bergambar

19
PERHATIAN : Karangan Bergambar Tunggal Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang telah disediakan. Setiap gambar perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas. Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam. Pastikan apa yang berlaku, apa yang dikerjakan, dan suasana. Sewaktu menulis , pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan. Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk karangan. Karangan Bergambar Bersiri Karangan hendak berpandukan gambar-gambar yang telah disediakan. Sebaik-baiknya jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak ditulis. Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar. Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa - peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar tersebut mengikut urutan atau susunan. Boleh menyertakan tajuk , tetapi Gambar Tunggal & Bersiri

Upload: mohd-aznie-mohamad-nor

Post on 27-Jun-2015

591 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bergambar

PERHATIAN :

Karangan Bergambar Tunggal

Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang telah disediakan.Setiap gambar perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas.Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam.Pastikan apa yang berlaku, apa yang dikerjakan, dan suasana.Sewaktu menulis , pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan.Ceritakan peristiwa yang ada di dalam gambar tersebut dalam bentuk karangan.

Karangan Bergambar Bersiri

Karangan hendak berpandukan gambar-gambar yang telah disediakan.Sebaik-baiknya jadikan diri kamu terlibat sama dengan cerita yang hendak ditulis.Setiap perenggan berdasarkan sekeping gambar. Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan peristiwa -peristiwa yang terdapat di dalam gambar-gambar tersebut mengikut urutan atau susunan.Boleh menyertakan tajuk , tetapi tidak menjadi kemestian.

Gambar Tunggal & Bersiri

Page 2: Bergambar

1. Lihat gambar di bawah. Tulis sebuah karangan tentang gambar tersebut.

Pada hari Sabtu lepas, Amin mengajak Samad melastik burung. Samad menolak ajakan Amin kerana takut dimarahi ibunya. Namun setelah dicabar oleh Amin, Samad

Aman mengajak Samad melastik burung – Samad menolak ajakan Amin – dicabar oleh Amin – Samad bersetuju

Aman mengajak Samad melastik burung – Samad menolak ajakan Amin – dicabar oleh Amin – Samad bersetuju

Berjalan-jalan di kawasan hutan – terdapat banyak jenis burung - terujaBerjalan-jalan di kawasan hutan – terdapat banyak jenis burung - teruja

Amin ternampak seekor burung Tiong – ingin melastik burung itu – dihalang oleh Samad – kerana ada sarang tebuan - berdegil

Amin ternampak seekor burung Tiong – ingin melastik burung itu – dihalang oleh Samad – kerana ada sarang tebuan - berdegil

Mula melastik burung – terkena sarang tebuan – dikejar tebuan – melarikan diri – terjun ke dalam sungai

Mula melastik burung – terkena sarang tebuan – dikejar tebuan – melarikan diri – terjun ke dalam sungai

Mereka disengat tebuan juga – dibawa ke klinik oelh ibu Samad – ibu Samad menasihati agar tidak mengulangi perbuatan tersebut - Amin pulang

Mereka disengat tebuan juga – dibawa ke klinik oelh ibu Samad – ibu Samad menasihati agar tidak mengulangi perbuatan tersebut - Amin pulang

Meminta maaf kepada Samad – tidak menghiraukan nasihat beliau – meminta maaf kepada ibu Samad – melibatkan beliau – tidak akan mengulanginya

Meminta maaf kepada Samad – tidak menghiraukan nasihat beliau – meminta maaf kepada ibu Samad – melibatkan beliau – tidak akan mengulanginya

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3P3

P4P4

P5P5

P6P6

P2P2P1P1

Terdapat empat keping gambar. Gambar pertama : 2 orang budak lelaki sedang berjalan

dalam hutan sambil membawa lastik. Gambar kedua : salah seorang daripada budak lelaki sedang

membidik ke arah burung yang bertenggek di atas dahan menggunakan lastik bersama anak batu.

Gambar ketiga : budak lelaki yang sama telah melepaskan anak batu. Anak batu terkena sarang tebuan yang terletak di bawah dahan tempat burung bertenggek.

Gambar keempat : jutaan tebuan menyerang dua orang budak itu. Dua orang budak itu berlari

Page 3: Bergambar

bersetuju untuk menyertai Amin. Samad keluar dari rumah tanpa memberitahu ibunya. Samad dan Amin membawa lastik dan beberapa biji batu untuk tujuan tersebut.

