bahasa kebangsaan

7
Bahasa Kebangsaan Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian. Semua soalan dalam bahagian A dan B wajib dijawab. Bahagian A (20%) Jawab semua soalan dalam bahagian ini dengan hitamkan A, B, C, atau D pada kertas yang disediakan. Soalan 1 hingga 5 berdasarkan petikan berikut. Keluarga Encik Roslan tinggal di ibu kota. Setiap kali musim perayaan mereka akan pulang ke kampung mereka di Jitra. Isterinya akan menyediakan pelbagai jenis kuih raya yang sedap untuk dibawa pulang. Sebelum pulang mereka akan meminta bantuan jiran mereka. Encik Lim untuk menolong mereka menjaga dan menyiram pokok-pokok bunga supaya tidak layu. Encik Lim juga membantu mereka menjaga dua ekor kucing peliharaan mereka yang comel. 1. Kata ganti nama yang terdapat dalam petikan di atas ialah __________ A. mereka B. isteri C. bantuan D. di 2. Kata adjektif yang terdapat dalam petikan di atas ialah __________ A. pulang B. bantuan C. comel D. menyiram 3. Kata hubung yang terdapat dalam petikan di atas ialah __________ A. musim B. akan C. supaya D. layu 4. Penjodoh bilangan yang terdapat dalam petikan di atas ialah __________ A. ekor B. untuk C. juga D. yang 5. Kata nama am tidak hidup yang terdapat dalam petikan di atas ialah __________ A. jiran B. kucing C. bunga D. kuih 6. Antara berikut yang mana bukan digraf bahasa Melayu?

Upload: shana-ana

Post on 01-Oct-2015

41 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

BK

TRANSCRIPT

Bahasa KebangsaanKertas soalan ini mengandungi 2 bahagian. Semua soalan dalam bahagian A dan B wajib dijawab.

Bahagian A (20%) Jawab semua soalan dalam bahagian ini dengan hitamkan A, B, C, atau D pada kertas yang disediakan. Soalan 1 hingga 5 berdasarkan petikan berikut.

Keluarga Encik Roslan tinggal di ibu kota. Setiap kali musim perayaan mereka akan pulang ke kampung mereka di Jitra. Isterinya akan menyediakan pelbagai jenis kuih raya yang sedap untuk dibawa pulang. Sebelum pulang mereka akan meminta bantuan jiran mereka. Encik Lim untuk menolong mereka menjaga dan menyiram pokok-pokok bunga supaya tidak layu. Encik Lim juga membantu mereka menjaga dua ekor kucing peliharaan mereka yang comel.

1. Kata ganti nama yang terdapat dalam petikan di atas ialah __________A. merekaB. isteriC. bantuanD. di2. Kata adjektif yang terdapat dalam petikan di atas ialah __________A. pulangB. bantuanC. comelD. menyiram

3. Kata hubung yang terdapat dalam petikan di atas ialah __________A. musimB. akanC. supaya D. layu

4. Penjodoh bilangan yang terdapat dalam petikan di atas ialah __________A. ekorB. untukC. jugaD. yang5. Kata nama am tidak hidup yang terdapat dalam petikan di atas ialah __________A. jiran B. kucingC. bungaD. kuih

6. Antara berikut yang mana bukan digraf bahasa Melayu?A. ghB. drC. khD. sy

7. Antara berikut yang mana menggunakan diftong bahasa Melayu?A. ketuaB. cabaiC. tongkangD. kerbau

8. Ayah Maimun cedera parah kerana terjatuh ke dalam longkang semasa menaiki motosikalnya ke bandar. Ayat di atas ialah ayat___________.A. perintahB. penyataC. seruan D. tanya

9. Dollah merupakan tonggak dalam permainan bola sepak sekolahnya. Peribahasa yang sesuai untuk menunjukkan kewibawaan Dollah ialah____________A. ayam tambatanB. kaki bangkuC. keras hatiD. jual mahal

10. Berikut yang mana bukan kata sendiA. diB. keC. daripadaD. bahawaBahagian B(80%)Bahagian ini mempunyai 4 soalan. Jawab kempat-empat soalan itu pada kertas yang disediakan. Setiap soalan diberi 20 markah.

Soalan 1(20%)1a. Tuliskan perkataan bagi bentuk kata berikut. (3 markah)Bentuk kataPerkataan

aKKKV

bKVKK

cKKV+KV

dKV+KVK

eKVK+KVK

fKV+KV+KV

1b. Tuliskan betul atau salah bagi ejaan perkataan berikut. .( 3 markah)

Perkataan Betul/Salah

aengin

bteknoloji

cagenda

dmarjerin

edailog

fprotein

1c. Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif. (4 markah)

i. Kerajaan menyeru rakyat agar menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ii. Perbincangan yang diadakan antara pihak kerajaan dan penduduk setempat telah dapat menyelesaikan masalah pencemaran yang berlaku.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

1d. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan Hukum D-M dan satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (4 markah)

i. Makanan yang enak di Gurney Restoran telah menarik ramai pelancung makan di situ.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________ ii Murid-murid mengadakan latihan sukan di mini stadium kerana padang sekolah yang mereka selalu gunakkan dilanda banjir. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

1e. Nyatakan pola bagi ayat berikut. (6%)i. Puan Maria pengurus jualan di Syarikat Suasana Damai._____________________________ii. Menara yang tinggi itu memang cantik reka bentuknya. ____________________________iii. Ketiga-tiga orang perenang itu rakyat Australia. _____________________________iv. Hadiah perkahwinan ini daripada rakan sepejabatnya. _____________________________v. Para pekerja itu sedang memperbesar jalan tersebut. _____________________________vi. Perompak itu bersenjatakan sebilah parang. _____________________________ Soalan 2(20%)

2a. Tuliskan 5 ciri pengacara majlis (5 markah)1

2

3

4

5

2b. Namakan 3 jenis kata ganda dengan contoh perkataan bagi setiap jenis kata ganda itu. (3 markah)

Jenis Kata GandaContoh Perkataan

2c. Tuliskan maksud akronim berikut. .( 2 markah)

Akronim Maksud

aSPM

bperhilitan

cpawagam

dKWSP

2d. Perkembangan bahasa Melayu melalui 2 peringkat sebelum bahasa Melayu Moden, Nyatakan peringkat-peringkat itu. Tuliskan 2 kerajaan yang wujud pada setiap peringkat. (6 markah)

PeringkatKerajaan yang Wujud

i.

ii.

i.

ii.

2e. Catatkan 4 kumpulan yang mengembangkan bahasa Melayu Moden di Malaysia.(4 markah)a.____________________________c. _____________________________b. ___________________________d. _____________________________

Soalan 3(20%)

Tuliskan sepucuk surat pemohonan kerja berserta dengan resume dan surat sokongan.

Soalan 4(20%)

Ibu bapa harus menjadi tanggungjawab anak lelaki sahaja. Nyatakan pendapat anda.