bahasa pijin

14
Bahasa pijin Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Jump to: navigation , search Bahasa pijin merupakan nama yang diberikan kepada bahasa yang bertindak sebagai bahasa perhubungan yang digunakan oleh penutur pelbagai bahasa yang bertemu dan berhubung antara satu sama lain. Bahasa yang digunakan tidak semestinya salah satu bahasa asal kedua-dua pihak penutur tersebut. Bahasa pijin terbit daripada satu bahasa yang secara drastik dipermudahkan struktur dan kosa katanya. Bahasa ini tidak digunakan oleh komuniti bahasa sebagai bahasa asal, sebaliknya dipelajari kemudian. Sebagai contoh, bahasa pijin ini digunakan oleh para pedagang untuk bertukar-tukar barang dagangan mereka atau berjual beli. Begitu juga dengan bahasa para pekerja di ladang atau di kilang ketika bertutur sesama sendiri atau dengan majikan mereka. Oleh sebab sifatnya yang digunakan untuk tujuan perhubungan dan saling memahami tujuan perbualan maka bahasa pijin mempunyai kosa kata yang terhad. Perkembangan bahasa pijin memakan masa yang lama kerana digunakan hanya untuk tujuan-tujuan tertentu. Di Malaysia anda boleh memerhatikan pertuturan para peniaga yang berbagai-bagai kaum berhubung dengan pelanggan mereka ketika jual beli. Begitu juga anda boleh mendengar pertuturan para pendatang asing yang bekerja di negara ini yang bukan penutur jati bahasa Melayu. Bahasa Melayu pijin di Malaysia sering digelar sebagai bahasa pasar atau bazaar language. [Sunting ] Penciptaan pijin Lazimnya, bahasa pijin timbul kerana: Pertembungan kebudayaan o Melalui penjajahan (pijin Hong Kong-Inggeris, pijin Macao- Portugis) o Melalui perdagangan (di Malaysia-bahasa Baba dan Nyonya) Pertembungan kelas o Golongan atasan dan bawahan di India, yang berkelas dan berkasta. Pengembaraan o Dalam keadaan tidak stabil itu, bahasa pijin digunakan. Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_pijin " Bahasa Inklusif Bahasa Kebangsaan

Upload: fauziah-maarit-fauziah

Post on 06-Sep-2015

280 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Bahasa pijin

Bahasa pijin

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Jump to: navigation, searchBahasa pijin merupakan nama yang diberikan kepada bahasa yang bertindak sebagai bahasa perhubungan yang digunakan oleh penutur pelbagai bahasa yang bertemu dan berhubung antara satu sama lain. Bahasa yang digunakan tidak semestinya salah satu bahasa asal kedua-dua pihak penutur tersebut. Bahasa pijin terbit daripada satu bahasa yang secara drastik dipermudahkan struktur dan kosa katanya. Bahasa ini tidak digunakan oleh komuniti bahasa sebagai bahasa asal, sebaliknya dipelajari kemudian. Sebagai contoh, bahasa pijin ini digunakan oleh para pedagang untuk bertukar-tukar barang dagangan mereka atau berjual beli. Begitu juga dengan bahasa para pekerja di ladang atau di kilang ketika bertutur sesama sendiri atau dengan majikan mereka.

Oleh sebab sifatnya yang digunakan untuk tujuan perhubungan dan saling memahami tujuan perbualan maka bahasa pijin mempunyai kosa kata yang terhad. Perkembangan bahasa pijin memakan masa yang lama kerana digunakan hanya untuk tujuan-tujuan tertentu. Di Malaysia anda boleh memerhatikan pertuturan para peniaga yang berbagai-bagai kaum berhubung dengan pelanggan mereka ketika jual beli. Begitu juga anda boleh mendengar pertuturan para pendatang asing yang bekerja di negara ini yang bukan penutur jati bahasa Melayu. Bahasa Melayu pijin di Malaysia sering digelar sebagai bahasa pasar atau bazaar language.

[Sunting] Penciptaan pijinLazimnya, bahasa pijin timbul kerana:

Pertembungan kebudayaan

Melalui penjajahan (pijin Hong Kong-Inggeris, pijin Macao-Portugis)

Melalui perdagangan (di Malaysia-bahasa Baba dan Nyonya)

Pertembungan kelas

Golongan atasan dan bawahan di India, yang berkelas dan berkasta.

Pengembaraan

Dalam keadaan tidak stabil itu, bahasa pijin digunakan.