Mereka berjalan-jalan di kawasan hutan yang terletak di hujung kampung. Di kawasan hutan itu, terdapat banyak jenis burung. Antara burung yang berterbangan di kawasan itu ialah burung merbuk, tiong, tekukur dan pipit. Mereka berasa teruja melihat burung-burung tersebut.

Amin ternampak seekor burung tiong yang cantik terbang melintasi kepala mereka. Amin mengajak Samad mengekori burung tersebut. Burung itu kemudiannya bertenggek di atas sebatang dahan pokok. Amin ingin melastik burung itu. Samad melarang Amin berbuat demikian kerana terdapat sarang tebuan di bawah dahan tersebut. Amin tidak mengendahkan nasihat Samad.

Amin membidik sasaran yang hendak dituju. Setelah yakin dengan sasarannya dia melepaskan batu lastik tersebut. Samad hanya memerhati tindakan Amin dengan perasaan takut. ‘Malang tidak berbau’, batu lastik itu terkena sarang tebuan. Tebuan-tebuan itu menyerang Amin dan Samad. Mereka melarikan diri terjun ke dalam sungai yang berhampiran.

Meskipun berjaya menyelamatkan diri, Amin dan Samad telah disengat oleh beberapa ekor tebuan. Muka dan badan mereka bengkak akibat disengat oleh tebuan-tebuan tersebut. Setibanya di rumah ibu Samad membawa Samad dan Amin ke klinik yang berhampiran. Ibu Samad turut menasihati mereka agar tidak mengulangi perbuatan tersebut. Setelah menerima rawatan ibu Samad menghantar Amin pulang ke rumahnya.

Keesokan harinya Amin pergi ke rumah Samad. Dia meminta maaf kepada Samad dan menyesal kerana tidak menghiraukan nasihat kawannya itu. Amin juga meminta maaf kepada ibu Samad kerana mempengaruhi Samad untuk pergi melastik burung bersamanya. Dia berjanji untuk tidak akan melastik burung lagi kerana perbuatan itu tidak membawa sebarang faedah.

Page 4: Bergambar

2. Lihat gambar di bawah. Tulis sebuah karangan tentang gambar tersebut.

Badul berumur dua belas tahun dan sangat suka bermain bola sepak. Setiap petang dia bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di sebuah padang yang berhampiran

Badul suka bermain bola – setap petang bermain bersama raka – baginya ia dapat mengisi masa lapang – menyihatkan badan

Badul suka bermain bola – setap petang bermain bersama raka – baginya ia dapat mengisi masa lapang – menyihatkan badan

Memerlukan sebelas orang pemain – mempunyai posisi tertentuMemerlukan sebelas orang pemain – mempunyai posisi tertentu

Akan menyertai sebuah perlawanan – sebagai penyerang – bertanggungjawab membolosi gol lawan

Akan menyertai sebuah perlawanan – sebagai penyerang – bertanggungjawab membolosi gol lawan

Perlawanan bermula - Membuat senaman ringan sebelum memulakan perlawanan – yakin akan menang

Perlawanan bermula - Membuat senaman ringan sebelum memulakan perlawanan – yakin akan menang

Membuat serangan bertubi-tubi – pasukan Badul ditanduk masuk -menangMembuat serangan bertubi-tubi – pasukan Badul ditanduk masuk -menang

Penyampaian hadiah – piala pusingan – wang – dibahagi rata – berasa gembiraPenyampaian hadiah – piala pusingan – wang – dibahagi rata – berasa gembira

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3P3

P4P4

P5P5

P6P6

P2P2P1P1

Terdapat satu keping gambar.

Gambar menunjukkan di sebuah padang bola sepak.

Pemain bola yang ramai. Salah seorang daripada pemain tersebut telah menjaringkan bola di gawang gol.

Page 5: Bergambar

dengan tempat tinggalnya. Badul akan keluar bermain pada pukul lima petang dan akan pulang sebelum senja. Baginya, permainan bola sepak dapat mengisi masa lapang dan menyihatkan badan.

