bil 06 / 2009 edisi jun103.8.163.254/document/upload/xqkfdlc58sngjeukbctur1...sesuatu bidang...

16
Bil 06 / 2009 Edisi JUN Bil 06 / 2009 Edisi JUN Kebaikan Baja Vermin Kompos Cili Fertigasi Tarik Minat Golongan Muda Puan Musringah Bte Ismon Usahawan Peladang Pemprosesan Kuih Mini Pau Betik Esotika II Pusat Pemprosesan Buah-buahan (DVFC) * * * * * Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Upload: truongtram

Post on 09-May-2018

222 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

Bil 06 / 2009 Edisi JUNBil 06 / 2009 Edisi JUN

Kebaikan Baja Vermin KomposCili Fertigasi Tarik Minat Golongan MudaPuan Musringah Bte Ismon Usahawan Peladang Pemprosesan Kuih Mini PauBetik Esotika IIPusat Pemprosesan Buah-buahan (DVFC)

***

**

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Page 2: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

� Lahir Peladang Progresi f

Beri ta Transformasi Pertanian

DAHULUNYA cacing dianggap satu haiwan yang tidak mempunyai apa-apa keuntungan kepada

industri pertanian. Tapi kini, semua itu melesat kerana telah banyak usahawan-usahawan cacing yang telah mula bergiat didalam mengusahakan pembiakan cacing khasnya untuk dijadikan baja vermin kompos.

Sehubungan dengan itulah, En Daud B Ali yang berasal daripada kampung Kelubi Dalam Jitra Kedah mula berjinak-jinak dengan industri penghasilan Baja Vermi Kompos. Beliau adalah ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Lubuk Batu Jitra Kedah Darul Aman yang mengusahakan projek penghasilan baja vermin kompos ini bermula pada Disember 2008 di atas tanah milik beliau sendiri yang berdekatan dengan kediamannya. Bagi memulakan projek ini, dengan bermodalkan sebanyak RM 70,000.00 yang diperolehi daripada hasil jualan ternakan kambing dan lembunya yang di usahakanya sebelum ini.

Pada mulanya beliau memikirkan bahawa projek penghasilan baja vermin kompos ini tidak mendatangkan keuntungan kepada beliau. Idea untuk menceburi projek ini tercetus apabila beliau melihat pekerjanya membuang tinja kambing dan lembu begitu sahaja. Tetapi, seharusnya diusahakan di dalam menghasilkan baja dari pembuangan tinja untuk industri pertanian bagi mengurangkan penggunaan baja kimia yang mungkin pada suatu hari nanti akan

memudaratkan para petani yang menggunakannya. Untuk pengetahuan umum, tinja kambing adalah yang paling terbaik kerana terdapat protein yang tinggi di dalam kandungannya berbanding dengan tinja lembu dan tinja ayam.

Atas khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada Syarikat IFA AGROTECH di mana beliau menjalani kursus penghasilan vermikompos maka terhasillah projek penghasilan Vermi kompos ini. Bukan sahaja syarikat swasta sahaja yang turut sama menjayakan projek beliau, malahan daripada agensi kerajaan juga ada membantu iaitu PPK Lubuk Batu dan MADA. PPK Lubuk Batu telah diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti pasaran manakala MADA memberi peruntukkan mesin untuk memproses baja Vermi kompos didalam pengasingan cacing, telur dan baja tersebut.

Bagi memudahkan kerja-kerja beliau, seramai empat pekerja yang terdiri daripada isteri dan anak-anak beliau sahaja membantu menjalankan kerja-kerja tersebut. Cacing pengomposan digunakan sebagai agen pengompos untuk menghurai atau kompos dari sisa buangan organik. Cacing ini adalah bersifat rakus semasa makan kerana ia cepat membiak dan senang dikawal.

Ia seharusnya terdiri dari lebih kurang 85 peratus Vermicast dan 15 peratus sisa buangan organik yang

Oleh: Shahzunizam Bin Zulkafli (LPP Ibu Pejabat)Kebaikan Baja Vermin Kompos

Page 3: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

�Lahir Peladang Progresi f

http: / /www.lpp.gov.my

telah mengompos. Organisma berfaedah ada di mana-mana dan ianya penting sebagai salah-satu agen penghurai/pengompos (terutama sekali lactobacillus). Malah ianya saling bekerjasama dengan cacing dalam sistem vermikompos. Cacing cuma akan makan jika sisa itu separa reput dan cacing akan makan media berserta mikrob sekali untuk membantu penghadaman. Baja kompos ini juga dikenali sebagai black gold atau emas hitam kerana apabila disimpan lama lagi tinggi mutunya.

Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok

Ia adalah bahan utama di dalam penyediaan bahan campuran bagi tanaman seperti sayur-sayuran, pokok-pokok bunga, padi dan lain-lain. Berbanding dengan baja kimia yang kurang digemari oleh petani kerana harga yang mahal dan juga bahan kimia yang lebih tinggi dan boleh memudaratkan kepada seseorang pengguna itu. Baja kompos sebenarnya adalah najis cacing yang terbentuk selepas ia menghuraikan najis haiwan. Kebaikan baja ini ialah dengan menjadikan tanah lebih gembur dan dapat meneutralkan asid tanah. Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yang mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob

berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic /fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah. Mempunyai nilai PH antara 6.5-7.5.

Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahan mikroorganisma, hormon dan juga enzim.

Oleh kerana mikrob berfaedah tertentu, sistem penghadaman cacing berupaya mensterilkan apa juga bahan mereput termasuk beberapa pathogen, yang sangat merbahaya kepada manusia. Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. Malahan merupakan baja organik yang mesra alam.

Memperbaiki struktur tanah

Baja vermin kompos ini adalah dapat meningkatkan kelembapan dan mengekalkan kadar nutrien dalam tanah di mana ia memperbaiki pengudaraan dan pergerakan akar dalam tanah serta mengurangkan permukaan tanah dari berkerak. Ia juga membolehkan penambahkan mikronutrien

Kebaikan Baja Vermin Komposa)

b)

c)

Page 4: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

Beri ta Transformasi Pertanian

d)

Selain itu, Worm Tea adalah salah satu produk yang dikeluarkan oleh En Daud untuk menambah pendapatan daripada penghasilan baja vermin kompos. Worm Tea adalah baja vitamin dan repellent kepada tanaman. Ia diproses daripada vermin kompos dengan tambahan bahan tertentu. Baja ini boleh diproses sendiri dirumah dengan mengunakan motor akuarium. Worm Tea akan diberi pengudaraan selama � hari. Apabila selesai pengudaran dibuat, ia akan di masukkan kedalam botol dan dilabelkan sebelum dipasarkan. Pada peringkat permulaan Worm Tea dan baja vermin kompos telah dijual disekitar Daerah Kubang Pasu dan di pameran-pameran yang dihadiri oleh beliau sendiri. Ketika ini beliau telah menyediakan sebanyak 6 tan baja vermi kompos dan Worm Tea untuk dipasarkan. En. Daud berharap projek ini terus mendapat perhatian daripada agensi yang berkaitan kerana beliau yakin dan percaya bahawa baja vermi kompos mempunyai potensi untuk dikembangkan kepada usahawan-usahawan sebagai sumber pendapatan. Sekiranya sesiapa ingin mempelajari dan mendapat maklumat lanjut berkaitan baja vermi kompos ini boleh menghubungi atau datang sendiri ke :

dalam tanah. Baja ini juga dapat meningkatkan bilangan organisma tanah yang berfaedah yang sudah diketahui di dalam menyumburkan tanah tersebut. Baja ini juga dapat meningkatkan daya ketahanan serta merencatkan pertumbuhan bakteria jahat/penyakit/serangga tanaman terhadap penyakit yang sudah tentu amat diminati oleh petani-petani didalam mengurangkan kematian pokok-pokok tananam dimana penggalakkan pengakaran, pertumbuhan dan pembungaan terencat.

Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah

Memperbaiki struktur tanah adalah penting jika seseorang petani mempunyai tanah yang sudah lama tidak diusahakan. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahan mikroorganisma, hormon dan membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok. Baja ini juga mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah. Selain daripada mesra alam ia tidak memberi kesan sampingan kepada tanaman serta boleh menyahtoksik sisa racun rumpai dan serangga dalam tanah.

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN LUBUK BATU

Lahir Peladang Progresi f�

Page 5: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f 5

Oleh : Mohd Shafaizzuan Asfa B Asaari ( PPK Baling)Cili Fertigasi Tarik Minat Golongan Muda

PADA masa ini banyak golongan belia yang telah menanam minat dan mula mengorak langkah

untuk mencuba pelbagai cara bagi mencapai kejayaan di dalam bidang pertanian. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh pemimpin negara untuk memastikan warga muda tidak ketinggalan di dalam arus pemodenan yang serba moden ini. Usaha-usaha bagi menggalakkan golongan ini bergiat secara serius di dalam bidang industri asas tani juga dipikul bersama oleh jabatan-jabatan yang telah diamanahkan oleh pihak kerajaan.

