berkanun dan dalam -...

7
PERB.TR. Ut16to1l0113 (26 ) Semua Ketua Jabatan Negeri Terengganu PEKELILING PEJABAT PERBENDAHARAAN NEGERI BIL. 2 TAHUN 2016 PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT BAGI MENGAWAL PERBELANJAAN AWAM DALAM BAJET NEGERI TERENGGANU TAHUN 2016 TUJUAN 1.1. Pekeliling ini merupakan tambahan kepada Pekeliling Perbendaharaan Negeri Bil.1 Tahun 2016 (Anggaran Perbelanjaan 2016) bertujuan untuk memaklumkan dan mengarahkan semua Ketua Jabatan/Agensi/ Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri untuk mengambil langkah-langkah berjimat cermat dalam melakukan perbelanjaan bagi tahun 2016. LATAR BELAKANG 2.1. Berdasarkan kepada senario semasa hasil Dana Khas Kerajaan Persekutuan(DKKP) dijangka akan berkurang kira- kira RM700-800 juta pada tahun 2016 berikutan harga petroleum berada di paras USD 30 setong pada awal 2016 dan dijangka akan turun hingga ke paras USD 20-25 setong pada akhir tahun 2016. Pada masa yang sama, perbelanjaan mengurus adalah bergantung kepada aliran tunai negeri. 2.2. Selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61), Arahan Perbendaharaan dan konsep Let Managers Manage, Pegawai - Pengawal adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala dasar -- perbelanjaan jabatan dilakukan secara teliti, cekap, berkesan mempunyai nilai untuk wang (value for money), berjimat dan berpegang kepada amalan-amalan yang terbaik supaya pengurusan kewangan berada pada tahap yang terkawal dan telus. Perkara ini telah diberi peringatan secara bertulis dalam surat pelantikan Pegawai Pengawal kepada setiap Ketua Jabatan. 1. 2.

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berkanun dan dalam - perbendaharaan.terengganu.gov.myperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pekeliling/2016/pberhemat.pdf · mengambil langkah-langkah berjimat cermat dalam melakukan

PERB.TR. Ut16to1l0113 (26 )

Semua Ketua Jabatan NegeriTerengganu

PEKELILING PEJABAT PERBENDAHARAAN NEGERI BIL. 2 TAHUN 2016

PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT BAGI MENGAWAL PERBELANJAANAWAM DALAM BAJET NEGERI TERENGGANU TAHUN 2016

TUJUAN

1.1. Pekeliling ini merupakan tambahan kepada Pekeliling PerbendaharaanNegeri Bil.1 Tahun 2016 (Anggaran Perbelanjaan 2016) bertujuanuntuk memaklumkan dan mengarahkan semua Ketua Jabatan/Agensi/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri untukmengambil langkah-langkah berjimat cermat dalam melakukanperbelanjaan bagi tahun 2016.

LATAR BELAKANG

2.1. Berdasarkan kepada senario semasa hasil Dana Khas KerajaanPersekutuan(DKKP) dijangka akan berkurang kira- kira RM700-800juta pada tahun 2016 berikutan harga petroleum berada di paras USD30 setong pada awal 2016 dan dijangka akan turun hingga ke parasUSD 20-25 setong pada akhir tahun 2016. Pada masa yang sama,perbelanjaan mengurus adalah bergantung kepada aliran tunai negeri.

2.2. Selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61), ArahanPerbendaharaan dan konsep Let Managers Manage, Pegawai- Pengawal adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala dasar

-- perbelanjaan jabatan dilakukan secara teliti, cekap, berkesanmempunyai nilai untuk wang (value for money), berjimat danberpegang kepada amalan-amalan yang terbaik supaya pengurusankewangan berada pada tahap yang terkawal dan telus. Perkara initelah diberi peringatan secara bertulis dalam surat pelantikan PegawaiPengawal kepada setiap Ketua Jabatan.

1.

2.

Page 2: Berkanun dan dalam - perbendaharaan.terengganu.gov.myperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pekeliling/2016/pberhemat.pdf · mengambil langkah-langkah berjimat cermat dalam melakukan

3. LANGKAH.LANGKAH PENJIMATAN

Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk melaksanakan langkah-langkahpenjimatan bagi mengawal perbelanjaan dan mengamalkanperbelanjaan berhemat dalam perbelanjaan mengurus dan pembangunannegeri.