Bermain bola sepak memerlukan sebelas orang pemain setiap pasukan. Setiap pemain mempunyai posisi tertentu. Selain penjaga gol, ada pemain yang berperanan sebagai pertahanan untuk membantu penjaga gol. Terdapat pemain yang berperanan sebagai pemain tengah, sayap kanan dan sayap kiri. Mereka ini membantu penyerang untuk menjaringkan gol.

Badul dan rakan-rakannya akan menyertai sebuah perlawanan bola sepak yang diadakan di stadium. Badul bermain sebagai pemain penyerang. Dia bertanggungjawab untuk membolosi gawang lawan. Rakan-rakannya akan membantunya untuk mendapatkan jaringan gol.

Menjelang hari perlawanan tersebut Badul dan rakan-rakannya melakukan senaman ringan sebelum memulakan perlawanan. Mereka berasa yakin bahawa mereka akan menang kerana mereka telah giat menjalani latihan. Permainan dimulakan apabila pengadil meniup wisel. Mereka bermain dengan bersungguh-sungguh.

Badul dan pasukannya melakukan serangan yang bertubi-tubi kepada pihak lawan. Apabila ada peluang, Badul tidak teragak-agak untuk membuat jaringan. Bola yang disepak oleh rakannya , Kumar, ditanduk masuk ke gawang gol pihak lawan. Penjaga gol pihak lawan gagal menyelamatkan bola tersebut. Akhirnya, pasukan Badul berjaya mengalahkan pihak lawan dengan skor 1-0.

Hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Isamil bin Haji Lasim. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Pilah. Hadiahnya berbentuk piala pusingan dan wang sebanyak RM 300. Wang tersebut dibahagikan sama rata antara Badul dan ahli pasukannya. Badul dan rakan-rakannya gembira kerana segala latihan yang mereka lakukan telah membuahkan hasil.

Page 6: Bergambar

3. Lihat gambar di bawah. Tulis sebuah karangan tentang gambar tersebut.

‘Masa itu emas’, merupakan peribahasa yang bermaksud masa itu merupakan sesuatu yang amat penting dan berharga kepada setiap manusia. Oleh hal yang demikian,

Bermaksud masa itu merupakan sesuatu yang amat penting dan berharga – perlu diisi dengan sebaik-baiknya

Bermaksud masa itu merupakan sesuatu yang amat penting dan berharga – perlu diisi dengan sebaik-baiknya

Mengumpul setem – dapat mengenali banyak negara luar – boleh menambah kenalan – tidak melibatkan kos yang tinggi

Mengumpul setem – dapat mengenali banyak negara luar – boleh menambah kenalan – tidak melibatkan kos yang tinggi

Menyertai badan-badan beruniform – dapatberdisiplin – belajar berdikari – menyertai perkhemahan dan aktiviti yang diadakan

Menyertai badan-badan beruniform – dapatberdisiplin – belajar berdikari – menyertai perkhemahan dan aktiviti yang diadakan

Bersukan – mengeluarkan peluh – tubuh badan menjadi sihat Bersukan – mengeluarkan peluh – tubuh badan menjadi sihat

Membaca – merehatkan minda – menambah pengetahuan – mengetahui perkembangan dalam dan luar negara

Membaca – merehatkan minda – menambah pengetahuan – mengetahui perkembangan dalam dan luar negara

Jangan suka membazir masa – perlu mengisi masa dengan perkara-perkara yang berfaedahJangan suka membazir masa – perlu mengisi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3P3

P4P4

P5P5

P6P6

P2P2P1P1

Terdapat empat keping gambar,

Gambar pertama: seorang budak perempuan sedang mengumpul setem.

Gambar kedua: seorang budak sedang berdiri, tangannya diletakkan di belakang. Berlatar belakangkan sebuah khemah.

Gambar ketiga: seorang budak sedang memukul bola tangkis mengunakan reket.

Gambar keempat: dua orang budak perempuan sedang membaca buku di bawah pokok.

Page 7: Bergambar

masa lapang perlulah diisi dengan sebaik-baiknya. Terdapat banyak aktiviti yang dapat dilakukan untuk mengisi masa lapang.