Tidak dinafikan juga ramai yang berpendapat bahawa pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq bin Yaakub yang baru berusia �� tahun menjelaskan bahawa faktor usia dan pengalaman bukanlah penyebab utama untuk seseorang berjaya tetapi minat dan ketekunan serta semangat tidak putus asa adalah nadi yang amat penting sekali bagi mencapai kejayaan.

Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Baling ini dilahirkan di sebuah daerah kecil di Baling dan merupakan anak ketiga daripada tiga orang adik beradik. Berbekalkan semangat serta ilmu yang dipelajari di Politeknik Kulim didalam bidang Kejuruteraan Mekanikal beliau mula menceburkan diri didalam sektor pertanian

pada tahun �007. Walaupun bidang yang diambil semasa di institut tersasar jauh dengan kerjayanya sekarang tetapi beliau tetap menaruh minat yang tinggi terhadap pertanian moden yang diusahakan ini khususnya bagi ’Tanaman Cili Fertigasi’.

Pertanian yang telah menjadi kerjaya sepenuh masa beliau ini telah membuka mata ramai pihak yang sebelum ini tidak yakin dengan keupayaan anak muda ini di dalam pertanian moden. Dengan semangat dan minat serta dorongan keluarga, beliau menceburkan diri ke alam pertanian pada tahun �007 dengan menanam cili fertigasi sebanyak 500 pokok dan timun 1000 pokok di tanah seluas 0.� ekar. Dengan modal permulaan yang di anggarkan sebanyak RM 7,000 dan menambah nilai beberapa barang terpakai yang digunakan di dalam projek pertaniannya, Mohd Shafiq telah memperolehi pendapatan pusingan pertama yang begitu lumayan.

Walaubagaimanapun, bak kata pepatah Melayu “langit tidak semestinya cerah” dan pada pusingan kedua hasil tanaman cilinya mengalami kemerosotan disebabkan masalah penyakit/virus pada tanaman. Kekurangan pengalaman menyebabkan projek tanaman cili fertigasinya hampir mengalami kemusnahan dan kegagalan. Tetapi nasib masih menyebelahi beliau kerana tindakan segera dengan mendapatkan

Page 6: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

Beri ta Transformasi Pertanian

6 Lahir Peladang Progresi f

bantuan khidmat nasihat dari beberapa pihak kerajaan seperti PPK dan MARDI telah berjaya membantu projek tanamannya kembali bernafas semula. Kursus dan latihan dihadirinya bagi memantapkan diri tentang asas pertanian moden dan di antaranya adalah Kursus Pertanian yang di anjurkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur.

Pinjaman Program Usahawan Peladang (PUP) sebanyak RM 10,000 pada tahun �009 diperolehi oleh beliau bagi menambah kapasiti pengeluaran tanaman cili fertigasinya. Ahli Peladang yang bernaung di bawah PPK Baling ini berterima kasih kerana telah diberi peluang untuk meneruskan minatnya di dalam sektor pertanian ini dan dengan pinjaman yang diperolehi ini beliau telah meluaskan projek tanaman cilinya.

Berkeluasan satu(1) ekar di Kg. Seberang Pekan, Baling, projek tanaman cili fertigasinya ditambah dengan �,000 pokok cili (variety 568 dan ���). Bagi memastikan tanaman cili fertigasinya berkualiti dan selamat, beliau telah menanam tanaman sampingan seperti petola (1000 pokok) dan Buncis (�,000 pokok) yang ditanam di sekitar tanaman cilinya. Ianya ditanam bagi mengelakkan serangan serangga yang dikenali sebagai ’lalat buah’ yang boleh merosakkan kualiti tanaman cili. Buat masa ini, tanaman cilinya masih di peringkat pusingan pertama. Cili fertigasi di anggarkan boleh menngeluarkan hasil �-� pusingan untuk sekali tanaman. Manakala sebatang pokok cili fertigasi boleh mengeluarkan purata �-� kg cili bergantung kepada variety yang di tanam dan kos yang ditanggung adalah sekitar RM �-5 untuk sebatang pokok.

