mazura sulaiman c w jabatan pedagogi tinggi ipg kampus ... · perlu diambil berat. pendidikan...

12
TINJAUAN TENTANG PENGETAHUAN DAN PENERIMAAN TERHADAP PENGAJARAN BERBEZA DALAM KALANGAN SISWA PENDIDIK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN 1 MAZURA SULAIMAN & *2 WAK CHU WOK 1 Jabatan Pedagogi Tinggi 2 IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur *[email protected] Abstrak: Selaras dengan perkembangan Pendidikan Abad ke-21 (PAK21) sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih berpusatkan murid. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Setiap murid mempunyai kepelbagaian dalam pelbagai aspek. Justeru seorang guru perlu mampu membezakan kepelbagaian muridnya. Ini penting agar corak pengajaran yang menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan teknik dapat digunakan secocok dengan kepelbagaian murid tersebut. Dalam hal ini seorang guru perlu menguasai ilmu tentang pengajaran berbeza (PB). Kajian ini merupakan tinjauan untuk mengetahui sejauh mana siswa pendidik mempunyai pengetahuan dan penerimaan mereka terhadap PB. Responden kajian ini terdiri daripada 34 orang siswa pendidik semester dua, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu Sekolah Rendah (PISMP BM SR) . Soal selidik yang mengandungi sepuluh item respons tertutup telah ditadbir kepada responden. Dapatan kajian mendapati lebih 80 peratus responden tidak mengetahui tentang PB manakala lebih 80 peratus responden juga berminat untuk mendalami PB. Selain itu 90 peratus responden juga bersetuju agar ilmu PB ini dimasukkan sebagai satu kursus dalam struktur kurikulum IPG. Kajian ini menunjukkan perlunya pengetahuan tentang PB diberikan kepada siswa pendidik kerana mereka sedar kepentingan ilmu tersebut apabila bertugas di sekolah kelak. Seharusnya para siswa pendidik diberi pengetahuan tentang PB ini selaras dengan keperluan semasa dan akan datang. Kata kunci: pengetahuan, penerimaan, pengajaran berbeza, siswa pendidik. PENGENALAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) Menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menyedarkan para pendidik bahawa peranan mereka bukan setakat memberi ilmu akademik kepada anak didik mereka tetapi mengjangkau ilmu rohani, emosi dan jasmani. Pembangunan sesebuah kelompok masyarakat bergantung kepada pendidikan. Mutu pendidikan yang baik akan memberikan sumbangan kepada pembentukan generasi cemerlang. Mutu pendidikan yang cemerlang pula banyak Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018 Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Upload: lelien

Post on 02-May-2019

296 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

283 | MEDC 2018

TINJAUAN TENTANG PENGETAHUAN DAN PENERIMAAN

TERHADAP PENGAJARAN BERBEZA DALAM KALANGAN SISWA PENDIDIK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

1MAZURA SULAIMAN & *2WAK CHU WOK

1Jabatan Pedagogi Tinggi 2IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

*[email protected]

Abstrak: Selaras dengan perkembangan Pendidikan Abad ke-21 (PAK21) sesi pengajaran dan

pembelajaran (PdP) lebih berpusatkan murid. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri

secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing

murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Setiap murid mempunyai kepelbagaian dalam pelbagai aspek.

Justeru seorang guru perlu mampu membezakan kepelbagaian muridnya. Ini penting agar corak

pengajaran yang menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan teknik dapat digunakan secocok dengan

kepelbagaian murid tersebut. Dalam hal ini seorang guru perlu menguasai ilmu tentang pengajaran

berbeza (PB). Kajian ini merupakan tinjauan untuk mengetahui sejauh mana siswa pendidik mempunyai

pengetahuan dan penerimaan mereka terhadap PB. Responden kajian ini terdiri daripada 34 orang siswa

pendidik semester dua, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu Sekolah Rendah

(PISMP BM SR) . Soal selidik yang mengandungi sepuluh item respons tertutup telah ditadbir kepada

responden. Dapatan kajian mendapati lebih 80 peratus responden tidak mengetahui tentang PB manakala

lebih 80 peratus responden juga berminat untuk mendalami PB. Selain itu 90 peratus responden juga

bersetuju agar ilmu PB ini dimasukkan sebagai satu kursus dalam struktur kurikulum IPG. Kajian ini

menunjukkan perlunya pengetahuan tentang PB diberikan kepada siswa pendidik kerana mereka sedar

kepentingan ilmu tersebut apabila bertugas di sekolah kelak. Seharusnya para siswa pendidik diberi

pengetahuan tentang PB ini selaras dengan keperluan semasa dan akan datang.

