berita dan makluman - science.utm.my · rmk-11 2018 dan 2019. dengan ... dapat melahirkan graduan...
TRANSCRIPT
e-FM18.06
S h a z i r a w a t i
T o k I t a m
S i s K e k w a t
H a z z i r a h
H a n g S e e P h e n g
Taufiq
Z a r i n a
fauzi
Sekiranya anda
mempunyai artikel
menarik yang ingin
dikongsikan, sila emel-
kan kepada:
SIDANG
REDAKSI
e-FM
mengucapkan Selamat Menyambut Bulan
Kemerdekaan..
Sekalung Tahniah
diucapkan kepada Dr. Arifah Bahar yang telah dilantik sebagai
Direktor UTM-CIAM berkuat kuasa 1 Ogos 2018. Selamat maju jaya diucapkan.
BERITA DAN MAKLUMAN
1/4
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM yang
berlangsung pada 10 Julai 2018 di Dewan Sultan Iskandar, UTM JB. Staf yang menerima anugerah adalah:
Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin, PM Dr. Normah Maan, Dr. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin, Dr. Zarina Mohd
Khalid, dan Tn. Hj. Hamisan Rahmat.
Citra Karisma Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2018
Menunaikan Fardu Haji. Selamat berangkat ke Tanah Suci diucapkan kepada Prof. Dr. Zuhaimy Ismail dan Dr. Amidora Idris. Semoga mendapat haji yang mabrur. Klinik Kemaskini Personal Web Staf. Anta-ra KAI inisiatif bagi Branding And Networking 2018 - 2020 dalam perlaksanaan STRATEGI PEN-JENAMAAN DAN JARINGAN UTM bagi tahun 2018 - 2020 ialah Enhance and update personal website of researcher and researcher directory. Oleh itu, satu klinik kemaskini personal web staf akan diadakan seperti butiran berikut:
Klinik Kemaskini Personal Web Staf Tarikh: 14 Ogos 2018 Masa: 9 pagi - 5 petang Tempat: Makmal Komputer 2, JSM Fasilitator: Dr. Norhaiza Ahmad, Dr. Shazirawati Mohd Puzi, Dr. Farhana Jo-har dan Pn. Wan Rukaida Wan Abdullah.
Staf yang memerlukan bantuan dijemput hadir dengan membawa bersama bahan yang ingin dimuatnaik.
Notis Pengubahsuaian Makmal Komputer JSM. Untuk makluman, JSM akan menjalankan projek ubahsuai Makmal Komputer 1 dan 3 di aras 3, C22 bermula sekitar bulan September 2018 hing-ga awal tahun 2019 menggunakan perolehan RMK-11 2018 dan 2019. Dengan ini, makmal yang akan beroperasi untuk pengajaran dan pembelajaran pada Semester 1 dan Semester 2 2018/2019 hanyalah Makmal Komputer 2 aras 3 C22. Kapasiti makmal ini adalah 30 pelajar sa-haja. Sebarang perancangan kuliah dan aktiviti di makmal haruslah mengambil kira kekangan di atas. Notis Mesyuarat Agung PKA Tarikh : 28 Ogos 2018 (Selasa) Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Jamuan, Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bharu.
2/4
Dahulu, Sekarang serta Cabaran Alaf-21
“Kecemerlangan Pembelajaran dan Pengajaran dalam melahirkan modal insan yang mempunyai nilai dan minda
kelas pertama iaitu mempunyai keupayaan untuk mencari dan meneroka ilmu pengetahuan, mempunyai
pemikiran keusahawanan secara holistik dan mampu menyumbang secara berkesan sebagai sebahagian daripada
tenaga profesional negara.”
Sis tertarik dengan keyword minda kelas pertama. Apa dia? Mempunyai keupayaan untuk mencari dan meneroka ilmu pengetahuan.
Berat dan sarat. Tapi itulah yang UTM harapkan. Dapat melahirkan graduan yang mempunyai modal insan yang ada added value da-
lam diri. Begitu banyak penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara. Di UTM sendiri pelbagai kaedah pelaksanaan pembelajaran
yang dibincangkan, dibengkelkan dan diadaptasikan untuk melahirkan graduan yang berkualiti.
