bercakap mengenai nikmat allah s

4
Bercakap Mengenai Nikmat Allah S.W.T Memang Tak Akan Habis, Sujud Syukurlah Jawapannya... Home » Lirik Lagu Ketuhanan » Tidak Pernah Terfikirkan » Bercakap Mengenai Nikmat Allah S.W.T Memang Tak Akan Habis, Sujud Syukurlah Jawapannya... Bercakap mengenai nikmat Allah S.W.T, kita tidak akan dapat terhitung nikmat kepelbagaiannya dan kita akan menyedari ketidakmampuan diri kita untuk menghitung dan mensyukuri segala nikmat yang Allah S.W.T beri kepada kita. Nikmat kesihatan, nikmat kehidupan (nyawa), nikmat anggota badan kita (pancaindera) dan segala macam nikmat yang kita kadang-kadang tidak pernah terfikirkan selama ini. Kebaikan yang Allah S.W.T beri kepada kita tidak pernah surut dengan tidak terhitung banyaknya. Patah tumbuh, hilang berganti. Begitulah aturan Allah S.W.T untuk setiap manusia yang hidup di atas muka bumi-Nya ini. Manusia pada umumnya bersikap bodoh dan melalaikan daripada bersyukur ke

Upload: josnihmurni2907

Post on 08-Feb-2017

331 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bercakap mengenai nikmat allah s

Bercakap Mengenai Nikmat Allah S.W.T Memang Tak Akan Habis, Sujud Syukurlah Jawapannya... Home » Lirik Lagu Ketuhanan » Tidak Pernah Terfikirkan » Bercakap Mengenai Nikmat Allah S.W.T Memang Tak Akan Habis, Sujud Syukurlah Jawapannya...

Bercakap mengenai nikmat Allah S.W.T, kita tidak akan dapat terhitung nikmat kepelbagaiannya dan kita akan menyedari ketidakmampuan diri kita untuk menghitung dan mensyukuri segala nikmat yang Allah S.W.T beri kepada kita. Nikmat kesihatan, nikmat kehidupan (nyawa), nikmat anggota badan kita (pancaindera) dan segala macam nikmat yang kita kadang-kadang tidak pernah terfikirkan selama ini. Kebaikan yang Allah S.W.T beri kepada kita tidak pernah surut dengan tidak terhitung banyaknya. Patah tumbuh, hilang berganti. Begitulah aturan Allah S.W.T untuk setiap manusia yang hidup di atas muka bumi-Nya ini. Manusia pada umumnya bersikap bodoh dan melalaikan daripada bersyukur ke hadrat Ilahi. Sangat sedikit bagi mereka yang mahu mengingati nikmat Allah S.W.T lalu mensyukurinya.

Page 2: Bercakap mengenai nikmat allah s

Di antara manusia ada yang tidak mengetahui hakikat syukur dan tidak juga mengetahui sendi-sendinya, bahawa tanpanya, syukur tidak akan sempurna. Di antara mereka pula ada yang mengetahui hakikat tersebut, namun mereka melalaikannya. Allah S.W.T telah mengalirkan pelbagai jenis nikmat kepada hamba-hamba-Nya yang tidak dapat terfikir selama ini oleh akal-akal mereka. Oleh sebab itu, hendaklah mereka mensyukuri, mengetahui nilainya dan tidak meremehkannya. Sebab itulah apabila seseorang itu kehilangan nikmatnya, barulah dia merasakan betapa bernilainya nikmat yang Allah S.W.T beri kepada dia selama ini yang dia tidak pernah sedar. Dengan kata lain, nikmat akan terasa jika telah hilang.

Setiap muslim hendaklah bermuhasabah diri secara sebenar-benarnya mengenai hubungannya dengan Allah S.W.T. Bermuhasabah diri ini bertujuan agar dia tahu dan sedar tentang bagaimana hendak menambahkan lagi rasa kesyukurannya terhadap Allah S.W.T. Hamba yang mendapat taufik, kata Ibnul Qayyim r.a, adalah hamba yang apabila Allah S.W.T memperbaharui nikmat untuknya, maka hamba tersebut memperbaharui ibadahnya, rasa cintanya dan ketaatannya. Apabila Allah

Page 3: Bercakap mengenai nikmat allah s

S.W.T mengurangi atau membatasi nikmatnya, maka hamba tersebut juga menerimanya dengan hati yang rela. Apabila hamba tersebut berbuat dosa, maka dia mengiringinya dengan bertaubat, penyesalan dan memohon keampunan kepada-Nya.

Selama ini kita mengerjakan ibadah wajib yang disuruh oleh Allah S.W.T yang mana adakala kemungkinan ibadah tersebut belum cukup ikhlas lagi. Maka hendaklah kita sertakan dengan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran terhadap-Nya atas nikmat kehidupan berterusan yang kita alami setakat ini. Itu menandakan Allah S.W.T masih sayang kepada kita dengan memberi kita peluang hidup untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya. Sebab itulah kita sangat takut terhadap seksaan Allah S.W.T terhadap diri kita yang datang secara tiba-tiba, kerana ketetapan Allah S.W.T pasti akan berlaku dan tidak akan ada perubahan lain bagi ketetapan-Nya itu. Justeru, kita akan merasa gelisah dan tidak tenteram sebab keadaan kita pada ketika itu yang sedang lalai dapat menjadi salah satu faktor penyebab hilangnya nikmat-nikmat Allah S.W.T itu.

Hanya kepada Allah S.W.T jua kami memohon keselamatan di dunia dan di akhirat. Semoga Allah S.W.T merahmati orang yang selalu merenungi segala nikmat-Nya, mengagungkan pemberian-Nya, kemudian mensyukuri dan tidak bermalas-malasan dalam mengerjakan amal ibadah terhadap-Nya. Mudah-mudahan Allah S.W.T mengampuni dan merahmati diri kita ini. 

Hayatilah lirik lagu di bawah yang dinyanyikan oleh kumpulan Vagetoz yang bertajuk, 'Sujud Syukurku':

Sujud syukurku, padaMu Ya RabbiAtas karunia yang telah Kau beriBetapa semua ku sadariKebesaran dan keagunganMuTakkan ada yang melebihi

Page 4: Bercakap mengenai nikmat allah s

Hanya Allah yang satu.

Sembah sujudku padamu Ya RabbiUntuk selalu memohon dan mengabdiSampai akhir nantiSampai akhir nanti menutup mata.

Wallahua'lam.