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_pijin"

Bahasa Inklusif

Bahasa Kebangsaan

bahasa pentadbiran, bahasa penghantar utama dalam sesebuah negara. Digunakan di media massa, pusat pengajian tinggi, pemerintahan, parlimen, majlis konvokesyen, upacara rasmi kerajaan dan lain-lain. Bahasa kebangsaan menjadi kemegahan dan kebanggaan bagi sesebuah negara.

Bahasa Rasmi

digunakan untuk pentadbiran dan urusan-urusan rasmi dalam sesebuah negara. Contohnya untuk kegunaan dalam sebaran am (media massa), surat rasmi seperti borang permohonan,, dokumen peribadi seperti surat beranak, kad pengenalan, minit mensyuarat, urusan pos dan lain-lain. Bahasa rasmi boleh dipilih lebih daripada satu. Di Brunei ada dua bahasa rasmi (Inggeris dan Melayu). Di Singapura empat iaitu Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil.

Lingua Franca

bahasa yang terdapat dalam kawasan pertembungan bahasa yang intensif yang digunakan oleh penutur-penutur bahasa daripada pelbagai komuniti bahasa sebagai bahasa perantara sepunya dalam komunikasi.

Bahasa Pijin

bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa yang terbentuk tidak boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal.

A + B = C

Bahasa A bercampur dengan bahasa B menjadi bahasa C. Bahasa C tidak boleh dikategorikan sebagai bahasa A atau bahasa B. Bahasa Pijin bersifat sementara kerana tiada penutur asli.

berlaku di pasar, pusat-pusat perdagangan dan lain-lain yang dikunjungi oleh pelbagai penutur bahasa.

Bahasa Kreol

bahasa pijin yang telah menjadi bahasa pertama atau bahasa ibunda. Biasanya bahasa kreol adalah percampuran antara bahasa penjajah dengan bahasa peribumi. (Cth : Kreol Portugis di Melaka, Kreol Baba di Melaka ,)

Bahasa Koine

sama dengan bahasa lingua franca. Meliputi kebudayaan dan dialek-dialek di kawasan atau daerah tertentu.

Bahasa koine adalah dialek yang menjadi bahasa standard yang sepunya bagi daerah-daerah dalam satu kesatuan.

Cth: bahasa Arab.

Dunia Arab terdapat dialek yang berbeza. Oman, Kuwait, Iraq, Tunisia, Maghribi, Lebanon, Jordan dll.

Gunakan bahasa Al-Quran dan Hadis untuk mengatasi sekatan dialek tadi.

Bahasa Eksklusif

Bahasa Eksklusif mempunyai bentuk tersendiri, yang terbatas serta serba unik. Diajar kepada penutur yang terbatas dalam kelompok dalaman (in-group) sama ada dari segi daerah, kumpulan, kelas, atau kelompok.

Bahasa Arkaik (archaic)

Bahasa kuno yang telah mati dan tidak berkembang lagi.

Cth : bahasa Sanskrit yang telah mati sejak abad ke-2 Masihi. Bahasa ini digunakan untuk kitab-kitab suci agama Hindu seperti Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda, dan Atherva Veda. Diajar kepada para Brahmin dalam keadaan yang terbatas dan tertutup.

Cth lain : bahasa Latin.

Bahasa Slanga (slang)

Satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah. Sering digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock atau pelajar universiti untuk menghindarkan daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Dalam bahasa ini kata-kata baru muncul dan cepat hilang.

Bahasa Argot

Bahasa yang bersifat setempat, atau kumpulan sosial atau kumpulan sepekerjaan terutama sekali di kalangan masyarakat kelas bawah.

Bahasa Khusus

Bahasa khas yang digunakan dalam bidang-bidang profesional yang tertentu seperti para juruterbang. Bahasa ini sangat khusus sehingga sukar untuk diketahui oleh golongan lain.

Bahasa Rahsia

Bahasa yang digunakan untuk perisikan, pengedaran dadah dan lain-lain.

Sengaja dibuat supaya dapat simpan kerahsiaan.

Dialek

Satu kelainan bahasa yang berbeza dari segi bentuk-bentuk sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa baku.

Dialek boleh dibahagi kepada tiga pecahan.

a) Dialek sosial (social dialect)

b) Dialek daerah (regional dialect)

c) Dialek seketika (temporal dialect)

Dialek Sosial

Dikenali juga sebagai sosiolek.

Digunakan oleh kumpulan-kumpulan penutur mengikut kelas sosial.

