bahasa kolokial

3
Bahasa Kolokial Bahasa yang bersifat percakapan ataupun basahan. Bahasa ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari. Bahasa ini mungkin tidak mementingkan unsure tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu, ia tidak digunakan dalam tulisan ataupun ucapan rasmi. Bentuknya pila sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daaerah. Juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za’ba mengelarkan bahasa ini sebagai ‘bahasa cakap mulut’. Merupakan bahasa pertuturan harian lam konteks tidak rasmi. Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan. a) Perkataan berbeza untuk makna yang serupa. b) Bentuk kependekkan Bahasa Bahasa Bahasa baku Bahasa basahan Mengapa Bagaimana Sedang Kenapa Macam mana Tengah

Upload: ann-andrea

Post on 02-Jul-2015

1.064 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Kolokial

Bahasa Kolokial

Bahasa yang bersifat percakapan ataupun basahan. Bahasa ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari. Bahasa ini mungkin tidak mementingkan unsure tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu, ia tidak digunakan dalam tulisan ataupun ucapan rasmi. Bentuknya pila sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daaerah.

Juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za’ba mengelarkan bahasa ini sebagai ‘bahasa cakap mulut’. Merupakan bahasa pertuturan harian lam konteks tidak rasmi. Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan.

a) Perkataan berbeza untuk makna yang serupa.

b) Bentuk kependekkan

Bahasa baku Bahasa basahan

Hendak Tidak Sudah

Nak Tak Dah

Bahasa baku Bahasa basahan

MengapaBagaimanaSedang

Kenapa Macam mana

Tengah

Page 2: Bahasa Kolokial

c) Perubahan bunyi

Bahasa baku Bahasa basahan

AmbilKecilPula

Ambik KecikPulak

Ciri-ciri bahasa basahan

a) Cara penyampaian~ disampaikan secara lisan. Bahasa ini bersifat secara terus antara dua penutur atau lebih dengan menggunakan pertuturan seharian. Penggunaan perkataan pula ringkas dan tidak mengikut ejaan sepenuhnya, tetapi pendengar dapat memahaminya.

b) Mewujudkan kemesraan ~ penggunaan bahasa kolokial boleh mewujudkan kemesraan dengan menggunakan penanda-penanda mesra. Antara penanda mesra adalah penggunaan singkatan pada nama dan kata-kata tertentu seperti ‘kan’ dan ‘dah’.

c) Penggunaan dialek ~ dalam bahasa kolokial, wujud penggunaan dialek apabila petutur dan pendengar datang dari tempat yang sama.

d) Penggunaan bahasa ~ penggunaan tatabahasa yang gramatis tidak dipentingkan.~ sering memendekkan kata serta mengugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.~ imbuhan-imbuhan sering ditinggalkan sebaliknya diganti dengan unsur-unsur isyarat dan gerak-geri yang difahami oleh pendengar.

e) Pencampuran kod ~ pelbagai kod sering digunakan dalam bahasa ini.

Page 3: Bahasa Kolokial

~ penggunaan lain-lain bahasa dalam pertuturan ini disebabkan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan.

f) Bahan yang diperkatakan~ tajuk perbualan yang berkisar kepada perkara-perkara ringan serta mudah difahami.~ keadaan ini wujud kerana mereka sering berjumpa dan telah wujud kemesraan.