bila bagaimana al-quran diturunkan

11
8/9/2019 Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan http://slidepdf.com/reader/full/bila-bagaimana-al-quran-diturunkan 1/11 Bila & Bagaimana al-Quran Diturunkan? http://an-nawawi. blogspot. com Di antara keistimewaan bulan Ramadhan adalah di mana Allah telah memuliakannya berbanding dengan bulan- bulan yang lain dengan memilihnya sebagai bulan diturunkannya al-Quran ˜Azhim. Keistimewaan ini diberikan oleh Allah kepada bulan Ramadhan sebagaimana dinyatakan melalui firman-Nya (maksudnya), Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al- Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan- penjelas an mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil). (Surah al- Baqarah, 2: 185) Begitu juga sebagaimana dinyatakan di dalam hadis Rasulullah Shalallahu alaihi wa Sallam bahawa bulan ramadhan merupakan bulan di mana Kitab-kitab Ilaahiyah diturunkan kepada para Nabi alaihimus Salaam. Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah meriwayatkan dari Watsilah bin al-Asqa, bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya), Shuhuf (lembaran-lembaran) Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkan pada tanggal enam (6) Ramadhan, Injil diturunkan pada tanggal tiga belas (13) Ramadhan, dan al-Quran diturunkan pada tanggal dua puluh empat (24) Ramadhan. (Hadis Riwayat Ahmad dan turut dikeluarkan oleh ath-Thabrani. Menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahiihul Jaami hadis ini hasan (1497). Lihat juga Tafsir

Upload: mohamad-shuhmy-shuib

Post on 30-May-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

8/9/2019 Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

http://slidepdf.com/reader/full/bila-bagaimana-al-quran-diturunkan 1/11

Bila & Bagaimana al-Quran Diturunkan?http://an-nawawi. blogspot. com 

Di antara keistimewaan bulan Ramadhan adalah di manaAllah telah memuliakannya berbanding dengan bulan-bulan yang lain dengan memilihnya sebagai bulanditurunkannya al-Quran ˜Azhim. Keistimewaan inidiberikan oleh Allah kepada bulan Ramadhansebagaimana dinyatakan melalui firman-Nya(maksudnya),

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelas an mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza(di antara yang hak dengan yang bathil). (Surah al-Baqarah, 2: 185)

Begitu juga sebagaimana dinyatakan di dalam hadisRasulullah Shalallahu alaihi wa Sallam bahawa bulanramadhan merupakan bulan di mana Kitab-kitab

Ilaahiyah diturunkan kepada para Nabi alaihimus Salaam.

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah meriwayatkan dariWatsilah bin al-Asqa, bahawa Rasulullah bersabda(maksudnya),

Shuhuf (lembaran-lembaran) Ibrahim diturunkan padamalam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkanpada tanggal enam (6) Ramadhan, Injil diturunkan pada

tanggal tiga belas (13) Ramadhan, dan al-Quranditurunkan pada tanggal dua puluh empat (24)Ramadhan. (Hadis Riwayat Ahmad dan turut dikeluarkanoleh ath-Thabrani. Menurut Syaikh al-Albani di dalamShahiihul Jaami hadis ini hasan (1497). Lihat juga Tafsir

Page 2: Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

8/9/2019 Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

http://slidepdf.com/reader/full/bila-bagaimana-al-quran-diturunkan 2/11

Ibnu Katsir di bawah penafsiran 2: 185)

Melalui hadis ini juga diperjelaskan kepada kita bahawaal-Quran mula diturunkan pada hari ke dua puluh empat

(24) di bulan Ramadhan.Allah menurunkan al-Quran kepada Rasul kitaMuhammad Shallallahu alaihi wa Sallam demi untukmembimbing manusia. Turunnya al-Quran merupakanperistiwa besar yang sekaligus menyatakan tinggikedudukannya bagi penghuni langit dan bumi. Turunnyaal-Quran pertama kali jatuh pada lailatul Qadr (malam al-Qadr) yang mana merupakan pemberitahuan kepada

alam samawi yang dihuni oleh para malaikat berkaitankemuliaan umat Muhammad. Di mana umat ini telahdimuliakan oleh Allah dengan risalah barunya agarmenjadi umat yang paling baik yang dikeluarkan bagimanusia. Turunnya al-Quran yang seterusnya secaraberansur-ansur, berbeza dengan kitab-kitab yang turunsebelumnya, sangat mengejutkan orang danmenimbulkan keraguan terhadapnya sebelum jelas bagi

