bahasa melayu

28
PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya kerana saya telah berjaya melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ………………………………… selaku pensyarah bagi kursus ini kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh kursus ini. Tidak dapat saya lupakan segaja tunjuk ajar beliau kerana ilmu yang telah diberikan dan yang telah diterapkan kerana ianya amatlah berguna untuk saya aplikasikan semasa bertugas disekolah pada masa hadapan. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah serta memberi kerjasama dalam memastikan bahawa kita semua akan berjaya bersama-sama. Sesungguhnya segala ilmu dan jasa yang telah diberikan amatlah berharga dan tidak dapat ditukar dengan wang ringgit dan akan dikenang sehingga akhir nyawa. Sekian, terima kasih.

Upload: mohd-imm

Post on 03-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya kerana saya telah berjaya melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada selaku pensyarah bagi kursus ini kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh kursus ini. Tidak dapat saya lupakan segaja tunjuk ajar beliau kerana ilmu yang telah diberikan dan yang telah diterapkan kerana ianya amatlah berguna untuk saya aplikasikan semasa bertugas disekolah pada masa hadapan. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah serta memberi kerjasama dalam memastikan bahawa kita semua akan berjaya bersama-sama. Sesungguhnya segala ilmu dan jasa yang telah diberikan amatlah berharga dan tidak dapat ditukar dengan wang ringgit dan akan dikenang sehingga akhir nyawa.

Sekian, terima kasih.

Pengenalan

Biodata PenulisCerpen kasut kelopak jantung ini merupakan karya Amer Hamzah B. L.Kadir. Beliau dilahirkan pada 19 Jun 1966 di Dungun, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Bertam dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim. Seterusnya, beliau memperoleh B.Ed (Hons) dalam bidang sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM) dan M.Ed dalam bidang Kesusasteraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kini, beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang, Kulim, Kedah. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang penulisan sekitar tahun1994. Pada awalnya, beliau menumpukan perhatian dalam bidang penulisan cerpen dan kini beliau lebih cenderung dalam penulisan novel.Penglibatan dalam dunia sastera bermula dengan Projek Hadiah Galakan Sastera Kenyalang, satu projek memupuk bakat penulisan dalam kalangan penulis baharu di Sarawak. Pada tahun yang sama cerpennya yang bertajuk Caturrangga telah dijadikan judul antologi cerpen dan puisi bagi projek ini. Cerpen Belasungkawa telah diberikan pengiktirafan antara cerpen terbaik dalam projek tersebut. Kedua-dua cerpen ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Minggu dan penerbitan antologi ini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Bank Utama pada 1999.Penglibatan dalam penulisan novel pula bermula pada tahun 2004 apabila novel pertama beliau, iaitu Biar Bintang Berguguran telah diterbitkan. Kemudian diikuti dengan Demi Kasih Katrina dan Krisandra & Cinta yang Lara yang diterbitkan oleh Tintarona Publications Sdn. Bhd.Antalogi kasut kelopak jantung pula merupakan cerpen yang memenangi hadiah utama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005 dan diterbitkan pada tahun 2006. Akhir sekali, novel beliau, iaitu Kala Yuda telah mengungguli tempat pertama dalam Sayembara Fiksyen, Sains dan Teknologi UTM Kumpulan Utusan.

SinopsisCerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman. Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan kasut. Ahmad merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya. Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan mengetahui bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama ibunya yang uzur dan tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.

Analisis CerpenTEMAPenghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas membantunya sewaktu murid itu miskin dengan menekankannya kepentingan memakai kasut.

PERSOALAN1. Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk merenung wajahnya tepat-tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian sukan.2. Keprihatinan guru terhadap masalah murid.Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.3. Keikhlasan murid membalas jasa guru.Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi, namun dia tetapi mengingati jasa Cikgu Harun dengan menghadiahinya sepasang kasut pada setiap Hari Guru.4. Kepentingan memakai kasut di sekolah.Buktinya, Cikgu Harun tegas memastikan pelajar memakai kasut supaya muridnya tidak mengalami kecederaan kaki.5. Penghargaan murid terhadap jasa guru.Buktinya, setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa kasut berjenama mahal daripada anak muridnya yang mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah 30 tahun berlalu.