Usahawan yang mempunyai dua(�) pekerja ini telah memasarkan hasil tanamannya kepada beberapa pemborong tetap di kawasan Baling dengan harga yang pernah dijual sehingga RM 1�/kg. Walaubagaimanapun, usahawan ini bimbang jika harga pasaran cili di negara ini tidak dikawal akan menyebabkan tanaman ini kurang digemari oleh usahawan pertanian. Antara penyebab utamanya adalah kemasukan tanaman cili tanpa kawalan dari Thailand yang dijual dengan harga yang rendah. Tambahan beliau, walaupun cili dari negara jiran murah berbanding di Malaysia tetapi harus diingat bahawa tanaman cili di sana menggunakan bahan kimia yang berlebihan dan tanpa kawalan. Ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada individu atau seseorang.

Beliau juga menggalakkan usahawan yang ingin menceburi bidang ini supaya menggunakan kaedah tanaman secara polibag fertigasi kerana ianya kurang risiko berbanding di atas tanah serta kurang belanja kos buruh. Walaupun kos untuk tanaman cili fertigasi di dalam polibag agak tinggi tetapi ianya amat berbaloi kerana penjagaannya mudah dan boleh mendatangkan hasil yang lebih tinggi serta pokok boleh bertahan agak lama. Bagi pusingan ini, beliau menganggarkan pendapatan hasil tanaman cilinya adalah sebanyak RM 15,000- RM 18,000 manakala untuk tanaman sampingan sebanyak RM �,000.

Penggunaan barang terpakai untuk sistem saliran tanamannya juga sedikit sebanyak membantu beliau untuk mengawal perbelanjaan bagi tanaman ini. Perbersihan kawasan juga dilakukan dalam � minggu sekali di waktu pagi manakala hasil cili akan dikutip setiap hari disebelah petang. Ini bagi mengelakkan buah cili

Page 7: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f 7

kering apabila dikutip kerana jika dikutip dalam keadaan basah ianya akan cepat lembik dan busuk.

Usahawan muda yang bercadang untuk meluaskan tanaman ini sehingga tiga (�) ekar ini juga berharap agar kerajaan akan sentiasa memberi galakan dan motivasi kepada golongan belia dalam membentuk masyarakat tani muda yang berilmu dan berjaya.

Panduan Bagi Penyediaan Tanaman Cili Fertigasi:

Penyediaan Anak BenihMenggunakan dulang semaian polistrinBasahkan cocopetIsi cocopet kedalam dulang tanamanKambus semua biji benih yang disemai dan dibalut dengan plastik gelap.Membuat pemindahan anak benih ketempat takungan yang lebih besar.Menyiram dan membaja mengikut keperluan tanaman.

1.••••

Menyediakan MediumMengisi medium tanaman kedalam polibag yang disusun dengan jarak �’ x �’. Ini adalah bagi memudahkan hasil dikutip dengan selamat dan teratur tanpa mencederakan pokok tanaman. Contoh medium tanaman seperti cocopet, sekam, pasir, gambut dan lain-lain.

�.•

PenanamanAnak benih yang berumur 5-6 minggu (matang) perlu dipindahkan kedalam polibag. Semai terus � biji benih kedalam pasu sedalam 0.5 sm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu selepas � minggu menanam. Ianya bagi memudahkan tanaman tersebut subur dan mendapat nutrien yang lengkap.Penyediaan tanah campuran adalah terdiri daripada 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.

�.•

PengairanPengurusan kaedah air yang baik seperti ‘sistem fertigasi’ dapat menyediakan sumber tenaga dan mineral yang lengkap kepada tanaman tersebut.

�.•

Penjagaan Tanaman Cili

Menyiram

Membaja

Merumput

Memungut

Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.Menabur 5 gm baja NPK Blue Special (1�:1�:17:�) sepasu di sekeliling pokok setiap minggu.Bersihkan rumpai di sekeliling ta-naman bagi mengawal hasil cili.Mula memetik hasil cili 1� minggu selepas ditanam. Anggaran hasil adalah 1-� kg sepokok.

Anggaran Harga Pasaran CiliCili Merah Cili Hijau

Harga antara RM 5 hingga RM 8Harga antara RM � hingga RM 6

••

Kawalan Serangga Dan PenyakitSembur racun serangga dan kulat mengikut keperluan sahaja :

Serangga

• Kutu Daun

• Hamama Merah

Kawalan

Sembur racun serangga seperti ‘chlorphyrifos’ atau ‘imidacloprid’.Sembur racun seperti amitraz, deltamethrin, imidacloprid atau malathion.

Penyakit

• Bintik Daun

• Antraknos Buah

• Kerekot Daun dan Mozek Daun

• Layu Pokok (Layu Bakteria)

Kawalan

Sembur racun kulat carben-dazim, chlorothalonil atau difen-oconazole.

