band4a

9
FAKULTI SAINS KEMANUSIAN PENDIDIKAN MORAL (AT41) NAMA :NURMIFTAH HULJANNAH BINTI NORLEE NO MATRIK :D20131064460 SEMESTER :TIGA KURSUS :INSTITUSI KELUARGA, SEKOLAH DAN PENDIDIKAN MORAL (HMS 3023) KUMPULAN :A TUGASAN : PERANAN GURU SEBAGAI MODEL DALAM MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU PELAJAR.

Upload: nurmiftahhuljannahnorlee

Post on 16-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: band4a

FAKULTI SAINS KEMANUSIAN

PENDIDIKAN MORAL (AT41)

NAMA :NURMIFTAH HULJANNAH BINTI NORLEE

NO MATRIK :D20131064460

SEMESTER :TIGA

KURSUS :INSTITUSI KELUARGA, SEKOLAH DAN PENDIDIKAN MORAL

(HMS 3023)

KUMPULAN :A

TUGASAN : PERANAN GURU SEBAGAI MODEL

DALAM MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU

PELAJAR.

PENSYARAH : DR. ABDUL AZIZ BIN ABDUL SHUKOR

TARIKH : 3 DISEMBER 2014

Page 2: band4a

PERANAN GURU SEBAGAI MODEL DALAM MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU PELAJAR.

Di dalam teori Pembelajaran Sosial Bandura (1977), beliau telah membuat analisis

yang menyatakan bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian. Pembelajaran adalah

melalui peniruan, mengajuk dan memadan. Menurut Maarof (2003), Bandura (1977),

menekankan bahawa manusia belajar dengan cara memerhatikan tingkah laku orang lain.

Pemodelan dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang individu terhasil apabila manusia

memerhati tingkah laku orang lain atau mereka yang signifikan dengan tingkah laku tersebut.

Selain itu, Albert Bandura (1977), menganggap pemodelan merupakan demonstrasi yang

penting tentang peranan kognitif dalam pembelajaran.

Peranan pemodelan dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang individu adalah

untuk mencorakkan dan menentukan sama ada tingkah laku itu baik mahupun buruk dengan

imitasi atau peniruan melalui proses pemerhatian oleh seseorang individu terhadap individu

yang lain. Bandura (1977) mengatakan bahawa sesuatu tindakan itu merupakan hasil

interaksi antara ketiga-tiga faktor iaitu manusia, persekitaran dan tabiat manusia. Walaupun

wujud interaksi antara ketiga-tiga komponen, Bandura (1977) berpendapat bahawa

sebahagian daripada komponen ini mungkin lebih berpengaruh dari yang lain pada masa

tertentu bagi menghasilkan sesuatu tindakan.

Manusia secara semula jadi bersifat meniru di mana seseorang individu itu boleh

memperoleh kedua-dua sifat baik dan buruk daripada keadaan seseorang yang lain. Hal ini

kerana menurut Muhammad Abdul Quasem (1975), Imam al- Ghazali juga turut menekankan

faktor pembelajaran sosial iaitu pergaulan dengan orang-orang yang soleh sebagai salah satu

kaedah membentuk akhlak yang mulia dalam diri seseorang. Menurut al-Na’imy (1994)

pula, manusia berbeza berdasarkan persekitaran di mana ia berada. Sesiapa yang mendapati

dirinya berada dalam persekitaran dan pendidikan yang membantunya ke arah kebaikan,

maka dia lebih cenderung untuk menjadi golongan yang baik dan begitu juga sebaliknya.

Selain itu, pemodelan berperanan untuk menghilangkan perasaan takut dan emosi

yang mendalam (Bandura,1977). Walaupun pendekatan Bandura dalam modifikasi tingkah

laku memberi fokus terhadap tingkah laku luaran, beliau telah menunjukkan minat dalam

kesan ke atas kognitif terutama kecekapan kendiri iaitu melibatkan perasaan dan sikap.

Perasaan takut yang mendalam ini menyebabkan individu bertingkah laku dalam keadaan

ketakutan dalam menjalani kehidupan seharian. Sebagai contoh, perasaan takut terhadap

Page 3: band4a

ular. Dalam satu kajian, Bandura telah menghilangkan ketakutan kepada ular oleh individu

dewasa. Individu tersebut telah menonton filem di mana kanak-kanak, remaja dan orang

dewasa yang dianggap sebagai model bermain dengan ular dengan mesra dan individu

tersebut dibenarkan memberhentikan filem tersebut jika ia terlalu menakutkan. Secara

beransur-ansur, ketakutan terhadap ular dapat di atasi. Hal ini kerana apabila wujudnya

keyakinan dalam diri setelah menjalani proses pemerhatian iaitu pemodelan kecekapan diri

akan semakin tinggi maka perasaan ketakutan akan semakin berkurangan.

Di sekolah personaliti guru sebagai model mempengaruhi tingkah laku pelajar.

Personaliti guru memainkan peranan kerana ia mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran.

Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Takrifan personaliti membawa

maksud satu konsep yang menggambarkan keperibadian seseorang manusia. Manakala

mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat

fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya,

sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain.

Dalam konteks perguruan, sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik, sesuai,

berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli professional keguruan

adalah merujuk kepada personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha

untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan

kebajikan pelajar-pelajarnya dikatakan mempunyai “profesionaliti” yang tinggi.

Oleh itu, seseorang guru itu dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan

semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”. Personaliti guru yang

dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya

pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi

juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti

sekolah. Maka, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat

personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya.

Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh

anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan

sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam

sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada

tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang

dicerminkan oleh tingkah lakunya. Hal ini kerana, menurut Albert Bandura (1963) peniruan

Page 4: band4a

berlaku dalam tiga bentuk iaitu tiruan secara langsung, peniruan melalui sekat lakuan dan

tidak sekat lakuan dan peniruan secara Elisitasi.

Peniruan secara langsung merujuk kepada bentuk peniruan yang dilakukan dengan

melihat orang lain atau model itu sendiri bertingkah laku seperti melihat gambar, menonton

televisyen, filem, video dan mendengar suara. Sebagai contoh, murid meniru guru dari segi

gaya bercakap, berpakaian dan cara berinteraksi dengan orang lain. Peniruan melalui sekat

lakuan ialah tingkah laku yang sesuai pada sesuatu masa, tetapi tidak sesuai dalam satu masa

yang lain. Contohnya, perlakuan menjerit-jerit di padang sekolah ketika sesi pembelajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak harus dilakukan ketika di bilik darjah. Sementara

peniruan tidak sekat lakuan ialah individu yang terus meniru amalan tingkah laku, sama ada

di rumah atau di sekolah, iaitu menjerit-jerit ketika sesi pembelajaran disebabkan tiadanya

larangan atau hukuman yang dikenakan. Peniruan secara Elisitasi merujuk kepada seseorang

individu akan terus melakukan apa sahaja yang oran lain lakukan kerana individu telah tahu

melakukan perkara tersebut. Tindakan meniru perkara yang dilakukan oleh orang itu

dirangsang apabila melihat orang lain melakukannya. Gerak balas seseorang itu timbul

apabila melihat, memerhati atau mengetahui gerak balas orang lain. Contohnya, Ali terus

mengeluarkan buku untuk dibaca kerana melihat Abu membaca buku.

Isu sahsiah guru dapat dilihat daripada pengertian yang diberikan terhadap dua

perkataan utama iaitu ‘isu’ dan ‘sahsiah’. Sahsiah bermaksud keperibadian atau peribadi yang

dimiliki oleh seseorang, menurut Kamus Dewan 2011. Selain itu, sahsiah merupakan kata

nama daripada perkataan Bahasa Arab yang sinonim dengan sifat-sifat yang ada dalam diri

manusia iaitu peribadi, keperibadian, perwatakan, personaliti, pembawaan, dan keoknuman.

Aspek peribadi seorang guru yang menjurus kepada perwatakannya, personaliti, cara guru

bertingkah laku dan bertindak yang boleh mencerminkan tentang dirinya secara umum. Isu

pula merupakan kata nama yang berasal daripada Bahasa Arab yang sinonim dengan

persoalan, masalah, perkara, hal, pokok, perbincangan, tajuk perbualan dan topik.

Perbincangan sahsiah guru yang positif merujuk kepada perkara yang

dilakukan oleh guru yang dapat dibanggakan dan meningkatkan profesion perguruan yang

sememangnya merupakan sesuatu yang dihasratkan oleh masyarakat dan negara. Guru yang

mempunyai sifat berdedikasi dalam menjalankan kewajipannya melengkapkan pelajarnya

dengan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan persediaan daripada dari segi psikologi

adalah guru yang sentiasa menampilkan sahsiah diri yang positif. Implikasi yang positif

Page 5: band4a

berlaku kepada murid, guru, sekolah dan negara dengan penampilan sahsiah guru yang positif

terhadap murid.

Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi

akan menjadi ‘role model’ murid. Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam

kumpulannya akan menggalakkan membentuk ciri personaliti yang berkeyakinan. Iklim

sekolah yang kondusif serta ada peluang penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum

pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif. Peranan guru dalam

pembentukan konsep kendiri positif Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha

pembelajaran. Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam

pembelajaran. Menerima murid-murid sebagai dirinya. Merancang aktiviti pembelajaran

yang berpusatkan muridnya.

Individu biasanya menjadikan ibu bapa, guru, ahli sukan dan seumpamanya sebagai

model yang menjadi ikutan. Antara tingkah laku yang menjadi ikutan atau yang dipelajari

melalui pemodelan ialah pola percakapan, gaya pakaian, tingkah laku negatif dan agresif.

Namun begitu, tidak semestinya semua tingkah laku model ditiru. Hal ini kerana individu

lebih cenderung meniru tingkah laku yang mempunyai unsur peneguhan yang positif

berbanding tingkah laku yang berunsur hukuman (Albert Bandura,1977) . Di sini jelaslah

bahawa peranan pemodelan dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang individu sama ada

untuk berkelakuan baik atau buruk dan sebagai merawat perasaan takut serta emosi yang

mendalam.

Page 6: band4a

Bibliografi

Azlina Abu Bakar (2002) . Psikologi Personaliti Individu . Selangor Darul Ehsan : Karisma

Publication SDN BHD.

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf (2012). Faktor Persekitaran

Sosial dan Hubungannya dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Hadhari Special

Edition, 155-172. Dimuat turun pada 10 Mac 2014, dari

http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%20155-172.pdf.

http://eprints.utm.my/10403/1/30.9_Teori-Teori_Tingkah_Laku_Berisiko.pdf.

Dilayari pada 16 November 2014.

http://psychology.about.com/od/profilesofmajorthinkers/p/bio_bandura.htm

Dilayari pada 16 November 2014.