bfhi

Upload: prisma1

Post on 09-Mar-2016

173 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Baby Friendly Hospital Initiative

TRANSCRIPT

  • HOSPITAL WANITA DAN

    KANAK- KANAK SABAH

    ( HOSPITAL RAKAN BAYI )

  • Apakah Hospital Rakan Bayi?

    ( Baby Friendly Hospital )

    Hospital Rakan Bayi adalah sebuah hospital yang mempunyai polisi dan

    kakitangan yang bersungguh-sungguh membantu dalam

    penyusuan susu ibu.

  • POLISI PENYUSUAN SUSU IBU

    MALAYSIA

    SEMUA IBU DIGALAKKAN MENYUSUI ANAKNYA DENGAN SUSU IBU S AHAJA DARI LAHIR

    SEHINGGA BERUMUR 6 BULAN DAN

    MENERUSKANNYA SEHINGGA ANAKNYA

    MENCAPAI UMUR 2 TAHUN. MAKANAN

    PELENGKAP PERLU DIBERIKAN MULAI UMUR 6

    BULAN.

    INI BERMAKNA DARI LAHIR HINGGA 6 BULAN BAYI :-

    - DIBERI SUSU IBU SAHAJA

    - TIDAK PERLU AIR ATAU SUSU TAMBAHAN.

    - TIDAK PERLU MAKANAN PELENGKAP.

  • 10 Langkah Ke Arah Menjayakan Penyusuan

    Susu Ibu Kenyataan bersama WHO / UNICEF ( 1989 )

    1. MENGADAKAN SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan susu ibu.

    2. MELATIH semua wargakerja dalam kemahiran yang

    diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.

    3. MEMBERITAHU semua ibu mengandung tentang

    kebaikan susu ibu.

    4. MEMBANTU ibu-ibu memulakan penyusuan dalam masa 1 jam selepas bersalin

  • 5. MEMBERI TUNJUKAJAR kepada para ibu mengenai

    cara penyusuan yang paling baik.

    6. MENENTUKAN bayi baru lahir TIDAK DIBERI

    minuman atau makanan selain susu ibu, melainkan

    atas sebab-sebab perubatan.

    7. Mengamalkan ROOMING IN dimana ibu dan bayi bersama setiap masa (24jam)

  • 8. MENGGALAKKAN penyusuan ibu mengikut

    KEHENDAK bayi.

    9. Menentukan bayi TIDAK DIBERI puting

    tiruan atau puting kosong

    10. MEMBANTU PENUBUHAN kumpulan sokongan

    penyusuan susu ibu dan rujuk kepada kumpulan

    ini apabila keluar dari hospital atau klinik.

  • Apakah Polisi Penyusuan

    Hospital Wanita &

    Kanak-Kanak Sabah ?

  • 1. Latihan Kakitangan

    Semua doktor dan jururawat di Hospital ini termasuk kakitangan wad Neonatal Intensive Care Unit mestilah menjalani latihan untuk mendapatkan

    kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan polisi

    ini.

    2. Pendidikan Ibu-ibu Mengandung dan Ibu-ibu

    Laktasi

    Semua ibu-ibu mengandung hendaklah diberitahu tentang kebaikan susu ibu,teknik yang

    betul dan cara untuk meneruskan laktasi oleh

    jururawat dan doktor hospital ini.

  • 3. Memulakan Penyusuan Semua Ibu akan diberi bayi mereka secepat

    mungkin selepas dilahirkan untuk sentuhan

    kulit dan mereka akan dibantu untuk memulakan

    penyusuan dalam masa1 jam selepas

    bersalin melainkan atas sebab-sebab kesihatan

    4. Minuman Sampingan Tidak dibenarkan lain-lain minuman diberikan

    kepada bayi sebelum penyusuan ibu dimulakan

    melainkan atas sebab-sebab kesihatan.

  • 5. Bayi Bersama Ibu (Rooming In ) Semua bayi normal hendaklah ditempatkanama

    ibu mereka pada setiap masa 24 jam sehari.