Sembur racun kulat seperti man-cozeb, cholorothalonil, propineb atau difenoconazole.

Penyakit ini disebarkan oleh kutu daun. Oleh itu kawalan kutu daun adalah penting. Sembur racun seperti chlorpyrifos, cypermethrin atau deltamethrin.Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.

Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran yang elok.

Page 8: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

Lahir Peladang Progresi f8

Beri ta Transformasi Pertanian

SIAPA sangka dengan mengusahakan makanan tradisional, mampu membuat pengusahanya

tersenyum lebar apabila penat lelah mereka menghasilkan produk tersebut memberi pulangan lumayan setiap tahun. Namun jika berani mencuba dan berusaha merebut peluang yang disediakan sebaik mungkin, ianya bukan perkara yang mustahil untuk dicapai oleh usahawan.

Ini dibuktikan oleh Puan Musringah bt Ismon yang berjaya menempatkan dirinya sebagai salah seorang usahawan dalam industri kecil dan sederhana (IKS). Beliau berasal dari Sabak Bernam dan adalah merupakan ahli PPK Bernam Jaya, Selangor. Berusia 51 tahun dan telah berumahtangga serta mempunyai � orang cahaya mata amat berminat dalam bidang perniagaan. Atas desakan minat dan potensi untuk

memperolehi hasil lumayan telah mendorong beliau untuk mengusahakan projek pengeluaran makanan tradisional iaitu kuih mini pau. Oleh itu, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Mustika Hati Enterprise bagi mengembangkan perniagaannya yang beroperasi di Jalan Besar, Parit Baru Darat, Sg. Air Tawar, Sabak Bernam.

Pada tahun �00�, dengan modal awal sebanyak RM 50,000, beliau telah membuka perusahaan membuat mini pau kerana yakin produk tersebut mampu memberi pendapatan yang lumayan dan menjamin kehidupan yang lebih selesa kepada beliau sekeluarga. Bagi memastikan produktiviti produk dapat ditingkatkan, beliau mendapatkan bantuan bimbingan dan khidmat nasihat secara berterusan dari pelbagai jabatan

Oleh : Samat bin Jaimun (PPK Sg. Siput)

PUAN MUSRINGAH BTE ISMON USAHAWAN PELADANG PEMPROSESAN KUIH MINI PAU

Page 9: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

9Lahir Peladang Progresi f

http: / /www.lpp.gov.my

perusahaan ini, beliau mampu meraih pendapatan lebih kurang RM15,000 sebulan dengan keuntungan bersih RM5,000 setiap bulan. Dalam mengusahakan projek ini, beliau telah dibantu oleh 7 orang pekerja.

Berikutan pemintaan yang mengalakkan, beliau berharap dapat memperolehi bantuan serta bimbingan berterusan dari agensi-agensi kerajaan untuk memperbesarkan serta meningkatkan pengeluaran melalui pembelian mesin yang beroperasi secara automatik sepenuhnya dan dapat menembusi pasaran yang lebih meluas.

dan agensi kerajaan seperti PPK Bernam Jaya, Jabatan Pertanian, FAMA dan sebagainya dalam mengusahakan perusahaan ini.

Beliau menggunakan jenama komersil ‘Muspau’ bagi produk yang dikeluarkan dan dipasarkan melalui orang perseorangan serta agen. Di samping itu juga, produk tersebut dipasarkan oleh beliau sendiri sekitar Negeri Selangor seperti Sabak Bernam, Shah Alam, Subang dan juga di Seberang Perak, Perak. Dengan kerjasama pengedar-pengedar tersebut, beliau mampu memasarkan sebanyak 1�0,000 biji pau setiap bulan dengan nilai berjumlah RM�6,000 Melalui

Page 10: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

Beri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f10

Betik Esotika IIOleh : Abdul Hamid B Thamby Ibrahim ( Ibu Pejabat LPP )

DI bawah Program Pengeluaran Makanan Asas, Lembaga Pertubuhan Peladang telah memberi

tumpuan kepada lima komoditi utama sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan defisit dalam imbangan perdagangan makanan kearah mencapai lebihan menjelang tahun 2010. Buah betik antara produk pengeluaran makanan yang diberi tumpuan serta perhatian. Malaysia merupakan pengeksport betik kedua terbesar dunia selepas Mexico. Eksport betik Malaysia telah menerokai negara seperti Hong Kong, Singapura, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi. Pada tahun 2002, eksport buah betik Malaysia di anggarkan berjumlah sebanyak RM69 Juta.

Betik kaya dengan vitamin A (kulit) dan vitamin C (isi) serta kalium. Selain itu juga, betik kaya dengan kalsium,besi, tiamin, riboflavin dan niasin. Jumlah kalori di dalam buah betik juga sangat rendah. Nutrien-nutrien penting yang terkandung di dalam buah betik telah menjadikan tumbuhan ini menpunyai nilai-nilai perubatannya yang tersendiri. Selain mengandungi magnesium dan kalium yang sangat tinggi, buah ini juga kaya dengan karotena, vitamin C dan flavonoid yang berfungsi dalam membantu

memecahkan serat makanan bagi memudahkan kita untuk membuang air besar. Jika dimakan segar secara rutin, buah betik sangat bermanfaat untuk mengubati usus yang luka dan dapat mengurangkan kepanasan tubuh ketika demam.

Daun betik juga boleh dibuat sayur dan ulam serta sangat enak dimakan. Walaupun rasanya sangat pahit tetapi khasiatnya serta manfaat sangat tinggi kerana dapat mengubati malaria, sakit perut dan kurang nafsu makan. Kandungan papin dalam daun betik juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakat Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging tetapi juga digunakan sebagai ubat asma dan masalah jantung. Daun betik juga amat berkesan untuk mengubati masalah cacing dalam perut, mengubati sakit saluran kencing, masalah kecacingan dan digigit ular berbisa.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Peladang Kawasan Slim River/Tanjung Malim telah mengorak langkah dalam mengeluarkan bahan makanan iaitu Betik Esotika II. Projek ini telah diusahakan pada tahun 2008 di Kampung Sungai Dara, Tanjung

Page 11: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

Lahir Peladang Progresi f 11

Solo. Pada tahun 1991, MARDI memperkenalkan Eksotika II yang bersaiz lebih besar (600-1000g) dan menpunyai rupa fizikal yang lebih bersih dan menarik.

Pokok Betik Esotika sesuai ditanam di kawasan 1200 meter dari aras laut. Tumbuhan ini memerlukan taburan hujan yang sama rata sepanjang tahun. Ia akan mula berbuah selepas 9 bulan ditanam di ladang. Kemudahan pengairan amat di perlukan kerana pokok betik tidak tahan kepada musim kemarau. Oleh itu tidak hairanlah mengapa pokok betik banyak terdapat di sekitar negeri Selangor, Johor, Perak dan Pahang kerana negeri-negeri ini menpunyai tahap taburan hujan yang tinggi.

Pokok Betik juga memerlukan tanah yang subur dan mengandungi Ph tanah 5.5-6.5 serta tanah gembur yang kaya dengan bahan organik. Penyediaan tanah perlu diambil kira kerana ia memerlukan dua pusingan pembajakan dan pengemburan 2.5 tan/ha baja ditabur keatas tanah untuk mengurangkan keasidan tanah.

Malim, Perak. Projek yang bersaiz 2 hektar ini adalah berstatuskan hakmilik ahli PPK. Projek ini bermodalkan sebanyak RM32 280.00, yang mana sejumlah RM30 000.00 daripada modal ini dibiayai oleh Lembaga Pertubuhan Peladang.

Kaedah pengurusan projek yang diguna pakai ialah seperti korporat/usahasama dengan swasta atau usahawan. Objektif utama projek Betik Esotika II ini ialah untuk memberi sumber pendapatan tetap kepada PPK supaya dapat berdikari dengan sendiri tanpa perlu bergantung dengan dengan pihak lain. Keuntungan yang diperolehi akan dinikmati oleh semua ahli dalam bentuk dividen serta dapat menjana peluang pekerjaan kepada generasi muda ahli PPK yang mahu menceburkan diri di dalam bidang pertanian ini.

Betik Esotika (Carica papaya Linn. Var. Eksotika) atau dikenali sebagai ”Mardi Backcross Solo” mula diperkenalkan pada tahun 1987 hasil kacukan antara Betik Subang 6 dan Hawaiian Sunrise

http: / /www.lpp.gov.my

Page 12: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

Beri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f1� Lahir Peladang Progresi f1�

Selepas kesemua peringkat ini selesai, barulah proses penanaman betik dilakukan. Kawalan rumpai juga amat penting kerana apabila rumpai tidak dikawal ia akan menyerap segala nutrien daripada baja yang terdapat di sekeliling pokok betik tersebut.

Pokok betik juga tidak terlepas daripada serangan penyakit. Antara penyakit yang sering menyerang pokok betik ialah penyakit Antraknos (Colletotrichum Gleosporioides), Reput Akar (Phytopthora) dan Daun Berumpun serta Kerekot (Cladosporium Oxysporum).

Buah betik boleh dituai pada peringkat umur 150-164 hari selepas bunga kembang. Oleh sebab peringkat kematangan betik sangat berkait rapat dengan perubahan warna kulit buah, penuaian sering dilakukan berdasarkan indeks warna buah tersebut. Buah betik boleh dituai apabila terdapat perubahan warna pada kulit buah. Perubahan warna kulit buah ini biasa berlaku di bahagian lurah pada hujung buah.

INDEKS WARNA 1 - Berwarna hijau sepenuhnya- Belum matang, tidak akan masak sepenuhnya INDEKS WARNA 2 - Berwarna hijau dengan sedikit kesan kekuningan - Sesuai untuk pasaran eksport

INDEKS WARNA 3 - Warna kulit lebih hijau daripada kuning - Sesuai untuk pasaran eksport

INDEKS WARNA 4 - Warna kulit lebih kuning daripada hijau - Sesuai untuk pasaran tempatan

INDEKS WARNA 5 - Kulit berwarna kuning dengan kesan kehijauan - Sesuai untuk pasaran tempatan

INDEKS WARNA 6 - Kulit berwarna kuning sepenuhnya - Masak sepenuhnya

Kaedah pemasaran yang diguna pakai oleh PPK dalam memasarkan buah Betik Esotika ini adalah dengan menggunakan khidmat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan syarikat swasta. PPK berharap projek ini akan memberikan hasil yang dapat memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan serta menjadikan PPK sebagai pengeluar betik berkualiti tinggi, berdaya saing dan dapat memenuhi keperluan makanan negara.

Page 13: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

Lahir Peladang Progresi f 1�

Pusat Pemprosesan Buah-Buahan (DVFC)

MASALAH lambakan buah mempelam telah berlaku pada tahun �00� dan untuk

mengurangkan masalah ini serta menstabilkan harga maka Kerajaan Negeri telah meminta agensi yang terlibat dapat menwujudkan Pusat Pemprosesan Produk berasaskan mempelam, nenas, buah epal dan lain-lain yang bersesuaian dengan permintaan pelanggan.

Kerajaan Negeri Perlis telah mengisytiharkan bahawa Negeri Perlis akan dijadikan Negeri Pengeluar Utama Mempelam pada masa akan datang. Bagi mencapai matlamat tersebut, program penanaman dan pemulihan telah dilaksanakan dimana matlamat keluasan menjelang tahun �01� ialah �6�� hektar. Jenis tanaman yang diberi keutamaan ialah sala seluas �00� hektar dan Harumanis seluas �7� hektar dan cok anan atau lain-lain varieti seluas �57 hektar.

Pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengambil inisiatif dengan membentuk

Menambah peluang untuk meningkatkan pendapatan.Memperkukuh masyarakat setempat dengan aktiviti sosio-ekonomi yang berdaya maju dan;Mencipta identiti sesebuah daerah melalui satu atau dua produk/perkhidmatan yang mempunyai nilai ekonomi serta boleh berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Jawatankuasa Teknikal yang di pengerusikan oleh Y.B Exco Pertanian dan Industri Asas Tani dan di anggotai Jabatan dan Agensi terlibat untuk membina Pusat Pemprosesan Buah-buahan (DVFC). Pusat pemprosesan ini adalah kesinambungan daripada program SDSI yang mula digerakkan dalam Rancangan Malaysia Ke Enam (RMK-6) iaitu pada tahun 199�. Di mana objektifnya menjadikan usahawan yang berjaya tetapi lebih jauh sasarannya iaitu:-

Oleh:Shahzunizam Zulkafli (LPP Ibu Peejabat)

http: / /www.lpp.gov.my

Page 14: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

Beri ta Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresi f1�

Pusat Pemprosesan Buah-buahan ini berkemampuan untuk memproses produk- produk lain yang boleh meningkatkan pen-dapatan peladang. Ia dibina di atas tanah milik Pertubuhan Peladang Kawasan Paya Perlis Indera Kayangan. Pusat ini telah dibina pada 18 Disember �006 dan siap pada 1� Mei �008. Kos yang telah dibelanjakan melebihi RM 1 juta ringgit. Kos ini temasuklah kos pembinaan, peralatan dan mesin yang digunakan.