Dialek daerah

Dialek yang dituturkan dalam satu-satu kawasan geografi. Misalnya dialek Kelantan, dialek Perak..

Dialek seketika

Dilihat dari sudut zaman, penggunaan dialek mengikut perkembangan zaman seperti bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu zaman Melaka, bahasa Melayu zaman Johor Lama, bahasa Melayu zaman pramoden, dan bahasa Melayu zaman moden.

Sebab-sebab timbulnya dialek

Terpisah dari segi tempat

Terpisah dari segi zaman

Pengalaman yang berlainan.

Pengaruh luar yang berlainan

Variasi Bahasa

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

DialekMerupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.

IdiolekVariasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

Dialek kawasan Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.

Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Dialek sosialDikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:

Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa TerkawalRagam Bahasa BebasBahasa Terkawal

Ayat yang tidak gramatis.

Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu.Ayat yang gramatis

Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.

Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa FormalRagam Bahasa MesraRagam Bahasa Formal

Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya.

Ciri-ciri lain:a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap

Bahasa Slanga

Bahasa tidak rasmi, tidak baku.Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.Bahasa Kreol

bahasa pijin yang telah menjadi bahasa pertama atau bahasa ibunda. Biasanya bahasa kreol adalah percampuran antara bahasa penjajah dengan bahasa peribumi. (Cth : Kreol Portugis di Melaka, Kreol Baba di Melaka ,)

Bahasa BasahanJuga disebut sebagai bahasa kolokial.Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupaBahasa BakuBahasa Basahan

Mengapakenapa

Bagaimanamacam mana

Sedangtengah

(b) bentuk kependekanBahasa BakuBahasa Basahan

Hendaknak

tidak tak

Sudahdah

(c) perubahan bunyiBahasa BakuBahasa Basahan

Ambilambik

Kecilkecik

Pulapulak

Bahasa Pidgin/Bahasa PasarBahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan MelayuPelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.

Bahasa HalusBahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan.Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.Berikut diturunkan beberapa contoh:Bahasa BasahanBahasa Halus

kencingBuang air kecil

berakBuang air besar

mengandung/buntingBerbadan dua

kuburmakam

Bahasa KasarBahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.Dialekvariasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.Dialek berbeza dari segi:a. SebutanContoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.b Gaya lagu bahasaContoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.c. TatabahasaContoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).(d) Kosa kataContoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)(e) kata ganti diriContoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)Hang (dialek utara bermaksud kamu)

Bahasa basahan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Jump to: navigation, searchBahasa basahan ialah bahasa yang bersifat percakapan atau basahan. Bahasa basahan ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari. Bahasa ini tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu ia tidak digunakan dalam tlisan atau ucapan rasmi. Bentuknya pula sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daerah.

[Sunting] Ciri bahasa basahanCiri-ciri bahasa basahan:

Cara penyampaian

Bahasa kolokial disampaikan secara lisan. Bahasa ini bersifat perhubungan secara terus antara 2 penutur atau lebih dengan menggunakan pertuturan seharian. Penggunaan perkataan pula ringkas dan tidak mengikuti ejaan sepenuhnya, tetapi pendengar dapat memahaminya.

Mewujudkan kemesraan

Penggunaan bahasa kolokial dalam kalangan pengguna boleh mewujudkan kemesraan dengan menggunakan penanda-penanda mesra. Antara penggunaan penanda mesra ini ialah penggunaan singkatan pada nama dan kata-kata tertentu seperti kan dan dah.

Penggunaan dialek

Dalam bahasa kolokial wujud penggunaan dialek apabila penutur dan pendengar datang dari tempat yang sama.

Penggunaan tatabahasa

Penggunaan tatabahasa yang gramatis tidak begitu dipentingkan dalam bahasa kolokial. Bahasa ini sering memendekkan kata serta menggugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Imbuhan sering ditinggalkan sebaliknya digantikan dengan unsur-unsur isyarat dan gerak-geri untuk difahami oleh pendengar.

Percampuran kod

Dalam penggunaan bahasa kolokial kod yang pelbagai sering digunakan. Penggunaan lain-lain bahasa dalam pertuturan ini disebabkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan.

Bahan yang diperkatakan

Biasanya tajuk perbualan berkisar kepada perkara-perkara yang ringan serta mudah difahami. Keadaan ini wujud kerana mereka sering berjumpa dan telah wujud kemesraan.

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_basahan"

Kategori: Bahasa