belilah barang buatan malaysia

3
Zaman beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara- negara maju selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan mula membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan ekonomi negara yang pesat membangun. Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import. Bagi menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti yang diwara-warakan oleh bekas perdana menteri yang keempat, wajarlah sektor perindustrrian disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran. Dalam konteks ini, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membuka mata tentang barangan buatan tempatan dan membuang sikap prejudis yang ada dalam pemikiran untuk menganaktirikan produk sendiri di samping membina semangat “Malaysia Maju” dari serba-serbi termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri. Produk Malaysia telah meniti dari bibir ke bibir tidak kira rakyat Malaysia atau luar negara. Sudah banyak produk dan barangan tempatan yang telah berjaya mengeluarkan hasil keringat usahawan- usahawan Malaysia yang berdaya maju dan berdedikasi. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti kipas, penghawa dingin dan televisyen juga telah banyak membanjiri pasaran luar negara.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian. Belilah Barangan Buatan Malaysia ’ sesuai diwujudkan. Konsep ini telah meletak harga murah pada produk Malaysia dan mengenakan cukai pada produk luar negara. Ini membuat sebahagian besar masyarakat akan memilih untuk membeli barangan Malaysia yang lebih murah. Kelama-lamaan, apabila masyarakat membeli barangan buatan Malaysia, mereka akan sedar betapa berkualiti barangan Malaysia daripada barangan luar negara. Ini meningkatkan semangat patriotisnme dan cinta akan negara terutamanya terhadap produk buatan negra kita ini. Selain itu, ini akan menunjukkan bahawa Malaysia menghasilkan barangan yang berkualiti malah, lebih kualiti daripada barangan luar negara atau serantau. Ini juga mengubah tanggapan yang barangan buatan Malaysia tidak berkualiti atau tidak bergaya dari segi pakaian. Dalam kempen ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’, telah diadakan iklan di televisyen untuk mempromosikan barangan Malaysia. Ini akan mengambil perhatian hampir semua rakyat kerana

Upload: kristen-tee

Post on 16-Jan-2016

69 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Belilah Barang Buatan Malaysia

Zaman beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara maju selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan mula membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan ekonomi negara yang pesat membangun. Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import. Bagi menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti yang diwara-warakan oleh bekas perdana menteri yang keempat, wajarlah sektor perindustrrian disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran. Dalam konteks ini, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membuka mata tentang barangan buatan tempatan dan membuang sikap prejudis yang ada dalam pemikiran untuk menganaktirikan produk sendiri di samping membina semangat “Malaysia Maju” dari serba-serbi termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.

Produk Malaysia telah meniti dari bibir ke bibir tidak kira rakyat Malaysia atau luar negara. Sudah banyak produk dan barangan tempatan yang telah berjaya mengeluarkan hasil keringat usahawan-usahawan Malaysia yang berdaya maju dan berdedikasi. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti kipas, penghawa dingin dan televisyen juga telah banyak membanjiri pasaran luar negara.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian. 

‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia ’ sesuai diwujudkan.  Konsep ini telah meletak harga murah pada produk Malaysia dan mengenakan cukai pada produk luar negara. Ini membuat sebahagian besar masyarakat akan memilih untuk membeli barangan Malaysia yang lebih murah. Kelama-lamaan, apabila masyarakat membeli barangan buatan Malaysia, mereka akan sedar betapa berkualiti barangan Malaysia daripada barangan luar negara. Ini meningkatkan semangat patriotisnme dan cinta akan negara terutamanya terhadap produk buatan negra kita ini.

Selain itu, ini akan menunjukkan bahawa Malaysia menghasilkan barangan yang berkualiti

malah, lebih kualiti daripada barangan luar negara atau serantau. Ini juga mengubah

tanggapan yang barangan buatan Malaysia tidak berkualiti atau tidak bergaya dari segi

pakaian. Dalam kempen ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’, telah diadakan iklan di

televisyen untuk mempromosikan barangan Malaysia. Ini akan mengambil perhatian hampir

semua rakyat kerana majoriti penduduk Malaysia menonton televisyen. Oleh itu, sesiapa

yang memiliki barangan yang disiarkan di televisyen akan dikatakan ‘trendy’ bagi pakaian

ataupun beg terkini buatan tempatan. Kesimpulannya, kempen ini dapat merubah tanggapan

negatif mengenai barangan Malaysia, seterusnya, memupuk rasa bangga akan produk

tempatan yang lebih berkualiti daripada produk luar negara.

Slogan ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’ mewujudkan rasa cinta penduduk kepada

produk tempatan seterusnya melahirkan rasa cinta akan negara. Apabila seseorang membeli

Page 2: Belilah Barang Buatan Malaysia

produk Malaysia secara berterusan, ia akan menjadi kelaziman atau kebiasaan bagi orang

itu. Dalam kata lain, membentuk rasa cinta pada barangan buatan Malaysia. Melalui

kesedaran ini, seseorang itu akan mencuba produk Malaysia yang lain serta lebih

mewujudkan rasa cinta akan produk tempatan. Pada masa yang sama, ini akan melahirkan

rasa cinta akan negara.

Melalui slogan ini, kempen ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’ akan memberi kesedaran

rakyat Malaysia tentang kepentingan membeli produk tempatan. Kerajaan memastikan

penduduk Malaysia membeli produk tempatan kerana kegiatan ini amat mempengaruhi

ekonomi Malaysia. Jika rakyat membeli barangan buatan luar negara, untung barangan

tersebut lebih kepada negara tersebut. Oleh itu, kerajaan berusaha untuk menggalakkan

pembelian produk tempatan di negara ini. Kemudian, Malaysia boleh pula mengeksportnya

ke negara lain kerana telah mendapat smabutan di negara sendiri. Apabila produk Malaysia

dipasarkan di luar negara, akan wujud perspektif tentang kemajuan Malaysia. Ini akan

meningkatkan pengeluaran dan peningkatan dari segi ekonomi negara. Dalam masa yang

sama, ini dapat mempromosi nama Malaysia dan menggalakkan pelancongan di negara kita.

Konklusinya, apabila ramai pelancong, akan wujud rasa bangga akan negara dan kesedaran

untuk membeli produk Malaysia berbanding produk luar negara.

Selain itu, peningkatan pembelian produk tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui

kempen ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’ menunjukkan bahawa produk negara kita

setanding dengan barangan China, Eropah mahupun Jepun. Ini menandakan negara kita

setaraf dengan negara lain. Contohnya, rekaan dan ciptaan kereta Proton Preve juga

setanding dengan negara Jepun dari segi teknologi inovasi dan rekaan uniknya. Malah, kini

ramai penduduk lebih membeli kereta Proton berbanding keluaran baru negara lain. Ini

mewujudkan rasa bangga akan pencapaian negara dan hampir mencapai gagasan Wawasan

2020. Kita juga akan bersyukur dengan pembangunan negara kita yang optimum yang boleh

dikatakan melepasi tahap miskin dan menghampiri tahap negara maju. Ini berlaku hanya

kerana keprihatinan dan kebijaksanaan rakyat yang membuat pilihan yang betul. Ini juga

mewujudkan rasa bangga dan syukur akan pencapaian negara.

Page 3: Belilah Barang Buatan Malaysia

Slogan dan kempen ‘ Belilah Barangan Buatan Malaysia’ jelas memberi kesan yang amat

positif dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia juga menyemarakan lagi semangat

patriotisme dalam rakyat. Selain itu, kesan daripada kempen ini juga dapat meningkatkan

ekonomi negara dan menambah pendapatan negara. Kerajaan memang mengambil tindakan

yang baik dengan mengadakan slogan dan kempen ini. Oleh itu, kempen ini wajar diteruskan

dan dipromosikan dengan lebih giat.

 tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi negara. menyekat aliran wang ke luar negara