    6. Penyusuan Mengikut Kehendak Bayi dan Ibu

    ( Demand Feeding) Ibu digalakkan menyusu bayi mereka bila-bila masa sahaja

    mengikut kehendak bayi atau bilamana ibu merasa perlu

    untuk mereka menyusukan bayi mereka.

    Mereka juga perlu dibantu dengan cara positif.

  • 7. Penyusuan Sepenuhnya

    Semua bayi hendaklah diberi susu ibu sahaja sejak lahir

    hingga berumur 6 bulan Makanan atau minuman lain tidak

    benarkan diberi kepada bayi yang berumur dibawah 6 bulan ,

    melainkan atas sebab- sebab kesihatan.

    8. Meneruskan Penyusuan Ibu Ibu-ibu hendaklah digalakkan meneruskan penyusuan ibu dan

    mereka hendaklah diajar cara bagaimana hendak

    menyediakan dan mengenalkan makanan pelengkap kepada

    bayi setelah berumur lebih 6 bulan disamping meneruskan

    penyusuan ibu.

  • 9. Puting Tiruan Tidak dibenarkan memberi puting tiruan atau pacifiers ( yang

    juga dikenali sebagai dummies atau soother) kepada bayi. Dalam kes-kes tertentu bilamana complimentary feeding perlu diberikan, hendaklah menggunakan sudu atau cawan kecil.

    10. Memerahkan Susu Ibu

    Ibu ibu yang terpaksa dipisahkan dengan bayi mereka atau bayi mereka tidak dibenarkan menyusu ibu atas sebab-sebab

    tertentu, akan diajar bagaimana memerahkan susu ibu untuk

    meneruskan laktasi.Mereka juga akan diajar bagaimana

    menyusukan bayi mereka dengan menggunakan sudu atau

    cawan.

  • 11. Makanan Pelengkap

    Ibu-ibu hendaklah dinasihatkan supaya memberi

    makanan pelengkap kepada bayi-bayi mereka

    semasa berumur 6 bulan dan meneruskan

    penyusuan ibu sehingga bayi mereka berumur

    2 tahun.

    12. Bekalan Susu

    Hospital ini tidak dibenarkan menerima susu percuma dan juga bekalan subsidi susu gantian susu ibu dari

    mana-mana syarikat susu.Sekiranya Hospital ini

    memerlukan susu tersebut ia hendaklah melalui prosedur

    yang telah ditetapkan. Tidak ada perbincangan

    berkumpulan tentang penggunaan susu formula.

  • 13. Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi Dan Produk Berkaitan

    Tata Etika Produk Susu Formula Bayi yang dikeluarkan oleh

    Kementerian Kesihatan Malaysia hendaklah dipatuhi oleh

    semua kakitangan dan sekiranya ada yang melanggar etika

    tersebut hendaklah dilapurkan segera.

    14. Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hospital ini akan sentiasa berkerjasama dengan semua Pusat

    Kesihatan, Klinik Ibu dan Anak,Kota Kinabalu, serta kumpulan

    sokongan yang boleh membantu meneruskan perawatan kepada

    ibu-ibu yang menghadapi masalah penyusuan. Setiap ibu akan

    dirujuk kepada kumpulan tersebut bila keluar dari Hospital ini.

  • LANGKAH-LANGKAH

    KE ARAH

    MENJAYAKAN

    PENYUSUAN SUSU IBU

  • 1. Mendapatkan pengetahuan tentang

    penyusuan ibu semasa

    mengandung

  • 2. Kepentingan Penyusuan Susu Ibu

    Awal

    Semua ibu akan diberi bayi mereka

    secepat mungkin selepas dilahirkan

    untuk sentuhan kulit dan mereka akan

    dibantu untuk memulakan penyusuan

    secepat mungkin dalam masa I jam

    selepas bersalin melainkan atas

    sebab- sebab kesihatan.

  • 3. Menyusu bayi dengan cara

    penyusuan yang betul

    Posisi Penyusuan Ibu

    Pelekapan Penyusuan Ibu

  • 4. Minuman Sampingan

    ( Prelacteal Feeds)

    Tidak dibenarkan lain-lain minuman

    diberikan kepada bayi sebelum

    penyusuan ibu dimulakan melainkan

    atas sebab-sebab kesihatan.

