bengkel botani tasik merimbun

Upload: umie-kamaruddin

Post on 31-Oct-2015

57 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pdf

TRANSCRIPT

  • Ucapan Naib Canselor Pembukaan Rasmi Bengkel Botani Tumbuh- Tumbuhan

    di Taman Warisan Tasek Merimbun

    27hb May 2003

    Dewan Sukma Indera,

    Bangunan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei,

    Jalan Residency, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam

    Bismillahir rahman nir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh. Yang Mulia, Pengarah

    Museum Brunei, Pengerusi Jawatankuasa Majlis, Pegawai-pegawai Kerajaan, Peserta-Peserta Bengkel

    dan Hadirin yang saya hormati. Pertama sekali saya ingin menyampaikan salam dan rasa dukacita Dr.

    Haji Ismail bin Haji Duraman, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, kerana tidak dapat hadir

    untuk merasmikan bengkel hari ini disebabkan beliau telahpun ada komitmen awal sebelum menerima

    jemputan ini. Walaubagaimanapun beliau telah mengaturkan saya sebagai wakil peribadi beliau untuk

    membacakan ucapannya dan seterusnya menyempurnakan pelancaran bengkel tersebut.

    Berikut saya bacakan teks ucapan beliau.

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kaseh kepada Pengarah Musuem Brunei

    kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan pelancaran Bengkel Botani Tumbuh-Tumbuhan di

    Taman Warisan Tasek Merimbun. Tapi sayangnya disebabkan saya telah ada komitmen awal sebelum

    saya menerima jemputan ini maka dukacita saya tidak dapat bersama di majlis yang berkebajikan pada

    pagi ini. Walaubagaimanapun saya telah mewakilkan Pg Dr Hajah Rahmah Pg Haji Jadid, Timbalan Naib

    Cancelor, Universiti Brunei Darussalam, untuk melancarkan bengkel ini bagi pihak peribadi saya.

    Sara ingin mengucapkan tahniah kepada Pengarah dan kakitangan Museum- Museum Brunei, terutama

    sekali Awang Samhan Bin Nyawa, Kurator Bahagian Ilmu Kejadian yang juga Penyelaras bengkel ini

    diatas usahanya mengadakan bengkel ini.

  • Taman Warisan Tasek Merimbun adalah diiktirafkan sebagai sebiji batu permata di mahkota hijau

    Negara Brunei Darussalam, yang telah dikenalpasti sebagai taman warisan ASEAN dalam tahun 1984.

    Ditahun yang sama ia juga telah diiktiraf ketaraf Warisan Dunia. Walaubagaimanapun Taman Warisan

    Tasek Merimbun menerima kurang perhatian daripada orang tempatan di Brunei Darussalam

    dibandingkan dengan Taman Negara Ulu Temburung. Kebanyakan pelawat-pelawat dalam dan luar

    negeri tidak mengetahui keunikan semulajadi taman ini dan kepelbagai persekitaran yang ada di taman

    ini.

    Berbeza dengan Taman Negara Ulu Temburong yang hanya mengandungi satu jenis hutan, Taman

    Warisan Tasek Merimbun mengandungi sekurang- kurangnya tiga jenis hutan yang dalam keadaan baik

    yang mana hutan-hutan seperti ini adalah terancam di tempat lain di Borneo. DisampiIlg itu, pelbagai

    jenis hutan ini senang di datangi, memudahkan pelancong melawat jenis-jenis hutan ini dalam satu hari.

    Taseknya pula adalah satu-satunya tasek ayer tawar yang terbesar dalam Brunei Darussalam oleh itu

    adalah sangat penting dalam mengekalkan biodiversiti dalam negeri ini.

    Musueum Brunei telahpun terlibat dalam kajian flora dan fauna di Taman ini selama beberapa tahun dan

    telah berjaya mengumpulkan banyak maklumat mengenai tumbuhan dan binatang dalam Taman ini. Saya

    telah difahamkan ahli gains dari seluruh dunia telah terlibat dalam penyelidikan di Taman ini, termasuk

    penyelidik dari United Kingdom, Singapore, Japan and Australia, dan juga ahli sains kita di Universiti

    Brunei Darussalam. Adalah sangat mengalakan bila melihat penglibatan antarabangsa maseh berterusan

    hingga kehari ini dengan kehadiran pakar dari Australia yang mengetuai bengkel hari ini.

