bahasa melayu

18
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU JALAN LEMBAH PANTAI 50999 KUALA LUMPUR PM2311P5 _______________________________________ ___ PENSYARAH : Dr. Supian Bin Md. Noor En Nazeri Bin Kamal Pn. Raja Rajeswari Oleh : NAMA : NURDIANA BINTI YUNUS NO KAD PENGENALAN: 850428-10-5278 NO GILIRAN : 2011192310045 KOD DAN MATAPELAJARAN: PM2311P5 KUMPULAN : PPISMP AMBILAN KHAS SEMESTER 2C TARIKH HANTAR :

Upload: anonymous-dkzoro

Post on 23-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tatabahasa

TRANSCRIPT

Page 1: bahasa melayu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

JALAN LEMBAH PANTAI

50999 KUALA LUMPUR

PM2311P5

__________________________________________

PENSYARAH : Dr. Supian Bin Md. Noor

En Nazeri Bin Kamal

Pn. Raja Rajeswari

Oleh :

NAMA : NURDIANA BINTI YUNUS

NO KAD PENGENALAN: 850428-10-5278

NO GILIRAN : 2011192310045

KOD DAN MATAPELAJARAN: PM2311P5

KUMPULAN : PPISMP AMBILAN KHAS SEMESTER 2C

TARIKH HANTAR :

Page 2: bahasa melayu

Isi KandunganPetikan.....................................................................................................................................................3

Penggolongan kelas kata.........................................................................................................................5

Definisi frasa ……………………………………………………………………………………………………………………………………..10

Tugas-tugas frasa………………………………………………………………………………………………………………………………10

Contoh-contoh ayat………………………………………………………………………………………………………………………… 12

REFLEKSI................................................................................................................................................12

Bibliografi..............................................................................................................................................13

Lampiran................................................................................................................................................14

2

Page 3: bahasa melayu

PetikanKesihatan ialah elemen penting dalam kehidupan manusia. Kehidupan

seseorang bergantung pada keadaan kesihatan mereka. Selain itu, kesihatan amat

penting juga untuk menentukan produktiviti seseorang.Negara yang maju semestinya

didukung oleh oleh rakyat yang memiliki taraf kesihatan yang baik. Dalam hal ini,

kerajaan berusaha untuk menyediakan kemudahan kesihatan demi kesejahteraan

rakyat.

Namun begitu, pelbagai masalah dihadapi oleh kerajaan untuk menyediakan

kemudahan kesihatan kepada rakyat. Apabila kerajaan meluaskan perkhidmatan

kesihatan ke kawasan luar bandar, masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan

tenaga kerja profesional seperti doktor dan jururawat. Kekurangan ini wujud kerana

permintaan terhadap jawatan ini melebihi tenaga kerja yang sedia ada. Di samping itu,

latihan tenaga profesional, misalnya doktor mengambil masa yang lama dan

memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Kekurangan tenaga kerja mahir dan profesional

ini telah menyebabkan kebanyakan pusat kesihatan tidak dapat berfungsi dengan

sempurna.

Keadaan menjadi tidak seimbang apabila permintaan yang tinggi terhadap

tenaga profesional yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Faktor tersebut

mendorong perpindahan tenaga kerja profesional daripada perkhidmatan awam kepada

perkhidmatan swasta. Perpindahan ini menyebabkan taburan perkhidmatan kesihatan

menjadi tidak seimbang. Hal ini demikian kerana kebanyakan pusat kesihatan swasta

terletak di kawasan bandar. Dengan ini kawasan bandar mempunyai perkhidmatan

kesihatan yang lebih banyak manakala di kawasan luar bandar pula untuk

mendapatkan tenaga kerja profesional bagi pusat kesihatan awam amat sukar

diperoleh

Kini, jangka hayat hidup rakyat negara ini meningkat kepada 69 tahun bagi lelaki

dan 73 tahun bagi perempuan. Hayat yang panjang dan ditambah lagi penyakit kronik

pada usia tua membawa kesan kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan. Oleh itu,

cara untuk mengurangkan kos dan kejadian penyakit kronik adalah dengan kaedah

penjagaan kesihatan dan pencegahan. Dari aspek yang lain pula, kadar pembangunan

3

Page 4: bahasa melayu

negara yang pesat memungkinkan mobilitipenduduk. Keadaan ini menyebabkan

penduduk bandar akan bertambah ekoran daripada penghijrahan penduduk dari desa

ke bandar. Selain itu, pembangunan yang pesat ini turut mempengaruhi penghijrahan

pendatang asing. Kehadiran mereka memberikan kesan terhadap kesihatan penduduk

negara ini kerana mereka akan turut membawa penyakit yang berjangkit. Fenomena ini

mengakibatkan perkhidmatan kesihatan yang sedia ada tidak mencukupi.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada sidang pengarang ,

“ Taraf KesihatanMasyarakat ”, Dewan Masyarakat,Mac 2008.)

