bahasa melayu

10
TEKS PIDATO BAHASA MELAYU 2015 ALAM SEKITAR PENJANA KEBAHAGIAAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang berbahagia kombinasi para juri penegak keadilan yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang budiman, rakan seperjuangan yang disegani, seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum WBT salam pembuka bicara. Teguhnya saya berdiri di sini, bukanlah untuk mengalunkan irama pop yeh yeh, tetapi tidak lain dan tidak bukan izinkan saya menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Alam Sekitar Penjana Kebahagiaan Dunia dan Akhirat . Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, alam sekitar bermaksud keadaan alam sekeliling manakala penjana bermaksud menghasilkan. Frasa kebahagiaan pula membawa erti kegembiraan atau kesenangan hidup berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat. Konklusinya, definisi tajuk pidato saya pada hari ini ialah Keadaan alam sekeliling dapat menghasilkan kegembiraan atau kesenangan hidup di dunia dan akhirat. Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara, marilah kita mendalami firman Allah S.W.T: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah nescaya akan dilihat, dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya) (Surah Al Zalzalah ayat 7-8) Firman Allah ini membuka minda kita agar membuat kebaikan di dunia sebanyak mungkin bagi menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Jika dilihat tajuk pidato ini, banyak aspek yang boleh kita bincangkan secara meluas. Saya akan pecahkan tajuk pidato saya kepada tiga pragmatik utama, yang pertama, kepentingan alam sekitar dalam kehidupan manusia, kedua, punca dan kesan kemusnahan alam sekitar, ketiga, kempen melestarikan alam sekitar. Alam, Keindahanmu memukau pandangan, Keindahanmu tiada bandingan. Alam, Sungguhku terpaku akan keindahanmu, Air laut berombak-ombak, Burung-burung berkicau merdu, Tumbuh-tumbuhan nun menghijau. Alam, Keindahanmu semakin menghilang, Kerna perbuatan manusia haloba, Tumbuh-tumbuhan semakin layu, Haiwan-haiwan semakin pupus. Marilah, marilah kita menjaga alam ini, Kerna alam ini tidak ternilai harganya. Sidang pendengar yang penuh santun,

Upload: marziean

Post on 10-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

amal islami

TRANSCRIPT

TEKS PIDATO BAHASA MELAYU 2015

ALAM SEKITAR PENJANA KEBAHAGIAAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRATTerima kasih saudara pengerusi majlis. Yang berbahagia kombinasi para juri penegak keadilan yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang budiman, rakan seperjuangan yang disegani, seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum WBT salam pembuka bicara. Teguhnya saya berdiri di sini, bukanlah untuk mengalunkan irama pop yeh yeh, tetapi tidak lain dan tidak bukan izinkan saya menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Alam Sekitar Penjana Kebahagiaan Dunia dan Akhirat.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, alam sekitar bermaksud keadaan alam sekeliling manakala penjana bermaksud menghasilkan. Frasa kebahagiaan pula membawa erti kegembiraan atau kesenangan hidup berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat. Konklusinya, definisi tajuk pidato saya pada hari ini ialah Keadaan alam sekeliling dapat menghasilkan kegembiraan atau kesenangan hidup di dunia dan akhirat.Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara, marilah kita mendalami firman Allah S.W.T:Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah nescaya akan dilihat, dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya) (Surah Al Zalzalah ayat 7-8)Firman Allah ini membuka minda kita agar membuat kebaikan di dunia sebanyak mungkin bagi menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Jika dilihat tajuk pidato ini, banyak aspek yang boleh kita bincangkan secara meluas. Saya akan pecahkan tajuk pidato saya kepada tiga pragmatik utama, yang pertama, kepentingan alam sekitar dalam kehidupan manusia, kedua, punca dan kesan kemusnahan alam sekitar, ketiga, kempen melestarikan alam sekitar.Alam,Keindahanmu memukau pandangan,Keindahanmu tiada bandingan.

Alam,

Sungguhku terpaku akan keindahanmu,

Air laut berombak-ombak,

Burung-burung berkicau merdu,

Tumbuh-tumbuhan nun menghijau.

Alam,

Keindahanmu semakin menghilang,

Kerna perbuatan manusia haloba,

Tumbuh-tumbuhan semakin layu,

Haiwan-haiwan semakin pupus.

