bilangan rakaat solat tarawih

2
Permasalahan bilangan rakaat Solat Tarawih Mengeluarkan arahan supaya sembahyang tarawih 20 raka'at dan tidak diselangi dengan tazkeerah? Apakah JAWI tidak ada benda lain untuk di ketengahkan sehingga mengganggu ketenangan umat Islam beribadat di bulan yang mulia ini dengan mengeluarkan arahan tidak menasabah ini! Komentar: Mewartakan solat tarawikh sebanyak 20 raka'at adalah ijtihad Umar al Khattab yang tidak dibantah oleh semua sahabat, malah tidak ada seorang sahabatpun di masa itu yang membantahnya. Umar menjelaskan inilah bid'ah yang baik. Manakala jika kita menambah pula majlis tazkirah; ini sudah dikira penambahan lagi; bagaimana kalau tazkirah itu berlanjutan sehingga setengah jam; kemudian jenerasi akan datang menjemput penyampaian kuliah selama satu jam; masing-masing akan berkata ini adalah bid'ah yang baik. Dalam hal begini, pemerintah umat Islam perlu mewartakan supaya umat Islam tidak keliru dalam perkara-perkara yang melibatkan orang awam; kita bimbang ia akan ditokok tambah semakin jauh. Apa yang perlu difahami oleh umat Islam ialah peri sunatnya solat tarawikh pada malam-malam Ramadhan; jumlah raka'at ialah 8+3 atau 20+3; jika dipilih mana-mana kombinasi yang utama ialah qualiti solat dan mutu bacaan imam dengan kelajuan yang menasabah yang mampu diikuti oleh anggota qaryah. Sebarang aktiviti selain daripada solat tarawikh seperti kuliah pendek, tazkirah, dan pelbagai bacaan selawat itu semua akan memberat-beratkan tuntutan agama dan membebankan orang awam.

Upload: fahmi2010

Post on 14-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rujuk

TRANSCRIPT

Permasalahan bilangan rakaat Solat Tarawih

Permasalahan bilangan rakaat Solat Tarawih

Mengeluarkan arahan supaya sembahyang tarawih 20 raka'at dan tidak diselangi dengan tazkeerah? Apakah JAWI tidak ada benda lain untuk di ketengahkan sehingga mengganggu ketenangan umat Islam beribadat di bulan yang mulia ini dengan mengeluarkan arahan tidak menasabah ini!

Komentar:

Mewartakan solat tarawikh sebanyak 20 raka'at adalah ijtihad Umar al Khattab yang tidak dibantah oleh semua sahabat, malah tidak ada seorang sahabatpun di masa itu yang membantahnya. Umar menjelaskan inilah bid'ah yang baik.

Manakala jika kita menambah pula majlis tazkirah; ini sudah dikira penambahan lagi; bagaimana kalau tazkirah itu berlanjutan sehingga setengah jam; kemudian jenerasi akan datang menjemput penyampaian kuliah selama satu jam; masing-masing akan berkata ini adalah bid'ah yang baik.

Dalam hal begini, pemerintah umat Islam perlu mewartakan supaya umat Islam tidak keliru dalam perkara-perkara yang melibatkan orang awam; kita bimbang ia akan ditokok tambah semakin jauh.

Apa yang perlu difahami oleh umat Islam ialah peri sunatnya solat tarawikh pada malam-malam Ramadhan; jumlah raka'at ialah 8+3 atau 20+3; jika dipilih mana-mana kombinasi yang utama ialah qualiti solat dan mutu bacaan imam dengan kelajuan yang menasabah yang mampu diikuti oleh anggota qaryah.

Sebarang aktiviti selain daripada solat tarawikh seperti kuliah pendek, tazkirah, dan pelbagai bacaan selawat itu semua akan memberat-beratkan tuntutan agama dan membebankan orang awam.

Saya rasa apa yang diwartakan oleh Jawi perlu dilihat dr sudut penyeragaman sebagaimana apa yang telah diwartakan oleh Umar.