biduan negara datuk ahmad jais

1
BIDUAN NEGARA DATUK AHMAD JAIS Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio-radio Malaysia Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 March 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin. ada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960. Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan itu yang membantah apabila dia ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais merupakan penyandang gelaran. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura. Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang. Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang- renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang- senang kemudian, Kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman. Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan. Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunun Intan (Kartina Dahari) Pada 11 Oktober 2011, Datuk Ahmad Jais telah meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat menghidap penyakit lelah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.30 pagi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam, Selangor. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor selepas Solat Zohor. Sebelum itu Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas. P

Upload: nurul-najwa-ahmad

Post on 04-Sep-2015

42 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Biduan Negara Datuk Ahmad Jais

TRANSCRIPT

  • BIDUAN NEGARA DATUK AHMAD JAIS

    Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah

    seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam

    bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu

    di radio-radio Malaysia Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28

    March 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula

    menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

    ada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum

    bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage

    dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila

    memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960. Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan

    itu yang membantah apabila dia ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais

    merupakan penyandang gelaran. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu

    Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura. Pada tahun 1962, Ahmad Jais

    kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau

    pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.

    Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-

    renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-

    senang kemudian, Kerjaya nyanyian Ahmad

    Jais mula terbuka luas apabila beliau

    mendapat peluang menjadi penyanyi

    undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang

    membuat persembahan di Panggung Victoria.

    Pada zaman itu, panggung terbabit sering

    menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan.

    Ternyata kehebatan suaranya sewaktu

    menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui

    tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said

    yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

    Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi

    penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan

    muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati

    Putih. Akhirnya namanya mula menjadi

    sebutan. Selain menyanyi secara solo, Ahmad

    Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama

    pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah

    Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun

    Segunun Intan (Kartina Dahari)

    Pada 11 Oktober 2011, Datuk

    Ahmad Jais telah meninggal

    dunia pada usia 75 tahun

    akibat menghidap penyakit

    lelah. Allahyarham

    menghembuskan nafas

    terakhir pada jam 9.30 pagi di

    Pusat Perubatan Darul Ehsan

    (DEMC) Shah Alam,

    Selangor. Jenazah

    Allahyarham telah selamat

    dikebumikan di Tanah

    Perkuburan Islam Seksyen 21,

    Shah Alam, Selangor selepas

    Solat Zohor. Sebelum itu

    Allahyarham dimasukkan ke

    unit rawatan separa rapi di

    pusat perubatan itu pada 25

    September lalu selepas

    mengalami masalah sesak

    nafas.

    P