4

Page 5: bahasa melayu

Penggolongan kelas kata

Bil Kata Kelas kata1. Kesihatan KataNama2. Ialah KataTugas3. Elemen KataNama4. Penting KataAdjektif5. Dalam KataAdjektif6. Kehidupan KataNama7. Manusia KataNama8. Seseorang KataNama9. Bergantung KataKerja

10. Pada KataTugas11. Keadaan KataNama12. Mereka KataNama13. Selain KataTugas14. Itu KataNama15. Amat KataAdjektif16. Juga KataTugas17. Untuk KataTugas18. Menentukan KataKerja19. Produktiviti KataNama20. Negara KataNama21. Yang Kata Tugas22. Maju KataAdjektif23. Semestinya KataTugas24. Didukung KataKerja25. Oleh KataTugas26. Rakyat KataNama27. Memiliki KataKerja28. Taraf KataNama29. Baik KataAdjektif30. Hal KataNama31. Ini KataNama32. Kerajaan KataNama33. Berusaha KataKerja34. Menyediakan KataKerja35. Kemudahan KataNama36. Demi KataTugas37. Kesejahteraan KataNama38. Namun KataTugas39. Begitu KataTugas

5

Page 6: bahasa melayu

40. Pelbagai KataNama41. Masalah KataNama42. Dihadapi KataKerja43. Kepada KataTugas44. Apabila KataTugas45. Meluaskan KataKerja46. Perkhidmatan KataNama47. Ke KataTugas48. Kawasan KataNama49. Luar KataNama50. Bandar KataNama51. Utama KataAdjektif52. Kekurangan KataNama53. Tenaga KataNama54. Kerja KataNama55. Profesional KataNama56. Seperti KataTugas57. Doktor KataNama58. Dan KataTugas59. Jururawat KataNama60. Wujud KataAdjektif61. Kerana KataTugas62. Permintaan KataNama63. Terhadap KataTugas64. Jawatan KataNama65. Melebihi KataKerja66. Sedia KataAdjektif67. Ada KataKerja68. Di KataTugas69. Samping KataNama70. Latihan KataNama71. Misalnya KataNama72. Mengambil KataKerja73. Masa KataNama74. Lama KataAdjektif75. Memerlukan KataKerja76. Perbelanjaan KataNama77. Tinggi KataAdjektif78. Mahir KataAdjektif79. Telah KataTugas80. Menyebabkan KataKerja81. Kebanyakan KataNama82. Pusat KataNama83. Tidak KataTugas

6

Page 7: bahasa melayu

84. Dapat KataTugas85. Berfungsi KataKerja86. Dengan KataTugas87. Sempurna Kata Adjektif88. Menjadi KataKerja89. Seimbang KataAdjektif90. Menjanjikan KataKerja91. Pulangan KataNama92. Lumayan KataAdjektif93. Faktor KataNama94. Tersebut KataNama95. Mendorong KataKerja96. Perpindahan KataNama97. Daripada KataTugas98. Awam KataNama99. Swasta KataNama100. Taburan KataNama101. Demikian KataTugas102. Terletak KataKerja103. Mempunyai KataKerja104. Lebih KataAdverbal105. Banyak KataAdjektif106. Manakala KataTugas107. Pula KataTugas108. Mendapatkan KataKerja109. Bagi KataTugas110. Sukar KataAdjektif111. Diperoleh KataKerja112. Kini KataAdverbal113. Jangka KataNama114. Hayat KataNama115. Hidup KataKerja116. Meningkat KataKerja117. 69 KataNama118. Tahun KataNama119 lelaki KataNama120. 73 KataNama121. Perempuan KataNama122. Panjang KataAdjektif123. Ditambah KataKerja124. Lagi KataTugas125. Penyakit KataNama126. Kronik KataAdjektif127. Usia KataNama

7

Page 8: bahasa melayu

128. Tua KataAdjektif129. Membawa KataKerja130. Kesan KataNama131. Peningkatan KataNama132. Kos KataNama133. Penjagaan KataNama134. Cara KataKerja135. Mengurangkan KataKerja136. Kejadian KataNama137. Adalah KataTugas138. Kaedah KataNama139. Pencegahan KataNama140. Dari KataTugas141. Aspek KataNama142. Lain KataTugas143. Kadar Kata Nama144. Pembangunan KataNama145. Pesat KataAdjektif146. Memungkinkan KataKerja147. Mobiliti KataNama148. Penduduk KataKerja149. Akan KataTugas150. Bertambah KataKerja151. Ekoran KataNama152. penghijrahan KataNama153. Desa KataNama154. Turut KataKerja155. Mempengaruhi KataKerja156. Pendatang KataNama157. Asing KataAdjektif158. Kehadiran KataNama159. Memberikan KataKerja160. Berjangkit KataKerja161. Fenomena KataNama162. Mengakibatkan KataKerja163. Mencukupi KataKerja

8

Page 9: bahasa melayu

2.0 DEFINISI FRASA

Frasa terdiri daripada sepatah kata atau lebih yang boleh berfungsi sebagai subjek, predikat atau objek dalam ayat. Frasa terdiri daripada empat jenis iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi.

