bhgn c baru

16
1.0 PENGENALAN Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawnan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur- sayuran. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur- unsur keusahawanan semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak. Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai, mengendali 1

Upload: azirawaty

Post on 03-Oct-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rbt

TRANSCRIPT

AZIRAWATY BINTI RAMLI ( 810729-09-5038)

1.0 PENGENALANKemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawnan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini.Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak.Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli.Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan. Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0Perancangan dan pengurusan bengkel.Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas, penyusunan ruang untuk peralatan utama, penyusunan perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan penggunaan warna di dalam bengkel. Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan alatan dan bahan yang meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan (perancangan pembelian alat, pemilihan alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan; kaedah penyusunan dan penyimpanan alat; dan kawalan alatan). Pengurusan bengkel memerlukan guru-guru yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini akan menyebabkan beban guru kemahiran Kemahiran Hidup Bersepadu bertambah. Di samping itu juga, pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang perlu ditekankan kerana aktiviti-aktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja dan kepuasan kepada perlaksanaan program dan pengguna.Bengkel kemahiran hidup terbahagi kepada tiga bengkel utama iaitu bengkel kemahiran manipulatif, bengkel pertanian dan bengkel ekonomi rumah tangga. Di antara ketiga-tiga bengkel ini, bengkel kemahiran manipulatif yang paling banyak komponen dan paling sukar penyenggaraannya kerana ia mempunyai pelbagai alatan, bahan dan mesin. Di samping itu, bengkel kemahiran manipulatif turut dipecahkan kepada empat jenis bengkel iaitu bengkel kerja kayu dan logam, bengkel kerja paip asas, bengkel elektrik dan elektronik serta bengkel enjin (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam perancangan dan pengurusan bengkel ini. Antara aspek-aspek tersebut ialah ruang, susun atur, keselamatan, tugas pelajar, organisasi stor dan penyenggaraan bengkel.Ruang ialah saiz bengkel yang bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan di dalamnya. Keluasan bengkel yang sesuai ialah 20 meter x 25 meter. Antara ciri-ciri keluasan bengkel yang sesuai ialah ia boleh menampung bilangan pelajar seramai 20 orang atau lebih serta membolehkan seseorang murid bergerak bebas semasa berada di dalam bengkel. Lantai bengkel juga mestilah diperbuat daripada bahan tahan lasak, mudah dibersihkan dan tidak menampung habuk serta tidak licin. Selain itu juga bengkel tersebut perlulah mempunyai tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanyak mungkin serta pengudaraan yang bebas serta mempunyai pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa kecemasan. Meja kerja yang digunakan juga hendaklah tahan lasak berukuran di antara 1.2M x 1.5M dan tinggi 0.9M. Dalam bengkel ini juga hendaklah mempunyai bekalan asas seperti bekalan elektrik bagi pencahayaan dan soket kuasa serta bekalan air siap dengan pili dan singki bagi pencucian serta mempunyai sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek.Susun atur bengkel perlu kemas dan lengkap supaya kerja-kerja dapat dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan kerosakkan harta benda. Susun atur bengkel yang baik adalah seperti rak-rak dan panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan, rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan dengan baik, rak-rak bahan bantu mengajar yang kemaskini dan pelbagai. Ini akan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan. UTAMAKAN KESELAMATAN sebagai teras amalan bagi memastikan kerja-kerja di bengkel dapat dilakukan dengan lancar dan selamat. Aspek keselamatan yang dititikberatkan ialah dengan menyediakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi badan, mempunyai alat pemadam api yang berfungsi, menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan, serta memaparkan nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis dan lain-lain

Penggunaan bahan danalatanperlu mendapatbimbingan daripada guru sebelum murid boleh menggunakannya. Penggunaan alatan yang teratur danbetul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak. Selain itu, perancangan penggunaan alatan dan bahan hendaklah teliti sebelum memulakan sesuatu projek. Alatan hendaklah dibersihkan dandipulangkan kembali kestor setelah selesai menggunakannya. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah danberbahayaperlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru. Murid juga hendaklahberhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatandi bengkel KH. Rajah dibawah menunjukkan susunan peralatan pertukangan pada kedudukan asalnya di dalam bengkel.

