bahasa malaysia kertas 1 bulanan mac 2015 2

16
SJK (C) PEKAN GETAH PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 TAHUN 5 BULAN MAC NAMA: __________________________ KELAS : _________ MARKAH : ________ BAHAGIAN A Soalan 1 hingga 20 Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. “___________ berasa bangga dengan kejayaan laksamana kerana berjaya menewaskan lanun,” titah Sultan Mansur Syah. A. Beta B. Saya C. Patik D. Daku 2. Pemain badminton itu mengibarkan _______________ mengelilingi gelanggang. A. Kamus Pelajar B. Tugu Negara C. Proton Preve D. Jalur Gemilang 3. _____________ yang menuju ke rumah Azmin bersimpang- siur. A. Bayangan B. Jalan C. Lubang 1

Upload: cikgusaida

Post on 24-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

examination

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Malaysia Kertas 1 Bulanan Mac 2015 2

SJK (C) PEKAN GETAH

PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA KERTAS 1

TAHUN 5 BULAN MAC

NAMA: __________________________ KELAS : _________ MARKAH : ________

BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga 20

Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “___________ berasa bangga dengan kejayaan laksamana kerana berjaya

menewaskan lanun,” titah Sultan Mansur Syah.

A. Beta

B. Saya

C. Patik

D. Daku

2. Pemain badminton itu mengibarkan _______________ mengelilingi gelanggang.

A. Kamus Pelajar

B. Tugu Negara

C. Proton Preve

D. Jalur Gemilang

3. _____________ yang menuju ke rumah Azmin bersimpang- siur.

A. Bayangan

B. Jalan

C. Lubang

D. Bandar

4. Bahari ___________ terbahak-bahak semasa menonton cerita lawak itu.

A. menangis

B. senyum

C. meraung

D. ketawa

1

Page 2: Bahasa Malaysia Kertas 1 Bulanan Mac 2015 2

5. Kerajaan mahu melahirkan lebih ramai ___________ dalam bidang penulisan.

A. usahawan

B. olahraga

C. karyawan

D. seniman

6. Berita tentang kejayaan Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong dimuatkan di halaman

____________ Akhbar Malaysia.

A. setiap

B. semua

C. pertama

D. beberapa

7. _____________ Menara Berkembar Petronas dihasilkan oleh pereka yang sangat

terkenal.

A. Reka bentuk

B. Gerak balas

C. Garis pusat

D. Kertas kerja

8. “______________, ini borang yang telah siap saya isi,” kata Halim kepada kerani

yang muda itu.

A. Mak cik

B. Cik

C. Tuan

D. Encik

2

Page 3: Bahasa Malaysia Kertas 1 Bulanan Mac 2015 2

9. Wakil rakyat itu menyertai _____________ yang diadakan di kampung kami.

A. dentam-dentum

B. remeh-temeh

C. hiruk-pikuk

D. gotong-royong

10. Jambatan yang sudah ____________ itu tidak digunakan lagi.

A. lama

B. gersang

C. jauh

D. sering

11. Makanan segera tidak sesuai untuk dijadikan makanan rutin kerana mempunyai

_____________ yang tinggi.

A. uji kaji

B. bahan api

C. bebola daging

D. bahan pengawet

12. Perlawanan bola sepak itu diadakan di _____________.

A. Stadium Hoki Selayang

B. Stadium Negara

C. Muzium Negara

D. Arkib Negara

3

Page 4: Bahasa Malaysia Kertas 1 Bulanan Mac 2015 2

13. Rakyat Malaysia menyambut kepulangan ______________ wira Everest itu di

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

A. separuh

B. bertiga

C. kedua-dua

D. para

14. Majlis itu akan dirasmikan oleh _______________ Pengerusi PIBG sekolah.

A. Yang Berbahagia

B. Cik

C. Mak cik

D. Pak cik

15. Pada setiap hari, Fook Soon datang _____________ ke sekolah.

A. jauh

B. awal

C. tinggi

D. lama

16. “_____________ akan menjunjung segala perintah tuanku,” kata Laksamana

Hang Tuah kepada Sultan Melaka.

A. Saya

B. Beta

C. Patik

D. Baginda

17. Dedaun pokok itu _____________ apabila ditiup angin.

A. berterbangan

B. berkilauan

C. berjauhan

D. berkasihan

4

Page 5: Bahasa Malaysia Kertas 1 Bulanan Mac 2015 2

18. Ibu ___________ apabila adik memecahkan pasu bunganya.

A. perang mulut

B. hilang akal

C. pilih kasih

D. naik angin

19. Ahmad dibenci oleh kawan-kawannya kerana _________________.

A. campur tangan

B. ringan tangan

C. panjang tangan

D. buah tangan

20. Abang dapat menyelesaikan masalah itu dengan senang.

Pilih perkataan seerti bagi senang.