KAWALAN PERBELANJAAN MENGURUS

4.1. Sebagaimana makluman di para 5, Pekeliling Perbendaharaan NegeriBil 1 Tahun 2016 Pegawai Pengawal hendaklah merancangperbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat dan memastikanperuntukan yang diluluskan mencukupi pembiayaannya sehingga akhirtahun 2016. Langkah berjimat cermat hendaklah dimulakan diperingkat perancangan dan perbelanjaan mengurus kepada tahapsebenar dan optimum tanpa menjejaskan prestasi, produktiviti dankualiti perkhidmatan. Garis Panduan tambahan bagi peruntukan yangdiluluskan dan dibenarkan belanja bagi tahun 2016 adalah sepertiberikut:-

4.1.1 Kawalan perbelanjaan yang lebih ketat hendaklah diambil bagiurusan rasmi ke luar negara. Lawatan sambil belajar,lawatan meninjau dan lawatan mempromosi ke luar dandalam negara adalah tidak dibenarkan kecuali mendapatkelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri.

4.1.2. Penganjuran seminar, persidangan, pameran, kursus,bengkel,majlis-majlis rasmi, upacara pembukaan/ pelancaran danseumpamanya hendaklah dihadkan kepada yang sangatpenting sahaja dan hanya boleh dijalankan dalam negeri sahaja.Keutamaan hendaklah diadakan di bangunan/premis kerajaanterlebih dahulu. Kain Pemidang (bunting dan banner) hendaklahdihadkan.

4.1.3 Semua Jabatan Kerajaan hendaklah mengurangkanpenggunaan syarikat pengurusan acara (event management)

, serta pemberian saguhati dan cenderamata semasapenganjuran seminari persidangan/ pameran/ mesyuarat /kursus/ bengkeli retreaU majlis rasmi kerajaan dansebagainya.

4.1.4 Perbelanjaan untuk Perhubungan dan Utiliti (OSOL 23000)hendaklah" dikawal dengan sebaik mungkin. Ketua Jabatanhendaklah memastikan usahapenjimatan penggunaanutilitiseperti elektrik , air, alat perhubungan dan bahan-bahan lain

Page 3: Berkanun dan dalam - perbendaharaan.terengganu.gov.myperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pekeliling/2016/pberhemat.pdf · mengambil langkah-langkah berjimat cermat dalam melakukan

hendaklah dipertingkatkan melalui penyediaan danpenguatkuasaan peraturan dalaman jabatan. Antaranya ialah:-

i) Penggunaan lampu-lampu dan air dioptimumkan;

ii) Penggunaan alatan elektronik (komputer dll) hendaklahditutup jika tidak digunakan;

iii) Suhu penghawa dingin ditetapkan pada 24' C.

Pejabat Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan) akanmengeluarkan arahan berhubung perkara di atas.

4.1.5 Perbelanjaan lain di bawah OSOL 26000 (Bekalan BahanMentah dan Bahan-bahan Untuk Penyelenggaraan danPembaikan) dan OSOL 28000 (Penyelenggaraan danPembaikan) hendaklah dikawal dengan lebih berkesan.Perolehan hanya dibenarkan ke atas perkara-perkara yang

sangat perlu dan dilakukan dengan berhemat.

4.1.6. Pembelian bekalan dan peralatan kecil pejabat di bawah OSOL27OOO Bekalan dan Bahan-bahan Lain) hendaklah dikawalsupaya tidak berlaku pembaziran dan menepati keperluan yangoptimum.

4.1.7. Perbelanjaan di bawah OSOL 30000 yang melebihiRM20,000.00 tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan YB.Pegawai Kewangan Negeri.

4.1.8. Pembelian dan perolehan barangan serta bahan import tidakdibenarkan kecuali barangan serta bahan tersebut tidakterdapat dari sumber tempatan dan keperluan memperolehinyamelalui import benar-benar mendesak dan sangat penting.Larangan import ini meliputi juga semua bahan dan peralatanbagi projek-projek pembangunan.

4.1.9 Pembelian pakaian seragam untuk program-program rasmi olehjabatan-jabatan tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan

, YB. Pegawai Kewangan Negeriterlebih dahulu.

4.1 .1OKetua Jabatan perlu memastikan penggunaan kenderaanjabatan adalah bagi kegunaan rasmi sahaja dan penggunaankad minyak perlu dikawal oleh Pegawai Kenderaan Jabatan'

4.1.11Menghadkan pemberian pinjaman kenderaan dan komputerkepada kakitangan kerajaan sehingga kedudukan hastl Negerikembali pulih.