WATAK DAN PERWATAKANCIKGU HARUNCikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan guru. Beliau pernah mengajar di kawasan pedalaman 30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin akan kebajikan murid telah menghadiahkan sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut kepada Ahmad. Beliau yang pernah bertegas dengan anak muridnya itu mendapat balasan baik daripada anak muridnya yang menghadiahinya sepasang kasut berjenama mahal pada setiap sambutan Hari Guru.AHMADAhmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal di hujung kampung, kawasan pedalaman. Dia terpaksa mengambil upah memetik cili hanya untuk mengumpulkan wang demi membeli kasut sekolah lantaran ibunya yang tua dan uzur. Ahmad tidak pernah ponteng sekolah malah sentiasa mengikut arahan gurunya, Cikgu Harun. Walaupun Cikgu Harun mengarahkannya memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang, dia tetap menurut perintah tersebut. Ahmad akhirnya menjadi seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar masih mengingati jasa gurunya dengan menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut pada Hari Guru.

IBU AHMADIbu Ahmad seorang wanita separuh umur yang sudah uzur. Dia tinggal bersama anaknya, Ahmad di sebuah pondok usang di hujung kampung. Walaupun miskin harta, ibu Ahmad amat menghormati tetamu kerana menjemput Cikgu Harun masuk ke rumah sementara menunggu Ahmad pulang ke rumah. Ibu Ahmad tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh sebab itu, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili demi menampung perbelanjaan keluarga di samping membeli kasut sekolah.

PLOTPERMULAAN1. Pada 16 Mei, Hari Guru, Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang tidak dipos.2. Cikgu Harus tahu benar pengirim hadiah itu dan bertanya kepada diri sendiri sama akan hadiah itu dihantar dengan ikhlas atau sindir atau kedua-duanya.

PERKEMBANGAN1. Cikgu Harun mengingati peristiwa yang telah berlaku 30 tahun yang lalu apabila menerima bungkusan hadiah daripada salah seorang anak muridnya.2. Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah.3. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.4. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

PERUMITAN1. Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.2. Kawan Ahmad menyampaikan khabar bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.3. Cikgu Harun tersentuh dan berasa menyesal atas tindakannya mendenda Ahmad.4. Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad dan mendapati ibunya sudah uzur dan Ahmad bekerja sebagai pemetik cili untuk menampung kehidupan keluarga.

PUNCAK1. Ahmad memberitahu punca sebenar dia tidak ke sekolah, yakni tidak mampu membeli kasut sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Cikgu Harun.2. Cikgu Harun membuat keputusan untuk membelikannya sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang pakaian sekolah baharu serta mengarahkan Ahmad supaya kembali ke sekolah.3. Ahmad hanya mampu mengucapkan terima kasih atas bantuan Cikgu Harun.PELERAIAN1. Cikgu Harun sudah bersara tetapi jasanya tetap dikenang oleh Ahmad.2. Ahmad menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut berjenama pada setiap Hari Guru.3. Cikgu Harun sedar bahawa hadiah itu diberikan oleh Ahmad dengan hati yang ikhlas sebagaimana ditulis dalam surat yang disertai bersama bungkusan kasut itu. Amad sudah berjaya menjawat jawatan tinggi.

TEKNIK PLOT1. Dialog pertuturan antara watak yang dapat menghidupkan cerita.Bukti: Ahmad, mana kasut? tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

2. Monolog watak bercakap sendiri tanpa didengar atau disedari oleh sesiapa.Bukti: Jauh juga rumah Ahmad, bisik hati kecil Cikgu Harun.

3. Monolog dalaman kata-kata seseorang watak di dalam hati yang tidak diketahui oleh sesiapa.Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya seorang guru. Murid dan guru itu saling melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi, negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Harun mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu.

4. Kejutan peristiwa yang tidak disangka-sangka oleh pembaca.Bukti: Ahmad terkejut dengan kehadiran Cikgu Harun di rumahnya dan Cikgu Harun terkejut melihat Ahmad masih memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang yang didenda oleh Cikgu Harun.

5. Saspens peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembacaBukti: Besok, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak datang. Selama ini, Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun terpaksa berjalan tanpa kasut.Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini, seminggu sudah Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba mendapatkan maklumat daripada murid-murid yang lain.