  • 5. Bayi Bersama Ibu (Rooming In)

    Semua bayi normal hendaklah ditempatkan bersama ibu mereka pada

    setiap masa 24 jam sehari.

    .

  • 6. Penyusuan Mengikut Kehendak

    Bayi

    (Baby-led / Demand Feeding)

    Semua ibu digalakkan menyusu

    bayi mereka bila-bila masa sahaja

    mengikut kehendak bayi atau

    bilamana ibu merasa perlu untuk

    mereka menyusukan bayi mereka.

    Mereka juga perlu dibantu dengan

    cara positif.

  • 7. Penyusuan Sepenuhnya

    Semua bayi hendaklah diberi susu

    ibu SAHAJA sejak lahir hingga

    berumur 6 bulan.Makanan atau

    minuman lain tidak dibenarkan diberi

    kepada bayi yang berumur dibawah

    6 bulan melainkan atas sebab-sebab

    kesihatan.

  • 8 . Bayi tidak diberi Puting Tiruan

    Tidak dibenarkan memberi puting

    tiruan atau pacifiers ( yang juga dikenali sebagai dummies atau soother) kepada bayi-bayi. Dalam kes-kes tertentu bilamana

    complimentary feeding perlu diberikan, hendaklah menggunakan

    sudu atau cawan kecil.

  • 9. Memerahkan Susu Ibu

    Ibuibu yang terpaksa dipisahkan dengan bayi mereka atau bayi mereka tidak dibenarkan menyusu ibu atas sebab-sebab tertentu hendak memerahkan susu ibu untuk mengelakkan bengkak payudara dan meneruskan laktasi.

  • 10. Dapatkan bantuan dari Kumpulan

    Sokongan Penyusuan Ibu

    Hospital ini akan sentiasa berkerjasama

    dengan semua Pusat Kesihatan / Klinik

    Ibu dan Anak Kota Kinabalu serta

    kumpulan sokongan yang boleh

    membantu meneruskan perawatan

    kepada ibu-ibu yang menghadapi

    masalah penyusuan. Setiap ibu akan

    dirujuk kepada kumpulan tersebut bila

    keluar dari Hospital ini.

  • KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

    UNTUK BAYI

    Air susu ibu yang dikeluarkan pada hari pertama hingga hari ketiga selepas bersalin dinamakan kolostrum dan sangat penting untuk kesihatan bayi kerana ianya mengandungi khasiat yang diperlukan dan juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan :-

    * Jangkitan telinga ( otitis media )

    * Alahan

    * Cirit birit

    * Jangkitan saluran pernafasan seperti Bronchitis dan

    radang paru-paru

    * Meningitis ( jangkitan selaput otak )

  • Selain dari itu susu ibu adalah baik untuk

    bayi anda kerana

    * Ia mudah dihadam

    * Ia tidak perlu dibancuh dan tidak memerlukan peralatan khas.

    * Ia mudah dan sentiasa ada

    * Ia tidak tercemar

  • KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU

    UNTUK IBU Penyusuan susu ibu juga membentu menjalinkan ikatan

    kasih sayang di antara anda dan bayi anda

    * Cepat pulih / rahim akan cepat mengecut * Cepat mengurangkan / menurunkan berat badan

    berlebihan

    * Kurang risiko mendapat barah ovari dan payudara

    * Menbantu menjarakkan kehamilan

    Faedah kesihatan apabila menyusukan bayi, adalah seperti berikut :-

  • PENYUSUAN SUSU IBU

    MENGIKUT KEHENDAK BAYI

    Tiada had bagi bayi disusukan

    * Penyusuan yang tiada had dan kerap boleh membantu menghindarkan ibu dari mendapat bengkak payudara dan penyakit yang berkaitan seperti penyakit kuning terutama pada hari pertama kelahiran.

    * Kekerapan bermaksud : Penyusuan diberi seberapa kerap yang bayi perlukan berdasarkan permintaannya ( sekurang-kurangnya setiap 1 hingga 3 jam iaitu 8 hingga 12 kali dalam 24 jam ).