Page 4: Berkanun dan dalam - perbendaharaan.terengganu.gov.myperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pekeliling/2016/pberhemat.pdf · mengambil langkah-langkah berjimat cermat dalam melakukan

4.1.12 Kawalan ke atas perbelanjaan tuntutan elaun lebih masa perludiperketatkan dan diselaraskan dengan peruntukan yang diberikepada setiap jabatan serta mematuhi Pekeliling Bil.1 Tahun2AO4 di para 4.1.

4.1.13 Perbelanjaan makan minum untuk mesyuarat perlu dihadkankepada RM5.00 seorang untuk pagi dan petang manakalaRM10.00 seorang untuk makan tengahari. Arahan akandikeluarkan semula oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (KhidmatPengurusan).

4.1.14.Pengambilan pekerja kontral</sambilan/ad-hoc hendaklahdibekukan kecuali mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

4.1.15 Semua pembelian kenderaan jabatan tidak dibenarkan kecualimendapat kelulusan YB. Pegawai Kewangan Negeri.

4.1.16Ketua Jabatan hendaklah memastikan tiada tunggakan bayaranbil dan tuntutan ke atas bekalan dan perkhidmatan yang telahdiberikan oleh pembekal dan kontraktor selaras dengan ArahanPerbendaharaan (AP) 103. Ketua Jabatan juga dikehendakimemastikan semua bil dan tuntutan bagi sesuatu tahundijelaskan sebelum berakhirnya tahun kewangan berkenaan.

4.1.17 Perbelanjaan bagi OSOL 4200A Pemberian dan KenaanBayaran Tetap hendaklah dikawal perbelanjaaannya dan diberikepada yang benar-benar perlu sahaja. Pemberian carumanyang dipertimbangkan adalah bagi menampung perbelanjaanmengurus agensi sahaja dan ia berdasarkan kepadakewajaran dan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. Olehitu, Kerajaan tidak terikat untuk memberi apa-apa carumankepada agensi. Kerajaan juga tidak semestinya membericaruman/bantuan kewangan mengikut kehendak bajetagensi. Agensi perlu membuat perancangan dan berbelanjamengikut kemampuan kewangan agensi.

4.1.18Kecekapan kutipan hasil agensi perlu dipertingkatkan bagimengurangkan kebergantungan kepada sumber kewanganKerajaan Negeri. Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat- Perhutanan dan Pejabat-pejabat Tanah diminta mengambil

-- u langkah-langkah yang lebih agresif dalam meningkatkan kutipanhasil negeri. Agensi-agensi juga diminta untuk menggunapakaisimpanan tetap untuk mengurus jabatan masing-masing.

KAWALAN PERUNTUKAN PEM BANGUNAN

5.1. Projek-prolek baru tidak dibenarkan kecuali dengan kelulusan PihakBerkuasa Negeri.

5.0

4

Page 5: Berkanun dan dalam - perbendaharaan.terengganu.gov.myperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pekeliling/2016/pberhemat.pdf · mengambil langkah-langkah berjimat cermat dalam melakukan

5.2.

5.3.

5.5.

5.6.

5.4.

Perbelanjaan pembangunan hendaklah diberi keutamaan pelaksanaankepada projek-projek yang viable dan produktif sahaja. Sehubungandengan itu Pegawai Pengawal perlulah mengenal pasti Program/Aktiviti yang relevan serta memberi keberkesanan kepada kumpulansasar bagi mencapai matlamat yang telah dirancang. Penyediaanpelan rekabentuk sesuatu projek perlulah selaras dengan peruntukanyang disediakan serta memberi keutamaan kepada faedahpenggunaan, selesa dan menarik dengan penjimatan kos yangmunasabah. Rekabentuk yang mementingkan keunikan, daya tarikanserta nilai etika yang lebih berbanding faedah optimum penggunaan,hendaklah diminimakan bagi mengurangkan kos.

Arahan Perubahan Keqa (Variation Order) yang melibatkanpertambahan kos projek tidak dibenarkan kecuali dengan kelulusanYB. Pegawai Kewangan Negeri.

Tuntutan bayaran projek (interim payment) hendaklah disediakandalam tempoh yang telah ditetapkan bukannya disediakan pada akhirtahun. Kelemahan ini telah menyebabkan berlaku kelewatan bayarandan juga kebanyakan tuntutan terlibat dengan Akaun Kena Bayar(AKB).

