bahasa melayu

10
1 BAHASA MELAYU MEI 2014 2 jam BAHASA MELAYU Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B . 2. Anda dikehendaki menjawab semua soalan Bahagian A. 3. Bahagian B mempunyai dua pilihan soalan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. NAMA : __________________________________________________ TINGKATAN : __________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) NEGERI KEDAH DARUL AMAN MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK

Upload: nur-izzati

Post on 15-Aug-2015

80 views

Category:

Education

0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa melayu

1

BAHASA MELAYU

MEI

2014

2 jam

BAHASA MELAYU

Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B .

2. Anda dikehendaki menjawab semua soalan Bahagian A.

3. Bahagian B mempunyai dua pilihan soalan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.

NAMA : __________________________________________________

TINGKATAN : __________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM)

NEGERI KEDAH DARUL AMAN

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK

TINGKATAN 3

Page 2: Bahasa melayu

2

Bahagian A

[ 60 markah ]

1a) Setiap ayat dalam petikan berikut mempunyai satu kesalahan bahasa penggunaan imbuhan. Betulkan kesalahan berikut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat semula.

Selain itu, pengusaha rumah tumpang harus juga diingatkan bahawa kadar sewa tempat tinggal hendaklah berpatutan. Taraf kehidupan penduduk di kawasan tumpuan pelancong hendaklah ditingkatkan. Kerajaan harus menawarkan pinjaman dan khidmat nasihat untuk menggalakan mereka terlibat dalam proses pembangunan pelancongan. Kajian ini mendapati bahawa kemusnahan alam sekitar kebanyakannya punca daripada aktiviti penduduk setempat yang mengamalkannya.

i. _________________________________

ii. _________________________________ iii. _________________________________ iv. _________________________________

[ 4 markah ]

1b) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan tersebut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Sekalian rakyat mempunyai tanggungjawab yang sama, baik secara bersendirian atau secara kolaktif. __________________________ ii. Sessi temu duga antara majikan dengan pemohon kerja akan dilaksanakan sebentar lagi. __________________________ iii. Pengusaha makanan dilarang menggunakan bahan pengawit dalam produk makanan mereka. __________________________ [ 3 markah ]

Page 3: Bahasa melayu

3

1c) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti.Tandakan ( / ) untuk ayat yang betul dan tanda ( x ) untuk ayat yang salah.

i. Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara. ( ) ii. Ramli menunggu kawannya selama satu jam suku. ( ) iii. Dia menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah itu. ( ) iv. Kuih-muih itu dibuat oleh saya dengan berpandukan buku resepi. ( ) v. Pelajar yang berwajah pucat itu sakit mungkin. ( ) vi. Baju-baju kotor itu dicuci oleh ibu dengan menggunakan sabun basuh. ( )

[ 6 markah ] 1d) Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.Tulis jawapan

anda pada ruang jawapan yang disediakan. i. Budak kecil itu menangis kerana dia lapar. _________________________________________________ _________________________________________________ ii. Pak Abu minum kopi sambil membaca surat khabar. _________________________________________________ _________________________________________________ iii. Azila memberitahu bahawa dia tidak akan menyertai pertandingan debat pada minggu depan. _________________________________________________ _________________________________________________

[ 6 markah ]

Page 4: Bahasa melayu

4

1e) Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut, tulis tiga peribahasa yang sesuai.

i. __________________________________________________________ ii. __________________________________________________________ iii. __________________________________________________________

[ 6 markah ]

Page 5: Bahasa melayu

5

Soalan 2 – Pemahaman

a) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. petikan

[3 markah]

ii. petikan

[3 markah]

Setelah sehari menghabiskan masa di kampung itu, waktu untuk kami berangkat

pulang ke kota pun tiba. Ibulah yang bertanggungjawab memendekkan siri lawatan itu. Ibu

mendesak-desak juga mahu pulang, walaupun ditahan oleh mak cik dan Pak Cik Kinto.