Salah satu daripadanya ialah mengumpul setem. Mengumpul setem bukan sahaja dapat menambah koleksi kita, tetapi banyak manfaatnya. Kita dapat mengenali banyak negara luar melalui setem-setem yang dikumpul. Malahan, kenalan kita juga bertambah apabila kita bertukar-tukar koleksi setem kita. Tambahan pula, aktiviti mengumpul setem tidak melibatkan kos yang tinggi.

Kedua, kita juga dapat mengisi masa lapang dengan menyertai badan-badan beruniform seperti pengakap. Melalui kegiatan ini kita bukan sahaja dapat berdisiplin tetapi juga mempelajari banyak perkara untuk hidup berdikari. Kita dapat menyertai perkhemahan atau aktiviti yang dianjurkan sambil menambah kenalan baru.

Selain itu, kita juga boleh bersukan untuk mengisi masa lapang kita. Melalui aktiviti bersukan, kita dapat mengeluarkan peluh dan secara tidak langsung tubuh badan kita menjadi sihat. Dengan tubuh badan yang cergas dan sihat maka minda kita menjadi cerdas.

Akhir sekali ialah aktiviti membaca. Membaca juga kegiatan yang berfaedah untuk dilaksanakan pada waktu lapang. Membaca bukan sahaja dapat merehatkan minda tetapi juga menambah pengetahuan kita. Melalui membaca kita dapat mengetahui mengenai perkembangan yang berlaku di dalam dan luar negara.

Oleh hal yang demikian, kita janganlah suka membazir masa. Sesungguhnya orang yang suka membazir masa tergolong dalam kalangan orang yang rugi. Kesimpulannya, kita perlulah mengisi masa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Page 8: Bergambar

4. Lihat gambar di bawah. Tulis sebuah karangan tentang gambar tersebut.

Tepat pada pukul 10.50 pagi, loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Ketua kelas Tahun 6 Arif berdiri untuk mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Hafidah, diikuti oleh

Waktu rehat – murid keluar kelas – menuju ke kantin

Waktu rehat – murid keluar kelas – menuju ke kantin

Vithuosha masih terkial-kial – menyeluk poket – riak wajah yang gelisah – Siti Khadijah menghampiri dia

Vithuosha masih terkial-kial – menyeluk poket – riak wajah yang gelisah – Siti Khadijah menghampiri dia

Memberitahu duitnya hilang – menemui Syazana merupakan penolong kelas – mencadangkan agar memberitahu cikgu

Memberitahu duitnya hilang – menemui Syazana merupakan penolong kelas – mencadangkan agar memberitahu cikgu

Memberitahu Cikgu Ana – berasa simpati – mengajak Vithuosha ke kantinMemberitahu Cikgu Ana – berasa simpati – mengajak Vithuosha ke kantin

Menyuruh Vithuosha memesan makanan dan minuman – Cikgu Ana membayar harga makanan – mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ana

Menyuruh Vithuosha memesan makanan dan minuman – Cikgu Ana membayar harga makanan – mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ana

Vithuosha gembira mempunyai rakan seperti mereka – sanggup membantu dia ketike kesusahan – berjanji akan membantu mereka jika dalam kesusahan

Vithuosha gembira mempunyai rakan seperti mereka – sanggup membantu dia ketike kesusahan – berjanji akan membantu mereka jika dalam kesusahan

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3P3

P4P4

P5P5

P6P6

P2P2P1P1

Terdapat empat keping gambar,

Gambar pertama: empat orang budak perempuan sedang jalan bersama. Dengan memakai uniform sekolah.

Gambar kedua: seorang daripada mereka menyeluk poket dengan riak muka yang gelisah, seperti kehilangan sesuatu. Dua orang lagi memandang dengan pelik.

Gambar ketiga:salah seorang budak sedang bercakap dengan seorang guru perempuan. Berlatar belakangkan salah seorang daripadanya sedang menangis, sambil dipujuk rakannya lagi seorang.

Gambar keempat: di kantin. Tiga orang budak bersama gurunya yang sedang menghulur duit kepada pembantu kantin. Salah seorang daripda mereka sedang memegang makanan dan minuman.

Page 9: Bergambar

murid-murid yang lain. Kemudian, mereka beratur untuk keluar daripada pintu kelas menuju ke kantin sekolah.