Semua komponen perolehan melalui kontrak projek dan penggunaanperuntukan di bawah Transfer of Technolgy adalah tidak dibenarkankecuali yang benar-benar hendaklah mendapat kelulusan YB. PegawaiKewangan Negeri terlebih dahulu.

Pejabat Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) akan mengeluarkanarahan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada perancangankewangan yang telah dibentangkan pada permulaan projek.

6. PEMATUHAN PEKELILING

6.1. Pegawai Pengawal dikehendaki mematuhi sepenuhnya arahan-arahandi dalam Pekeliling ini dan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Bil.1Tahun 2016 serta memastikan semua pegawai dan kakitangan

" mengambil tindakan yang sama. Tindakan surcaj akan diambil ke

--a[as mereka yang didapati tidak mematuhi arahan-arahan yangdinyatakan dalam pekeliling ini serta peraturan-peraturanpengurusan kewangan yang sedia ada. Tidak mengetahui ataukurang pengetahuan mengenai arahan-arahan ini tidak akanditerima sebagai suatu alasan.

6.2. Langkah-langkah, kawalan ke atas perbelanjaan hendaklahditingkatkan bagi mengawasi serta mempastikan unsur-unsurpembaziran tidak berlaku. Tindakan tersebut adalah selaras dengandasar perbelanjaan berhemat dan berjimat cermat.

Page 6: Berkanun dan dalam - perbendaharaan.terengganu.gov.myperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pekeliling/2016/pberhemat.pdf · mengambil langkah-langkah berjimat cermat dalam melakukan

6.3.

6.4

.--t

Sekian, terima kasih

Semua Ketua Jabatan hendaklah memastikan peruntukan tahun 2016sebagaimana waran awal tahun mencukupi untuk perbelanjaanjabatan. Tiada lagi peruntukan tambahan akan dikeluarkan olehPerbendaharaan Negeri seperti sebelum ini kerana peruntukan untuktujuan itu telah diubahsuai dengan pengurangan yang sangat ketara.

Pengubahsuaian bajet dengan mengeluarkan waran sekatan/ tarikbalik waran bagi menghadkan peruntukan dan mengawal perbelanjaansetiap jabatan boleh dibuat pada bila-bila masa oleh PerbendaharaanNegeri mengikut kedudukan kewangan Kerajaan Negeri sepanjangtahun 2016.

7.

6.5 Semua agensi di luar belanjawan seperti Pihak Berkuasa Tempatan,Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Milikan Kerajaan Negerihendaklah turut sama mengamalkan langkah-langkah penjimatan dipara 3 dan 4 dalam mengurus perbelanjaan agensi masing-masing.

PENUTUP

7.1. Kaedah dan tatacara pengurusan perbelanjaan jabatan/agensisememangnya telah digariskan dalam arahan dan peraturanberkaitan termasuklah pindaan-pindaan yang dibuat dari masa kesemasa. lanya bertujuan untuk memperkemas dan meningkatkan lagikecekapan pengurusan kewangan di semua peringkat. Oleh itu,pengetahuan dan pematuhan Pegawai Pengawal dan KetuaJabatan/Agensi dalam semua aspek berkenaan amatlah penting bagimewujudkan pengurusan yang mantap lagi berwibawa. Pendekatanyang lebih teliti dan berkesan perlu diambil dalam merancang sertamemantau perbelanjaan bagi mencapai matlamat perbelanjaanberhemat.

ARAHAN PEMATUHAN

8.1. Pekeliling ini hendaklah berkuatkuasa pada 25 Januari 2016.

B.

Page 7: Berkanun dan dalam - perbendaharaan.terengganu.gov.myperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pekeliling/2016/pberhemat.pdf · mengambil langkah-langkah berjimat cermat dalam melakukan

'' TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU ".'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ''

Saya yang menurut perintah,

r\

Io\

( DATo'wAN r.rffiawl BtN HAJ!wAN tsMArL )Pegawai Kewangan NegeriTerengganu.

25 Januari 2016.15 RAkhir 1437.

s.k.:-

Yang BerhormatSetiausaha KerajaanTerenggan u

Pengarah Audit Negeri Terengganu

Semua Ketua Badan Berkanun NegeriTerengganu

Semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu

Edaran Dalaman:

Bendahari Negeri Terengganu