bahasa melayu tahun 6 fasa1 2015

22
BAHASA MELAYU TAHUN 6 KERTAS 1 PEMAHAMAN Masa : 50 minit Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Soalan 1 hingga 18 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. “Ampunkan ____________ atas kesalahan yang berlaku,” rayu Puteri Masidayu kepada suaminya, Raja Badaruddin Shah. A beta B patik C hamba D tuanku 2. “Ezurin berjalan terhincut- hincut kerana tumit kaki kirinya ____________ setelah memakai kasut baharu itu. A melecet B melecur C merekah D melebam 1 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Upload: fatihah

Post on 16-Jan-2016

58 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kertas soalan upsr

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

BAHASA MELAYU TAHUN 6

KERTAS 1 PEMAHAMAN

Masa : 50 minit

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti

oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Soalan 1 hingga 18

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Ampunkan ____________ atas kesalahan yang berlaku,” rayu Puteri Masidayu kepada

suaminya, Raja Badaruddin Shah.

A beta

B patik

C hamba

D tuanku

2. “Ezurin berjalan terhincut- hincut kerana tumit kaki kirinya ____________ setelah

memakai kasut baharu itu.

A melecet

B melecur

C merekah

D melebam

1 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 2: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Lina ___________ tepung untuk menapis benda asing yang terdapat dalam tepung

tersebut.

A menampi

B menapis

C mengayak

D menggoyang

4. Buah ciku yang masih muda tidak boleh dimakan kerana rasanya ________ sekali.

A kelat

B tawar

C payau

D masam

5. Kakak telah merebus ubi kayu itu hampir tiga jam tetapi masih belum _____________

lagi.

A garing

B empuk

C rangup

D lembik

2 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 3: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

6. Pencemaran air sungai itu bertambah _____________ kerana tidak mendapat kerjasama

daripada penduduk setempat dan orang ramai.

A getir

B buruk

C remeh

D sempit

7. Semua peserta menumpukan perhatian ____________ ceramah motivasi yang

disampaikan oleh pakar motivasi di dewan itu.

A untuk

B dengan

C tentang

D terhadap

8. Semua kawannya mula mendekati Aminuddin _____________ sikapnya yang sudah

berubah dan berbudi pekerti yang luhur.

A lantas

B lantaran

C malahan

D manakala

9. Kami berbangga kerana ____________ orang murid sekolah kami terpilih untuk

mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak peringkat negeri.

A semua

B separuh

C segelintir

D beberapa

3 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 4: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

10. Siti Zulaikha ______________ tempat kedua dalam ________________ bercerita yang

dianjurkan di sekolahnya.

A didapati….bertanding

B mendapat….bertanding

C didapati…..pertandingan

D mendapat….pertandingan

11. Meskipun sibuk dengan tugasnya sebagai ____________ di sebuah syarikat besar, Encik

Hassim tetap meluangkan masa dengan keluarganya.

A pengurus

B pengurusan

C kepengurusan

D menguruskan

12. Penduduk Kampung Seberang gembira kerana projek _____________ jambatan baharu

akan mula ___________ di kampung mereka mulai minggu depan.

A binaan….jalanan

B membina….dijalani

C terbina….berjalan

D pembinaan…dijalankan

13. Kejayaannya mencipta nama dalam bidang kejuruteraan pada peringkat kebangsaan telah

___________ mencipta tentang keupayaan anak kampung itu.

A menambat hati

B mendabik dada

C membuka mata

D mengambil hati

4 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 5: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

14. Suasana di dalam stadium itu _____________ apabila para penonton bersorak setelah

pasukan badminton negara meraih mata kemenangan.

A menambat hati

B mendabik dada

C membuka mata

D mengambil hati

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15. Nenek _____________ album gambar itu sambil mengimbau kenangan silam.

A membuka- buka

B membelek- belek

C meninjau- ninjau

D mengirai- ngirai

16. Puan Syahirah membeli ___________ rantai mutiara dan _____________ gelang berlian

semasa melancong di Kelantan.

A seuntai….seurat

B seutas….sebentuk

C sebutir…..sepasang

D sebentuk….seuntai

5 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 6: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

17. Kita mestilah bertoleransi apabila melakukan sesuatu perkara bagi memperoleh kejayaan

dan kecemerlangan hidup.

Berikan perkataan seerti bagi perkataan bertoleransi.

A bertegur sapa

B bertolak ansur

C beramah mesra

D berganding bahu

18. Cara kolot yang digunakan oleh pesawah- pesawah itu menyebabkan hasil tuaian mereka

tidak memuaskan. Perkataan berlawan bagi kolot ialah____________.