Vithuosha masih terkial-kial di tempat duduknya sedangkan rakan-rakannya yang lain sudah pergi ke kantin. Dia menyeluk poket bajunya dengan riak wajah yang gelisah. Langkah Siti Khatijah terhenti kerana hairan akan kehilangan Vithuosha di samping rakan-rakannya yang lain. Dia menghampiri Vithuosha lantas bertanya kenapa dia tidak turun ke kantin.

Dengan nada sedih Vithuosha memberitahu kepada Siti Khatijah duit belanjanya hilang tambahan pula dia tidak membawa bekalan makanan untuk hari ini. Siti Khatijah berasa simpati terhadap Vithuosha. Siti Khatijah segera menemui Syazana yang merupakan penolong ketua kelas untuk meminta pendapatnya. Syazana mencadangkan agar memberitahu cikgu yang bertugas iaitu Cikgu Ana.

Syazana dan Siti Khatijah berjumpa dengan Cikgu Ana. Mereka menceritakan perkara yang telah terjadi kepada Vithuosha. Cikgu Ana berasa simpati apabila mendengar kejadian yang menimpa Vithuosha. Cikgu Ana mengajak Vithuosha ke kantin bersama rakan-rakannya.

Cikgu Ana menyuruh Vithuosha memesan makanan dan minuman yang dikehendaki. Kemudian, Cikgu Ana membayar harga makanan yang dipesan oleh Vithuosha serta rakan-rakannya. Vithuosha berasa gembira kerana dapat makan bersama rakan-rakan. Dia mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ana kerana sudi membantunya.

Vithuosha berasa gembira kerana mempunyai rakan seperti Siti Khatijah dan Syazana kerana mereka sanggup membantunya ketika dia berada di dalam kesusahan. Dia berjanji akan membantu mereka pula apabila ditimpa kesusahan dan menjaga perhubungan baik mereka.

Page 10: Bergambar

5. Lihat gambar di bawah. Tulis sebuah karangan tentang gambar tersebut.

Abu bekerja sebagai pengembala kambing. Setiap hari dia akan membawa kambing-kambingnya ke padang rumput yang terletak berhampiran hutan. Ketika kambing-

Abu – pengembala kambing - setiap hari membawa kambing-kambing ke padang rumput

Abu – pengembala kambing - setiap hari membawa kambing-kambing ke padang rumput

Berasa bosan dengan aktiviti hariannya – ingin membuat benda pelik – merancang ingin berbohong kepada orang kampung

Berasa bosan dengan aktiviti hariannya – ingin membuat benda pelik – merancang ingin berbohong kepada orang kampung

Meminta tolong secara tiba-tiba – menyatakan kambingnya dimakan serigala – penduduk marah apabila mereka dibohong oleh Abu

Meminta tolong secara tiba-tiba – menyatakan kambingnya dimakan serigala – penduduk marah apabila mereka dibohong oleh Abu

Orang kampong marah – tidak akan lagi membantu Abu – suatu hari – Abu ternampak serigala di padangnya – meminta tolong

Orang kampong marah – tidak akan lagi membantu Abu – suatu hari – Abu ternampak serigala di padangnya – meminta tolong

Jeritannya tidak dihiraukan penduduk kampung – Abu merayu – mereka hilang kepercayaan – Abu menyesal – serigala telah membaham kambingnya

Jeritannya tidak dihiraukan penduduk kampung – Abu merayu – mereka hilang kepercayaan – Abu menyesal – serigala telah membaham kambingnya

Kini Abu tahu keburukan membohong – meminta maaf kepada penduduk kampong – berjanji tidak akan mengulanginya lagi

Kini Abu tahu keburukan membohong – meminta maaf kepada penduduk kampong – berjanji tidak akan mengulanginya lagi

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3P3

P4P4

P5P5

P6P6

P2P2P1P1

Terdapat empat keping gambar,

Gambar pertama: seorang pemuda pengembala kambing sedang menjerit sambil memegang sebatang kayu. Berlatar belakangkan empat ekor kambing.

Gambar kedua: terdapar empat orang pemuda. Ada yang memegang parang, cangkul, sabit. Sedang memandang dengan marah ke arah pemuda tadi.

Gambar ketiga: pengembala itu terkejut apabila melihat seekor musang sedang mengigit kambingnya. Sambil diperhati oleh kambing lain.

