bantuan regulasi emosi qurani bagi individu...

26
PUSAT PENYELIDIKAN IBNU UMMI MAKTUM Institut Sains Islam, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia No. Tel: +6012 305 3001 || +606 798 6702 (Faks) E-mel: [email protected] Dengan kerjasama: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU AUTISME DALAM SITUASI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (RES-Q)

Upload: others

Post on 12-Oct-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

PUSAT PENYELIDIKAN IBNU UMMI MAKTUMInstitut Sains Islam, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA,

Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia

No. Tel: +6012 305 3001 || +606 798 6702 (Faks)E-mel: [email protected]

Dengan kerjasama:

BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU AUTISME DALAM SITUASI

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (RES-Q)

Page 2: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

PengenalanBantuan Regulasi Emosi Qurani bagi Individu Autisme dalam situasi PKP

2

• Bantuan Regulasi Emosi Qurani Individu Autisme [RES-Q] adalah kaedah bantuan segera semasatercetusnya krisis atau bencana; dan

• RES-Q disediakan bagi individu autisme yang mengalami gangguan emosi dan tingkah laku sertaberisiko membawa kepada tantrum, meltdown, potensi mencedera diri dan orang lain akibat krisistersebut.

Apakah bantuan

RES-Q?

• Mengurangkan tanda-tanda gangguan emosi dan tingkah laku;

• Menyediakan rutin pengurusan emosi dan tingkah laku secara praktikal dan berstruktur di rumah;

• Menawarkan aktiviti alternatif bagi mengurangkan kelonggaran pergerakan keluar rumah bagi individuautisme; dan

• Menawarkan pendekatan terapi Qurani dalam mendepani pelbagai situasi khususnya sewaktu krisis.

Tujuan bantuan

RES-Q?

• Individu autisme yang mengalami gangguan emosi dan tingkah laku;

• Ibu bapa atau penjaga atau ahli keluarga yang mengalami stress dalam menguruskan rutin harianindividu autisme; dan

• Petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang terlibat dalam menguruskan bantuan krisis & usahamenyantuni OKU.

Siapa yang memerlukan

RES-Q?

Page 3: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

3

Page 4: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

4

TERAPI QURANICegah, Rawat & Iman

Page 5: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Regulasi Emosi

5

Emosi ialah suatu keadaan yang kompleksdalam diri manusia. Ianya melibatkanperubahan tindak balas tubuh badan sepertipernafasan, denyutan dan lain-lain.

Emosi juga merupakan satu tindak balasterhadap rangsangan dan mempunyaitenaga penggerak terhadap tingkah laku dandatang secara semulajadi.

Regulasi emosi merujuk kepada kaedahmengawal pelbagai emosi dan tingkah lakuindividu autisme akibat gangguan sensoridan krisis.

Sumber: Fariza Md Sham et al. (2017). Panduan Syariah Untuk Ibu Bapa

Menangani Perilaku Seksual Remaja Autisme. Jurnal Hadhari: An

International Journal, 169-182.

Page 6: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) atau disebut Movement Control Order dibuat di bawah

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

1988 dan Akta Polis 1967.

PKP bagi pencegahan Covid-19 telah diwartakan mulai 18 Mac

2020 di seluruh negara mengikuttahap yang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari

masa ke masa.

PKP ini selaras dengan konsepImamah atau Siyasah Syar’iyyah

iaitu pemberian kuasa kepadapemerintah untuk bertindakmenurut maslahah di mana

masyarakat diperintahkan untukduduk di rumah kecuali jika ada

keperluan mendesak. 6Sumber: Irsyad al-Fatwa siri ke-460: PKP menurut Siyasah Syar’iyyah

Page 7: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Hakikat Ketidakupayaan

7

Sumber: Akta OKU 2008

Page 8: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Asas Terapi Qurani ketika Diuji

8Sumber: Badiuzzaman Said Nursi. Rasail al-Nur (Risalah untuk para Pesakit)

Page 9: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Asas Terapi

QURANI

9

1. Kuasa iman merujuk kepada ilmu dan keyakinanbahawa segala penyakit itu adalah makhluk Allah dania tidak mampu memberi kemudaratan tanpa izinAllah. Menurut Imam Badiuzzaman Said Nursi; Ilmutiada kuasa untuk melakukan kebaikan tanpa kuasaIman. Maka jangan pernah kita katakan: Ya Allah! Akuada masalah besar, tapi katakanlah; Wahai masalah!Aku ada Allah yang Maha Besar;

2. Bersangka baik menuntut kita untuk bertawakal danberfikiran positif khususnya dalam situasi krisis.Firman Allah dalam surah Ali Imran:3:173: Mereka yangdiberitahu oleh orang kepada mereka, ‘Kaum (kafirmusyrik) mengumpulkan tentera bagi memerangikamu, oleh itu takutlah kepada mereka.’ Maka beritaitu menambahkan iman mereka lalu berkata,‘Cukuplah Allah (penolong) kami, dan Dia sebaik-baikpengurus.’

Page 10: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Asas Terapi

QURANI

10

3. Hakikat adil merujuk kepada hakikat kewujudanpenyakit dan penawarnya. Daripada Abu Hurairah RA,bahawa Nabi SAW bersabda; “Allah tidakmenurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkanbersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)];dan

4. Hikmah berganda merujuk kepada kefahamanterhadap ujian sebagai musibah atau hikmah. AbuHurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Hikmahitu adalah barang hilang bagi orang mukmin. Di manasaja ia mendapatinya, maka dialah yang paling berhakterhadapnya.” [Riwayat Ibn Majah (4169)]. Dalammenerangkan hadis ini, Imam Muhyiddin menyebuttentang hikmah diambil pada setiap perkataan yangmenyeru kepada kebaikan dan melarang kepadakeburukan (Faidh al-Qadir, 5/65).

Page 11: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Panduan RES-Q

Persediaan Individu Autisme

Persediaan Penjaga

Aktiviti Terapi Qurani

Emosi dan Tingkah Laku

Terkawal

Page 12: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Persediaan

INDIVIDU AUTISME

12

Selain mengenal pasti kekuatan dan kelainan upaya belajar individuautisme, persediaan ini perlu dilakukan bagi menjayakan aktiviti-aktivititerapi Qurani:-

1. Amalan kebersihan diri (Toharah) zahir dan batin. Menurut Imam al-Baydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir,bersih pakaian ialah bersih daripada najis-najis keranasesungguhnya membersihkan itu adalah kewajipan sebelumberibadat. (Tafsir al-Baydhawi, 1/411);

2. Amalan berwuduk dan mandi wajib bagi individu autisme yang sudahbaligh (Surah al-Maidah:5:6);

3. Amalan solat, doa dan zikir;

4. Amalan diperdengarkan bacaan al-Quran, doa dan zikir bagi individuautisme yang mengalami ketidakupayaan pertuturan;

5. Amalan pemakanan seimbang;

6. Amalan tidur atau rehat yang cukup;

7. Amalan penceritaan (social story) menggunakan jadual, masa, cartabagi menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan; dan

8. Amalan memberi rangsangan positif atas setiap penglibatanmereka.

Page 13: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Persediaan

PENJAGA

13

Selain daripada amalan asas terapi Qurani dan persediaan OKU seperti di atas,para penjaga dan petugas barisan hadapan turut disyorkan untuk:-

1. Menerima dan Redha. Redha sebagai hamba tanda menerimaketentuan-Nya, redha Allah kepada hamba tanda amalan kita diterima;

2. Perbetulkan niat. Biar lelah, asal Lillah. Imam Nawawi menyebutbahawa niat adalah keazaman di dalam hati di atas setiap perkara yangfardu dan selain daripadanya (al-Majmu’, 310/1);

3. Menjaga kebersihan diri zahir dan batin. Bersuci itu adalah tuntutanfitrah sebagaimana disebut di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji Mazhabal-Syafie;

4. Berpusatkan usaha. Ia merujuk kepada usaha memberi ruang danpeluang individu autisme dididik menjalani rutin beragama. Menurut Dr.Abdul Karim Zaydan, hak beragama itu selama bernyawa;

5. Istiqomah dalam berdoa dan bersabar (Surah al-Baqarah:2:45);

6. Melazimi istighfar khususnya beristighfar bersama anak ketika aktivitiberlangsung (Surah Nuh:71:10-12);

7. Sentiasa bersyukur. Jika kejayaan itu diukur dengan banyaknya usaha,maka kebahagiaan itu diukur dengan banyaknya syukur (SurahIbrahim:14:7); dan

8. Mewujudkan sistem sokongan di rumah dalam kalangan ahli keluarga.

Page 14: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Aktiviti Terapi

QURANI

14

Aktiviti ini memerlukan ibu bapa khususnya merangka jadual bersama anakistimewa, terbaiknya pada waktu pagi. Lakukan aktiviti ini di dalam bilik yang sesuaisaiznya dan tertutup. Bahan bantu mengajar seperti gajet, komputer atau TV mampumembantu capaian pembelajaran audio, visual dan kinestetik individu autisme.

1. Berwuduk. Sebaiknya menggunakan ‘spray wuduk’ dan menggosok anggotawuduk. Menurut pakar neurologi, Prof. Dr. Baron Omar, dahi, tangan dan kakimerupakan pusat segala saraf. Menurut Dr. Sarah Brewer, saintis bidangfizik, aliran air pada bahagian tubuh manusia boleh memberi kesan positifkepada aura seseorang;

2. Membaca atau diperdengarkan bacaan Ruqyah. Letakkan air mineralsemasa sesi ruqyah berlangsung. Kemudian diminum air tersebut setelahselesai aktiviti ruqyah. Selain sebagai doa memohon perlindungan Allah,Ruqyah antara lain bertujuan menyerahkan segala urusan kepada Allahsebelum sesuatu usaha dilaksanakan;

3. Solat Dhuha dan doa. Boleh rujuk doa Dhuha oleh UNIC. Jika anak tidakmampu solat secara sempurna, maka solatlah dalam persekitaran mereka;

4. Membaca atau diperdengarkan bacaan Asmaul Husna. Cadangan AsmaulHusna oleh Dr. Ary Ginanjar (Surah al-A’raf:7:180);

5. Membaca atau diperdengarkan selawat dan zikir dalam pelbagai versi lagudan irama (Surah al-Ahzab:33:56 & Surah al-Ra’d:13:28); dan

6. Melakukan senaman keseimbangan otak yang mempunyai elemen BrainGym.

Sumber: Yayasan FAQEH, (2016). Kurikulum QurANIS.

Page 15: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Kaedah wudukmenggunakan

Spray Wuduk

15

Page 16: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Tatacara Ruqyah

Page 17: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Contoh bacaan

Ruqyah

Aktiviti bacaan atau diperdengarkan ruqyah ini bolehmenggunakan mana-mana modul ruqyah yangbersumberkan Quran dan Sunnah seperti Modul RuqyahAnak Istimewa yang dibangunkan Yayasan FAQEH,Ruqyah Asas Pengubatan Islam terbitan Darussyifa’ danal-Ma’thurat susunan al-Syahid Imam Hassan al-Banna. Antara amalan asas bacaan ruqyah adalah:-

1. Surah al-Fatihah;

2. Surah al-Ikhlas;

3. Surah al-Falaq;

4. Surah al-Nas;

5. Ayat al-Kursi dari Surah al-Baqarah:2:255;

6. Surah al-Baqarah:2:285-286;

7. Surah Yunus:10:81-82

Page 18: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Contoh bacaan

Ruqyah

Page 19: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Contoh bacaan

Ruqyah

Page 20: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

#DAKWAH itumengajak, BUKAN

menghukum

Page 21: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian
Page 22: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

DU’A:

Never lose hope & trust in the power of DU’A

Page 23: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Senaman Keseimbangan Otak [PACE]

Page 24: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Aktiviti Terapi

Qurani ketika

TANTRUM

24

Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan mengakibatkan tingkahlaku yang tidak terkawal disebabkan kemahuan terhadap sesuatu tidakdapat dipenuhi, masalah sensori seperti tidak suka bunyi bising dan kecewaatau keliru kerana perubahan rutin harian tanpa dimaklumkan terlebihdahulu. Antara kaedah yang dianjurkan Islam bagi menangani isu ini adalah:-

1. Ubah kedudukan. Jika tengah berdiri, maka duduk atau baring. SabdaNabi SAW; Apabila salah seorang daripada kamu marah sewaktusedang berdiri, hendaklah dia duduk. Jika kemarahannya hilang, makaitu baik. Jika tidak, hendaklah dia berbaring (Sunan Abi Daud, 4782);

2. Mengambil wuduk atau mandi. Sabda Nabi SAW; Sesungguhnyakemarahan itu datang daripada syaitan, dan syaitan itu diciptadaripada apI, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka jikasalah seorang daripada kalian berasa marah, hendaklah diaberwudhu (Sunan Abi Daud, 4784);

3. Diam untuk cari tindakan rasional. Sabda Nabi SAW; Apabila salahseorang daripada kamu berasa marah, hendaklah dia diam (al-Adabal-Mufrad, 245); dan

4. Tenang sebelum buat keputusan. Sabda Nabi SAW; Tidak bolehseseorang itu menghakimi antara dua orang dalam keadaan marah(Sahih Muslim, 1717).

al-Kafi #877: Nasihat dan Tips untuk Mengawal Kemarahan

Page 25: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

PenutupBantuan Regulasi Emosi Qurani bagi Individu Autisme dalam situasi PKP

25

Disediakan oleh:

PUSAT PENYELIDIKAN IBNU UMMI MAKTUM, INSTITUT SAINS ISLAM, USIMYAYASAN PENDIDIKAN AL-QURAN BAGI ANAK ISTIMEWA (FAQEH)

Disemak oleh:

BAHAGIAN PENYELIDIKAN, JAKIMPUSAT KHIDMAT KELUARGA, SOSIAL DAN KOMUNITI (KSK CARE CENTRE), JAKIM

Pisau tidak mampu membunuh Nabi Ismail, api tidak mampu membakar NabiIbrahim, ikan paus tidak mampu memakan Nabi Yunus, lautan tidak mampumenenggelamkan Nabi Musa, dan syair Arab tidak mampu menandingikehebatan al-Quran. Maka kembalilah kepada pemilik segala yang ada dilangit dan di bumi, Dialah Allah, al-Khaliq, al-Musawwir, al-Shafie, “sebaik-baik Penjaga dan Maha Penyayang terhadap hamba-Nya” (Yusuf:12:64).

Page 26: BANTUAN REGULASI EMOSI QURANI BAGI INDIVIDU …mycare.islam.gov.my/images/documents/RES-Q_Autisme_PKP-web.pdfBaydhawi dalam mentafsirkan ayat ke-empat Surah al-Mudassir, bersih pakaian

Zikir Fikir

#Different, NOT Less26