Kata kunci: pengetahuan, penerimaan, pengajaran berbeza, siswa pendidik.

PENGENALAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat

dan negara.”

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menyedarkan para pendidik bahawa

peranan mereka bukan setakat memberi ilmu akademik kepada anak didik mereka tetapi

mengjangkau ilmu rohani, emosi dan jasmani. Pembangunan sesebuah kelompok masyarakat

bergantung kepada pendidikan. Mutu pendidikan yang baik akan memberikan sumbangan

kepada pembentukan generasi cemerlang. Mutu pendidikan yang cemerlang pula banyak

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018

Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah

eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

284 | MEDC 2018

bergantung kepada komitmen, penglibatan, kesediaan, kesanggupan dan produktiviti tinggi

dalam kalangan pendidik.

Dalam masa yang sama para pendidik juga perlu sedar bahawa anak didik mereka

mempunyai kepelbagaian. Pelbagai dalam erti kata yang mudah mempunyai ciri-ciri yang

berbeza tidak kira dari aspek kognitif, afektif, minat, kecenderungan, jantina mahupun latar

belakang. Justeru dalam melaksanakan pengajaran di dalam kelas, keterbezaan ini sebenarnya

perlu diambil berat. Pendidikan adalah untuk semua, tidak kira untuk siapa, bila, di mana dan

bagaimana dijalankan.

Pengajaran Berbeza

Pengajaran berbeza (PB) atau pengajaran terbeza merupakan kaedah pendekatan pengajaran

yang memenuhi keperluan pembelajaran dan memberi peluang pembelajaran yang sama kepada

setiap pelajar murid. Dalam dunia pendidikan, guru-guru memainkan peranan yang penting

untuk memastikan murid memperoleh yang pengajaran dan pembelajaran (PdP) mempunyai

persediaan yang mencukupi, minat yang mendalam dan daya kefahaman yang tinggi agar selari

dengan objektif PdP serta prestasi murid dari semasa ke semasa.

Setiap murid mempunyai minat dan cara tersendiri untuk memahami sesuatu maklumat

yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Murid-murid ini mempunyai kecenderungan dan

tahap kefahaman yang berbeza terhadap sesuatu ilmu yang disampaikan oleh guru. Oleh itu,

satu pendekatan atau kaedah terbaik perlu diaplikasikan di dalam kelas agar ianya dapat

melibatkan semua pelajar di dalam apa jua aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan memenuhi

keperluan pembelajaran pelajar. Inilah cabaran guru masa kini iaitu untuk memenuhi keperluan

dan kehendak pembelajaran yang pelbagai dalam kalangan murid-muridnya.

Tomlinson dan Imbeau (2010) menyatakan, kesediaan murid, minat dan profil

pembelajaran adalah faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam pelaksanaan

PB. Guru-guru pada masa kini perlu belajar untuk mengembangkan rutin di dalam

kelas, dengan tidak mengabaikan kepelbagaian pelajar di dalam kesediaan, minat

dan profil pembelajaran (Tomlinson et al., 2003). Tomlinson et al. (2003) juga mengatakan rutin

yang dimaksudkan adalah dengan membezakan kurikulum dan pengajaran. Menurut Tomlinson

dan Strickland (2005), guru biasanya membezakan pengajaran dengan menyesuaikan satu atau

lebih perkara berikut:

• kandungan (apa yang pelajar pelajari)

• proses (bagaimana pelajar belajar)

• produk (bagaimana pelajar menunjukkan penguasaan pengetahuan atau

kemahiran mereka)

• persekitaran

Rajah 1: Peta Konsep Pengajaran Terbeza

Sumber daripada: Tomlinson, C. A. (1999). The differentiated classroom:

Responding to the needs of all learners. Alexandria, VA: Association for

Supervision and Curriculum Development

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

285 | MEDC 2018

Pengajaran Berbeza dalam Sistem Pendidikan di Malaysia

Kemahiran pedagogi ditakrifkan sebagai kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru untuk

menyampaikan pengetahuan yang khusus dalam sesuatu bidang (National Board for

Professional Teaching Standards, 1998 dalam Esah, 2004). Cruishank (1995) pula menyatakan

bahawa pedagogi ialah seni dan sains pengajaran yang meliputi prinsip, strategi, kaedah, teknik,

dan pelbagai pertimbangan untuk menjayakan pengajaran.

