bahagian pengurusan - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/laporan_tahunan/laporan tahunan doa...

26
BAHAGIAN PENGURUSAN

Upload: phungminh

Post on 30-Apr-2019

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

BAHAGIAN PENGURUSAN

Page 2: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai
Page 3: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Bahagian Pengurusan terdiri daripada tujuh seksyen iaitu Seksyen Pembangunan Sumber Manusia, Seksyen Pentadbiran, Seksyen Latihan Vokasional, Seksyen Penguatkuasaan dan Perlindungan Tanaman, Seksyen Pembangunan Organisasi, Seksyen Pengurusan Daerah dan Seksyen Perkhidmatan Am. Seksyen-seksyen tersebut berperanan untuk melaksanakan semua program/projek/aktiviti yang berkaitan iaitu Program Latihan Pertanian, Program Pembangunan Sumber Manusia, Program Pembangunan Organisasi, Program Perkhidmatan Pengawasan dan Pengawalan Perosak dan Program Perkhidmatan Kawalselia. Program Latihan Pertanian

Program latihan ini dilaksanakan oleh Seksyen Latihan Vokasional melalui Institut Pertanian Sabah (IPS), Kota Belud, Pusat Latihan Vokasional Pertanian (PLVP) Lahad Datu dan tiga buah Pusat Latihan Petani yang masing-masing terletak di Damai Kota Marudu, Lagud Sebrang Tenom dan Ulu Dusun Sandakan. a. Institut Pertanian Sabah (IPS) Institut Pertanian Sabah (IPS) Timbang Menggaris, Kota Belud telah ditubuhkan pada mulanya sebagai sebuah Sekolah Vokasional Pertanian pada 20 Mac 1970 bertempat di bangunan Pusat Latihan Pertanian, Tuaran yang menawarkan Kursus Sijil Pertanian selama tiga tahun. Pada Mei 1974, Institut ini dipindahkan ke Timbang Menggaris, Kota Belud. Tempoh berkursus di institut ini telah disingkatkan kepada dua tahun bermula pada sesi pengajian 1996/1997 dan silibus yang digunakan adalah selaras dengan silibus yang digunakan oleh semua Institut Pertanian yang terdapat di Malaysia. Bermula pada tahun 2012, nama Kursus Sijil Pertanian telah ditukar kepada Program Sijil Pertanian. Visi institut ini adalah untuk menjadi sebuah institut yang berkualiti, berilmu dan berdaya saing di Malaysia. Manakala misinya adalah memberi latihan pertanian berkualiti untuk melahirkan Juruteknik Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga pekerja mahir di sektor awam atau swasta dan menjadi bakal usahawan dalam bidang pertanian. Objektif penubuhan IPS ialah: • Melatih para belia/beliawanis menjadi Juruteknik Pertanian yang berkebolehan

untuk bekerja di sektor awam dan swasta;

• Memberi latihan vokasional dalam bidang pertanian; dan

• Membentuk daya kepimpinan di kalangan pelatih dan memperbaiki sikap mereka terhadap pembangunan luar bandar.

www.sabah.gov.my/tani

Laporan Tahunan DOA 2015 66

Page 4: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Tempoh masa pengajian Sijil Pertanian adalah selama dua tahun meliputi empat semester dan dua bulan latihan industri. Setiap semester mengambil masa selama 16 minggu bagi tempoh pengajaran dan pembelajaran

Pencapaian Program Sijil Pertanian yang dilaksanakan oleh IPS pada tahun 2015 adalah seperti di Jadual 25.

Jadual 25 : Pencapaian Program Sijil Pertanian mengikut kumpulan pelajar

BIL KUMP.

PELAJAR

SASARAN PENGAMBILAN

(ORANG)

BILANGAN MENDAFTAR

(ORANG)

BILANGAN GRADUAN (ORANG)

CATATAN

1. Ke-18 120 126 118 Tamat Pengajian dan Layak menerima Sijil Pertanian Malaysia.

2. Ke-19 120 126 - Lulus semester III dan layak meneruskan pengajian ke semester IV

3. Ke-20 120 127 -

Lulus semester I dan layak meneruskan pengajian ke semester II

Majlis Konvokesyen IPS Ke-43 Tahun 2015 di Institut Pertanian Sabah pada 03 September 2015

67

Bahagian PENGURUSAN

Page 5: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Jadual 26 : Purata Nilai Gred Keseluruhan bagi Pelajar Kumpulan ke-18

Bilangan pelajar Kumpulan ke-18 yang mengikuti bidang pengkhususan adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 27 di bawah. Jadual 27 : Bilangan pelajar yang mengikuti pengkhususan

Dari segi pencapaian prestasi kewangan vot Perbekalan (S32) dan Pembangunan (D28) IPS adalah ditunjukkan seperti di Jadual 28.