A canggih

B usang

C lambat

D sukar

Soalan 19- 20

Pilih ayat- ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

19. I Murid- murid itu diam sahaja apabila dinasihati oleh Cikgu Zakiah.

II Aizam diam dengan neneknya sejak ibunya meninggal dunia setahun yang lalu.

III Sikapnya yang diam ubi itu sangat disenangi oleh kawan- kawan sekelasnya.

IV Dalam diam Fakrul mencintai anak Pak Deris yang baru sahaja pulang dari

Australia.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

6 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 7: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

20. I Encik Mustafa berusaha keras untuk memancing hati bakal bapa mentuanya itu.

II Tawaran hadiah menarik memancing minat Azizah untuk menyertai pertandingan

tersebut.

III Selain berkebun, abang gemar memancing ikan pada waktu lapangnya.

IV Kelihatan air memancing keluar dari tempayan hiasan di rumah orang kaya itu.

A I dan III

B II dan III

C I, II dan III

D II, III dan IV

21. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Adakah kalian sudah menyiapkan karangan cereka yang saya beri semalam?

A Ya, karangan cereka itu sudah lengkap semalam, cikgu.

B Ya, karangan cereka sudah cikgu kami selesaikan semalam.

C Ya, kami menyiapkan karangan cereka itu semalaman, cikgu.

D Ya, kami sudah membereskan karangan cereka tersebut, cikgu.

22. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Atirah ialah pemenang tempat ketiga dalam pertandingan catur peringkat daerah Alor

Gajah.

A Apakah yang dimenangi oleh Atirah dalam pertandingan catur peringkat daerah

Alor Gajah itu?

B Siapakah yang memenangi tempat ketiga dalam pertandingan catur peringkat

daerah Alor Gajah?

C Bagaimanakah Atirah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan catur

peringkat Alor Gajah?

D Bilakah Atirah Berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan catur

peringkat daerah Alor Gajah?

7 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 8: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

Soalan 23- 24

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

23. Aina Nabila membeli sebuah novel remaja yang bertajuk “Pelangi Senja” di kedai Buku

Bestari semalam.

A Semalam Aina Nabila ke kedai Buku Bestari untuk membeli novel ‘Pelangi Senja.

B Novel remaja yang berjudul ‘Pelangi Senja’ dibeli oleh Aina Nabila di Kedai

Buku Bestari semalam.

C Novel remaja ‘Pelangi Senja’ telah dibeli oleh Aina Nabila di sebuah kedai buku

yang amat bestari semalam.

D ‘Pelangi Senja’ ialah novel remaja yang akan dibeli oleh Aina Nabila di Kedai

Buku Bestari.

24. “Ceramah yang disampaikan oleh Koperal Izzudin berfokus kepada cara- cara menjaga

keselamatan di jalan raya,” terang Faizul kepada rakannya.

A Koperal Izzuddin menyampaikan ceramah tentang cara-cara menjaga keselamatan

di jalan raya kepada Faizul dan rakannya.

B Ceramah yang disampaikan oleh Koperal Izzuddin yang berfokus kepada cara-

cara menjaga keselamatan di jalan raya diterangkan oleh Faizul kepada rakannya.

C Rakan Faizul menerima maklumat daripadanya bahawa Koperal Izzuddin akan

menyampaikan ceramah yang berfokus kepada cara- cara menjaga keselamatan di

jalan raya.

D Faizul memberitahu rakannya bahawa ceramah yang bertumpu terhadap cara-

cara menjaga keselamatan di jalan raya disampaikan oleh Koperal Izzuddin.

8 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 9: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

Soalan 25- 28

Pilih ayat yang betul.

25. A Kapal itu belayar jauh hingga ke tengah laut.

B Perajurit negara rela berkorban nyawa demi untuk negara yang tercinta.

C Shahrul Ridzuan memancing udang galah di sungai itu sejak dari pagi tadi.

D Pasar raya itu terletak di antara dua buah bangunan yang masih terbengkalai.

26. A Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah dilukis oleh saya.

B Cita- cita Sashmini adalah untuk menjadi pegawai kesihatan.

C Kita perlu saling bantu- membantu walaupun berbeza agama dan keturunan.

D Pak Kassim memikul sesisir pisang berangan sambil menjinjing seikat rambutan.

27. I Adik- beradik wajarlah saling menasihati bagi mewujudkan keluarga bahagia.

II Pakaian wanita yang dijual di butik itu cantik- cantik rekaannya dan kelihatan

eksklusif.