Tugas pelajar adalah para pelajar akan dilantik untuk memegang beberapa jawatan penting di dalam bengkel. Antara jawatan yang dipegang oleh pelajar ialah ketua formen, ketua kebersihan, ketua alatan, ketua projek dan ketua keselamatan. Tugas Ketua formen adalah bertindak sebagai Ketua Kelas dan bertanggungjawab terus kepada guru Kemahiran Hidup serta memastikan semua penolong-penolong di bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan dan melaporkan kepada guru berkenaan kejadian seperti kemalangan, alat-alat yang rosak atau hilang. Ketua Kebersihan pula bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya empat atau lima orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan membuang sampah dari tong sampah, memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir serta melaporkan kepada Ketua Formen berkenaan kerja-kerja pemberihan yang dibuat.Tugas Ketua Alatan adalah bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya mengagihkan alatan kepada pelajar-pelajar, memungut semula alatan dan meletakkannya pad arak panel alatan serta melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat alatan yang rosak, patah ataupun hilang. Ketua Projek pula bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya bagi mengedarkan bahan projek kepada pelajar-pelajar semasa kelas dimulakan, memungut semula projek terutama yang masih belum siap dan dimasukkan semula ke dalam rak projek/ almari/ tempat penyimpanan projek belum siap serta melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat projek yang rosak, pecah ataupun yang hilang. Manakala tugas Ketua Keselamatan ialah bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya bagi memastikan bengkel dalam keadaan selamat, memastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan kipas ditutup, plag kuasa dimatikan dan ditanggalkan dari soket, melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat tingkap yang pecah, kunci pintu yang rosak atau terdapat suis, kabel elektrik yang putus atau tanggal dari peralatan atau mesin elektrik serta memastikan pili air ditutup ketat.Ketua Panitia adalah berperanan membentuk Organisasi panitia mereka. Begitu juga dengan Panitia Kemahiran Hidup. Di peringkat Jawatankuasa Induk, biasanya akan disediakan oleh Guru Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum. Organisasi Panitia adalah sangat penting kerana jawatankuasa yang membentuk organisasi ini akan menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka berdasarkan jawatan yang dipegang oleh mereka. Contoh Organisasi Panitia Kemahiran Hidup adalah seperti berikut:

GURU BESAR

GURU PENOLONG KANAN ( AKADEMIK )

KETUA PANITIA

GURU KEMAHIRAN HIDUPGURU KEMAHIRAN HIDUPGURU KEMAHIRAN HIDUP

2.0 PENYENGGARAAN BENGKEL

Penyelenggaraan bengkel boleh didefinasikan sebagai menjalankan kerja-kerja merancang dan mengurus aktiviti penyenggaraan manakala penyenggaraan boleh ditakrifkan sebagai melakukan aktiviti menjaga atau menservis sesuatu perkakasan, alatan, mesin mudah alih, perabot atau bangunan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna. Proses penyenggaraan bengkel boleh dikelaskan kepada dua bahagian utama iaitu jenis-jenis senggaraan dan langkah-langkah kawalan senggaraan. Antaranya ialah senggaraan kawalan di mana yang paling berkesan kerana senggaraan ini dilakukan sebelum peralatan, mesin dan bangunan menjadi rosak. Ia dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa mengikut jadual senggaraan yang telah ditetapkan. Senggaraan ini lebih mahal untuk dilakukan kerana kerja senggaraan yang berterusan tetapi untuk jangka masa panjang, cara ini menguntungkan kerana kerosakan yang besar dapat dielakkan.Senggaraan kawalan meliputi reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan yang digunakan, pemeriksaan logi dan alatan mengikut jadual untuk mengelakkan kerosakkan daripada berlaku, membuat servis, baik pulih dan penjagaan alatan supaya sentiasa sempurna serta pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan dan perlindungan seperti mengecat peralatan dan bangunan.Senggaraan pembetulan ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan itu rosak. Kerja-kerja senggaraan ini tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan yang berlaku. Biasanya senggaraan ini dilakukan ke atas peralatan yang kecil dan yang tidak digunakan terlalu kerap. Walaupun kos senggaraan jangka pendek adalah rendah, namun untuk jangka masa panjang ia mungkin menjadi terlalu tinggi. Manakala senggaraan ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut jangkaan kerosakan. Biasanya peralatan seperti alat penganalisis gegaran dan amplitude, tolok audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu serta tolok rintangan digunakan untuk meramal kemungkinan berlakunya kerosakan.