6. Pemerian gambaran suasana atau keadaan oleh penulis.Bukti: Sebaik sahaja sampai si sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Harun dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling. Suasana sepi sekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya yang lain.

7. Imbas kembali teknik watak mengingati peristiwa yang sudah berlaku.Bukti: Cikgu Harun mengingati peristiwa yang sudah berlaku lebih 30 tahun, kejadian beliau mendenda anak muridnya memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang

LATAR TEMPAT1. Rumah Cikgu Harun di bandarBukti: Cikgu Harun menerima bungkusan kasut baharu di rumahnya.

2. Kawasan pedalamanBukti: Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan pedalaman lebih tiga puluh tahun yang lalu.

3. Bilik darjahBukti: Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke sekolah. Selain itu, Cikgu Harun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya tentang sebab Ahmad tidak hadir ke sekolah.4. Padang sekolahBukti: Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan bersenam kecuali Ahmad. Di situlah juga Ahmad didenda memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.

5. Rumah AhmadBukti: Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad untuk menjenguknya dan mengenal pasti sebab dia tidak hadir ke sekolah.

6. Kebun sayurBukti: Ahmad bekerja sebagai pemetik cili di kebun sayur untuk menampung perbelanjaan keluarga.

7. PekanBukti: Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia dapat ke sekolah semula.

LATAR MASA1. Zaman modenBukti: Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden ini. Selain itu, Ahmad sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

2. 30 tahun yang laluBukti: Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

3. Tempoh semingguBukti: Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu dan kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

4. Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibukaBukti: Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah dan tidak membawa pakaian sukan untuk aktiviti pendidikan jasmani di padang.

5. Suatu petang selepas seminggu Ahmad tidak hadir ke sekolah.Bukti: Cikgu harun pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab dia mahu berhenti sekolah.

6. 16 MeiBukti: Cikgu Harun mendapat hadiah berjenama mahal daripada muridnya setiap sambutan Hari Guru.

7. Selepas sekolah tamat / tengah hariBukti: Ahmad yang malu selepas didenda memakai kasut kelopak jantung telah lari ke rumah.

LATAR MASYARAKAT1. Masyarakat guruBukti: Cikgu Harun yang sudah bersara mengingati peritiwa yang berlaku lebih 30 tahun yang lalu.

2. Masyarakat pelajarBukti: Ahmad merupakan pelajar sekolah yang belajar dalam tahun tiga di kawasan pedalaman. Dia pernah dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut ke sekolah dan tidak membawa pakaian sukan.3. Masyarakat miskinBukti: Ahmad dan ibunya tinggal di sebuah pondok kecil kerana hidup dalam kesederhaan. Lagipun, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili dalam usia yang muda.

4. Masyarakat yang mengenang jasa guruBukti: Ahmad seorang murid yang amat mengenang jasa Cikgu Harun. Setiap kali sambutan Hari Guru, dia akan menghantar bungkusan berisi kasut berjenama mahal untuk dihadiahkan kepada Cikgu Harun. Hal ini membuktikan bahawa dia amat menghargai jasa gurunya walaupun sudah berjaya dalam kehidupan.

5. Masyarakat yang tabah menghadapi kemiskinanBukti: keluarga Ahmad tabah menghadapi kemiskinan hidup. Dia dan ibunya tinggal di sebuah pondok di hujung kampung.

GAYA BAHASA1. Paradoks gabungan antara unsur positif dan negatif dalam satu ayat.Bukti: Atau sindiran dan keikhlasan yang telah bergumpal menjadi satu.

2. Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek.Bukti: Soalan itu bukan yang pertama.Waktu rehat Ahmad tidak keluar.Dia tidak bercakap banyak.Dia telah pun menduga.

3. Simile unsur perbandingan secara langsung oleh penulis.Bukti: -Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoraknya.-Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung.-Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta sesuatu.-Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan seperti memakai kasut sekolah.-Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul.-Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki.-Terasa ketika itu kasutnya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik. Seperti kaki ayam yang mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang usang. Malah Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung.

4. Peribahasa ungkapan menarik yang digunakan oleh pengarangBuktinya: berkaki ayam, budak hingusan, lurus bendul, angkat muka, berkecil hati, dan separuh umur.