III Guru besar- guru besar bermesyuarat di Dewan Alamanda dengan dipengerusikan

oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah.

IV Pelbagai jenis buku- buku dijual semasa berlangsungnya Pesta Buku

Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putera, Kuala Lumpur.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

9 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 10: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

28. I Nur Hazniza mendengar radio sambil menyiapkan kerja sekolahnya.

II Semua orang murid dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan pada pukul

7.30 pagi.

III Kawasan perhentian bas itu dipenuhi sampah akibat tindakan tidak

bertanggungjawab segelintir budak nakal yang melepak di situ.

IV Program itu bertujuan untuk mempererat hubungan antara masyarakat majmuk

yang tinggal di kawasan perumahan tersebut.

A I dan III

B II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

Soalan 29- 30

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29. Kakak ____________ untuk melanjutkan pengajiannya dalam jurusan kedoktoran di luar

negara setelah memperoleh biasiswa daripada pihak kerajaan.

A ada hati

B bulat hati

C patah hati

D makan hati

30. Hatinya hancur luluh _____________ apabila mendengar kata- kata penghinaan itu.

A bagai kumbang putus tali

B bagai air titik ke batu

C bagai kaca terhempas ke batu

D bagai embun di hujung rumput

10 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 11: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

Soalan 31- 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya.

Pada suatu petang, Ezani ke rumah kawannya Firdaus. Dia hendak bertanya tentang kerja

sekolah.

Ezani : Apa khabar, Firdaus?

Firdaus : Khabar baik. Oh, awak Ezani! Masuklah, saya sedang menyiapkan

latihan Matematik.

Ezani : Banyakkah kerja rumah yang perlu disiapkan?

Firdaus : Banyak juga. Ini kertas Matematik yang diberikan oleh Cikgu Azhar.

Latihan ini mesti kita hantar lusa.

Ezani : Kertas ini untuk saya?

Firdaus : Ya. Saya minta daripada Cikgu Azhar untuk awak. Oleh sebab itu, awak

mesti siapkan latihan ini kerana Cikgu Azhar tahu bahawa awak

mempunyai kertas latihan ini. Oh, ya! Latihan karangan ini juga mesti

disiapkan segera. Cikgu Halim meminta kita menghantar karangan ini

esok.

Ezani : Esok? Cepatnya. Nampaknya malam ini tidak bolehlah saya menonton

cerita kegemaran saya di televisyen.

Firdaus : Eloklah. Kita mesti siapkan karangan ini kerana Cikgu Halim akan

mendenda sesiapa yang tidak menyiapkan kerja sekolah ini.

Ezani : Terima kasih Firdaus kerana memberitahu saya. Kalau tidak tentu saya

didenda oleh Cikgu Halim kerana tidak menyiapkan karangan ini.

Firdaus : Awak tidak akan didenda sebab awak tidak ke sekolah selama tiga hari.

Cikgu Halim tahu tentang hal itu. Bagaimanakah keadaan nenek awak di

kampung?

Ezani : Nenek saya masih sakit. Hujung minggu ini kami sekeluarga akan pulang

ke kampung lagi. Saya balik dahulu Firdaus.

Firdaus : Baiklah. Esok kita jumpa di sekolah.

Ezani : Baiklah.

11 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 12: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

31. Mengapakah Ezani bertanya kepada Firdaus tentang kerja sekolah?

A kerana dia pergi melancong di luar negara.

B kerana dia tidak memberikan tumpuan ketika cikgu mengajar.

C kerana dia tidak hadir ke sekolah selama tiga hari.

D kerana dia menghadiri mesyuarat di bilik pengawas.

32. Apakah kerja sekolah yang mesti disiapkan oleh Ezani?

A Bahasa Inggeris dan Matematik

B Matematik dan Sains

C Matematik dan karangan

D Latihan tatabahasa

33. Pernyataan berikut adalah benar tentang petikan kecuali

A Ezani pulang ke kampung kerana neneknya sakit.

B Firdaus mempunyai sikap yang terpuji sebagai kawan.

C Ezani didenda kerana tidak menyiapkan latihan karangan.

D Ezani mengutamakan pelajaran daripada hiburan.

34. Apakah buktinya yang menunjukkan bahawa Firdaus kawan yang prihatin?

A Dia membantu Ezani menyiapkan latihan Matematik.

B Dia memberitahu Cikgu Halim bahawa Ezani tidak dapat ke sekolah.

C Dia mengambil kertas latihan Matematik bagi pihak Ezani.

D Dia melawat nenek Ezani yang sakit di kampung.