3.0 PELAN LANTAIReka bentuk bengkel di semua sekolah adalah hampir sama. Ruang yang agak terhad membuatkan bengkel kelihatan agak sesak apabila ke semua murid yang seramai 40orangmemasuki bengkel. Oleh itu setiap bengkel Kemahiran Hidup perlulah mempunyai pelan lantai bagi memastikan keselesaan setiap murid apabila berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Sistem pencahayaan dan pengudaraan di bengkel juga perlulah lebih selesa. .Setiap kali bengkel digunakan, lampu hendaklah sentiasa dipasang untuk pencahayaan yang lebih terang. Contoh pelan lantai bengkel Kemahiran Hidup adalah seperti berikut :-

Contoh pelan lantai bengkel Kemahiran Hidup

4.0 KESIMPULANAdalah menjadi matlamat dan kehendak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif dan berilmu pengetahuan. Oleh itu, selain penerapan nilai-nilai murni dalam setiap matapelajaran, aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran murid adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Tujuan utama mata pelajaran Kemahiran Hidup dibentuk adalah untuk membekalkan murid dengan kemahiran-kemahiran asas praktik, membina sikap berdikari dan keyakinan dalam melaksanakan urusan harian serta pembentukan inisiatif dan peluang yang ada padanya dengan bijaksana.Sebagai seorang guru Kemahiran Hidup, hendaklah sentiasa menambahkan pengetahuan dan kemahiran pengajarannya misalnya, aspek pengurusan bengkel, kemahiran menggunakan alat tangan dan mesin adalah amat penting. Hal ini adalah kerana mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu cabang pendidikan teknik dan kejuruteraan, yang mementingkan kerja-kerja amali yang merangkumi bidang kemahiran teknologi pada peringkat asas. Tujuan utama matapelajaran Kemahiran Hidup dibentuk adalah untuk membekalkan murid dengan kemahiran-kemahiran asas praktik, membina sikap berdikari dan keyakinan dalam melaksanakan urusan harian serta pembentukan inisiatif dan peluang yang ada padanya dengan bijaksana.Setiap murid juga perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan peralatan sebelum memasuki bengkel. Hal ini kerana kemahiran merupakan suatu yang penting kerana tanpa kemahiran murid mungkin akan melakukan kesilapan ketika membuat kerja amali di dalam bengkel. Ini akan mendedahkan murid kepada risiko dan seterusnya kepada kemalangan. Murid juga perlulah mendengar arahan yang telah diberikan oleh guru bagi mengelakkan kemalangan berlaku di dalam bengkel. Selain itu juga murid-murid hendaklah mematuhi peraturan yang telah disediakan ketika berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup.Sebelum kerja atau benda yang hendak dilaksanakan, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu faham dan mempunyai pengetahuan tentang apa yang hendak dilakukan supaya hasil kerja yang diperoleh lebih bermakna dan bermutu. Lebih-lebih lagi sesuatu kerja melibatkan penggunaan peralatan tangan atau mesin yang mana sekiranya tidak dapat mengawal atau menggunakannya dengan betul akan mendatangkan kesulitan serta keburukan kepada pekerja itu sendiri atau benda yang hendak dihasilkan.

5.0 REFLEKSI

Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan kumpulan bagi subjek RBT 3117 iaituPendidikanKemahiran Hidup Sekolah Rendah yang telah diberikan ini. Tugasan ini banyak menguji saya dari pelbagai sudut dan aspek pemikiran dan kemahiran, terutamanya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sesungguhnya, melalui tugasan ini saya dapat pelajari banyak perkara seperti pembahagian masa dalam membuat tugasan ini dan seiring dengan tugasan yang lain. Selain itu, saya jugadapat pelajari erti kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang telah diamanahkan. Melalui tugasan ini juga, saya juga dapat meningkatkan kemahiran mencari maklumat serta penggunaan ICT dalam perlaksanaan tugasan. Sebelum memulakan tugasan ini,saya berasa agakberat untuk melakukannyakerana agakkurang faham dan mengalami masalah ketika ingin mencari bahan dan mengolah bahan yang telah diperolehi. Walau bagaimana pun, dengan kerjasama dan tunjuk ajarpensyarah serta rakan-rakan seperjuangan yang lain, saya dapat memahami konsep yang diperlukan dalam tajuk tugasan kemahiran hidup ini ini dengan baik dan lebih bersemangat dan gembira dalam melaksanakan tugasan kerja kursus ini. Semoga segala usaha yang telah saya laksanakan mendapat berkat dan hidayah daripadaNya. Daripada tugasan ini saya dapat mempelajari banyak perkara mengenai strategi, kaedah dan teknik pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Selain itu juga, saya juga dapat memantapkan lagi pengajaran dengan adanya slide power point sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya bahan bantu mengajar ia dapat mempengaruhi minat murid bagi meneruskan tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran.

1