Marilah, marilah kita menjaga alam ini,

Kerna alam ini tidak ternilai harganya.Sidang pendengar yang penuh santun,

Hayatilah pragmatik pertama iaitu kepentingan alam sekitar dalam kehidupan manusia. Islam menjelaskan bahawa kehidupan manusia bukan hanya terbatas kepada hubungan sesama manusia tetapi manusia juga wajib menjalinkan hubungan yang baik dengan alam tabii. Alam tabii sangat penting kepada manusia. Hal ini kerana alam tabii merupakan tempat berlangsungnya aktiviti-aktiviti manusia termasuklah mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.Para hadirin yang dimuliakan,

Alam sekitar terdiri daripada tiga sumber utama iaitu udara, air, dan tanah. Manusia sangat memerlukan udara yang bersih setiap kali bernafas dan setiap kali bernafas, manusia akan menyedut gas oksigen yang dihasilkan oleh tumbuhan. Alam tabii yang bersih juga amat penting untuk pertumbuhan mental dan fizikal yang baik. Sebagai contoh, menurut tradisi orang Arab zaman dahulu, setiap anak yang dilahirkan akan dihantar dan disusukan di kawasan kampung yang mempunyai suasana yang lebih indah dan tenang supaya anak-anak mereka akan menjadi seorang yang sihat dan cergas termasuklah Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.

Sumber air yang bersih juga amat penting untuk memenuhi rutin harian manusia termasuklah untuk melakukan ibadah seperti berwuduk, bersuci dan sebagainya. Selain itu, sumber air dapat membekalkan sumber makanan kepada manusia serta menyediakan peluang pekerjaandan sumber ekonomi kepada nelayan, ahli pelayaran dan lain-lain.

Sumber ketiga iaitu tanah. Tanah berfungsi sebagai tempat tinggal dan juga tempat untuk melakukan aktiviti pertanian dan penternakan bagi menampung keperluan hidup manusia sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran, Surah Al-Araf ayat 58 yang bermaksud.Tanah yang baik tumbuh tanamannya (dengan subur) dengan izin Allah, tetapi tanah yang tidak baik, tumbuh-tumbuhannya hanya tumbuh merana. Begitulah kami menjelaskan keterangan itu untuk kamu yang bersyukur.Sidang pendengar yang setia.

Sebentar tadi telah saya jelaskan betapa pentingnya alam sekitar dalam kehidupan manusia. Namun, apa yang menggusarkan ialah terdapat segelintir individu yang bersikap tidak bertanggungjawab telah merobek keindahan alam sekitar. Atas tiket pembangunan, hutan-hutan batu kian berkembang, pencemaran kian berleluasa. Pemimpin tersohor India, Mahatma Gandhi pernah berpesan bahawa dunia hari ini hanya mencukupi untuk orang biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak dan haloba. Kata-kata yang terlalu besar ertinya ini membuatkan saya cukup terpanggil mengajak hadirin sama-sama memikirkan alam sekitar yang dari sehari ke sehari semakin musnah oleh tangan-tangan manusia.

Meniti terus ke pragmatik kedua iaitu punca dan kesan kemusnahan alam sekitar. Dipetik daripada Malaysia Today, para akademik mendapati bahawa dua pertiga daripada ekosistem seimbang yang dikaji telah mengalami kerosakan. Sepanjang 50 tahun yang lalu, manusia telah mengubah ekosistem dengan pantas dan meluas berbanding mana-mana waktu dalam sejarah manusia. Kebanyakannya bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk makanan, air bersih, kayu balak serta keperluan yang lain. Seluruh akibatnya, hanya kini, kian nampak jelas. Lebih kurang 15 daripada 24 ekosistem yang utama bagi kehidupan atas bumi telah mengalami kerosakan yang serius. Wahai saksi yang bermisi,

Sudah banyak kesan buruk dapat dilihat dan dialami oleh seluruh masyarakat dunia akibat masalah pencemaran. Sedekad lalu, masyarakat dunia heboh dengan masalah penipisan lapisan ozon. Lapisan ozon melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung menipis disebabkan pelepasan gas-gas berbahaya secara tidak terkawal. Aktiviti harian manusia sudah pasti tidak terlepas daripada menghasilkan bahan buangan. Kita makan lantas mengeluarkan najis. Bekas pembalut makanan menjadi sampah, enjin melepaskan asap dan sebagainya. Namun, apakah tindakan kita? Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.

Kita dalami pula pragmatik ketiga iaitu kempen melestarikan alam sekitar. Ramai yang beranggapan bahawa pencemaran secara besar-besaran sahaja boleh mencemarkan alam sekitar. Namun, hakikatnya memang berbeza daripada apa yang difikirkan. Saya bawakan contoh iaitu pembuangan puntung rokok dan kertas pembalut gula-gula. Biarpun kecil, tetapi jika jumlahnya berlipat kali ganda tetap mengundang pencemaran alam sekitar. Acapkali kita lihat tempat-tempat seperti perhentian bas, tandas awam dan sebagainya kelihatan kotor dek benda-benda kecil ini. Sebenarnya, setiap individu berperanan untuk melestarikan alam sekitar biarpun perkara itu dianggap remeh. Jangan disebabkan benda remeh ini, kelak membawa binasa kepada seluruh komuniti masyarakat serta generasi anak-anak yang bakal mewarisi alam sekitar ini. Para penonton yang dirahmati Allah SWT,Harus dikejut mana yang lenaHarus ditegur mana yang alpa Sebelum alam mulai bicaraSebelum manusia ditimpa bencana

Justeru, hadirin sekalian, bukalah mata dan minda. Ayuh bangkitlah, bersama-sama kita berganding bahu memulakan anjakan paradigma dalam menyemai serta menyuburkan sikap mencintai alam sekitar. Ingat, alam gemilang, hidup pasti cemerlang. Akhir kata, tepuk dahi fikirlah sendiri, pemidato bestari, mohon permisi, empunya diri menyusun sepuluh jari, salah dan silap harap dimaafi.Segala yang baik datang daripada Allah SWT, dan yang buruk adalah kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam.Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufik wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh.YANG TUA DIHORMATI YANG MUDA DISAYANGIAlhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Sejambak kasih seharum kasturi buat peneraju majlis, jemaah hakim yang berintegriti, warga pendidik yang disanjungi, seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang dihormati.

Pucuk manis permatang hati,

Pucuk purut harum mewangi,

Yang tua dihormati,

Yang muda disayangi.

Demikianlah tajuk pidato saya yang bakal dikupas buat santapan semua. Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata.

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat tua bermaksud orang yang sudah tua atau orang yang dianggap tua seperti ibu bapa. Hormat pula membawa maksud perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang. Muda dalam konteks manusia bermaksud anak muda, remaja, belia dan kanak-kanak. Sayang pula membawa makna kasih, rindu dan asyik. Ini dapat difahami bahawa orang yang lebih tua perlu di hormati dan yang muda perlu dikasihi serta disayangi.

Hadirin yang bervisi,

Kututup rapat pintu definisi, Kubuka pula maksud isi

Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi. Berdasarkan ungkapan di atas, muncul satu persoalan dibenak fikiran kita. Adakah masih relevan lagi ungkapan tersebut diguna pakai pada zaman ini? Hal ini demikian kerana sikap generasi muda yang sudah hilang rasa hormat dan sopannya kepada generasi tua. Contohnya mereka akan mengeluarkan kata-kata kesat tanpa memikirkan hati dan perasaan orang yang lebih tua daripada mereka.

Putera puteri anak pertiwi,

Lontaran idea seterusnya berteraskan kata kunci memuliakan orang yang lebih tua. Menghormati orang yang tua bukan hanya budaya, namun ia sebahagian daripada akhlak mulia dan terpuji yang diseru oleh Islam. Hal ini dilakukan dengan cara memuliakannya dan memerhatikan hak-haknya. Nabi Muhammad SAW bersabda:

Barangsiapa tidak menyayangi anak kecil kami & tidak mengenal hak orang tua kami maka bukan termasuk golongan kami. (HR. Al-Bukhari)

Warga dewan yang budiman

Dihias indah fakta seterusnya, mendahulukan orang yang lebih tua. Dalam Islam disyariatkan mendahului orang yang lebih tua dalam beberapa keadaan.

1. Mengimami solat : sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

Bila waktu solat telah tiba, maka hendaklah salah seorang kalian mengumandangkan azan dan orang yang paling tua mengimami solat kalian. (HR. Al-Bukhari )

2. Dalam berbicara dan memberi pendapat. Perlu kita mendahulukan orang yang lebih tua dalam kata-kata dan mengajukan pendapat.

3. Dalam pemberian. Kita perlu mendahulukan mereka yang lebih tua sebagaimana dalam hadis Rasulullah yang meminta sahabat mendahulukan mereka yang lebih tua.