5. Personifikasi penggunaan unsur kemanusiaan dalam unsur bukan manusia.Bukti: Rasa bersalah mula mengerang perasaannya.

6. Sinkof penggunaan singkatan kataBuktinya: tak, dah, nak, ni

7. Repitasi pengulangan kata.Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah.

8. Gaya bahasa dialogBukti: Ahmad, mana kasut? tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

NILAI MURNI DAN PENGAJARAN1. Nilai murni Menghormati orang yang lebih tuaPengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih berpengalaman daripada kita.Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari arahannya.

2. Nilai murni -KeinsafanPengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak mengulanginya.Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh dengan keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli kasut sekolah.

3. Nilai muri -KeikhlasanPengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang.Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya hadiah berupa sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.

4. Nilai muri -KetabahanPengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili untuk menampung perbelanjaan keluarga.

5. Nilai muri -KesabaranPengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam kehidupan.Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang tidak membawa kasut dan pakaian sukan.

6. Nilai muri -KegigihanPengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang berjaya.Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin sehingga berjaya menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut berjenama.

7. Nilai muri -BertanggungjawabPengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab.Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia memastikan semua anak muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti bersenam di padang.

8. Nilai muri -KesungguhanPengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kehidupan keluarga yang miskin.Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi dalam sebuah syarikat kasut berjenama.

9. Nilai muri -Baik hatiPengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban mereka.Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan sepasang uniform sekolah.

Prinsip-Prinsip Pemilihan cerpen

a) Cerpen mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan cerpen-cerpen pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program pengajaran, dan kemudian cerpen-cerpen diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan cerpen-cerpen yang akan digunakan dan bukan sebaliknya. b) Cerpen haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.Cerpen-cerpen pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, cerpen-cerpen itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan cerpen-cerpen haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu. c) Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih cerpen-cerpen pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif. Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian.Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranandi satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian cerpen pengajaran dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri. d) Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar. Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi mestilah berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu.Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi cerpen-cerpen pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah cerpen-cerpen mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya. e) Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Cerpen-cerpen pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari semasa ke semasa.Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka. f) Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan pembelajaran mereka. Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.KesimpulanDaripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa aspek pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia memberi kesan kepada prestasi para pelajar. Ini terbukti dengan fenomena yang wujud di sekolah-sekolah akhir-akhir ini. Daripada pemerhatian biasa, proses pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan tidak mengikut prinsip yang sepatutnya. Bahan-bahan itu juga tidak pernah dicuba dan tidak pernah dinilai. Sebagai penutup, disarankan beberapa cadangan iaitu bahan-bahan teks Bahasa Melayu yang digunakan perlu dipelbagaikan, iaitu tidak bergantung seenuhnya keada satu-satu atau dua teks sahaja. Selain itu, semua bahan dalam sesebuah teks tidak seharusnya digunakan semuanya tanpa pilihan dan penyesuaian. Guru perlu memilih bahan-bahan yang releven dengan pelajar pada waktu itu. Bahan-bahan yang terdapat dalam teks juga perlu diubahsuai mengikut keperluan pelajar dan pengalaman guru. Bahan-bahan teks yang berupa ulasan, ringkasan dan panduan lulus peperiksaan tidak wajar dibiarkan mempengaruhi guru-guru. Bahan-bahan tersebut tidak wajar digunakan tanpa pemilihan, penyesuaian, sekatan dan panduan guru. Bahan-bahan teks yang dipilih juga perlu disertai dengan alat bantu mengajar yang lain supaya engajaran menjadi lebih menarik dan pelajar cepat mengingat dan memahaminya. Bahan-bahan yang akan digunakan perlulah dicuba terlebih dahulu dan dinilai dari semasa ke semasa. Akhir sekali, bahan-bahan teks yang digunakan perlu disertai dengan penggunaan kamus bagi mewujudkan satu dimensi baru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

Bibliografi1. Abd Aziz Abd Talib, (2000), Pedagogi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.2. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat, (1997), Pengajian Melayu I, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.3. Kamarudin Hj. Husin, (1998), KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 4. Mahrup Sulaiman (1998), Pedagogi Bahasa, Petaling Bahasa, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.5. Naqib izaqi, (2001), Pedagogi Bahasa Perkaedahan, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.