Pagi-pagi lagi kami sudah bangun mengemaskan barang-barang. Mak cik dan Pak Cik

Kinto membungkuskan kami rendang pedas belibis, hasil perburuan aku dan Pak Cik Kinto

petang semalam. Mereka juga membekalkan kami sedikit nasi dan telur rebus. Aku lihat

Pak Cik Kinto agak berat hendak melepaskan aku pulang. Aku juga berasa terharu untuk

meninggalkan mereka; meninggalkan kampung yang terpencil itu, tetapi apakan daya, aku

mesti pulang juga. Bapa menunggu di kota. Sekolahku juga menantiku.

Tepat pada masa yang ditetapkan, teksi yang kami sewa itupun datang menjemput

kami. Teksi itu bergerak perlahan-lahan pada mulanya, tetapi semakin lama semakin

meluncur laju. Sedar-sedar kampung itu sudah tertinggal jauh di belakang. Aku cuba

memandang ke belakang, tetapi debu daripada jalan tanah itu menutup pandangan. Aku

tiba-tiba berasa suatu macam kehilangan dan kesayuan yang asing dan aneh. Seperti ada

sesuatu yang memukul-mukul hatiku.

Kesayuan apa ini? Mengapa jadi sayu? Aku bagai kehilangan sesuatu. Aku bagai tertinggalkan sesuatu, tetapi aku tidak mengerti apakah yang hilang dan apakah yang tertinggal itu.

(Dipetik daripada cerpen, Capa Rengat, antologi Gema Sepi Gadis Genius, Tingkatan 2,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia)

Page 6: Bahasa melayu

6

i. Mengapakah aku terpaksa pulang ke kota dan meninggalkan kampung dalam

keadaan tergesa-gesa?

________________________________________________________________

ii. Nyatakan perwatakan Pak Cik Kinto yang terdapat dalam petikan. Berikan

contoh yang sesuai yang dapat menunjukkan perwatakan tersebut.

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah cara yang perlu kita lakukan untuk menggalakkan

generasi muda mencintai kehidupan di kampung?

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

[4 markah]

Page 7: Bahasa melayu

7

b) Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pantun Empat Kerat

(Muafakat) Indah sungguh warna pelangi,

Tidak luput hingga senja ; Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia. Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Turun ke paya memetik kangkung, Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia.

Beras segantang sudah disukat,

Lalu disimpan di atas para; Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai rakyat sejahtera. Sawah padi luas terbentang, Kuning keemasan indahnya maya; Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya. Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat; Bertolak ansur, hormat-menghormati, Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

(Antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, halaman 5)

Page 8: Bahasa melayu

8

i. Berdasarkan puisi di atas, nyatakan faedah-faedah yang diperoleh daripada

amalan muafakat.?

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

[3 markah]

ii. Berdasarkan puisi di atas, berikan gaya bahasa yang menarik berserta

dengan contoh yang sesuai.

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk mewujudkan

masyarakat yang bermuafakat?

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

[4 markah]

Page 9: Bahasa melayu

9

Soalan 3

Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PENGAMBILAN AHLI BAHARU

PASUKAN PENGAKAP SMK ALOR AKAR

Tawaran dibuka kepada semua murid SMK Alor Akar

yang berminat untuk menyertai

Pasukan Pengakap SMK Alor Akar.

Sila dapatkan borang keahlian daripada

Cikgu Fadilah binti Mustaffa

Bayaran pendaftaran RM5.00 sahaja.

Ahli baharu diwajibkan membeli pakaian seragam

yang lengkap.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan

sepanjang tahun ini.

Setiap ahli akan diberikan sijil keahlian pada

akhir tahun.

Tarikh tutup permohonan: 25 JANUARI 2014.

Tarikh iklan: 10 Januari 2014

Page 10: Bahasa melayu

10

Bahagian B

[40 markah]

Gambar di bawah menunjukkan permainan tradisional di Malaysia. Anda boleh memilih

sama ada Soalan 1 atau Soalan 2. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang

daripada 180 patah perkataan.

Soalan 1

Anda ingin bercerita tentang permainan tradisional yang terdapat di Malaysia kepada

rakan di luar negara.

Tulis surat anda itu selengkapnya.

atau

Soalan 2

Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh daripada permainan tradisional.

Tulis karangan anda selengkapnya.

KERTAS SOALAN TAMAT