bahasa melayu yang benar

1
Objektif Kajian: - Mengenal pasti aktiviti-aktiviti Program Bahasa Melayu yang dijalankan dengan melibatkan antarabangsa - Mengenal pasti langkah-langkah memartabatkan Bahasa Melayu di persada dunia. PENYATAAN MASALAH KAJIAN - kekurangan pengetahuan mengenai kepentingan Bahasa Melayu yang melibatkan antarabangsa. KAEDAH KAJIAN Sekunder - Rujukan - Penyelidikan - Bahan ilmiah - Internet Definisi Bahasa Melayu (Jawi: بهاسيو م) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan. Pada awalnya, perkataan ‘Melayu’ hanya dikaitkan dengan konsep kerajaan atau kawasan. Menurut G. E. Gerini, perkataan Melayu diambil daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘malayakolam’ yang merujuk kepada satu tempat di utara Semenanjung Malaysia. Terdapat banyak pendapat mengatakan bahawa tempat di utara Semenanjung Malaysia itu ialah Tanjung Kuantan, terdapat juga pendapat mengatakan bawah tempat tersebut ialah di Tanjung Penyabung di mana kedua-dua tempat ini terletak di utara Semenanjung. Perkataan Melayu juga telah dijumpai dalam catatan perjalanan pengembara Cina pada Dinasti Tang. Dalam catatan tersebut, perkataan Melayu disebut sebagai ‘Mo-lo-yeu’. Catatan tersebut menyatakan bahawa orang Mo-lo-yeu telah mengirimkan utusan ke Negara China untuk mempersembahkan hasil- hasil bumi kepada raja China. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan yang disebutkan sebagai Mo-lo-yeu itu merupakan sebuah kerajaan yang berpusan di daerah Jambi. Kesimpulannya, jelas bahawa impian bahasa melayu untuk menjadi bahasa antarabangsa bukanlah satu fantasi tetapi reality. Namun tertaluk kepada beberapa syarat iaitu yang pertama, memperakui dan mempratikkan perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan seikhlas hati. Kedua, semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama perlu menjujung bahasa melayu selaras dengan kehendak perlembagaan dan peranan bahasa tersebut sebagai bahasa perpaduan. Ketiga, kesedaran semua pihak demi memartabatkan bahasa melayu samaada kerajaanDalam Konteks ini, usaha kerajaan menggantikan dasar PPSMI (Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) kepada dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris) patut dipuji. atau swasta perlu diwujudkan dan disemaikan dalam hati segenap lapisan masyarakat. Keempat, keluar dari usus penjajah. Justeru, komitmen rakyat Malaysia sangat diperlukan untuk meneruskan usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu. Semangat cinta akan bahasa Melayu harus disemai dalam diri setiap warganegara Malaysia agar usaha ini dapat dijalankan dengan berkesan. RUJUKAN Utusan Melayu (2010). Artikel Penuh. Diperoleh daripada http://www.1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0309&sec=Forum&pg=fo_01.htm#ixzz3quRyqb8P © Utusan Melayu (M) Bhd Rozali (2012). mampukah bahasa melayu menghadapi. Diperoleh daripada http://cikgu-rozali.blogspot.my/2012/05/mampukah-bahasa-melayu- menghadapi.html Asmah Haji Omar (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain (2011). Sejarah Bahasa Melayu. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hassan Baseri Budiman(2011). Kursus Pengajian Melayu: Kearah memartabatkan tamadun bangsa di luar negara. Dewan Bahasa 11(05): 31-33.

Upload: muhammad-syazwan

Post on 30-Jan-2016

92 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Yang Benar

Objektif Kajian: - Mengenal pasti aktiviti-aktiviti Program Bahasa Melayu yang dijalankan dengan melibatkan antarabangsa - Mengenal pasti langkah-langkah memartabatkan Bahasa Melayu di persada dunia.

PENYATAAN MASALAH KAJIAN - kekurangan pengetahuan mengenai kepentingan Bahasa Melayu yang melibatkan antarabangsa.

KAEDAH KAJIAN Sekunder - Rujukan - Penyelidikan - Bahan ilmiah - Internet

Definisi Bahasa Melayu (Jawi: ماليو بهاس ) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan. Pada awalnya, perkataan ‘Melayu’ hanya dikaitkan dengan konsep kerajaan atau kawasan. Menurut G. E. Gerini, perkataan Melayu diambil daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘malayakolam’ yang merujuk kepada satu tempat di utara Semenanjung Malaysia. Terdapat banyak pendapat mengatakan bahawa tempat di utara Semenanjung Malaysia itu ialah Tanjung Kuantan, terdapat juga pendapat mengatakan bawah tempat tersebut ialah di Tanjung Penyabung di mana kedua-dua tempat ini terletak di utara Semenanjung. Perkataan Melayu juga telah dijumpai dalam catatan perjalanan pengembara Cina pada Dinasti Tang. Dalam catatan tersebut, perkataan Melayu disebut sebagai ‘Mo-lo-yeu’. Catatan tersebut menyatakan bahawa orang Mo-lo-yeu telah mengirimkan utusan ke Negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan yang disebutkan sebagai Mo-lo-yeu itu merupakan sebuah kerajaan yang berpusan di daerah Jambi.

Kesimpulannya, jelas bahawa impian bahasa melayu untuk menjadi bahasa antarabangsa bukanlah satu fantasi tetapi reality. Namun tertaluk kepada beberapa syarat iaitu yang pertama, memperakui dan mempratikkan perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan seikhlas hati. Kedua, semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama perlu menjujung bahasa melayu selaras dengan kehendak perlembagaan dan peranan bahasa tersebut sebagai bahasa perpaduan. Ketiga, kesedaran semua pihak demi memartabatkan bahasa melayu samaada kerajaanDalam Konteks ini, usaha kerajaan menggantikan dasar PPSMI (Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) kepada dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris) patut dipuji. atau swasta perlu diwujudkan dan disemaikan dalam hati segenap lapisan masyarakat. Keempat, keluar dari usus penjajah. Justeru, komitmen rakyat Malaysia sangat diperlukan untuk meneruskan usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu. Semangat cinta akan bahasa Melayu harus disemai dalam diri setiap warganegara Malaysia agar usaha ini dapat dijalankan dengan berkesan.

RUJUKAN

Utusan Melayu (2010). Artikel Penuh. Diperoleh daripada http://www.1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0309&sec=Forum&pg=fo_01.htm#ixzz3quRyqb8P © Utusan Melayu (M) Bhd

Rozali (2012). mampukah bahasa melayu menghadapi. Diperoleh daripada http://cikgu-rozali.blogspot.my/2012/05/mampukah-bahasa-melayu-menghadapi.html

Asmah Haji Omar (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain (2011). Sejarah Bahasa Melayu. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hassan Baseri Budiman(2011). Kursus Pengajian Melayu: Kearah memartabatkan tamadun bangsa di luar negara. Dewan Bahasa 11(05): 31-33.