mereka rahsia hikmah Ilahi yang ada di balik itu.Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam tidak menerimarisalah besar ini dengan cara sekaligus, dan kaumnyayang sombong dan berhati keras turut dapat ditawan(dilunakkan) dengannya. Antara hikmah wahyu ini turunsecara beransur-angsur adalah demi menguatkan hatiRasul dan menghiburnya relevan dengan peristiwa dankejadian-kejadian yang mengiringinya sehingga Allah

menyempurnakan agama ini dan mencukupkan nikmat-Nya.

Turunnya al-Quran Dengan Sekaligus

Allah Subhanahu wa Taala berfirman melalui kitab-Nya

Page 3: Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

8/9/2019 Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

http://slidepdf.com/reader/full/bila-bagaimana-al-quran-diturunkan 3/11

yang mulia (maksudnya),

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-

penjelas an mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza(di antara yang hak dengan yang bathil). (Surah al-Baqarah, 2: 185)

Dan firman-Nya,

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran)pada malam kemuliaan (malam al-Qadr). (Surah al-Qadr,97: 1)

 Juga,

Dan al-Quran telah Kami turunkan dengan beransur-ansuragar kamu membacakannya perlahan-perlahan kepadamanusia dan Kami menurunkannya bahagian demibahagian. (Surah al-Isra, 17: 106)

Ayat-ayat di atas tidaklah saling bertentangan, kerana

malam yang diberkahi dalam bulan Ramadhan itu adalahLailatul Qadr. Jadi, di sini dapat difahami bahawa al-Quranditurunkan ketika malam al-Qadr iaitu di dalam bulanRamadhan. Tetapi zahir ayat-ayat itu yang bertentangandengan situasi kehidupan Rasulullah, di mana al-Quranturun kepadanya selama dua puluh tiga tahun. Dalamperkara ini, para ulama terbahagi kepada dua mazhab(pendapat) utama:

1 Mazhab (pendapat) Yang Pertama,

Pendapat Ibnu Abbas dan sejumlah ulama, kemudiandipegang oleh jumhur ulama, bahawa Yang dimaksudkandengan turunnya al-Quran dalam ayat-ayat di atas ialahturunnya al-Quran secara sekaligus ke Baitul ˜Izzah di

Page 4: Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

8/9/2019 Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

http://slidepdf.com/reader/full/bila-bagaimana-al-quran-diturunkan 4/11

langit dunia untuk menunjukkan kepada para malaikat-Nya bahawa betapa agongnya persoalan ini. Selanjutnyaal-Quran diturunkan kepada Nabi Shallallahu alaihi waSallam secara beransur-ansur selama dua puluh tiga

tahun bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yangmengiringinya bermula dari beliau diutus sehinggalahwafatnya. Selama tiga belas tahun beliau tinggal diMakkah, dan selama itu jugalah wahyu turun kepadanya.Selepas hijrah, beliau tinggal di Madinah selama sepuluhtahun. Beliau wafat dalam usia enam puluh tiga tahun.Pendapat ini adalah berdasarkan kepada riwayat-riwayatyang sahih dari Ibnu Abbas. Di antara riwayat-riwayat

yang dimaksudkan adalah,

i - Ibnu Abbas radhiyallahu anhu berkata, Al-Quranditurunkan sekaligus ke langit dunia pada lailatul Qadr(malam al-Qadr). Kemudian setelah itu, ia diturunkanselama dua puluh tahun. (Hadis Riwayat al-Hakim, al-Baihaqi, dan an-Nasai) kemudiannya dia membacakan;

Dan mereka (orang-orang kafir) tidak membawa

kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untukmenentangmu) , melainkan Kami datangkan kepadamusuatu yang benar dan sebaik-baik penjelasan. (Surah al-Furqon, 25: 33)

Dan al-Quran telah Kami turunkan dengan beransur-ansuragar kamu membacakannya perlahan-perlahan kepadamanusia dan Kami menurunkannya bahagian demibahagian. (Surah al-Isra, 17: 106)

ii - Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Abbas radhiyallahu anhuia berkata, Al-Quran itu dipisahkan dari adz-Dzikr, laludiletakkan di Baitul Izzah di langit dunia. Maka Jibril mulamenurunkannya kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa

Page 5: Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

8/9/2019 Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

http://slidepdf.com/reader/full/bila-bagaimana-al-quran-diturunkan 5/11

Sallam. (Hadis Riwayat al-Hakim)

iii Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhu iaberkata, Allah menurunkan al-Quran sekaligus ke langit

dunia, pusat turunnya al-Quran secara beransur-ansur.Lalu, Allah menurunkannya kepada Rasul-Nya bahagiandemi bahagian. (Hadis Riwayat al-Hakim & al-Baihaqi)

iv - Menurut Ibnu Abbas, al-Quran diturunkan pada lailatulQadr (malam al-Qadr) pada bulan Ramadhan ke langitdunia secara sekaligus; lalu ia diturunkan secaraberangsur-angsur. (Hadis Riwayat ath-Thabrani)

2 - Mazhab (pendapat) Yang Kedua,

Iaitu yang diriwayatkan oleh asy-Syabi (seorang Tabiinbesar, wafat 109H) bahawa yang dimaksudkan denganturunnya al-Quran dalam ayat-ayat di atas ialahpermulaan turunnya al-Quran itu bermula pada lailatulQadr (malam al-Qadr) di bulan Ramadhan, yangmerupakan malam yang diberkahi (malam kemuliaan).Kemudian selepas itu ia diturunkan secara beransur-ansur bersesuai dengan kepalbagaian peristiwa yangmengiringinya selama kurang lebih dua puluh tiga tahun.Dengan yang demikian, al-Quran diturunkan hanyadengan satu cara sahaja, iaitu turun secara beransur-ansur kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, danyang demikian inilah yang dinyatakan di dalam al-Quran,

Dan al-Quran telah Kami turunkan dengan beransur-ansur

agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepadamanusia dan Kami menurunkannya bahagian demibahagian. (Surah al-Isra, 17: 106)

Orang-orang musyrik yang diberi tahu bahawa kitab-kitabsamawi terdahulu turun sekaligus, menginginkan al-

Page 6: Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

8/9/2019 Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

http://slidepdf.com/reader/full/bila-bagaimana-al-quran-diturunkan 6/11

Quran juga turut diturunkan dengan sekaligus,

Dan orang-orang yang kafir berkata: Mengapa tidakditurunkan al-Q uran itu kepada Muhammad semuanya

secara sekaligus? al-Quran diturunkan dengan cara(beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan(meneguhkan) hatimu (wahai Muhammad) dengannya,dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratursatu persatu. Dan mereka tidak membawa kepadamusesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu)melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran danpenjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala

yang mereka katakan itu). (Surah Al-Furqan, 25: 32-33)Keistimewaan bulan Ramadhan dan lailatul Qadr yangmerupakan malam yang diberkahi itu tidak akan tampak(dilihat) oleh manusia kecuali yang dimaksudkan olehayat- ayat di atas, iaitu turunnya al-Quran kepadaRasulullah. Yang demikian ini bersesuaian dengan apayang terdapat di dalam firman Allah mengenai perangbadar,

Dan (beriman kepada) apa yang kami turunkan kepadahamba Kami (Muhammad) di hari bertemunya duapasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.(Surah al-Anfal, 8: 41)

Perang Badar terjadi dalam bulan Ramadhan. Perkara inidiperkuatkan pula oleh hadis yang dijadikan peganganpara peneliti dan pengkaji, tentang hadis awal turunnya

wahyu.˜Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata,

Wahyu yang mula-mula diturunkan kepada Rasulullah,ialah mimpi yang benar di waktu tidur. Setiap kalibermimpi, dia melihat apa yang datang bagaikan cahayaterang di pagi hari. Kemudian dia lebih suka menyendiri.

Page 7: Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

8/9/2019 Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

http://slidepdf.com/reader/full/bila-bagaimana-al-quran-diturunkan 7/11

Dia pergi ke Gua Hira untuk bertahannuts beberapamalam dan untuk itu dia membawa bekal. Kemudiankembali ke rumah Khadijah Radhiyallahu anhu sehinggadatanglah kebenaran kepadanya sewaktu berada di Gua

Hira. Malaikat datang kepadanya dan berkata; Bacalah.Muhammad berkata; Aku tidak tahu membaca. Lalu diamemegang dan merangkulku sehingga aku sesak nafas,kemudian dia melepaskan aku, lalu berkata lagi; Bacalah.Aku menjawab, Aku tidak tahu membaca. Lalu diamerangkulku untuk yang kedua kalinya sehingga akusesak nafas, lalu dia melepaskan aku, lalu berkata,Bacalah. Aku menjawab, Aku tidak tahu membaca. Lalu

dia merangkulku untuk ketiga kalinya sehingga akumerasa kepayahan, kemudian dia melepaskan aku, lalukatanya; Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yangtelah menciptakan, sehingga dengan apa yang belumdiketahuinya (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Para peneliti menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahualaihi wa Sallam pada mulanya diberi tahu dengan mimpipada bulan kelahirannya, iaitu bulan Rabiul Awwal.Masanya enam bulan. Kemudian ia diberi wahyu dalarnkeadaan sedar (jaga) pada bulan Ramadhan denganturunnya Iqra (dari surah al-Alaq). Dengan demikian,maka nash-nash yang terdahulu itu menunjukkan kepadasatu pengertian.

3 Mazhab (pendapat) Yang Ketiga,

Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada dua puIuh tigamalam kemuliaan (Lailatul Qadr), yang pada setiapmalamnya selama malam-malam kemuliaan itu ada yangditentukan Allah untuk diturunkan pada setiap tahunnya.Dan jumlah untuk masa satu tahun penuh itu kemudianditurunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah

Page 8: Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

8/9/2019 Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

http://slidepdf.com/reader/full/bila-bagaimana-al-quran-diturunkan 8/11

sepanjang tahun. Madzhab ini adalah hasil ijtihadsebagian mufassirin. Pendapat ini tidak mempunyai dalil.

Adapun madzhab kedua yang diriwayatkan dari asy-

Syabi, dengan dalil-dalil yang sahih dan dapat diterima,tidaklah bertentangan dengan mazhab (pendapat) yangpertama yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas.

Pendapat yang kuat ialah: al-Quran al-Karim ituditurunkan melalui dua fasa,

Fasa Pertama: Diturunkan sekaligus pada malam al-Qadr(Lailatul Qadr) di bulan Ramadhan ke Baitul Izzah di

langit dunia.

Fasa Kedua: Diturunkan dari langit dunia ke bumi secaraberansur-ansur selama dua puluh tiga tahun.

Imam al-Qurthubi rahimahullah menukilkan riwayat dariMuqaatil bin Hayyan berkenaan adanya ijma tentangturunnva al-Quran sekaligus dari Lauhul Mahfuzh keBaitul Izzah di langit dunia. Ibnu Abbas menafikan adanya

percanggahan di antara ketiga ayat di atas berkenaandengan turunnva al-Quran dan fakta kehidupanRasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam. Al-Quran itusememangnya turun selama dua puluh tiga tahun dibulan-bulan selain Ramadhan. Diriwayatkan dari IbnuAbbas, dia pernah ditanya oleb Athiyah bin al-Aswad,katanya, Dalam hatiku terjadi keraguan berkenaan firmanAllah, Bulan Ramadhan itu ialah bulan yang di dalamnya

diturunkan al-Quran, dan firman Allah, SesungguhnyaKami rnenurunkannya pad lailatul Qadr. Padahal al-Quranitu ada yang diturunkan pada bulan Syawwal,Dzulqaedah, Dzuihijjah, Muharram, Shafar dan RabiuiAwwal. lbnu Abbas menjawab, “Al-Quran ditununkanpada lailatul Qadr sekaligus, kemudian diturunkan secara

Page 9: Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

8/9/2019 Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

http://slidepdf.com/reader/full/bila-bagaimana-al-quran-diturunkan 9/11

beransur-ansur, sedikit demi sedikit dan terpisah-pisahserta perlahan-lahan di sepanjang bulan dan hari. (HadisRiwayat Ibnu Mardawaih dan al-Baihaqi dalam Kitab al-Asma wa ash-Shifat)

Para ulama mengisyaratkan berkenaan beberapa hikmahterhadap fenomena penurunan al-Quran di antaranyaadalah demi menyatakan kebesaran al-Quran dankemuliaan orang yang kepadanya al-Quran diturunkan.Kata Imam as-Suyuthi, Dikatakan bahawa rahsiaditurunkannya al-Quran dengan sekaligus ke langit duniaadalah untuk memuliakannya dan memuliakan

(kelompok) yang kepadanya al-Quran diturunkan;memberitahukan kepada penghuni tujuh langit bahawaal-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan kepadaRasul terakhir demi kemulian umat manusia. Kitabtersebut kini telah di ambang pintu dan akan segeraditurunkan kepada mereka. Seandainya tidak ada hikmahIlahi yang menghendaki disampaikan al-Quran kepadamereka secara beransur-ansur bersesuaian denganperistiwa-peristiwa yang terjadi, tentulah ia diturunkan kebumi sekaligus seperti halnya kitab-kitab yang diturunkansebelumnya. Tetapi Allah membezakannya dari kitab-kitab yang sebelumnya. Maka dijadikanlah dua ciritersendiri; diturunkan secara sekaligus, kemudianditurunkan secara bertahap-tahap demi untukmenghormati orang yang menerimanya.

As-Sakhawi mengatakan dalam Jamal al-Qurra, Turunnya

al-Quran ke langit dunia sekaligus itu menunjukkan suatupenghormatan kepada keturunan Adam di hadapan paramalaikat serta pemberitahuan kepada mereka betapaperhatian Allah dan rahmat-Nya kepada manusia. Dalampengertian inilah Allah memerintahkan tujuh puluh ribu

Page 10: Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

8/9/2019 Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

http://slidepdf.com/reader/full/bila-bagaimana-al-quran-diturunkan 10/11

malaikat untuk mengawal surat al-Anam,

Ibnu Abbas menyatakan, Surah al-Anam itu turun diMakkah sekaligus di waktu malam. Ia diiringi oleh tujuh

puluh ribu malaikat yang bertasbih. (Diriwayatkan olehath-Thabrani dan Abu Ubaid dalam Fadhail al-Quran) dandalam pengertian ini pula Allah memerintahkan Jibril agarmemerintahkan kepada para malaikat pencatat yangmulia, menuliskan dan membacakannya kepadanya.(Lihat juga, al-Itqan, 1/40, 41)

4 “ Mazhab (pendapat) Keempat,

Ada juga sebahagian ulama yang berpandangan bahawaal-Quran turun pertama-tama kalinya secara berangsur-ansur ke Lauh Mahfuzh berdasarkan firman Allah Taala,

 Tidak lain ia adalah al-Quran yang mulia, di LauhMahfuth.. Kemudian setelah itu ia turun dari Lauh Mahfuzsecara serentak seperti itu ke Baitul ˜Izzah. Selanjutnya,ia turun sedikit demi sedikit. Dengan demikian, ini berertiia turun melalui tiga tahap (fasa).

Dan perkara ini tidaklah bertentangan dengan yangsebelumnya yang telah ditarjihkan. Bagairnanapun jugaal-Quran al-Karim sudah ada dalarn Lauh Mahfuzhmeliputi semua urusan ghaib yang sudah ditetapkan didalamnya. Dan al-Quran turun sekaligus dari LauhMahfuzh ke Baitul Izzah dari langit dunia (sebagaimanariwayat dari Ibnu Abbas) pada lailatul Qadr, malam yangpenuh berkah di bulan Ramadhan. Ini adalah kerana tidak

ada yang menghalangi turunnya al-Quran secarasekaligus, bermula dari turunnya kepada RasulullahShallallahu alaihi wa Sallam secara beransur-ansur dalamsatu malam. Dengan demikian, tidak ada pertentangan diantara kepelbagaian pendapat ini jika dikecualikan

Page 11: Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

8/9/2019 Bila Bagaimana Al-Quran Diturunkan

http://slidepdf.com/reader/full/bila-bagaimana-al-quran-diturunkan 11/11

mazhab ketiga yang tidak ada dalilnya.

an-Nawawi

YM: nawie83@yahoo. com

http://groups. yahoo.com/ group/PMH- UiTM http://www.geocitie s.com/nawie83

http://aqidah- wa-manhaj. blogspot. comhttp://an-nawawi. blogspot. com

http://bahaya- syirik.blogspot. com

http://fiqh- sunnah.blogspot. com 

 __._,_.___