    Keujutan semula jadi hutan yang berterusan akan hanya terjamin jika kawasan daerah tersebut dapat

    menyumbangkan kesejahteraan penduduk di daerah tersebut dan juga seluruh negara. Dalam konteks ini

    kesejahteraan yang dimaksudkan itu diambil dari segi makna yang seluasnya, ia itu dari segi kepuasan

    mental atau intelektual dan juga kepuasan fisikal penduduk secara menyeluruh. Adalah sangat mudah

    bagi kita membubuh nilai atau harga kepada sumbar fisikal yang ada di satu kawasan, misalannya

    memotong balak untuk mendapatkan papan, mendapatkan hasil dari tumbuhan atau binatang, dsb. Bahan

    tersebut dapat diberi harga untuk menunjukan nilai ekonomi sesuatu kawasan. Namundemikian nilai

    intrinsik Taman Warisan Tasek Merimbun iaitu nilai yang tidak dapat dilihat atau yang tersembunyi

    adalah lebih dari apa yang dapat dinilai dengan wang yang didapati dari hutan dan hasilnya. Menakala

    kita boleh membubuh harga kepada ikan yang ditangkap setiap tahun di tasek tersebut, adalah sangat

  • susah untuk membubuh nilai keatas peranan penting Tasek dan kawasannya terhadap budaya orang-orang

    kampung, adat resam, cerita rakyat dan legenda mereka yang berkaitan dengan tumbuhan dan binatang

    yang hidup di persekitaran Tasek tersebut. Pengetahuan orang tempatan mengenai tumbuhan dan

    binatang dan kegunaan ilmu tersebut menjadi budaya penduduk tersebut. Pengetahuan tersebut mengikat

    dan mayatukan masyarakat dan mengelakkan pencerobohan dari pengaruh luar.

    Bagi penduduk negara ini, peluang untuk melawat hutan dan hidupan liar boleh membantu

    mengurangkan tekanan dan melegakan kesibukan hidup zaman modem. Walaubagaimanapun seperti

    yang telah saya cakapkan tadi bahawa Taman Warisan Tasek Merimbun ini tidak berapa dikenali oleh

    penduduk di negara ini. Satu daripada sebabnya ialah mungkin adanya faktor seperti papatah Melayu

    "tidak kenaI tidak cinta". Satu sebab yang lain .mungkin juga yang orang selalunya tidak menghargai

    ataupun mengambil ringan kepada apa yang kita ada. Kebiasaan dunia adalah begini. Melawat Taman

    Warisan Tasek Merimbun boleh ditangguhkan bila-bila masa kerana ia sentiasa ada di sana dan tempat

    lain seperti membeli belah barang keperluan yang ada "sale" atau mendapatkan barang baru, ada lebih

    penting.

    Sebelum ini, Museum Brunei telah menekankan keperluan perkembangan pengetahuan sain yang

    berkaitan dengan tumbuhan dan binatang yang tinggal di persekitaran Taman ini dengan memberi

    kemudahan bagi pakar sains tinggal dan menyelidik di Merimbun. Saya berasa gembira kakitangan dan

    pelajar Universiti Brunei Darussalam telah menyahut dan berpeluang menikamati kemudahan tersebut

    dan saya berharap warga Universiti akan dapat meneruskan aktiviti tersebut. Walaubagaimanapun, saya

    telah difahamkan bahawa matalamat Museum Brunei ialah untuk menjadikan Taman ini sebagai tempat

    rekreasi, pemeliharaan dan ekotourism dan juga penyelidikan. Dalam konteks ini bengkel hari ini adalah

    menepati matalamat tersebut.

    Matalamat Bengkel hari ini adalah sarna seperti juga bengkel yang telah di ungkayahkan oleh UBD

    diawal bulan Mac ini yang ditaja oleh The ASEAN Regional Centre for Biodiversity Conservation,

    ARCBC yang memberikan latihan teknik untuk melukis tumbuhan dan binatang. Walaubagaimanapun

    bengkel ini telah memanjangkan lagi matalamat tersebut kepada penghasilan sebuah buku panduan

    terhadap tumbuhan Tasik Merimbun dan memberikan peserta kapasiti untuk menyumbangkan berterusan

    penyeberan maklumat mengenai tumbuhan di Negara Brunei Darussalam. Negara kita memerlukan dan

    ketagihan maklumat yang berilusterasi clan bergambar dan di sinilah dimana peserta dapat memberikan

    sumbangan yang sangat penting. Saya berharap semua peserta bengkel ini akan dapat menggunakan

    pengetahuan dan kemahiran yang didapati dalam bengkel ini dan menghasilkan banyak lagi buku

    panduan tumbuhan-tumbuhan yang hidup di lain kawasan di Negara ini.

  • Walaupun rasa hati saya ingin untuk bersama di majlis yang berkebajikan ini disebabkan saya telah ada

    janji awal maka saya tidak dapat bersama biskita pada hari ini. Dari jauh, tidak juga jauh sebab saya ada

    di Brunei ini saya mengucapkan kepada peserta selamat berjaya dan semoga berhasil dan usaha biskita

    mencapai kepada matalamat yang ditujukan. Berakhir ucapan.

    Oleh itu saya sebagai wakil Dr Haji Ismail bin Haji Duraman .dengan mengucapkan kalimah "Bismillahi

    rahman nirrahim", saya rasmikan pelancaran bengkel Taman Warisan Tasek Merimbun yang akan

    berjalan selama dua belas hari.

    Wabillahi tawufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh.