bahasa melayu

13
BAHASA MELAYU KUNO

Upload: haniffpotter

Post on 30-Jun-2015

4.817 views

Category:

Career


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: bahasa melayu

BAHASA MELAYU KUNO

Page 2: bahasa melayu

BAHASA MELAYU KUNO

Sebuah inskripsi Bahasa Melayu Kuno yang digelar Kawi ditemu di Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan, Malaysia.

Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini kemudiannya dinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu (Kini Semenanjung Malaysia), Kepulauan Riau dan Sumatera.Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana:•Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.•Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.•Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding Bahasa Jawa.

Page 3: bahasa melayu

PENGARUH SANSKRIT DAN HINDU

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem Bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima.

Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava (Tulisan Pallava) dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada Bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.

Kesan daripada Bahasa Sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat dilihat daripada perkataan perkataan yang kekal daripada dahulu sehingga sekarang seperti curi, makan, tanam, air dan sebagainya, serta perkataan yang mempunyai bentuk atau format yang serupa seperti dalam jadual jadual di bawah:

Page 4: bahasa melayu

BAHASA MELAYU KUNO BAHASA MELAYU

Vulan Bulan

Nasyik Asyik

Nayik Naik

mangalap Mengambil

mamava Membawa

Saribu Seribu

Dangan Dengan

Page 5: bahasa melayu

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayunimakan Dimakanniminumna diminumnyaniparvuat Diperbuat

ni- menjadi di-Penggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam Bahasa Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti nipar-.

Awalan mar- menjadi ber-Awalan ber- dalam Bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar- dalam Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayumarvanum Berbangunmarvuat Berbuatmarlapas Berlepas

Akhiran -na menjadi -nyaAkhiran -na yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada masa kini.

Bahasa Melayu Kuno Bahasa MelayuVinina BininyaVuahna Buahnya

Page 6: bahasa melayu

BATU BERSURAT DAN CANDI

Salah satu bukti sejarah Bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yanb berasal dari selatan India. Berikut adalah antara batu bersurat yang ditemui.

•Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava.•Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu•Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.•Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.•Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.•Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M)

Pengaruh agama Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan budaya pada zaman bahasa Melayu Kuno. Bahkan banyak candi yang dibina di Alam Melayu yang dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha dari India, seperti candi-candi di Lembah Bujang, Muara Takus dan Pagarruyung di Sumatera, dan Candi Borobodur dan Prambanan di Pulau Jawa.

Page 7: bahasa melayu

BAHASA MELAYU KUNO DAN KERAJAAN MELAYU

Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang diguna pakai dalam Kerajaan Melayu Kuno. Kerajaan-kerajaan Melayu Kuno yang diketahui adalah (tidak menurut sebarang susunan) ialah:-

•Lembah Bujang•Kerajaan Funan•Srivijaya•Kerajaan Angkor•Majapahit•Kedah Tua•Melaka

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNOSistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu KunoA. Tulisan Palava

Keempat-empat buah batu bersurat pada abad ketujuh menggunakan tulisan Palava( sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu ).

(a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masihi).

Page 8: bahasa melayu

(b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M.(c) Batu Bersurat Kota Kapur (Pulau Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.(d) Batu Bersurat Karang Brahi (Hulu Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.

B. Tulisan NagiriTulisan ini digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli. Tulisan Nagiri berasal dari Utara India.

C. Tulisan KawiTulisan Kawi ini digunakan pada batu bersurat di Joreng (1179M) dan Padang Lawas (1213M) yang terletak di Tapanuli, Sumatera Utara.

Page 9: bahasa melayu

CONTOH BM KUNO DENGAN BM MODEN

1. wulan - bulan

2. Tatkalana - tatkalanya

3. Niwarbuat - diperbuat

4. sawanakna - sebanyaknya

5. Nitanam - ditanam

6. niyur -nyiur

7. Hanau - enau

8. rumwia -rumbia

9. dngan -dengan

10. nimakan -dimakan

11. Wuahna -buahnya

12. tathapi -tetapi

13. haur -aur

14. wuluh -buluh

15. pattung -betung

Page 10: bahasa melayu

Zaman Kerajaan Srivijaya

Zaman Srivijaya yang bermula pada abad ke-7 merupakan permulaan kegemilangan Bahasa

Melayu. Ini kerana terdapat beberapa bukti yang menyokong kewujudan Bahasa Melayu

telah mula digunakan pada zaman tersebut.

Pada akhir abad ke-7,batu bersurat telah dijadikan tempat untuk menulis perkataan dalam

Bahasa Melayu bersama dengan Bahasa Sanskrit. Batu-batu bersurat tersebut telah

dijumpai di Palembang, Pulau Bangka dan Daerah Hulu Jambi. Batu bersurat yang dijumpai

di palembang ialah Batu Bersurat Kedukan Bukit yang bertarikh 683 Masihi serta Batu

Bersurat Talang Tuwo yang bertarikh 684 Masihi. Seterusnya di Kota Kapur, Pulau Bangka

yang bertarikh 686 masihi. Manakala Batu Bersurat Karang Berahi, Meringin telah dijumpai di

daerah Hulu Jambi juga bertarikh 686 Masihi. Batu Bersurat lain ialah seperti Batu Bersurat

Gandasuli yang bertarikh 832 Masihi dan Bengkulu yang bertarikh 1000 Masihi.

Batu Bersurat

Page 11: bahasa melayu

Di Srivijaya pada masa itu, Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran,

perdagangan dan perhubungan umum. Dalam meluaskan daerah takluk Kerajaan Sriwijaya,

Bahasa Melayu juga digunakan. Di samping itu, Bahasa Melayu juga menjadi bahasa Lingua

Franca yang turut digunakan secara meluas di Nusantara. Penduduk jawa yang berada di

bawah kekuasaan Kerajaan Majapahit juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa

perhubungan.

Bahasa melayu digunakan sebagai bahasa perhubungan dan pentadbiran di Sumatera

khususnya Jambi. Ini kerana negeri-negeri Melayu di Sumatera masih mengamalkan sistem

pemerintahan kerajaan melayu walaupun ditakluk kerajaan Majapahit.

Fungsi Bahasa Melayu pada zaman Srivijaya

Page 12: bahasa melayu

Sastera

Dalam bidang sastera, terdapat Panji Melayu yang merupakan cerita saduran yang telah

diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Panji-panji ini sebenarnya berasal daripada Pulau

Jawa. Antara panji-panji tersebut ialah Kuda Deraspati, Kelana Wira Asmara, Panji Jawa

Perara, Panji Taman Jayeng Kusuma dan Panji Kuda Semirang.

Kewujudan Bahasa Melayu pada masa itu disokong oleh satu cacatan pengembara Cina

yang singgah di Sriwijaya dalam perjalanan ke India. Berdasarkan cacatan tersebut, A.

Teeuw pada 1952, berpendapat bahasa Bahasa Melayu sudah digunakan sejak berabad

lamanya sebagai bahasa penghantar kebudayaan di daerah-daerah lain yang bukan

termasuk dalam kepulauan melayu.

Bukti-bukti konkrit yang lain ialah penemuan dua buah patung iaitu di Padang Lawas yang

bertarikh 1029 Masihi dan di Padang Roco, Batanghari yang terdapat perkataan “Malaya” di

belakangnya dan bertarikh 1286 Masihi.

Bukti

Page 13: bahasa melayu

SEKIAN TERIMA KASIH

Disediakan oleh :-

SHADATUL AZUWA. BT HASHIM