Pengajaran pula ialah suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan,

pelaksanaan, penilaian, dan maklum balas. Tujuannya adalah untuk menyebarkan ilmu

pengetahuan atau kemahiran tertentu. Keadaan ini melibatkan aktiviti mental, fizikal atau rohani

terhadap diri pelajar itu sendiri (Mohd. Zohir Ahmad, Rohizani Yaakub, dan Shahabuddin

Hashim, 2007).

Sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya juga memang jelas mempunyai ciri

kepelbagaian. Mengambil contoh sistem pendidikan peringkat sekolah rendah dan sekolah

menengah, kita tidak dapat menafikan keterbezaan tersebut. Pada peringakat sekolah rendah,

terdapat sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah orang asli, sekolah kurang

murid dan sebagainya. Manakala pada peringkat menengah pula terdapat sekolah berasaskan

akademik, sekolah teknik dan vokasional serta sekolah kebangsaan agama (Sumber

https://moe.gov.my/index.php/my/dasar/sistempendidikan). Di setiap sekolah menengah pula

terdapat pelbagai aliran.

Di bilik-bilik darjah pula dipenuhi dengan murid yang berbeza. Berbeza bukan sahaja

dari segi budaya dan bahasa, tetapi juga dalam kebolehan kognitif mereka, pengetahuan latar

belakang, dan keutamaan pembelajaran. Menghadapi kepelbagaian sedemikian menuntut para

guru membudayakan PB.

PERNYATAAN MASALAH

Sejajar dengan keperluan pendidikan pada masa kini seseorang guru bukan setakat mahu

memastikan para muridnya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira tetapi para

guru perlu melihat lebih jauh daripada keperluan itu sendiri. Guru perlu menyediakan dirinya

dengan pelbagai kemahiran dalam bidang pendidikan sebelum melaksana PdP dalam bilik

darjah. Para Guru harus menitik beratkan penguasaan pedagogi yang lebih luas. Pedagogi

Berbeza PB perlu menjadi keperluan asas kepada guru untuk melihat kemenjadian para murid

menguasai pelbagai kemahiran dalam pembelajaran.

Pendekatan terhadap PB seharusnya diberikan keutamaan semasa pelaksanaan PdP dalam

kelas kerana setiap individu pelajar dalam kelas mempunyai latar belakang yang pelbagai,

kreativiti dan perbezaan dalam gaya pembelajaran setiap pelajar dari segi jantina, pencapaian

dan sikap sifat-sifat gaya kognitif, norma kumpulan, emosi, fizikal, moral, sosial,dan bakat

(GeiserWilliam, 1999; Sadler-Smith, 1996; Engelbrecht dan Natzel, 1997; Richardson dan

Fergus,1993; dan Santhi Suppiah, 2000 ).

Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) menegaskan antara sifat-sifat guru yang berkesan

ialah mempunyai kemahiran mengajar, termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan

nilai dalam pengajarannya. Selain daripada itu, menurut Sims dan Sims (1995), pentingnya guru

mengetahui dan memahami gaya pembelajaran individu kerana gaya pembelajaran yang

berkesan bagi seseorang pelajar mungkin tidak sesuai bagi pelajar yang lain dan memastikan

kesesuaian wujud bagi semua pelajar yang terlibat.

Guru-guru seharusnya menguasai kemahiran PB secara konsisten kerana kemahiran

mengajar merupakan perkara penting dalam kompenen keperluan guru (Dunkin dan Biddle,

1974; Atan, 1978; dan Mustaqim, 2001). Hal ini kerana pengetahuan dan kepercayaan guru

terhadap pengajarannya akan mempengaruhi corak pembelajaran murid-muridnya (Solis, 2009).

Menurut Booth, Goodwin dan Stevens (1993), pelajar yang berkualiti terhasil menerusi proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Proses pedagogi guru juga perlu dilaksanakan dengan berkesan di dalam kelas supaya

objektif pembelajaran dapat dicapai seperti yang dirancang mengikut perbezaan gender dan

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

286 | MEDC 2018

kecerdasan kerana menurut Fall & Robert (2012) bahawa pencapaian akademik antara pelajar

lelaki dan pelajar perempuan adalah berbeza.

Sehubungan itu proses PdP yang tersusunan mengikut pelbagai latar belakang dan

kecerdasan pelbagai murid akan memberikan impak yang sangat bermakna dalam

perkembangan kecerdasan kognitif, kecerdasan psikomotor dan kecerdas afektif para pelajar

kerana efikasi guru dalam kelas telah dikenal pasti mempunyai hubungan yang signifikan

dengan pencapaian murid (Anderson et al. 1991; ; Bandura 1993, 1997; Gibson & Dembo 1984;

Ross 1992; Tschannen-Moran & Hoy 2001).

Kegagalan guru untuk merancang dan melaksanakan PB yang bersesuaian di dalam kelas

akan menarik minat para pelajar untuk cenderung kepada tingkah laku ponteng kelas kerana

pelajar berasa bosan dengan pengajaran dan pembelajaran guru yang tidak menarik. Perkara ini

akan menambah lagi masalah tingkah laku negatif lain seperti kurang memberikan komitmen

terhadap pengajaran dan pembelajaran guru, berbuat bising, tidak menghormati guru dan tidak

menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru kerana para pelajar berasa guru tidak memenuhi

keperluan pembelajaran mereka di sekolah. Jackson (2008) berpendapat pelajar yang kurang

komitmen akan sentiasa mencari jalan untuk mengelak dari melakukan tugasan seperti bermain

dengan rakan sebelah, memberi alasan untuk meninggalkan kelas atau bertanya guru soalan

yang tidak berkaitan.

Selain daripada dapat membantu guru mengurangkan isu kurang berminat untuk

memberikan tumpulan terhadap aktiviti PdP dalam kelas, ponteng dan masalah tingkah laku

yang sering berlaku di sekolah, pelaksanaan proses PB juga akan membantu menyediakan

situasi PdP secara tersusun bersesuaian dengan kaedah, strategi dan taknik sesuatu sesi PdP bagi

memenuhi keperluan pembelajaran para murid. Pengajaran PB ini sangat penting dalam aktiviti

PdP dan perlu dikuasai oleh guru-guru.

Oleh yang demikian kajian yang berkaitan dengan keperluan PB dalam kalangan pelajar

IPG masih belum dilakukan oleh itu keperluan tersebut dalam kalangan pelajar IPG menjadi

perkara yang menarik untuk dilaksanakan.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti pengetahuan siswa pendidik terhadap PB.

2. Mengetahui penerimaan siswa pendidik terhadap pelaksanaan PB.

KEPENTINGAN KAJIAN

1. Merangka dan menjana kursus yang bersesuaian untuk memberi

pengetahuan dan input tentang PB kepada siswa pendidik.

2. Memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan

perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

DEFINISI KONSEP

Pengetahuan

Menurut Kemus Dewan dalam halaman

1571 pengetahuan merujuk kepada mengetahui apa yang diketahui.

Penerimaan

Menurut Kemus Dewan dalam halaman 1670 penerimaan merujuk kepada menerima,

penyambutan.

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

287 | MEDC 2018

Pengajaran Berbeza

Pengajaran berbeza ditakrifkan sebagai pendekatan pengajaran di mana guruguru secara proaktif

mengubahsuai kurikulum, kaedah pengajaran, sumbersumber, aktiviti pembelajaran, dan hasil

pelajar untuk memenuhi pelbagai keperluan setiap pelajar dan kumpulan kecil pelajar untuk

memaksimumkan peluang pembelajaran untuk setiap pelajar di dalam kelas (Tomlinson, 1999).

Tomlinson (2001) telah menyatakan PB sebagai falsafah pengajaran yang menyediakan

pelbagai cara dalam menyampaikan kandungan, memahami ideide dan menilai hasil

pembelajaran.

Siswa Pendidik

Menurut Kamus Dewan dalam halaman 1508 siswa merujuk kepada penuntut atau pelajar di

pusat pengajian tinggi. Manakala pada halaman 350, pendidik merujuk kepada mendidik. Oleh

yang demikian siswa pendidik dalam kajian ini merujuk kepada guru pelatih.