Dalam cabaran abad ke 21 ini, persaingan sangat sengit. Berapa peratusan kebolehpekerjaan graduan kita? Selain dari rezeki, ya, han-
ya graduan yang benar-benar berkualiti akan mendapat tempat. Kemahiran berkomunikasi, menyelesai masalah dan sentiasa mahu
belajar dapat menjadi nilai tambah pada diri pelajar sendiri.
Para pensyarah sudah puas memerah otak, menyediakan satu laluan yang boleh membentuk pelajar dari segi IQ, EQ, dan SQ. Pel-
bagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan, pelbagai program sudah direka bentuk supaya pelajar yang me-
laluinya akan menjadi antara graduan yang berkualiti akhirnya. Untuk apa? Sebagai persediaan menghadapi segala cabaran dan per-
saingan yang bakal dihadapi kelak ketika membina kerjaya masing-masing.
Namun, dalam keghairahan pendidik dan pentadbir memikirkan cara untuk meningkatkan kualiti diri setiap pelajar, masih ada yang
tidak kisah. Setiap yang dilakukan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Sedangkan cabaran yang mereka akan hadapi bukan
calang-calang. Rata-rata pelajar memang masuk ke universiti dengan pointer yang tinggi. Tetapi kualitinya tidak seperti yang sepatut-
nya. Jika dibandingkan dahulu dan sekarang, banyak bezanya dari segi attitude pelajar.
Dulu, pelajar akan tiba dahulu sebelum pensyarah masuk. Tiada masalah jika kuliah pukul 8 pagi pun. Bas bukanlah kemudahan yang
mudah dulu. Kami menapak awal dari kolej kediaman ke fakulti semata-mata ingin tiba sebelum pukul 8. Sekarang? 8.30 pun masih
ada yang masuk persis seorang model tanpa rasa bersalah. Beramai-ramai. Sudah diperli juga masih tidak berubah.
Belum masuk cerita untuk mengganti kelas. Pelbagai alasan diberi. Itu ini gitu gini. Sudahnya, pensyarah terkulat-kulat tanpa jawapan.
Mereka tidak agresif. Kalau dulu, apa sahaja yang pensyarah cuba cadangkan, pelajar sedaya upaya untuk penuhi bagi memudahkan
pensyarah sendiri.
Ada perkara yang memang kita belajar hanya menerusi logik akal berdasarkan adab berguru. Cara kita bercakap, meminta tolong
pensyarah hatta ingin berterima kasih juga masih beradab. Tetapi zaman la berubah. Zaman sekarang adalah zaman messenger,
wechat, whatsapp..adab sudah makin berkurang.
Kita sukar mengenal pelajar kerana kurang berkomunikasi. Pensyarah memberi kuliah dan balik ke pejabat semula untuk menyam-
bung tugas yang lain. Jarang sangat pelajar datang ke pejabat pensyarah untuk bertanya soalan. Mungkin kita banyak sumber untuk
mendapatkan ilmu. Adapun soalan, hanya ditanya menerusi telefon bimbit. Tanpa perkenalkan diri, terus diasak dengan soalan. Satu
dijawab, susul lagi satu soalan demi soalan. Sedangkan jika berjumpa rasanya tidak makan masa yang banyak. Dan pastinya soalan-
soalan tadi ditanya bukan dalam waktu pejabat.
Kita perlu terima hakikat bahawa pelajar sekarang tersangat sibuk sehingga tidak punya masa untuk berjumpa pensyarah. Jika mereka
ulangkaji pukul 11 malam, malam itu juga lah pensyarah menjawab soalan. Kadang kala pukul 2 pagi pun ada! Yang lagi haru soalan
yang sama ditanya oleh ramai pelajar. Jenuh hendak membalas, dan akhirnya, kita pun krik krik krik jugalah. Sis berpendapat, teknolo-
gi pantas hari ni ada banyak kebaikannya, namun kadang-kala students just being a lil bit overboard!
Sama ada pelajar sedar atau pun tidak, setiap tindakan mereka akhirnya mencerminkan siapa mereka. Apapun, cabaran pelajar kini
lebih hebat berbanding zaman sis dahulu. Jadi, sis merasakan pelajar kena competent dan sentiasa bersedia untuk belajar dan terus
belajar. Semoga yang terbaik buat mereka.
Selamat memulakan semester baru!
*Penafian: SisKekwat adalah pandangan peribadi penulis dan mungkin mengandungi bahasa pasar, perkataan, dan slang urban.
Task Force HKJSM 2018
PM Dr. Sharidan Bin Shafie Prof. Dr. Mohd Nor Bin Mohamad
Dr. Mohd Ariff Bin Admon En. Muhamad Najib Bin Zakaria
Pn. Wan Rukaida Binti Wan Abdullah PM Dr. Nor Muhainiah Binti Mohd Ali
Dr. Norazlina Binti Ismail Dr. Muhammad Fauzee Bin Hamdan
En. Mohamad Hidayad Bin Ahmad Kamal Dr. Shazirawati Binti Mohd Puzi
En. Wan Rohaizad Bin Wan Ibrahim En. Mohd Fauzi Bin Md Arif
En. Ahmad Qushairi Bin Mohamad
3/4
Jazakumullah khair
untuk task force hari
keluarga! We had a
great time!
Hari Keluarga JSM 2018 (HKJSM 2018) 3-4 Ogos 2018 | Tanjung Sepang Beach Resort
Terima kasih tak terhingga kepada
semua ahli task force yang bertungkus-
lumus mengurus dan melaksanakan
HKJSM2018.. juga kepada semua keluar-
ga yang menyertai dan menjayakan
HKJSM2018, tak lupa kepada semua
penaja-penaja hadiah..
Terima kasih kepada semua rakan
di JSM UTM! Kepada semua ahli task
force HKJSM 2018 tahniah diucap-
kan! Anda memang terbaik! Kepada
Dr. Ariff terima kasih banyak! Banyak
kenangan manis!
Alhamdulillah.
Terima kasih TF Hari
Keluarga 2018.
Terbaik
semua..
Terima kasih TF
HKJSM
2018..Terbaikkk
Jazakumullah khair
untuk task force hari
keluarga & penaja-
penaja hadiah.
You have done great!
We had a great time!
Thanks ahli TF HKJSM
2018. Anak-anak happy
sangat!
Terima kasih TF
HKJSM 2018.
Memang satu
kenangan.
Paling best HKJSM 18 ialah semua
dapat hadiah, tak main pun dapat
hadiah. Alhamdulillah. Terima kasih
kepada TF, penaja dan semua yg
bersama menjayakan hari tersebut.
More pictures at: https://goo.gl/a2QHRU
e-FM diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM 4/4
AKTIVITI BERGAMBAR
Tarikh: 22 Julai 2018.
Tempat: SMK Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor.
Staf terlibat: Dr. Niki Anis Ab Karim.
Karnival Marhabah STEM 2018
Tarikh: 26 Julai 2018.
Tempat: SMK Ulu Tiram, Johor.
Staf terlibat: Prof. Dr. Zuhaimy Ismail, PM Dr. Ismail
Mohamad dan PM Dr. Khairil Anuar Arshad.
Program Motivasi Tinggi Matematik (SPM)
Tarikh: 9 Julai 2018.
Tempat: Mak Jah Café, UTM.
Staf bersara yang diraikan: Dr. Maslan Osman dan Tn. Hj. Hamisan Rahmat.
Jamuan Raya 2018 & Majlis Persaraan JSM
LAIN-LAIN
AKTIVITI
STAF
Strategic Planning Workshop, Society of Engineering Education Malaysia (SEEM), pada 14 - 15 Julai 2018, di Hotel Royale Chulan, Seremban. Staf terlibat: PM Dr. Yudariah Mohammad Yusof.
International Conference on Applied Analysis and Mathematical Modelling (ICAAMM2018), pada 20-24 Jun 2018, di Istanbul Gelisim University, Istanbul, Turkey. Staf terlibat: Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin dan Dr. Fong Wan Heng.