bidalan

11
Bidalan 1. Bidalan ialah peribasaha yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis. 2. Bagaimanapun bdalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. 3. Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap diguanakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Contoh bidalan: Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Maksud lapis pertama jelas dan maksud lapis kedua merujuk orang yang sedikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, Baik juga negeri sendiri. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Jikalau beranak, ikut kata bidan. Koleksi Bidalan Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha Alur bertempuh, jalan berturut Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai Lebih baik bekerja di bawah pimpinan ketua yang berpengalaman Belum duduk sudah berlunjur Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira Berbuat di alang, belayar di luar musim Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai

Upload: guru

Post on 31-Jul-2015

74 views

Category:

Art & Photos


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bidalan

Bidalan

1. Bidalan ialah peribasaha yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.2. Bagaimanapun bdalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama.3. Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap diguanakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.

Contoh bidalan:

Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalanJika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Maksud lapis pertama jelas dan maksud lapis kedua merujuk orang yang sedikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, Baik juga negeri

sendiri.Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.Jikalau beranak, ikut kata bidan.

Koleksi Bidalan

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha

Alur bertempuh, jalan berturutMelakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim

Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumutSeseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan

Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandaiLebih baik bekerja di bawah pimpinan ketua yang berpengalaman

Belum duduk sudah berlunjurBelum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira

Berbuat di alang, belayar di luar musim Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai

Page 2: Bidalan

Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilangBerhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain

Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengarPerlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu

Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak

Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masakMembuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap

Berkaul pada keramat Meminta sesuatu hendaklah kena pada tempatnya

Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudianMembuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian

Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orangMembetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain

Bertanjak baharu tinjau Membuat kerja mengikut aturan

Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai Kalau membuat kerja, hendaklah dikaji dahulu dan lakukannya sampai selesai

Biar alah sabung, asalkan menang sorakTewas dalam perlawanan namun masih bercakap besar

Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal

Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah

Biar genting, jangan putus Biar rugi sedikit daripada rugi banyak

Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas

Page 3: Bidalan

Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat

Biar lambat asalkan selamat Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati

Biar luka di dada, jangan luka di belakang Biar kalah selepas berlawan daripada kalah kerana melarikan diri

Biar mati anak jangan mati adat Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban

Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendingBiar mati mempertahankan kehormatan daripada mati dalam kehinaan

Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma Biar mati kerana membuat kebaikan danipada mati kerana membuat kejahatan

Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut Menyimpan rahsia

Biar penat badan, asalkan hati suka Seronok membuat sesuatu kerja walaupun kerja itu susah

Biar putih tulang jangan putih mata Sanggup mati daripada menyerah kalah

Biar senget, jangan tertiarapBiar rugi sedikit danipada rugi banyak

Biar titik, jangan tumpah Biar rugi sedikit jangan rugi banyak

Buang yang keruh, ambil yang jernih Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba

Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakatSesuatu masalah dapat diatasi jika pihak-pihakyangterlibat bersedia untuk berunding

Page 4: Bidalan

Cermat masa banyak, jimat masa sedikit Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu

Cicir dipungut, hilang dicarijangan melakukan pembaziran

Dalam berselam, cetek bertimba Sesuaikan sesuatu dengankeadaan

Daripada bersahabat dengan orang bebal, lebih baik berseteru dengan orang berakal Bermusuh dengan orang pandai lebih elok daripada berkawan dengan orang yang bodoh

Daripada cempedak baiklah nangkaLebih baik ada daripada tiada langsung

Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bungaDaripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik

Daripada hidup bercermin bangkai, Iebih balk mati berkalang tanahLebih baik mati danipada hidup menanggung malu dan kehinaan

Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapangPendapat ramai lebih baik daripada pendapat individu

Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal matijika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati

Elok lenggang di tempat datar Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya

Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? Sesuatu yang telah dilakukan tidak dapat ditarik semula

Gara-gara kata gelegar, rasuk juga yang menahannya Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang

Genggam bara api biar sampa jadi arang Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekenjaan itu sehingga benjaya

Page 5: Bidalan

Habis akal, baru tawakal Sesudah habis segala khtiar barulah berserah kepadaTuhan

Habis alur maka beralu-alu Jika persetujuan tidak dapat dicapal melalui rundingan, barulah gunakan paksaan

Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga Budi baik seseorang tidakakan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia

Hempas tulang berisi perut Hidup akan senang jika rajin bekerja

Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupaiHendak mempelajari sesuatu bidang, belajarlah dengan orang yang mahir dalam bidang itu

Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasaBerbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat

Hilang geli kerana geletek Sesuatu yang sudah biasa tidak berbekas kepada kita

Hujan tidak sekali jatuh, simpai tidak sekali erat Sesetengah pekerjaan tidak mungkin dapat diselesaikan sekali gus

Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta

Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing

Jalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah Berhati-hati dalam semua perkara

Jangan bagai orang patah selera, banyak makan Pura-pura tidak mahu tetapi dalam hati sangat suka

Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan

Jangan berebutkan tembikar pecah Jangan berkelahi kerana berebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya

Page 6: Bidalan

Jangan bermain di air keruh Jangan ditiru perbuatan yang buruk

Jangan buat kerbau tanduk panjang Jangan campuri urusan oràng lain

Jangan dibangunkan kucing tidur Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa

Jangan dibiarkan sampai naik ke mata Sesuatu perkara yang tidak balk jangan dibiarkan sampal melampaul batas

Jangan didengarkan siul ular Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh

Jangan difikir air pasang sahaja Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik

Jangan difikir bengkok tebu, bengkok pula manisnya Jangan disangka bahawa idea yang dikemukakan oleh orang yang jahat itu tidak baik

Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru

Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus, genting Perbuatan yang tidak baik (jahat) jangan dibiasakan

Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak

Jangan lemparkan pancing tiada berumpan Sia-sia mengharapkan sesuatu kalau tidak cukup syarat

Jangan mengukur baju orang di badan sendiri Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri

Jangan puntung berasap jua Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, Jangan diungkit-ungkitkan lagi

Jangan tercirit di periuk Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang

Page 7: Bidalan

Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan Mendengar nasihat pakar

Jika takut kamu dibenci orang, jangan kamu memerintah Jika menjadi ketua, akan ada orang yang membenci kita]

Jikalau menampi, jangan tumpah padinya Berhati-hati apabila memilih sesuatu supaya tidak terbuang apa-apa yang baik atau bergunaJikalau tidak dapat dibaiki, janganlah dipecahkan Perkara yang tidak dapat kita selesaikan, janganlah kita kusutkan

Kail panjang sejengkal,jangan lautan hendak diduga Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan

Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan

Kalau pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya Kerja yang dimulai jangan dibiarkan terbengkalai

Kerana sabut tebal, tempurung pun jadi kebal Hidup akan senang jika kita banyak mempunyai kawan

Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang baik

Kusut di hujung balik ke pangkal Apabila bendepan dengan masalah, carilah puncanya

Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan Jangan cepat percaya akan kata-kata manis orang dan jangan pula cepat menyanggah kata-kata kesat orang

Lembu dogol jangan dibalun Jangan mengganggu orang yang tidak melawan kerana jika dia melawan berbahaya

Mamah dulu baru telan Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ

Page 8: Bidalan

Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika merantau ke negara asing, hendaklah melakukan perkara yang benguna dan tidak membuang masa begitu sahaja

Mengais hendaklah berkuku Hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mencari kerja

Mengambil contoh kepada orang yang sudah mengambil tuah kepada yang menang Mengambil teladan yang baik daripada pengalaman lalu ketika membuat sesuatu kerja

Naik tangga dari bawah Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba

Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai Hidup akan senang jika kita berjimat cermat

Ombak yang kecil jangan ditidakkan Jangan mengabaikan perkara yang kecil

Orang tempang jangan dicela, ingat-ingat hari belakang Jangan mencela kesusahan yang dihadapi oleh orang lain kerana nasib diri sendiri tidak diketahui bentuknya

Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang Cita-cita tidak akan tercapal jika malas berusaha

Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya

Pukul anjing tengok-tengok tuannya Berhati-hati sebelum melakukan sesuatu

Sampah jangan ditendang disepak Jangan menghina orang yang miskin

Sarang tebuan jangan dijolok

Page 9: Bidalan

jangan sengaja mencari kesusahan

Sediakan payung sebelum hujan Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan

Segan berkayuh perahu hanyut Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain Tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaan

Sempit bertimpuh, lega berlunjur Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan dengan pendapatan

Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan untuk menang

Sudah calit, jangan palit[Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan

Sungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terhempas Hendaklah mengkaji sesuatu kerja dengan teliti dari awal sampai akhir supaya dapat dilakukan dengan selamat dan sempurna

Tak boleh dibaiki, jangan dipecahkan Jika kita tidak tahu membuat sesuatu, jangan menghalang orang lain untuk mencubanya

Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga Jika sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur

Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang Jangan harapkan bantuan orang untuk berjaya

Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam pekerjaannya

Tali jangan putus, kaitan jangan sekah Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana dan adil

Page 10: Bidalan

Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampal landak ditendang Jangan hina orang kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita

Tercicir harus dibaliki Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan

Tertumbuk biduk diketokkan, tertumbuk kata difikiri Kalau kita bertemu dengan jalan buntu ketika mengerjakan sesuatu, hendaklah kita cari jalan lain untuk mengatasinya]

Yang baik dipakai, yang buruk dibuang Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana]

Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi Membuat kerja biarlah sempurna jadinya]