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)

Menurut buku Panduan Akademik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian

tahun 2017 PISMP merujuk program pengajian pelajar yang mengikuti program perguruan di

Institut Pendidikan Guru. Program ini dikendalikan selama empat tahun pengajian atau dalam

tempoh lapan semester di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Siswa pendidik

yang berjaya mengikuti program ini akan ditempatkan di sekolah rendah (KPM).

KAJIAN TERDAHULU

Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor keterbezaan yang

mempengaruhi pembelajaran lalu mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian bertajuk Status

Sosio Ekonomi Dan Komitmen Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian

Menengah Rendah telah dijalankan oleh Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael

Hassanaen, Amir Hasan Dawi (2009). Kajian ini membincangkan tentang status sosio ekonomi

(SSE) serta komitmen ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah

(PMR), Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesungguhan usaha dan ketinggian

komitmen telah terbukti menghasilkan perubahan dan kejayaan kedudukan iaitu bukan semua

pelajar dari golongan SSE rendah akan menghadapi kegagalan.

Fazliana Binti Othman (2006) telah menjalankan kajian bertajuk Hubungan Status

Sosioekonomi Keluarga Dengan Pencapaian Pelajar Bumiputera Dan Bukan Bumiputera Dalam

Mata Pelajaran Matematik Di Dua

Buah Sekolah Daerah Johor Bahru. Aspek-aspek status sosioekonomi yang dikaji seperti

pendidikan, pendapatan, pekerjaan dan sikap ibu bapa. Jumlah sampel kajian ini adalah seramai

187 orang pelajar tingkatan 4 yang terdiri daripada 104 pelajar bumiputera dan 83 pelajar bukan

bumiputera. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian

pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek

pendidikan, pendapatan dan sikap ibu bapa. Walau bagaimanapun, tidak wujud hubungan yang

signifikan antara pencapaian pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran

Matematik dari aspek pekerjaan bapa dan pekerjaan ibu.

Zulkifley Hamid (2011) telah mengkaji pengaruh faktor persekitaran sekolah dan etnik

iaitu Melayu dan Cina dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan Bahasa Melayu

di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan faktor persekitaran mempengaruhi penurunan

prestasi bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu apabila mereka di tempatkan di dalam

bilik darjah yang ramai pelajar Cina meskipun bahasa Melayu adalah bahasa ibunda mereka.

Kajian ini membayangkan bahawa pemboleh ubah etnik dan persekitaran sekolah boleh

memberikan impaks yang signifikan terhadap proses perancangan dan pelaksanaan program

pendidikan bahasa Melayu di Malaysia.

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

288 | MEDC 2018

Seterusnya, Akma Binti Hj. Abd. Hamid (2011) dalam tesis kedoktorannya bertajuk

Pengaruh Kecerdasan Emosi Dan Personaliti Terhadap Pencapalan Akademik Pelajar Sekolah

Menengah telah menguji pengaruh kecerdasan emosi dan personaliti terhadap pencapaian

akademik pelajar sekolah menengah. Subjek kajian ini seramai 435 pelajar tingkatan empat iaitu

210 lelaki dan 225 perempuan. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan antara kecerdasan emosi dan konstruk kecerdasan emosi dengan pencapaian

akademik. Faktor personaliti pula menunjukkan empat faktor signifikan dengan pencapaian

akademik iaitu faktor kerisauan, faktor pemikiran tegas, faktor tidak bergantung dan faktor

kawalan kendiri. Kajian ini juga menunjukkan jantina dan lokasi sekolah memberi kesan

terhadap kecerdasan emosi dan faktor personaliti. Hasil daripada kajian ini mendapati pelajar

perempuan mempunyai tahap kecerdasan emosi lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Lokasi

sekolah pula menunjukkan pelajar yang bersekolah di bandar mempunyai tahap kecerdasan

emosi lebih tinggi berbanding pelajar yang bersekolah di luar bandar. Faktor-faktor personaliti

pula menunjukkan terdapat lima faktor signifikan dengan jantina pelajar dan tiga faktor

signifikan dengan lokasi sekolah

Ong Sze Chong, Zamri Mahamod Dan Hamidah Yamat (2013) pula telah menjalankan

kajian yang bertajuk Faktor Jantina, Kaum, Aliran Kelas Dan Hubungannya Dengan

Kecerdasan Emosi Murid Dalam Mempelajari Bahasa Melayu. Kajian dijalankan terhadap 400

orang murid tingkatan 4 di sepuluh buah sekolah terpilih bandar Miri, Sarawak. Dapatan kajian

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kecerdasan emosi antara jantina,

kaum dan aliran pengajian murid. Implikasi kajian ialah guru Bahasa Melayu perlu mengambil

kira aspek kepelbagaian kecerdasan emosi murid dalam merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas Bahasa Melayu.

Seterusnya Fairuz Adlidna Badrol Hissam, Mohd Hasrul Kamarulzaman, Nurul Suzaina

Joli & Noriah Mohd Ishak (2017) menjalankan kajian untuk mengenalpasti impak pengajaran

terbeza ke atas motivasi pelajar pintar dan berbakat di dalam PdP subjek biologi. Kajian mereka

mendapati bahawa Pengajaran Terbeza telah menyumbang kepada motivasi pelajar. Hasil

analisis mendapati bahawa Pengajaran Terbeza memberikan kesan terhadap motivasi pelajar

pintar dan berbakat dan ianya juga menunjukkan bahawa motivasi pelajar pintar dan berbakat

terhadap Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi tidak dipengaruhi oleh faktor jantina dan

umur.

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah tinjauan.

Responden Kajian

34 orang siswa pendidik semester dua, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa

Melayu Sekolah Rendah (PISMP BM SR) di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada sesi

semester 1/2018

Instrumen Kajian

Untuk kajian ini instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik item tertutup menggunakan

skala Likert. Soal selidik ini mengandungi 10 item yang dibahagikan kepada dua konstruk iaitu

pengetahuan dan penerimaan terhadap PB.

Prosedur Kajian

Pada peringkat awal responden akan menjawab soal selidik untuk item 1 hingga 5 tentang

pengetahuan sedia ada mereka terhadap PB. Seterusnya penerangan tentang PB telah diberikan

oleh pengkaji kepada responden. Peringkat kedua pula responden menjawab pula item 6 hingga

10 iaitu berkaitan penerimaan responden terhadap perlaksanaan PB.

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

289 | MEDC 2018

Analisis Data

Data yang dikumpulkan melalui soal selidik dianalisis secara manual memandangkan analisis

hanya menggunakan statistik deskriptif menggunakan kekerapan dan peratusan. Untuk

memudahkan kefahaman, analisis data dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf bar.

DAPATAN KAJIAN

Profil Responden Kajian

Jantina Bilangan Peratusan

Lelaki 11 32

Perempuan 23 68

Jumlah 34 100

Jadual 1 : Bilangan Responden Mengikut Jantina

Umur Bilangan Peratusan

20 tahun 20 59

21 tahun 12 35

Jadual 2 : Bilangan Responden Mengikut Umur

Analisis dan Perbincangan

Rajah 1: Pengetahuan responden tentang Pengajaran Berbeza

Item 1 hingga 5 dijawab oleh responden sebelum pengkaji memberi pendedahan tentang PB

kepada mereka. Analisis item 1 (33/34) dan item 2 (32/34) menunjukkan bahawa responden

mempunyai kesedaran bahawa setiap orang mempunyai kepelbagaian dalam gaya pembelajaran

22 tahun 2 6 Jumlah 34 100

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

290 | MEDC 2018

dan lain-lain. Analisis respon untuk item 3 (32/34), item 4 (26/34) dan item 5 (25/34) pula

mendapati bahawa responden masih tidak mempunyai pengetahuan yang banyak dan mendalam

tentang PB.

Rajah 2 : Penerimaan responden terhadap pelaksaan Pengajaran Berbeza

Item 6 hingga 10, dijawab oleh responden selepas pengkaji memberi input tentang PB kepada

mereka. Dapatan daripada analisis item 6 (34/34), item 7 (34/34) dan item 8 (32/34)

menunjukkan responden rata-rata amat berminat untuk mendalami dan mengetahui tentang PB.

Manakala untuk item 9 (34/34) dan item 10 (34/34) yang menjurus kepada cadangan

pelaksanaan kursus tentang PB di IPG responden juga memberi respon yang positif.