A. payah

B. mudah

C. sukar

D. cepat

21. Ibu sedang membentangkan tikar di ruang tamu.

Pilih perkataan berlawan bagi membentangkan.

A. membuka

B. melepas

C. memegang

D. menggulung

5

Page 6: Bahasa Malaysia Kertas 1 Bulanan Mac 2015 2

Soalan 22 dan 23

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22. I Matanya semakin kabur sejak kemalangan itu.

II Cita-citanya hendak menjadi mata apabila dewasa kelak.

III Ayah membahagikan harta pusaka itu sama mata.

IV Mata pisau itu tumpul kerana sudah lama tidak diasah.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

23. I Tuah mengisi masa lapang dengan berlatih silat.

II Pak Hasnol berura-ura untuk menanam jagung di tanah yang lapang itu.

III Emak ke lapang terbang untuk menjemput abang yang pulang dari London.

IV Kita perlu lapang fikiran agar sesuatu kerja dapt disiapkan dengan berkualiti.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. II, III dan IV

24.Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

Mengapakah kita patut menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup kita?

A. Kita seharusnya menanam sikap suka membaca agar dapat menambah ilmu

pengetahuan.

B. Kita patut jadikan budaya membaca amalan hidup kita untuk menambah ilmu

pengetahuan.

C. Sekolah kami akan menjadikan budaya membaca sebagai amalan di sekolah.

D. Budaya membaca patut dijadikan amalan kehidupan kita seharian.

6

Page 7: Bahasa Malaysia Kertas 1 Bulanan Mac 2015 2

25. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Buku itu memberi kita panduan tentang cara-cara menjaga kesihatan dengan

betul.

A. Siapakah yang memberi panduan tentang cara-cara menjaga kesihatan

dengan betul?

B. Bagaimanakah untuk menjaga kesihatan dengan betul?

C. Apakah yang terdapat di dalam buku itu?

D. Di manakah buku tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan dengan betul

boleh dibeli?

Soalan 26 dan 28

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

26. Alas meja yang cantik itu disulam oleh Kavitha.

A. Kavitha disulam alas meja yang cantik itu.

B. Sulaman alas meja yang cantik itu oleh Kavitha.

C. Yang cantik itu alas meja sulaman Kavitha.

D. Kavitha menyulam alas meja yang cantik itu.

27. Adam tidak diizinkan oleh ibunya untuk mengikuti lawatan itu.

A. Lawatan itu tidak mengizinkan Adam mengikutinya oleh ibu.

B. Ibu mengizinkan tidak Adam untuk mengikuti lawatan itu.

C. Ibu tidak mengizinkan Adam untuk mengikut lawatan itu.

D. Diikuti lawatan itu Adam tidak diizinkan ibunya.

28. Kami merancang majlis persaraan Guru Besar selama dua bulan.

A. Selama dua bulan kami dirancang untuk persaraan Guru Besar.

B. Selama dua bulan majlis persaraan Guru Besar dirancang oleh kami.

C. Guru Besar dirancang akan mengadakan majlis persaraannya selama dua

bulan.

D. Majlis Guru Besar selama dua bulan dirancang oleh kami.

7

Page 8: Bahasa Malaysia Kertas 1 Bulanan Mac 2015 2

Soalan 29 dan 30

Pilih ayat yang betul.

29.

A. Hampir satu jam setengah kami menunggu Amirul tetapi dia belum datang

lagi.

B. Setengah budak gemar menonton televisyen hingga larut malam.

C. Walaupun mereka berjiran dan tidak pernah bertegur sapa.

D. Semua murid-murid Tahun Enam sedang berkumpul di padang sekolah.

30.

A. Abang membeli goreng cempedak di warung tepi jalan itu.

B. Tiap orang mempunyai pendapat yang berbea-beza.

C. Saya membantu ibu di masa lapang sahaja.

D. Jamal dan Fadil saling bermaafan selepas bergaduh.

8

Page 9: Bahasa Malaysia Kertas 1 Bulanan Mac 2015 2

Soalan 31 hingga 35

Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

31. Siapakah yang layak menyertai Pesta Buah-buahan Tempatan di UPM?

A. Semua penggemar buah-buahan import.

B. Semua murid sekolah yang berusia 12 tahun ke atas.

C. Semua rakyat Malaysia yang gemar buah-buahan tempatan.

D. Semua pelajar UPM yang gemar makan buah-buahan tempatan.

9

PESTA BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Makanlah buah-buahan tempatan untuk menjaga kesihatan yang baik.

