bengkel remaja muslim siri 2

7
MODUL BENGKEL REMAJA MUSLIM SIRI 2 : SMART SOLAT Tarikh : 22 November 2015 Hari : AHAD Masa : 8 pagi – 6 petang SLOT 1: ASAS PERLAKSANAAN SOLAT SLOT 2: PENGHAYATAN SOLAT SEMPURNA Anjuran: MASJID ASY SYAKIRIN, KLCC dan NISA’ WILAYAH PERSEKUTUAN

Upload: khuzairi-suria

Post on 27-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Smart Solat

TRANSCRIPT

Page 1: Bengkel Remaja Muslim Siri 2

MODUL

BENGKEL REMAJA MUSLIM SIRI 2 :

SMART SOLAT Tarikh : 22 November 2015

Hari : AHADMasa : 8 pagi – 6 petang

SLOT 1:

ASAS PERLAKSANAAN SOLAT

SLOT 2:

PENGHAYATAN SOLAT SEMPURNA

Anjuran:

MASJID ASY SYAKIRIN, KLCC dan NISA’ WILAYAH PERSEKUTUAN

SLOT 1 – ASAS PERLAKSANAAN SOLAT

Page 2: Bengkel Remaja Muslim Siri 2

Al-Mukminun (23: 1-3)

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.

2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

Solat adalah kewajipan terhadap seluruh umat Islam. Solat adalah perintah Allah ta’ala kepada kita sebagai hambaNya. Orang Islam tidak boleh meninggalkan solat dalam apa keadaan sekalipun.

SYARAT WAJIB SOLAT

Apabila seseorang telah memenuhi syarat-syarat ini maka wajiblah dia mengerjakan solat.

Syarat wajib solat ada 3 :

1. Islam

2. Baligh

3. Berakal

SAYA MUSLIM HEBAT.

1. Tuliskan afaz kalimah syahadah beserta makna

_____________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

2. Perempuan baligh wajib:

a. Jaga solat

Page 3: Bengkel Remaja Muslim Siri 2

b. Tutup aurat dengan sempurna

c. Jaga maruah

3. Orang berakal adalah orang yang tidak gila. Orang berakal juga boleh bezakan yang baik dan buruk.

Solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah Ta’ala apabila kita dibangkitkan di padang mahsyar nanti. Orang yang meninggalkan solat akan diseksa dengan siksaan dahsyat bermula dari dalam kubur lagi.

Solat wajib ditunaikan dengan sempurna. Syarat sah dan rukunnya wajib difahami dan dilaksanakan sebaiknya.

SYARAT SAH SOLAT

Seseorang yang hendak melakukan solat, wajib memenuhi syarat-syarat ini. Jika syarat-syarat ini tidak dipenuhi maka solatnya tidak akan diterima oleh Allah.

Syarat sah solat ada 5:

1. Mengetahui masuknya waktu solat dengan yakin.

2. Menghadap kiblat.

3. Menutup aurat.

4. Suci daripada najis pada pakaian dan tempat solat.

5. Suci daripada hadas kecil dan besar.

RUKUN SOLAT

Setelah syarat sah solat kita penuhi, maka wajib pula kita mengetahui berkaitan rukun solat. Rukun adalah perkara yang membina solat. Tanpa rukun maka solat yang dilakukan adalah tidak sempurna dan akan tertolak dengan sendirinya.

Page 4: Bengkel Remaja Muslim Siri 2

Rukun solat ada 13 perkara :

1. Berdiri betul.

2. Niat solat.

3. Takbiratul ihram.

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Rukuk dengan tomakninah.

6. I’tidal dengan toma’ninah.

7. Sujud dua kali dengan toma’ninah.

8. Duduk antara dua sujud dengan toma’ninah.

9. Duduk tahiyyat akhir.

10.Membaca tahiyyat akhir.

11.Membaca Selawat

12.Memberi salam ke sebelah kanan.

13.Tertib.

WAKTU SOLAT

Lukiskan tapak tangan anda di ruang yang disediakan.

Tuliskan waktu solat berserta rakaatnya pada setiap jari yang telah dilukis.

Page 5: Bengkel Remaja Muslim Siri 2

SLOT 2 - PENGHAYATAN SOLAT SEMPURNA

Surah al-Ma’un : 4-5

4. Kecelakaan besar bagi orang yang mengerjakan solat.

5. Iaitu orang yang lalai dalam mengerjakan solatnya.

Page 6: Bengkel Remaja Muslim Siri 2

Al-Ankabut

45. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mampu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.

KUIZ SMART SOLAT

SEMAKAN BACAAN DALAM SOLAT DAN AMALAN BERKAITAN

BIL PERKARA SEMAKAN

1. Syahadah

2. Membaca surah al-Fatihah.

3. Rukuk dengan tomakninah.

4. I’tidal dengan tomakninah.

5. Sujud dua kali dengan tomakninah.

6. Duduk antara dua sujud dengan tomakninah.

7. Duduk tahiyyat akhir.

8. Membaca tahiyyat akhir.

9. Membaca Selawat