    * Biarkan bayi menyusu bila-bila masa dan seberapa lama dia hendak.

    * Sekiranya bayi tidur terlalu lama, iu perlu mengejutkan bayinya

    untuk disusukan.

  • KEPENTINGAN ROOMING-IN

    * Meransang pengaliran dan pengeluaran susu

    * Meneruskan penyusuan susu ibu

    sepenuhnya

    * Mengeratkan hubungan ibu dan bayi

  • KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU

    SEBAIK SAHAJA SELEPAS BERSALIN

    Rangsangan awal untuk menggalakkan pengaliran susu secara berterusan

    Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya.

    Bayi mendapat cukup Kolostrum

  • BAGAIMANA MEMASTIKAN SUSU

    MENCUKUPI

    Bunyi bayi menelan susu semasa penyusuan

    Ibu terasa seakan susu mengalir di payudara

    Payudara terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas penyusuan

    Bayi menbuang air kecil 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam

    Bayi membuang air besar 4-8 kali dalam masa 24 jam

    Bayi tidur selepas menyusu

  • KEPENTINGAN PENYUSUAN UNTUK

    PERKEMBANGAN DAN TUMBESARAN BAYI

    Perkembangan otak bayi paling cepat pada pertama 2 tahun.

    Linoleic Acid

    AA

    DHA

    Cholesterol

    Cystine

    Taurine

    Ini adalah protein and fat untuk perkembangan otak bayi

    Perkembangan otak bayi mencapai 85%

    pada umur 4 tahun

  • KEPENTINGAN PENYUSUAN UNTUK PERKEMBANGAN DAN TUMBESARAN

    BAYI

    Bayi menghasilkan antibodi pertama pada umur 6 bulan

    Sistem pertahanan badan bayi menjadi matang pada

    umur 2 tahun

    Penyusuan susu ibu membantu bayi membina sistem pertahanan

    badan yang kuat.

  • ADAKAH BAYI YANG MENYUSU

    SUSU IBU PERLU AIR? Susu ibu - 88% air

    Eksklusif 10-12 kali /24 jam

    Air diperlukan untuk kumbahan lebihan solutes ( sodium,potassium, nitrogen )

    melalui air kencing

    Susu ibu kandungan solutes rendah

    Keperluan air rendah

    Kajian bayi tidak kekeringan walaupun pada suhu setinggi 22-41 c dan humiditi 9-

    96% rel/humiditi

  • BAHAYA AIR BAGI BAYI < 6 BULAN Risiko kurang zat makanan - Air mengantikan susu ibu - Bayi kenyang kurang menyusu - Kajian kehilangan berat badan minggu pertama- tinggi Risiko jangkitan meningkat - dedah kepada jangkitan dan pencemaran - Kejadian jaundis tinggi

    Risiko oral water intoxication - bagi bayi < 5 minggu , terlalu banyak air mencairkan sodium di dalam darah- simtom suhu badan rendah , bloating dan kekejangan

  • MESEJ KEPADA IBU TENTANG AIR

    Susu ibu cukup air

    Setiap kali menyusu dapat air melalui ibu

    Perut bayi kecil , jika banyak minum air, tidak banyak ruang untuk susu ibu yang berkhasiat.

    Apabila ibu rasa bayi dahaga , terus susukan bayi segera. Bayi akan dapat air yang diperlukan

    Bayi yang menyusu tidak sembelit dan tidak perlu lebih air.

  • JIKA ANDA PERLUKAN

    NASIHAT BERKAITAN

    PENYUSUAN SUSU IBU SILA

    HUBUNGI SEPERTI YANG

    BERIKUT :

  • 1. Kumpulan Sokongan Penyusuan

    Susu ibu Hospital Wanita &

    Kanak-Kanak Sabah

    2. Bilik Kaunseling Penyusuan Susu ibu

    HWKKS ( Waktu Pejabat )

    Talian : 088-522600 ext 562

    3. Kumpulan Sokongan Penyusuan Ibu

    ke Ibu Kawasan Kota Kinabalu

    4. Klinik Kesihatan / Klinik Desa yang

    berdekatan