berita hari guru

3
Berita - Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah Karangan Jenis Berita . ( Sambutan Hari Guru peringkat sekolah) SIBU, Selasa – Sekolah Kebangsaaan Seri Harmoni telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah secara sederhana tetapi meriah. Perayaan Hari Guru tahun ini diadakan di dewan sekolah yang dihias indah hasil kerjasama murid-murid yang dipimpin ketua pengawas sekolah; Ahmad bin Razali. Majlis sambutan Hari Guru ini turut dihadiri tetamu-tetamu jemputan termasuk Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Majlis sambutan dimulakan dengan perhimpunan khas Hari Guru pada pukul 8.30 pagi. Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti ucapan perasmian daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru ; Encik Mustapha bin Kamal. Dalam ucapannya, Encik Mustapha bin Kamal menyeru semua guru berusaha dengan gigih demi mendidik anak bangsa. Guru-guru di bawah pimpinan Guru Besar telah melafazkan “Ikrar Guru” serta menyanyikan lagu “ Guru Malaysia” dengan penuh bersemangat. Selepas itu diadakan upacara memotong kek Hari Guru dengan iringan lagu “Selamat Hari Guru” daripada murid-murid. Persembahan pentas daripada murid-murid menyusul selepas itu. Pelbagai persembahan seperti koir, deklamasi sajak, tarian dan teater dipersembahkan. Persembahan-persembahan tersebut ternyata amat menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton. Selesai perhimpunan khas tersebut, semua tetamu dan guru diraikan dalam jamuan Hari Guru. Jamuan tersebut telah disediakan khas oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Harmoni sebagai simbolik menghargai jasa guru-guru. Jamuan tersebut mengakhiri sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini. Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif menunjukkan penghargaan

Upload: nurul-najwa-saaidon

Post on 11-Jan-2016

258 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Hari Guru

Berita - Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolahKarangan Jenis Berita . ( Sambutan Hari Guru peringkat sekolah)

SIBU, Selasa – Sekolah Kebangsaaan Seri Harmoni telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah secara sederhana tetapi meriah. Perayaan Hari Guru tahun ini diadakan di dewan sekolah yang dihias indah hasil kerjasama murid-murid yang dipimpin ketua pengawas sekolah; Ahmad bin Razali. Majlis sambutan Hari Guru ini turut dihadiri tetamu-tetamu jemputan termasuk Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Majlis sambutan dimulakan dengan perhimpunan khas Hari Guru pada pukul 8.30 pagi. Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti ucapan perasmian daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru ; Encik Mustapha bin Kamal. Dalam ucapannya, Encik Mustapha bin Kamal menyeru semua guru berusaha dengan gigih demi mendidik anak bangsa.

Guru-guru di bawah pimpinan Guru Besar telah melafazkan “Ikrar Guru” serta menyanyikan lagu “ Guru Malaysia” dengan penuh bersemangat. Selepas itu diadakan upacara memotong kek Hari Guru dengan iringan lagu “Selamat Hari Guru” daripada murid-murid.

Persembahan pentas daripada murid-murid menyusul selepas itu. Pelbagai persembahan seperti koir, deklamasi sajak, tarian dan teater dipersembahkan. Persembahan-persembahan tersebut ternyata amat menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

Selesai perhimpunan khas tersebut, semua tetamu dan guru diraikan dalam jamuan Hari Guru. Jamuan tersebut telah disediakan khas oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Harmoni sebagai simbolik menghargai jasa guru-guru. Jamuan tersebut mengakhiri sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini.

Perayaan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif menunjukkan penghargaan kepada guru-guru. Guru Besar amat berpuas hati dan melahirkan rasa gembira terhadap kerjasama dan usaha gigih para pelajar dalam merealisasi majlis tersebut.

(Sila betulkan pemerengganan)

Page 2: Berita Hari Guru

Kebaikan Amalan Gotong-Royong

Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan kurang dilakukan di bandar pada masa ini. Pada pendapat saya, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di negara kita. Terdapat beberapa kebaikan amalan gotong-royong jika diamalkan dalam kehidupan seharian.

Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja yang kita lakukan. Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Di kampung, majlis yang diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti majlis perkahwinan. Dalam sesuatu majlis yang diadakan itu,, penduduk kampung akan membantu tuan rumah khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah.

Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Apabila kerja yang kita lakukan cepat siap, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan belanja. Dalam sesetengah keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh peratus. Sebagai contoh, jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita tidak perlu membayar upah pekerja dan kos penyediaan makanan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan membina tempat menunggu bas, jika dibuat secara gotong-royong.

Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat.

Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.

Sebagai kesimpulan, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu ‘Maufakat Membawa Berkat’. Pada pendapat saya, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong

Page 3: Berita Hari Guru

melalui kempen yang diadakan di televisyen dan surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.