Pusat yang di bina ini telah menarik minat usahawan dari sekitar negeri Perlis untuk turut sama menjayakan pusat ini. Dailyfruit Trading & Marketing Sdn Bhd yang diterajui oleh En Saidi Bin Ahmad telah diberi kepercayaan yang sepenuhnya di dalam mengendalikan aktiviti di pusat ini. Beliau telah mengupah beberapa orang pekerja bagi memproses buah-buahan untuk di jadikan chips. Segala aktiviti pemprosesan akan dilakukan oleh syarikat ini manakala PPK hanya menyelia segala aktiviti di pusat tersebut termasuklah menyelaras kepada pembekalan bahan mentah kepada usahawan dan aktiviti pemasaran.

Pusat ini lebih menumpukan pengeluaran chip daripada buah-buah seperti Nangka Madu, Cendawan, Betik, Nenas, Ubi Vitato dan Sayur-sayuran berserat seperti kacang panjang, bendi dan lain-lain. Bahan-bahan mentah diperolehi dari Pertubuhan Peladang Kawasan usahawan yang mengusahakannya yang berdekatan.

Proses didalam menyediakan chip ini mengambil masa beberapa jam sebelum chip ini benar-benar ‘masak’. Proses ini merangkumi beberapa peringkat seperti pengupasan kulit untuk diambil isinya, membasuh, buah distimkan dan proses membuang minyak. Proses yang terakhir adalah ianya dibungkus serta dilabelkan untuk di pasarkan kepada pengguna.

PPK Paya turut dibantu oleh MARDI di dalam pengembangan produk bahan mentah, dokumentasi, formulasi, analisa, pembangunan SOP dan FAMA sebagai penasihat didalam penjenamaan promosi, pemasaran serta pengiklanan.

Page 15: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

http: / /www.lpp.gov.my

Lahir Peladang Progresi f 15

Di dalam mempromosikan produk pemprosesan ini, PPK Paya telah menyertai beberapa ekspo seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA), Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri (HPPN), Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), Ekspo-Ekspo Usahawan dan Tempahan dari Jabatan dan Agensi Kerajaan.

PPK dan usahawan pemprosesan chips berharap dapat membantu usahawan-usahawan dalam meningkatkan taraf hidup, ini juga dapat menaikkan martabat Lembaga Pertubuhan Peladang di mata petani. Apa yang penting kerja sama antara pegawai dan usahawan PPK adalah landasan yang paling terbaik didalam mencapai objektif yang sebenarnya sebagai mana terbinanya Pusat Pemprosesan Buah-Buahan ( DVFC ) ini.

Mempelam

Nenas

Cendawan

Betik

Epal

Bahan mentah

1�0 kg

�00 kg

90 kg

100 kg

90 kg

Isi buah

80 kg

80 kg

80 kg

80 kg

80 kg

Chips

16 kg

16 kg

�0 kg

�0 kg

15 kg

% ( CR )

1�.�

8.0

��.�

�0.0

16.7

Kapasiti Pengeluaran :

Page 16: Bil 06 / 2009 Edisi JUN103.8.163.254/document/upload/xqKfdlc58SngJEuKbcTUr1...sesuatu bidang merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan seseorang individu. Bagi Mohd Shafiq

16 Lahir Peladang Progresi f

Beri ta Transformasi Pertanian

Penaung Puan Hajah Mariam Mas binti Yaacob

Penasihat Haji Arpan Shah bin Satu

Haji Ramli bin Salikan

Ketua Pengarang Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail

Penyunting Shahzunizam bin Zulkafli

Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,50990 Kuala Lumpur.

Grafik/IllustratorKamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari di

http://www.lpp.gov.my

Vermikompos (Baja Kompos) sesuai untuk semua jenis tanah. Ia berfaedah pada pokok buah-buahan dan tanaman disebabkan mengandungi zat makanan yang lengkap untuk pertumbuhan pokok dengan

menggunakan kaedah yang betul serta memberi kesan kepada peningkatan kesuburan tanah.

VERMIKOMPOS (BAJA KOMPOS)

Untuk Tempahan Dan Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN LUBUK BATU06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

Tel : 04 - 9170601 Faks : 04 - 9172216

Penaung Puan Hajah Mariam Mas binti Yaacob

Penasihat Haji Arpan Shah bin Satu

Haji Ramli bin Salikan

Ketua Pengarang Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail

Penyunting Azizan bin Haji Othman

Shahzunizam bin Zulkafli

Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,50990 Kuala Lumpur.

Grafik/IllustratorKamaruzzan bin Hanif

Grafik/IllustratorKamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari di

http://www.lpp.gov.my