CADANGAN

Untuk kajian seterusnya pengkaji perlu melakukan kajian yang lebih mendalam terhadap

keperluan PB bukan sahaja dalam kalangan siswa pendidik IPG tetapi juga dalam kalangan guru

yang telah lama berkhidmat. Daripada hasil kajian tersebut selanjutnya akan mengesyorkan

modul, model, kursus atau cadangan yang bersesuaian untuk dijadikan panduan oleh pelajar

seluruh IPG atau guru-guru di sekolah.

Berhubung dengan dapatan kajian ini, dicadangkan pihak berwajib dapat menyediakan

sesuatu kursus atau mata pelajaran PB di IPG supaya boleh diikuti oleh palajar bagi

melengkapkan kemahiran mereka sebelum menjadi guru.

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

291 | MEDC 2018

KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan siswa pendidik mengetahui bahawa mereka mempunyai gaya

pembelajaran sendiri dan menyedari juga bahawa setiap orang menpunyai ciri yang berbeza.

Namun demikian kebanyakan pelajar masih tidak mengetahuai tentang PB sebelum ini. Siswa

pendidik juga beranggapan bahawa PB ialah kaedah baru dalam teknik pengajaran guru,

walaupun guru mereka sebelum ini telah mengamalkan PB. Selain itu siswa pendidik juga akan

peka dengan kepelbagaian murid. Suatu kursus yang berkaitan PB perlu digubalkan untuk

diikuti oleh siswa pendidik supaya mendalami pengetahuan PB. Siswa pendidik juga sangat

bersetuju bahawa ilmu tentang PB perlu diberikan pendedahan kepada mereka semasa di IPG.

Sehubungan itu kemahiran ilmu PB ini dilihat sangat signifikan dalam kerjaya seseorang

guru. Guru yang kompeten ialah guru yang akan berasa bangga dalam memastikan

kemenjadian muridnya di sekolah. Sementara guru yang kompeten juga ialah guru yang

berintegriti melaksanakan tanggungjawabnya dalam memenuhi hasrat pendidikan seperti yang

terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

292 | MEDC 2018

RUJUKAN

Akma Binti Hj. Abd. Hamid (2011) Pengaruh Kecerdasan Emosi Dan Personaliti Terhadap

Pencapalan Akademik Pelajar Sekolah Menengah

Tesis Ijazah Doktor Falsafah Psikologi Pendidikan Fakulti Pendidikan

Dan Pembangunan Manusia Unlversiti Pendidlkan Sultan Idris

Allan, S. D., & Tomlinson, C. A. (2000). Leadership for differentiating schools and classrooms.

Alexandria, VA: ASCD.

Anderson, R., Greene, M. & Loewen, P. (1988). Relationships among teachers' and students'

thinking skills, sense of efficacy, and student achievement. The Alberta Journal of

Educational Research, 34 (2), 148165.

Atan Long et al. (1991). Faktor-faktor yang Menyumbang kepada Peningkatan Kemajuan

Sekolah-Sekolah: Kajian Kes. Kertas Kerja Seminar Latihan Mengajar antara Universiti

Kali ke-7. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Azlina Bt. Mohd. Kosnin & Bilhorn B. Defrin (2009).Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan

Pencapaian Akademik : Tinjauan Dikalangan

Pelajar-Pelajar Tahun Akhir Sains Sukan, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai,

Johor.Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor, Malaysia.

Bandura, A. (1977). Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change.

Psychological Review, 83, 191- 215.

Booth, A. (1993). Learning History in university : Student view on teaching and assessment.

Studies in Higher Education, 18 (2): 227-235.

Dunkin, M.J. and B.J.Biddle. (1974) The Study of Teaching. New York: Holt, Rinehart, and

Winston.

Englebrecht, P. & Natzel, S.G. (1997). Cultural variation in cognitive style:

Field-dependence vs field-independence. School Psychology International 18: 155-164

Esah Sulaiman (2004) Pengenalan Pedagogi. Skudai : Penerbit UTM

Gibson, S. & Dembo, M. (1984). Teacher efficacy: A construct validation.

Journal of Educational Psychology, 76, 569-582.

Geiser - William - F. (1999). Effects of learning style responsive versus traditional study

strategies on achievement, study and attitudes of suburban eighth grade Mathematics

students. Research in Middle Level Education Quarterly 22: 19-41.

Goodwin, L. D. & Stevens, E. A. (1993). The Influence of Gender on University

Faculty Members’ perceptions of “Good” Teaching. Journal of Higher Education. 64(2),

166-185.

Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan

Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu”allim. Journal of Islamic and Arabic Education

2(1),2010 43-56

Mohamad Johdi Salleh, PhD. Che Noraini Hashim, PhD. Ismael Hassanaen, PhD. International

Islamic University Malaysia (IIUM). Amir Hasan Dawi,

PhD. Status Sosio Ekonomi Dan Komitmen Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Pelajar

Dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia, 14th International Conference on

Education. Theme: Bridging Words: Making Connections in Education. 21th – 24th May

2009. By Sultan

Hassanal Bolkiah Institute of Education Universiti Brunei Darussalam.

Mohd. Zohir Ahmad, Rohizani Yaakub, dan Shahabuddin Hashim, (2007).

Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur : PTS

Profesional

Mustaqim, H. (2001). Psikologi Pendidikan. Yogyakarta: Pustaka Murid.Al- Nahlawi

Abdul Rahman,.( 1996). Usul al-Tarbiyyah wa Asalibiha: fi al- Bait wa al-Madrasah

wa al-Mujtama’. Beirut: Dar al-Fikr.

Ong Sze Chong, Zamri Mahamod Dan Hamidah Yamat (2013) Faktor Jantina,

Kaum, Aliran Kelas Dan Hubungannya Dengan Kecerdasan Emosi

Murid Dalam Mempelajari Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

293 | MEDC 2018

Rasidah binti Rashid (2007). Hubungan antara Gaya Pembelajaran dengan Motivasi

dalam kalangan Pelajar di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar, Sabah.

Richardson. A.G. & Fergus. E. (1993). Learning style and ability grouping in the high

school system: Some Carribean findings. Educational Research 35 (1): 69 -74.

Ross, J. A. (1992). Teacher efficacy and the effect of coaching on student achievement.

Canadian Journal of Education, 17, 51-56.

Sadler - Smith. E. (1996). Approaches to studying: Age, gender and academic performance.

Educational Studies 22 (3): 367 - 379.

Santhi Suppiah (1998). Satu Tinjauan Terhadap Perbandingan Strategi Belajar

Bagi Pelajar-pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Sekolah Menengah (P) Methodish

Kuala Lumpur. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan PSM. Tidak diterbitkan.

Sims, R. E., & Sims, S. J. (Eds.). (1995). The importance of learning styles: Understanding

the implications for learning, course design, and education. Contributions to the Study

of Education, No. 64. (ERIC

Document Reproduction Service No. ED 386 130)

Tomlinson, C. A. (1999). Leadership for differentiated classrooms. The School

Administrator,56(9), 6–11.

Tomlinson, C.A (1999). The differentiated classroom: Responding to the needs of all

learners. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum

Development.

Tomlinson, C. A. (2000). Differentiation of instruction in the elementary grades.

ERIC Digest. Available: www.ericdigests.org/2001-2/elementary.html

Tomlinson, C.A. (2001). How to differentiate instruction in mixedability classrooms

(2nd ed.). Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum

Development.

Tomlinson, C.A. (2003). Fulfilling the promise of the differentiated classroom:

Strategies and tools for responsive teaching. Alexandria, VA: Association for

Supervision and Curriculum Development.

Tomlinson, C. A., & Strickland, C. A. (2005). Differentiation in practice: A

resource guide for differentiating curriculum, grades 9–12. Alexandria,

VA: ASCD.

Tomlinson C.A. & Marcia B. Imbeau (2010) Leading and Managing a

Differentiated Classroom. VA :ASCD

Tschannen-Moran, M., Woolfolk Hoy, A., & Hoy, W. K. (1998). Teacher efficacy: Its

meaning and measure. Review of Educational Research, 68, 202–248.

Fall, A., & Roberts, G. (2012). High school dropouts: Interaction between social context, self-

perceptions, school engagement, and student dropout. Journal of Adolescence, 35, 787-

798.

Jackson,R.(2008).Students can Learn on Their Own.

http://teacherneedhelp.com/students/.12 Mac 2008. Jemaah Nazir Sekolah. 2001.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Solis, A. (2009). Pedagogical content knowledge: what matters most in the professional learning

of content teachers in classrooms with diverse student populations. Intercultural

Development Research Association (IDRA) newsletter. (Atas talian) Muat turun 10 Julai

2010,

Zulkifley Hamid (2011) GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10

issue 5 (99 - 109)

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

294 | MEDC 2018