Sidang pendengar budiman,

Menelusi hujah di bawah nirmala kata menyayangi yang muda. Bila orang yang telah lanjut usia mendapat hak penghormatan dan kemuliaan, demikian pula dengan anak yang masih kecil, mereka berhak mendapat kasih sayang. Menyayangi anak kecil merupakan keharusan.

Pernah pada suatu saat Nabi SAW mencium cucunya Hasan bin Ali. Waktu itu, di sisi Nabi ada seorang bernama Al-Aqra bin Habis At-Tamimi sedang duduk. Maka Al-Aqra mengatakan: Sesungguhnya saya memiliki sepuluh anak, tidak pernah seorang pun yang saya cium. Maka Rasulullah SAW melihat kepadanya & mengatakan:

Orang yang tidak menyayangi maka tidak disayangi (Allah). (HR. Al-Bukhari )

Tentunya, menyayangi anak-anak kecil tidak hanya terbatas pada anak sendiri bahkan umum sifatnya iaitu semua kanak-kanak tidak kira bangsa dan agama. Bentuk menyayangi anak kecil juga banyak. Misalnya, menciumnya, menggendongnya, mengusap kepalanya, menyapa & menyalaminya, serta mengucapkan salam kepadanya.

Pada suatu masa Anas bin Malik r.a melewati anak-anak kecil lalu ia mengucapkan salam kepada mereka. Anas berkata: Dahulu Rasulullah SAW melakukan demikian. (Muttafaqun alaihi)

Sidang dewan permisi,

Pepatah Melayu ada mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Amalan Budi Bahasa Budaya Kita, disemarakkan Agar jutaan rakyat Malaysia bersama-sama menghayati konsep jati diri dan membetulkan organisasi lantas menanam dan mengkambus jauh telunjuk lurus kelingking berkait. Didikan gama dan kerohanian disemai suburkan dalam diri setiap ahli keluarga dengan akhlak-akhlak mulia dan mahmudah agar sikap sayang menyayang dalam keluarga dan masyarakat tidak bertepi. Sudah tentulah puncak kasih akan berpanjangan. Jelas menunjukkan usaha-usaha telah dilakukan bagi membentuk akhlak mulia dan akhinya membentuk masyarakat penyayang.

Anak-anak bangsaku,

Konklusinya, bangsa Malaysia mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri. Nilai-nilai tradisi dan akhlak mulia masih utuh mendasari prinsip yang tua dihormati yang muda disayangi. Ayuhlah anak-anak bangsaku, kita kekalkan warisan gemilang selagi hayat di kandung badan.Marilah kita lakarkan potret kegemilangan Malaysia berpaksikan al-Quran dan Sunnah pada masa hadapan.

Sekian. Salam kasih sayang.

Wabillah hitaufiq walhidayah wassalamualikum WBT.PENGHAYATAN AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN

Pucuk manis permatang budi,

pucuk purut digetus rusa;

Yang manis bernama budi,

Yang indah bernama bahasa.

Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang berbahagia kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara.Berdirinya saya di atas persada indah dalam Dewan Wawasan ini, tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, "Penghayatan Al-Quran dalam Kehidupan.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untukmeneguhkan iman orang-orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang mengembirakan bagiorang-orangIslam."(An-Nahl:102)

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak)bertaqwa"(Al-Baqarah:2)

Dua ayat di atas memberikan penjelasan bahawa Al-Quran ini adalah sumber keteguhan orang-orang beriman, petunjuk bagi mereka yang hendak bertaqwa. Ketika ia tidak lagi menjadi sumber kekuatan dan petunjuk yang menghidupkan dan memberi arah tuju kehidupan, maka yang perlu dipersoalkan adalahkeimanan dan ketaqwaankita.