Gambar keempat: pengembala itu sedang menjerit dalam keadaan yang cemas. Latar belakang seekor kambing yang digigit oleh serigala sambil diperhati kambing lain.

Page 11: Bergambar

kambingnya meragut rumput, dia akan berehat di bawah sebatang pokok sehingga lewat petang.

Setiap hari, dia melakukan perkara yang sama. Abu berasa bosan dengan aktiviti hariannya. Oleh sebab itu, dia ingin melakukan sesuatu yang pelik pada hari itu untuk menghilangkan kebosanannya. Abu merancang ingin berbohong kepada orang kampung yang mengusahakan sawah padi. Mereka berada tidak berjauhan dari tempat Abu dan kambing-kambing peliharaannya di padang.

“Tolong! Tolong, ada serigala hendak makan kambing saya!” jerit Abu kepada penduduk kampung. Apabila terdengar jeritan Abu, orang kampung segera ke arah padang itu. Mereka membawa parang, cangkul dan sebagainya membantu Abu dan menghadapi serangan serigala. Setibanya di padang rumput itu, Abu ketawa keseronokan kerana berjaya memperdayakan orang kampung. “Ha,ha,ha,ha, kamu semua kena tipu dengan aku!” kata Abu.

Orang kampung pulang dengan perasaan marah dan kecewa kerana diperdaya oleh Abu. Mereka berazam tidak akan menghiraukan lagi jeritan Abu jika dia meminta pertolongan. Pada hari yang lain, sedang Abu berehat di bawah pokok, tiba-tiba dia mendengar kambing-kambingnya membuat bising. Abu pergi ke arah kambing-kambing itu untuk melihat apa yang telah berlaku. Abu terkejut dan menjerit meminta tolong apabila dia ternampak seekor serigala telah muncul di padang rumput itu.

Malangnya, tiada siapapun menghiraukan jeritannya itu lagi. Abu merayu kepada orang kampung supaya mempercayai katanya pada kali ini. Namun demikian, orang kampung telah hilang kepercayaan kepada Abu. Abu menyesal dengan perbuatannya pada tempoh hari. Serigala itu telah membaham beberape ekor kambingnya. Abu tidak dapat berbuat apa-apa.

Sekarang, Abu tahu keburukan sekiranya berbohong. Dia meminta maaf kepada orang kampung yang pernah dibohonginya. Dia berjanji kepada dirinya sendiri supaya tidak lagi berbohong.

Page 12: Bergambar

6. Lihat gambar di bawah. Tulis sebuah karangan tentang gambar tersebut.

Pak Wan tinggal di sebuah rumah usang yang terletak di Kampung Kuala Kepis. Dia tinggal bersama isterinya. Kehidupan mereka sangat miskin dan daif. Sumber pendapatan mereka hanya bergantung kepada pekerjaan Pak Wan sebagai seorang

Pak Wan – tinggal di rumah using – bersama isterinya – miskin – Pak Wan bekerja sebagai pemotong kayu

Pak Wan – tinggal di rumah using – bersama isterinya – miskin – Pak Wan bekerja sebagai pemotong kayu

Setiap hari - Pergi ke hutan – memotong kayu – mempunyai sebilah kapak yang buruk – dia seorang yang jujur

Setiap hari - Pergi ke hutan – memotong kayu – mempunyai sebilah kapak yang buruk – dia seorang yang jujur

Pergi ke hutan – berasa haus – pergi ke sebatang sungai – meneguk air – tiba-tiba kapaknya jatuh ke dalam sungai – sedih

Pergi ke hutan – berasa haus – pergi ke sebatang sungai – meneguk air – tiba-tiba kapaknya jatuh ke dalam sungai – sedih

Muncul suatu lembaga – mendengar masalah Pak Wan – menyelam – muncul dengan sebilah kapak emas – dia menafikan itu kapaknya

Muncul suatu lembaga – mendengar masalah Pak Wan – menyelam – muncul dengan sebilah kapak emas – dia menafikan itu kapaknya

Menyelam lagi – timbul dengan sebilah kapak perak – menafikan lagi – muncul lagi dengan sebilah kapak gangsa – menafikannya – menyelam lagi – timbul dengan kapak buruk – dia mengaku

Menyelam lagi – timbul dengan sebilah kapak perak – menafikan lagi – muncul lagi dengan sebilah kapak gangsa – menafikannya – menyelam lagi – timbul dengan kapak buruk – dia mengaku

Memuju sikap jujur Pak Wan – menghadiahkan kesemua kapak tadi sebagai balasan Memuju sikap jujur Pak Wan – menghadiahkan kesemua kapak tadi sebagai balasan

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3P3

P4P4

P5P5

P6P6

P2P2P1P1

Terdapat empat keping gambar,

Gambar pertama: di dalam hutan. Seorang lelaki tua di tepi sungai, sedang meminum air sungai menggunakan tangannya, dan sebilah kapak terjatuh ke dalam sungai.

Gambar kedua: terdapar lembaga yang hitam muncul dari dalam sungai dengan memegang sebilah kapak emas. Lelaki tua itu terkejut ternampak lembaga tersebut.

Gambar ketiga: lembaga itu muncul smabil memegang sebilah kapak yang buruk. Diperhati oleh lelaki tua sambil kepalanya digeleng.

Gambar keempat: lembaga itu muncul lagi dari dalam air sambil memegang sebilah kapak emas, perak,dan gangsa. Lelaki tua itu menunding ke arah dirinya sendiri sambil memandang ke arah lembaga itu.

Page 13: Bergambar

pemotong kayu. Mereka diibaratkan seperti, ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Setiap hari Pak Wan akan pergi ke dalam hutan untuk mencari kayu. Kayu-kayu hasil pencariannya akan dijual kepada pemborong bagi menampung kos kehidupannya. Pak Wan memiliki sebilah kapak yang buruk. Pak Wan akan memotong kayu menggunakan kapak tersebut. Walaupun miskin, Pak Wan merupakan seorang yang sangat jujur.

Pada suatu hari, Pak Wan pergi ke hutan seperti biasa. Dia berasa sangat haus lalu pergi ke sebatang sungai untuk menghilangkan rasa dahaganya. Ketika sedang meneguk air, kapaknya terjatuh ke dalam sungai. Pak Wan berasa sangat susah hati. Dia sedih apabila mengenangkan kapaknya yang terjatuh ke dalam sungai itu.

Ketika dia sedang bersedih di tepi sungai, tiba-tiba muncul suatu lembaga dari dalam air. Lembaga itu memperkenalkan dirinya sebagai penunggu sungai. Pak Wan menceritakan mengenai masalahnya kepada penunggu sungai. Setelah mendengar masalah Pak Wan, lembaga itu menyelam semula ke dalam sungai. Tidak lama selepas itu lembaga itu timbul di permukaan air sungai sambil memegang sebilah kapak emas. Pak Wan menjelaskan bahawa kapak itu bukanlah miliknya.

Lembaga itu menyelam buat kali keduanya dan timbul semula dengan sebilah kapak perak. Pak Wan sekali lagi menafikan bahawa kapak itu bukan miliknya. Lembaga itu menyelam kembali dan muncul dengan sebilah kapak gangsa. Pak Wan masih tetap dengan jawapannya bahawa itu bukan kapak miliknya. Akhirnya, lembaga itu muncul bersama kapak sebenar milik Pak Wan. Pan Wan berasa gembira dan berkata kapak buruk itu kepunyaannya.

Lembaga itu memuji sikap Pak Wan yang jujur. Sebagai balasan dia menghadiahkan kesemua kapak itu kepada Pak Wan. Kesimpulannya, dengan bersikap jujur orang akan menghormati kita dan disanjung tinggi.

Page 14: Bergambar

7. Lihat gambar di bawah. Tulis sebuah karangan tentang gambar tersebut.

Merokok mula menular di kalangan murid sekolah – ia membahayakan kesihatan

Merokok mula menular di kalangan murid sekolah – ia membahayakan kesihatan

Membahayakan sistem paru-paru – menyebabkan kanser member kesan kepada masyarakat sekeliling

Membahayakan sistem paru-paru – menyebabkan kanser member kesan kepada masyarakat sekeliling

Factor utama – pengaruh rakan – mereka yang tidak berpendirian – mudah untuk mengikutiFactor utama – pengaruh rakan – mereka yang tidak berpendirian – mudah untuk mengikuti

Factor lain - Peranan ibu bapa – ibu bapa yang merokok – mendorong anak mmereka sekaliFactor lain - Peranan ibu bapa – ibu bapa yang merokok – mendorong anak mmereka sekali

Mengadakan kempen – agar para murid sedar – larangan menjual rokok – remaja bawah umur Mengadakan kempen – agar para murid sedar – larangan menjual rokok – remaja bawah umur

Semua pihak perlu bekerjasama – berhenti menunding jari antara satu sama lain – merokok membahayakan kesihatan – pembunuh murid-murid

Semua pihak perlu bekerjasama – berhenti menunding jari antara satu sama lain – merokok membahayakan kesihatan – pembunuh murid-murid

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P1 – PendahuluanP2 – Isi 1P3 – Isi 2P4 – Isi 3P5 – Isi 4P6 – Penutup – Pengajaran/Nilai

P3P3

P4P4

P5P5

P6P6

P2P2P1P1

Terdapat empat keping gambar,

Gambar pertama: tiga orang budak lelaki sedang menghisap rokok sambil memegang kotak rokok. Diperhatikan oleh dua orang budak lelaki yang terkejut.

Gambar kedua: seorang budak lelaki yang sedang mengulang kaji pelajaran menutup hidungnya. Seorang pemuda sedang berdiri di sebelahnya sambil menghisap rokok dan tangannya menunjuk ke arah buku budak tersebut.seperti mengajarnya.

Gambar ketiga: di kaunter kedai. Seorang lelaki Cina tua dalam kaunter menunjukkan ke arah papan tanda yang menulis ‘tak nak’ beserta gambar rokok. Sambil memandang ke arah budak lelaki yang menghulurkan duit kapadanya.

Gambar keempat: seorang lelaki tua sedang menghisap rokok sambil membaca surat khabar. Sambil dimarahi seorang lelaki berpakaian uniform polis. Belatar belakangkan gambar dilarang merokok.

Page 15: Bergambar

Kebelakangan ini, gejala menghisap merokok semakin menular di kalangan murid sekolah. Tabiat merokok ini bukan sahaja melibatkan murid sekolah menengah namun murid sekolah rendah turut berjinak-jinak dengan gejala yang tidak bermoral ini. Merokok sememangnya membahayakan kesihatan dan membazirkan wang ringgit.

Seperti yang kita ketahui kandungan rokok seperti narkotin, tar dan sebagainya tidak sesuai atau dengan kata lain membahayakan sistem paru-paru manusia. Kandungan rokok ini akan meyebabkan manusia menghidap kanser paru-paru. Malahan, kesan merokok bukan sahaja kepada mereka yang menghisap tetapi turut memberi kesan kepada masyarakat sekeliling.

Terdapat banyak faktor yang mendorong para murid menghisap rokok. Faktor utama penyebaran gejala ini ialah pengaruh rakan sebaya. Para murid yang menghisap rokok akan mempengaruhi rakan-rakan untuk turut serta dalam aktiviti merokok. Bagi mereka yang tidak berpendirian, dengan mudahnya akan dipengaruhi olehrakan-rakan yang menghisap rokok.

Faktor yang kedua ialah peranan ibu bapa sendiri. Bagi ibu bapa yang merokok perbuatan ini mendorong anak-anak mereka terlibat sekali. Hal ini demikian kerana pada pendapat mereka apa yang dilakukan ibu bapa mereka adalah betul. Justeru itu, ibu bapa sendiri perlu menggelakkan perbuatan ini sebelum menegur perbuatan anak-anak mereka kerana pepatah ada mengatakan, ‘ Bagaimana acuan begitulah kuihnya’.

Terdapat banyak langkah bagi mengatasi masalah yang kian merebak ini. Salah satunya ialah melalui kempen larangan merokok supaya para murid mendapat kesedaran. Tambahan lagi, larangan menjual rokok kepada para murid yang berada di bawah umur perlu dikuatkuasakan dengan serta merta. Akhir sekali, tindakan tegas perlu dikenakan kepada para murid yang terlibat dalam gejala merokok.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dan berhenti menunding jari antara satu sama lain. Sesungguhnya merokok membahayakan kesihatan di samping bertindak sebagai pembunuh kepada murid-murid sekolah.