai jasa dan pengorbanannya dengan cara mengekalkan kemerdekaan

yang ada serta memajukan lagi negara. Negara kehilangan sebutir permata yang berharga

apabila beliau telah kembali ke rahmatullah pada 2 Januari 1995 ketika berusia 76 tahun

dan dikebumikan di Putatan. Bagi mengenang dan menghargai jasa Tun Datu Mustapha

kerajaan Sabah dan Yayasan Sabah dengan rasminya telah menamakan Bangunan

Yayasan Sabah sebagai Menara Tun Mustapha.

(2088 patah perkataan)