(Nota Dr. Supian)

3.0 TUGAS-TUGAS FRASA

3.1 FRASA NAMA

Mengikut tatabahasa dewan frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahunya boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberpa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstitun dalam binaan ayat manakala mengikut nota yang diberikan oleh Dr. Supian frasa nama berasal daripada kata nama (frasa nama) dapat berfungsi sebagai subjek, predikat dan objek sementara frasa sendi nama (FS). Frasa kerja (FK) hanya dapat berfungsi sebagai predikat ayat.

3.2 FRASA KERJA

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsure lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan.Frasa kerja terdiri daripada kata kerja transitif (KKT) dan kata kerja tidak transitif(KKTT). Kata kerja transitif berbentuk terikat kerana memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk predikat ayat. Oleh itu kata atau kata-kata lain tidak boleh di sisipkan diantara kedua-dua tersebut. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek dan ia dapat di bahagikan kepada dua subgolongan iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap iaitu kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut dan kata kerja transitif berpelengkap bermaksud kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayatUnsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja trransitif dan boleh pula mengalami proses pasif. Pelengkap ilah unsure yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.

9

Page 10: bahasa melayu

3.3 FRASA ADJEKTIF

Mengikut buku tatabahasa dewan kata Adjektif juga dikenal sebagai kata sifat, ilah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Manakala mengikut nota Dr supian frasa adjektif terbentuk daripada kata yang dapat berfunsi sebagai predikat ayat atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan berfungsi sebagai predikat ayat juga. Kata adjektif boleh disertai kata bantu yang boleh diletakkan didepan untuk membentuk frasa adjektif contohnya amat gembira, sungguh tinggi dan sebagainya. Apabila kata penguat dan kata adjektif digunakan sekaligus maka kata bantu mesti diletakkan di depan kata penguat contohnya sudah terlalu kuat , telah agak lewat dan lain-lain.

3.4 FRASA SENDI

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Frasa sendi nama boleh juga, sebagai pilihan, didahului oleh kata bantu (Tatabahasa dewan ). Frasa sendi terbentuk daripada sekumpulan kata yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama sebagai objek kata sendi tersebut. Hal ini bermakna bahawa frasa sendi tidak boleh terdiri daripada satu patah kata sahaja.. frasa sendi boleh didahului oleh kata bantu seperti dapat, hendak, boleh, masih, pernah dan sebagainya. (Nota Dr. Supian)

10

Page 11: bahasa melayu

4.0 CONTOH-CONTOH AYAT

4.1 FRASA NAMA + FRASA NAMA

I. Bapa Rayyan bekerja sebagai guru sekolah agamaII. Bandar Muar Bandar Maharani

III. Hadiah itu daripada Ammar IV. Salmi seorang jurusolek

4.2 FRASA NAMA + FRASA SENDI

I. Marya berasal dari SelangorII. Ketiga-tiga nelayan itu menangkap ikan

III. Cerita itu tentang Gunung LedangIV. Wang ini untuk Lydia

4.3 FRASA NAMA + FRASA ADJEKTIF

I. Adik Rayqal sangat pandai didalam kelasII. Anak-anaknya masih kecil lagi

III. Suara penyanyi itu merduIV. Sekolahnya jauh dari sini

4.4 FRASA NAMA + FRASA KERJA

I. Hang Jebat bertikam dengan Hang TuahII. Munirah sedang membaca buku

III. Hujan turun dengan lebatnyaIV. Dia menjalankan tugasnya dengan baik

11

Page 12: bahasa melayu

REFLEKSI             Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat

juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek Bahasa Melayu () pada masa yang

ditetapkan. Saya rasa amat bersyukur kerana dapat rakan-rakan yang banyak

membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.Jutaan terima kasih kepada

rakan-rakan kelas kerana mereka telah memberikan kerjasama yang cukup

membanggakan dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan banyak halangan dan cabaran yang perlu

saya tempuh kerana banyak ilmu berkaitan Bahasa melayu khususnya bidang

tatabahasa yang saya tidak begitu faham. Tetapi semasa saya membuat tugasan ini

saya lebih faham dan jelas tentang morfologi dan sitaksis di dalam pelajaran Bahasa

Melayu,

            Bagi saya, tugasan ini cukup mencabar kerana ia memerlukan konsentrasi yang

begitu tinggi terhadap setiap soalan yang saya cuba selesaikan dalam tugasan ini.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini juga, pelbagai masalah telah saya hadapi.

Terutamanya apabila saya dikehendaki membuat tugasan ini di dalam bulan

Ramadhan. Tapi, Alhamdulillah berkat kerjasama dan kesabaran yang tinggi saya

menjadikan halangan sebagai satu motivasi untuk menyiapkan tugasan ini dengan

sempurna. Dalam menyiapkan tugasan ini juga, banyak ilmu dan pengetahuan baru

yang telah saya dapat. Hal ini menjadikan saya lebih faham terhadap subjek ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang

telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang

ditetapkan. Sekian, terima kasih.

12

Page 13: bahasa melayu

Bibliografi

Haji Mohd Asyraf bin Haji Abdul Wahad (2012)Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu.Selangor :CT Book Makers Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood (1995)Tatabahasa Dewan.Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

Modul tatabahasa bahasa melayu terkini 2007

13

Page 14: bahasa melayu

Lampiran

14