Tarikh : 9 Jun 2014 hingga 16 Jun 2014

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Universiti Putra Malaysia (UPM)

MASUK PERCUMA

Kepada semua rakyat Malaysia, datanglah beramai-ramai untuk menikmati kelazatan dan khasiat buah-buahan tempata. Anda boleh makan selagi terdaya tanpa bayaran.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti berikut :

1. Pertandingan makan buah durian.2. Pertandingan memanjat pokok kelapa.3. Hadiah istimewa menanti pengunjung ke -1000.

Jangan Lepaskan Peluang Ini

Page 10: Bahasa Malaysia Kertas 1 Bulanan Mac 2015 2

32. Apakah tujuan iklan ini disiarkan?

A. Menggalakkan rakyat Malaysia makan buah-buahan tempatan.

B. Memberitahu rakyat Malaysia tentang Pesta Buah-buahan Tempatan.

C. Mempromosikan UPM sebagai pusat sehenti buah-buahan tempatan.

D. Mengajak penggemar buah-buahan tempatan menikmati khasiatnya.

33.Apakah yang akan diterima oleh pengunjung ke – 1000?

A. Menyertai pertandingan makan buah durian secara percuma.

B. Hadiah istimewa daripada penganjur.

C. Bekalan buah durian selama setahun.

D. Makan buah-buahan selagi terdaya.

34.Apakah kebaikan memakan buah-buahan kepada badan kita?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

________________________________________________________________.

35. Apakah buah-buahan tempatan kegemaran kamu?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

________________________________________________________________.

10

Page 11: Bahasa Malaysia Kertas 1 Bulanan Mac 2015 2

Soalan 36 hingga 40

Baca surat kiriman rasmi di bawah dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan

yang berikutnya.

Persatuan Sains dan Matematik,

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Min Yuk,

Bandar Baru Rawang,

47200 Rawang,

Selangor Darul Ehsan.

Ketua Pengarah Petrosains,

Menara Berkembar Petronas,

Jalan Ampang,

Kuala Lumpur. 5 MEI 2015.

Tuan,

Lawatan sambil Belajar ke Petronsains Menara Berkembar Petronas

Merujuk perkara di atas, Persatuan Sains dan Matematik sekolah bersetuju untuk

mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains di Menara Berkembar Petronas.

2. Berikut kami nyatakan butir-butir lawatan untuk rujukan pihak tuan.

Tarikh : 26 Mei 2015Masa : 10.00 pagiJumlah Murid : 40 orangJumlah Guru : 4 orang

3. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan murid-murid terhadap

kemajuan sains dan teknologi, selain merangsang minat mereka dalam bidang

tersebut. Kami berharap pihak tuan sudi memberikan taklimat berhubung perkara itu.

4. Justeru, kami amat berharap agar pihak tuan dapat memberikan jawapan

seberapa segera yang boleh untuk melancarkan perjalanan lawatan sambil belajar

ini kelak.

Kerjasama pihak tuan kami ucapkan jutaan terima kasih.

11

Page 12: Bahasa Malaysia Kertas 1 Bulanan Mac 2015 2

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………nurzahirah………

(NURZAHIRA MAJID)

Setiausaha,

Persatuan Sains dan Matematik.

36. Apakah tujuan lawatan ke Petrosains diadakan?

A. Memenuhi undangan yang dibuat oleh pihak pengurusan Petrosains.

B. Mendedahkan murid-murid terhadap kemajuan sains dan teknologi.

C. Menjalankan penyelidikan tentang kemajuan sains dan teknologi.

D. Melihat sendiri keindahan Menara Berkembar Petronas.

37. Di manakah letaknya Petrosains?

A. Menara Telekom

B. Menara Maybank

C. Menara Kuala Lumpur

D. Menara Berkembar Petronas

38. Berapakah jumlah murid yang akan menyertai lawatan ini?

A. 40 orang

B. 44 orang

C. 46 orang

D. 48 orang

39. Mengapakah Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik meminta pihak

Petrosains memberikan jawapan dengan segera?

12

Page 13: Bahasa Malaysia Kertas 1 Bulanan Mac 2015 2

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

________________________________________________________________.

40. Selain Petrosains, di manakah tempat menarik yang boleh dilawati di negara kita?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

________________________________________________________________.

13