35. Lawan kata bagi perkataan kegemaran ialah

A kedukaan

B kemarahan

C kebencian

D kesayangan

12 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 13: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

Soalan 36- 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,

Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Gading, Guru Penolong Kanan, guru- guru,

dan rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang berhimpun di dewan

ini bagi menjayakan majlis syarahan mingguan kita kali ini.

Hadirin yang dihormati,

Syarahan saya pada hari ini adalah tentang sukan. Apakah kepentingan sukan

kepada seseorang? Sebenarnya sukan dapat melahirkan insan yang cergas dan cerdas.

Aktiviti sukan merupakan aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan secara

intensif. Pergerakan ini mampu menguatkan sendi dan otot tubuh serta memecahkan

lapisan lemak dalam badan yang digunakan untuk menjana tenaga selain menjana minda.

Dengan itu, bagi seorang murid, bahan yang sihat membolehkan mereka memberikan

perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran dan membina minda yang cerdas.

Selain itu, aktiviti sukan juga tidak membezakan warna kulit. Tidak kira sama ada

seseorang itu berbangsa Melayu, Cina atau India, semuanya boleh menjadi teman

sepermainan. Sebelum sesuatu pertandingan contohnya, para atlet atau pemain, tanpa

mengira kaum, akan dikumpulkan di sesebuah tempat dalam tempoh yang tertentu untuk

mengikuti latihan mewujudkan perpaduan. Ketika pertandingan pula, mereka berpegang

kepada satu misi, iaitu mengharumkan nama sekolah, negeri atau negara.

Sukan juga boleh mengatasi pelbagai masalah sosial. Sejak akhir- akhir ini,

golongan remaja terdedah kepada pelbagai masalah seperti melepak, gengsterisme,

penyalahgunaan dadah, dan vandalisme disebabkan masa yang terluang tidak

dimanfaatkan dengan sebaik- baiknya. Jika mereka terlibat dalam sukan, masa yang

terluang selepas pulang dari sekolah atau pada masa cuti akan diisikan dengan aktiviti

yang tidak berfaedah. Memandangkan sukan amat penting bagi pembangunan

masyarakat, kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan telah menyusun pelbagai

program sukan untuk golongan remaja supaya memanfaatkan masa dengan sebaik

mungkin.

13 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 14: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa bersukan amat penting dalam kehidupan

kita. Dengan melibatkan diri dalam sukan dan rekreasi, kita sebenarnya meningkatkan

daya ketahanan diri. Oleh itu, terpulanglah kepada kita untuk menjayakannya. Tepuk

dada tanya selera. Sekian, terima kasih.

36. Syarahan di atas mungkin disampaikan oleh

A Ketua murid.

B guru Pendidikan Jasmani.

C penceramah jemputan.

D pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan.

37. Pernyataan yang berikut benar tentang kepentingan sukan, kecuali

A dapat memupuk perpaduan antara kaum.

B dapat menjadikan seseorang cergas dan sihat.

C dapat menjayakan misi sekolah.

D dapat mengelakkan masa disia- siakan.

38. Apakah harapan penyampai syarahan pada perenggan yang terakhir?

A kita melibatkan diri dalam sukan dan memikirkan saranannya.

B kita merancang dan menetapkan aktiviti yang sesuai dengan diri masing- masing.

C kita makan mengikut selera.

D kita sentiasa mengamalkan cara hidup dan budaya kita.

39. Perkataan menjana dalam petikan bermaksud

A menambahkan

B membinakan

C menghasilkan

D memberikan

14 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 15: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

40. Tajuk yang paling sesuai bagi syarahan di atas ialah

A Faedah Bersukan

B Program Sukan

C Majulah Sukan untuk Negara

D Sukan untuk Semua

SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(YATI NUR FATIHAH TIKSON) (SITI HAJA MOHAMMAD)Guru Bahasa Malaysia Tahun 6 Penolong Kanan 1

SK Singgah Manis, Kinabatangan.

Disahkan oleh:

(SALMAH ISMAIL)Guru Besar,SK Singgah Manis,Kinabatangan.

15 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015

Page 16: Bahasa Melayu Tahun 6 Fasa1 2015

JAWAPAN:1. B2. A3. C4. A5. B6. B7. D8. B9. D10. D11. A12. D13. C14. C15. B16. A17. B18. A19. A20. C21. D22. B23. B24. D25. D26. B27. A28. C29. B30. C31. C32. C33. C34. C35. C36. A37.C38. A39. C40. A

16 Ujian Percubaan UPSR Fasa 1/ 2015