Sidang Hadirin yang dihormati sekalian,

Al-Quran yang kita baca hari ini adalah Al-Quran yang sama dibaca oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Namun impaknya berbeza. Besarnya perubahan yang dibawa oleh Al-Quran terhadap kehidupan mereka nampaknya tidak tercermin dalam kehidupan kita hari ini. Al-Quran yang menghidupkan generasi awal yang menerima penurunannya kelihatan tidak benar-benar menghidupkan generasi kita. Sekali lagi, bukan salahnya pada Al-Quran yang mulia. Mereka menjadikan Al-Quran sebagaiacuan bagi segenap aspek kehidupan. Lalu terbentuklah akhlak, pemikiran dan perasaan yang mengikut apa yang diajarkan Al-Quran. Generasi kita pula hidup mengikut hawa nafsu, lalu mengambil Al-Quran mengikut kesesuaian apa yang ingin kita rasai, fikirkan dan lakukan. Lalu jadilah ayat-ayat Al-Quran hanya menjadi tempelan pada aspek-aspek kehidupan kita, sekadar diambil sesetengah untuk disesuaikan dengan apa yang kita nak. Diambil menjadi dalil penguat kepada pidato kita yang berdegar-degar. Diambil menjadi tangkal pelindung daripada kita mendapat sial sedangkan makna ayat pun tidak difahami. Diambil menjadi hiasan-hiasan dinding yang mempesonakan. Semoga Allah memelihara kita daripada pemesongan arah dan tujuan.Seharusnya kita menyedari bahawa Al-Quran itu adalah kalam Ilahi, yang bersifattinggi. Bukan kerana perbuatan kita meninggi-ninggikan atau meletakkannya di rak yang tinggi, tetapi kerana ia adalah kalam Pencipta yang memang hakikatnya tinggi. Sekalipun kita meremehkan, merendah-merendahkan, mengabaikan dan tidak berusaha meninggikan, ia tetap tinggi. Namun, kita yang zalim ketika merendah-rendahkan Al-Quran yang bersifat tinggi. Dan pastinya kelak kita akan direndahkan di akhirat.

"Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat)."(Al-Waaqi'ah: 3)Hadirin yang saya Kasihi sekalian,Kita harus menjadikan Al-Quran sebagai sumber tertinggi dalam segenap aspek kehidupan. Sebelum bertanya apa perasaan kita tentang sesuatu perkara,tanya dahulu apa yang Al-Quran ajarkan untuk menghadapi perkara tersebut. Selagimana kita masih sentiasa merujuk kepada logik akal dan pandangan-pandangan kita yang mengikut hawa nafsu, kita belum benar-benar meletakkan Al-Quran itu tertinggi dan pada tempat selayaknya dalam kehidupan.

Bagaimana mungkin kita akan menghayati ketinggian Al-Quran dan selanjutnya meletakkannya di hadapan sebelum apa jua sumber-sumber lain, sedangkan membacanya pun jarang-jarang?Marilah kita mendekati Al-Quran dan menjadikannya sumber tertinggi kehidupan.Lazimkan pembacaan, kemudian biasakan membaca terjemahan-terjemahan ayat-ayat-Nya. Setelah itu mampu kita lazimkan, jangan berhenti di situ. Bacalah tafsir-tafsir yang memberikan penjelasan daripada ayat-ayat tersebut dan bawalah kepada pengamalan kehidupan. Ya, setiap individu harus melakukannya secara praktikal! Bukan sekadar sedap mendengar bacaan-bacaan qari ketika musabaqah Al-Quran atau pertandingan-pertandingan melagukan Al-Quran. Bukan sekadar merasa cukup dengan menggantungkan ayat-ayat-Nya di dinding-dinding rumah.

Al-Quran tidak mengubah peribadi kita dengan kita hanya menghiaskannya di dinding-dinding, menyedapkan lagu-lagu bacaan, membawanya ke mana-mana di dalam beg dan kenderaan, meletakkannya di rak tertinggi di rumah, menulisnya dengan khat yang paling cantik. Namun, perubahan yang dibawa Al-Quran adalah melalui kefahaman dan penghayatan yang mendalam, pengamalan yang konsisten dalam segenap aspek kehidupan. Prosesnya tentu bertahap dan tak akan berjaya tanpa usaha yang serius dan berterusan.

Pencipta kita memberikan suatu panduan lengkap kehidupan, namun kita tidak berusaha memahami dan mengamalkannya. Lalu, kita katakan yang Dia tidak memberi petunjuk dan mengabaikan kita dalam hidup ini. Tatkala itu, adakah kita menjadi hamba seperti yang selayaknya?Semoga Allah merahmati kita dan mempermudah jalan bagi kita untuk beramal dengan petunjuk Al-Quran.Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata, tersilap sebut atau tercanggah gerak tangan, mulut, kepala dan mata. Saya mengakhiri pidato saya ini dengan serangkap pantun; Alang-alang menyeluk pekasam,

Biar sampai ke pangkal lengan;

Membaca al-Quran amalan dijulang,

Biar kekal sepanjang zaman.

Sekian, Wabillahi Taufik WaJhidayah Wasalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh