bahasa melayu presentation

23
11.5 sistem ejaan bahasa melayu 11.6 Tanda Baca

Upload: ainul-mardiah-bt-mohamad-alli

Post on 06-Jul-2015

2.755 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

sub topik fonologi

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa melayu presentation

11.5 sistem ejaan bahasa

melayu

11.6 Tanda Baca

Page 2: Bahasa melayu presentation

Peraturan keselarasan vokal ini digunakan

utk mengeja kata-kata dasar asli bahasa

Melayu. Bagi kata-kata pinjaman daripada

bahasa Indonesia, bahasa Inggeris, dan

bahasa-bahasa Eropah yg lain, peraturan

keselarasan vokal tidak tidak dipakai.

Dlm peraturan keselarasan vokal ini,

keselarasan antara dua huruf vokal hanya

berlaku pada kata dasar, iaitu tidak

melibatkan kata berimbuhan atau kata

terbitan.

Kata dasar yang terlibat mesti berakhir

dengan suku kata tertutup, iaitu diakhiri

Page 3: Bahasa melayu presentation

Bagi kata dasar asli yg mempunyai

lebih daripada dua suku kata, maka

dua suku kata terakhir sahaja yang

terlibat dengan sistem keselarasan

vokal. Dengan kata lain, keselarasa

vokal berlaku antara suku kata

praakhir dengan suku kata akhir.

Page 4: Bahasa melayu presentation

18 pola keselarasan vokal• a-a = abad, abah, balak• a-i = adik, adil, katil• a-u = datuk, alun, alur• e (pepet)-a = emak, emas, ketam• e (pepet)-i = betik, bedil, belit• e (pepet)-u = telur, embun, tepung• e (taling)-a = elak, selak, telah• e (taling)-e (taling) = pendek, esei, kerepek• e (taling)-o = elok, teko, telor• i-a = idam, indah, impian• i-i = inai, inci, inti• i-u = tidur, timun• o-a = organ, otak• o-e(taling) = oleh, boleh• o-o = otot, obor,• u-a = udang, ulama• u-i = usik, upih• u-u = untuk, urus

Page 5: Bahasa melayu presentation

Enam prinsip utama dlm pengejaan kata-kata

pinjaman

Mengutamakan bentuk visual atau hurufiah tetapi

diucapkan menurut sebutan bahasa Melayu.

Contohnya:psychology psikologi

structure struktur

technique teknik

Page 6: Bahasa melayu presentation

Mengekalkan gugus konsonan yg ada pada

bahasa Inggeris dgn penyesuaian jika perlu.

Contohnya:

terdapat beberapa kekecualian dalam mengeja

kata bahasa Inggeris yg mengandungi gugus

konsonan, iaitu huruf e pepet dimasukkan di antara

gugus-gugus konsonan.

clinic klinik

drama drama

primitive primitif

class kelas

club kelab

glass gelas

grant geran

plan pelan

stamp setem

Page 7: Bahasa melayu presentation

mengekalkan penulisan unsur-unsur depanan

bahasa Inggeris:

Mengekalkan pengejaan huruf g yang diucapkan /j/

dlm bahasa Inggeris tetapi pengucapannya adalah

dengan mengikut sebutan bahasa Melayu:

au au

dia dialek

elek elektrik

psi psikologi

tele televisyen

agenda agenda

technology teknologi

tragedy tragedi

Page 8: Bahasa melayu presentation

Mengekalkan bunyi /j/ bagi huruf g yang diucapkan

/j/ dlm bahasa Inggeris. Dlm hal ini, pengejaannya

disesuaikan dengan huruf j

Kata ambilan umum daripada bahasa Arab dieja

menurut sistem ejaan Rumi dan diucapkan

menurut kaedah sebutan Melayu:

agent ejen

bourgeois borjuis

college kolej

engine enjin

garage garaj

mudharatmudarat

dzatzat

mithalmisal

ma’malmakmal

Page 9: Bahasa melayu presentation

Kata terbitan ialah kata dasar yg

menerima imbuhan awalan,

akhiran, apitan, dan sisipan

Semua imbuhan ini tidak dapat

berdiri sendiri dan ditulis

bercantum dengan kata dasarnya.

Contoh:

Page 10: Bahasa melayu presentation

IMBUHAN CONTOH

IMBUHAN

KATA DASAR BENTUK

PENGEJAAN

KATA

TERBITAN

awalan anti- dadah antidadah

Amerika Anti-Amerika

pra- merdeka pramerdeka

Olimpik Pra-Olimpik

ber- senam bersenam

di- sembur disembur

ke- kasih kekasih

se- botol sebotol

mem- belek membelek

ter- sembul tersembul

peN- samun penyamun

Page 11: Bahasa melayu presentation

IMBUHAN CONTOH

IMBUHAN

KATA DASAR BENTUK

PENGEJAAN

KATA

TERBITAN

akhiran -an harap harapan

-i jauh jauhi

-kan ambil ambilkan

-wi manusia manusiawi

-ah qari qariah

-isme ideal idealisme

Page 12: Bahasa melayu presentation

IMBUHAN CONTOH

IMBUHAN

KATA DASAR BENTUK

PENGEJAAN

KATA

TERBITAN

Apitan ber-…-an tebar bertebaran

di-…-i sayang disayangi

di-…-kan kembali dikembalikan

ke-…-an layak kelayakan

meN-…-i bayang membayangi

per-…an tolong pertolongan

Page 13: Bahasa melayu presentation

IMBUHAN CONTOH

IMBUHAN

KATA DASAR BENTUK

PENGEJAAN

KATA

TERBITAN

sisipan -el- kangkang kelangkang

-em- gentar gementar

-er- gigi gerigi

Page 14: Bahasa melayu presentation

Kata majmuk dieja terpisah tetapi terdapat

beberapa bentuk kata majmuk yg sudah mantap

dan dieja serangkai, iaitu sebagai satu kata

walaupun terdiri daripada dua kata dasar.

Antara kata majmuk yg dieja terpisah

alat tulis hak milik rumah tangga

ambil alih kapal terbang satu padu anak emas kasih

sayang senarai hitam ayam telur kemas kini senarai

pendek

baik pulih kereta api setia kawan

bandar raya kuat kuasa surat khabar

cakap ajuk lembu daging susun atur

campur aduk luar biasa timbal balik

daya serap pilihan raya timbang rasa gambar rajah

pindah milik titik tolak guru besar reka bentuk tolak ansur

Page 15: Bahasa melayu presentation

Kata majmuk yg dieja bercantum ada tersenarai

dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia.

Contohnya:

antarabangsa

apabila

apakala

apalagi

bagaimana

barangkali

beritahu

bumiputera

daripada

dukacita

jawatankuasa

kadangkala

kakitangan

kepada

kerjasama

manakala

manalagi

matahari

olahraga

padahal

perihal

pesuruhanjaya

sediakala

setiausaha

sukacita

sukarela

suruhanjaya

tandatangan

tanggungjawab

warganegara

Page 16: Bahasa melayu presentation

Kata majmuk, sama ada yang bercantum atau

yang terpisah, blh mengalami pengimbuhan utk

menghasilkan kata terbitan.

Untuk kata majmuk yang terpisah, peraturan utk

mengejanya bergantung pada imbuhan yang

diterimanya. Hal ini dapat dihuraikan seperti

yang berikut:

kata yang menerima imbuhan awalan atau

akhiran sahaja dieja terpisah. Contohnya:

ambil alih mengambil alih

daya serap daya serapan

kuat kuasa berkuat kuasa

penguat kuasa

rumah tangga berumah tangga

Page 17: Bahasa melayu presentation

Kata yang menerima imbuhan apitan pula dieja

secara bercantum:

ambil alihpengambilalihan

kuat kuasadikuatkuasakan

menguatkuasakan

penguatkuasaan

luar biasa keluarbiasaan

surat khabar persuratkhabaran

Page 18: Bahasa melayu presentation

Untuk kata majmuk yg bercantum, kata itu

tetap dieja bercantum walaupun hanya

menerima imbuhan awalan atau akhiran

ataupun imbuhan apitan:

Beritahumemberitahu

Diberitahukan

Memberitahukan

Peberitahuan

Tandatanganbertandatangan

Menandatangani

Sukacitabersukacita

Menyukacitakan

Setiausaha kesetiausahaan

Page 19: Bahasa melayu presentation

Kata majmuk juga blh digandakan. Peraturan untuk

mengeja kata majmuk yg mengalami penggandaan

berbeza antara kata majmuk yg terpisah dgn kata

majmuk bercantum.

Untuk mengeja kata majmuk yg terpisah, hanya

kata dasar pertama sahaja yang digandakan :

Untuk mengeja kata majmuk yg bercantum,

keseluruhan kata majmuk itu digandakan:

alat tulis alat-alat tulis

bandaraya bandar-bandar raya

guru besar guru-guru besar

surat khabar surat-surat khabar

jawatankuasajawatankuasa-jawatankuasa

kakitangankakitangan-kakitangan

setiausahasetiausaha-setiausaha

pesuruhanjayapesuruhanjaya-pesuruhanjaya

Page 20: Bahasa melayu presentation

Klitik ialah bentuk terikat yang tidakdianggap sebagai kata. Antara bentuk klitikyg terdapat dlm bahasa Melayu ialah ku, kau, mu, dan nya

Oleh sebab tidak dianggap sebagai kata, maka bentuk klitik ditulis serangkai dgnkata yg mendahului atau yang mengikutinya.

Bentuk klitik ku hadir di hadapan atau dibelakang sesuatu kata. Bentuk klitik kauhanya hadir di hadapan sesuatu kata. Sebaliknya, bentuk klitik mu dan nya hanyaboleh hadir di belakang sesuatu kata.

Page 21: Bahasa melayu presentation

Huruf awal bentuk klitik mu dan nya

hendaklah ditulis dlm huruf besar

sekiranya mu dan nya itu merujuk

kepada Allah SWT. Bentuk itu pula

hendaklah dipisahkan dengan tanda

sempang (-)

Contoh penulisannya adalah seperti

yang berikut:Bentuk klitik kedudukan Contoh kata

ku hadapan kukasihi

belakang kasihku

kau hadapan kaukasihi

mu belakang •hidupmu

•rahmat-Mu

nya belakang hidupnya

Page 22: Bahasa melayu presentation

Dalam penulisan,

penggunaan tanda

baca dapat membantu

menimbulkan

kejelasan dan

ketepatan

Page 23: Bahasa melayu presentation