Jadual 28 : Pencapaian Prestasi Kewangan (IPS)

Sementara itu, pencapaian aktiviti sokongan lain yang ada dikendalikan oleh IPS adalah seperti berikut: i. Bengkel Pemantapan Penyemakan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir

Bengkel ini telah diadakan sebanyak dua kali pada tahun 2015 iaitu pada 30 Mac hingga 2 April 2015 di Bilik Mesyuarat Jabatan Pertanian Telupid (Semester II dan IV sesi 2014/2015) dan 26 - 28 Oktober di Pavillion Hotel, Sandakan (Semester I dan III).

BIL PENGKHUSUSAN (KURSUS) BILANGAN PELAJAR

(ORANG)

1 Landskap I & II 2

2 Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan I & II 11

3 Teknologi Memproses Hasil Pertanian I & II 9

4 Pengurusan Estet I & II 73

5 Pengurusan Ternakan I & II 23

JUMLAH 118

BIL PERUNTUKAN JUMLAH

PERUNTUKAN (RM)

JUMLAH PERBELANJAAN

(RM)

PERATUS PENCAPAIAN

(%)

1. Perbekalan (S32) (termasuk gaji buruh)

2,485,300.00 2,309,692.00 99.34

2. Pembangunan (D28) 698,000.00 695,058.71 99.58

PNGK BILANGAN PELAJAR (ORANG)

2.00 ke bawah 0

2.00 – 2.49 0

2.50 -2.99 69

3.00 – 3.59 49

3.60- 4.00 0

JUMLAH 118

www.sabah.gov.my/tani

Laporan Tahunan DOA 2015 68

Page 6: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

ii. Kursus Pembangunan Item Soalan Peperiksaan - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pertanian Malaysia dan disertai oleh seramai 14 orang pegawai akademik IPS. Objektif kursus ini adalah meningkatkan kemahiran tenaga pengajar Institut Pertanian Malaysia dalam menggubal soalan berasaskan ‘Kemahiran Berfikir Aras Tinggi’ bagi pentaksiran Program Sijil Pertanian.

iii. Seminar Tenaga Pengajar Institusi Latihan Pertanian Seminar ini melibatkan Institut Pertanian Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang, Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, NATC, MADA dan Bahagian Pembangunan Latihan dan Kerjaya Jabatan Perikanan Malaysia. IPS telah membentangkan kertas bertajuk Perkongsian Pelaksanaan Modul Orientasi Pelajar Baharu yang disampaikan oleh Encik Jifrin Haji Mohamad, Penolong Pengarah Pertanian (Latihan Vokasional) merangkap Pengetua IPS.

Bengkel Pemantapan Penyemakan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Semester I dan II di Pavillion Hotel, Sandakan pada 26 - 28 Oktober 2015

Kursus Pembangunan Item Soalan- Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di Hotel Silka Maytower, Kuala Lumpur

15 - 17 November 2015

Seminar Tenaga Pengajar Institusi Latihan Pertanian Tahun 2015

di Hotel Silka Maytower, Kuala Lumpur 17 - 20 November 2015

69

Bahagian PENGURUSAN

Page 7: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

iv. Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) Kurikulum dan Penyampaian Kurikulum dan Orientasi Kurikulum Aktiviti ini telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada 24 - 27 Mei 2015 di Hotel Admiral Cove Port Dickson, Negeri Sembilan dan 20 - 21 November 2015 di Hotel Silka Maytower, Kuala Lumpur. Aktiviti sokongan ini dapat memantapkan dan menambahbaik kurikulum Institut Pertanian Malaysia dan memastikan silibus yang disampaikan oleh tenaga pengajar selaras dengan semua Institut Pertanian Malaysia. Aktiviti ini juga telah disampaikan oleh pensyarah IPS kepada para penyelia.

v. Hari Akademik Hari Akademik telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada 16 Jun 2015 dan 26 November 2015 bertempat di Dewan Serbaguna IPS. Tujuan pelaksanaan Hari Akademik adalah untuk memantau dan memotivasikan para pelajar bagi meningkatkan pencapaian akademik melalui Program Mentor-Mentee. Program Mentor-Mentee ini melibatkan semua pensyarah yang bertanggungjawab memantau prestasi para pelajar mengikut kumpulan.

CQI dan Orientasi Kurikulum, di Hotel Silka Maytower

Orientasi Kurikulum Kepada Semua Penyelia IPS di Bilik Persidangan IPS, 25 November 2015

Hari Akademik IPS di Dewan Serbaguna IPS

Hari Akademik IPS Dirasmikan oleh Tn. Hj Abd.Aziz Hj. Abd Latiff

Timbalan Pengarah Pertanian (Pengurusan) di Dewan Serbaguna IPS pada 26 November 2015

www.sabah.gov.my/tani

Laporan Tahunan DOA 2015 70

Page 8: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

b. Pusat Latihan Vokasional Pertanian (PLVP)

Pusat Latihan Vokasional Pertanian (PLVP) Lahad Datu mula beroperasi pada tahun 1984 dan bertanggungjawab mengendalikan Program Sijil Vokasional Pertanian untuk belia dan beliawanis yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Objektif Pusat Latihan ini adalah untuk: • Memberi pengetahuan vokasional dalam bidang pertanian khususnya pengurusan

perladangan sawit; • Menghasilkan modal insan berketrampilan sebagai pekerja sub operatif di sektor

perladangan sawit; • Melahirkan modal insan yang berupaya berkomunikasi dengan berkesan, bekerja

berpasukan, berkepimpinan serta bertanggungjawab.

Pusat ini telah menggunakan sepenuhnya kurikulum baharu pada tahun 2015 yang mewajibkan semua pelatih bagi mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Kursus Asas, Kursus Kemahiran (30% teori dan 70% amali) serta menjalani Latihan Industri untuk melengkapkan bebanan pengajaran dan pembelajaran 48 jam kredit selama satu tahun bersamaan dua semester. Pentaksiran serta penilaian akhir berdasarkan Kurikulum Pendidikan berasaskan Hasil (Outcome Based Education) di mana keputusan penilaian akan disahkan oleh Jawatankuasa Panel Penilaian dan Peperiksaan Seksyen Latihan Vokasional.

Pada tahun 2015, seramai 109 orang telah mendaftar daripada kumpulan pelatih Sesi 2015/2016. Manakala seramai 99 orang graduan (Sesi 2014/2015) telah menerima Sijil Vokasional Pertanian dengan pencapaian nilai berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Pencapaiannya adalah seperti pada Rajah 4 dan Rajah 5 di bawah: Rajah 4 : Taburan pencapaian pelatih berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sesi 2014/2015

71

Bahagian PENGURUSAN

Page 9: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Rajah 5 : Perbandingan pencapaian jumlah mendaftar, jumlah graduan dan mendapat tawaran pekerjaan bagi pelatih sesi 2012/2013, sesi 2013/2014 dan sesi 2014/2015

Dari segi pencapaian prestasi kewangan untuk vot Perbekalan (S32) dan juga Pembangunan (D28) adalah seperti di Jadual 29. Jadual 29 : Pencapaian prestasi kewangan Pusat Latihan Vokasional Pertanian

Dalam penstrukturan jabatan, Pusat Latihan Petani (PLP) yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Pusat Latihan Peladang diletakkan di bawah pengurusan Pejabat Pertanian Daerah dan secara langsung diselia oleh Seksyen Pengurusan Daerah. Terdapat tiga Pusat Latihan Petani Jabatan yang masing-masing terletak di Damai Kota Marudu, Lagud Seberang Tenom dan Ulu Dusun Sandakan. Objektif Pusat Latihan Petani diwujudkan adalah untuk: • Melahirkan petani muda dan dewasa yang lengkap dengan pengetahuan dan

kemahiran asas dan amalan-amalan pertanian yang berfaedah, demi meningkatkan teknik dan pengeluaran mereka;

BIL. PERUNTUKAN JUMLAH

PERUNTUKAN (RM)

JUMLAH PERBELANJAAN

(RM)

% PENCAPAIAN

1. Perbekalan (S32) 967,400.00 947,761.00 97.9

2. Pembangunan (D28) 600,000.00 599,962.00 99.9

JUMLAH 1,567,400.00 1,547,723.00 98.7

www.sabah.gov.my/tani

Laporan Tahunan DOA 2015 72

Page 10: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

• Memberikan latihan kepimpinan dan jati diri kepada petani muda serta memupuk kesedaran di kalangan mereka bahawa bertani itu satu perniagaan yang menguntungkan.

Pusat ini mengendalikan dua jenis kursus seperti berikut; i. Kursus Asas Pertanian enam bulan Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai latar belakang keluarga pertanian dan mempunyai kelulusan minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari seluruh daerah.

ii. Kursus Khas satu minggu Peserta kursus yang dipilih menyertai kursus ini adalah peserta projek pembangunan komoditi tanaman Jabatan Pertanian pada tahun semasa. Pada tahun 2015, seramai 85 daripada 105 orang petani muda yang mendaftar telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pertanian enam bulan manakala seramai 209 orang petani dewasa telah mengikuti Kursus Khas satu minggu di ketiga-tiga Pusat Latihan Petani. Pencapaian ini ditunjukkan oleh Rajah 6 di bawah. Rajah 6 : Pencapaian fizikal Kursus Asas Pertanian enam bulan tahun 2015

Sasaran (orang) Pencapaian (orang) Peratus Pencapaian

73

Bahagian PENGURUSAN

Page 11: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Pencapaian aktiviti-aktiviti Kursus Asas Pertanian enam bulan pada tahun 2015 adalah ditunjukkan seperti pada gambar-gambar di bawah:

Manakala pencapaian fizikal Kursus Khas satu minggu bagi ketiga-tiga Pusat Latihan Petani adalah seperti di Rajah 7 berikut: Rajah 7 : Pencapaian Fizikal Kursus Khas satu minggu

Sasaran (orang) Pencapaian (orang) Peratus Tamat Kursus

Sesi Minggu Suai Kenal di PLP Lagud Sebrang,Tenom

Kutipan Hasil Pelatih di PLP Ulu Dusun, Sandakan

Kutipan hasil ternakan ayam di PLP Ulu Dusun Majlis Konvokesyen Pelatih Pusat-Pusat Latihan Petani Tahun 2015 di

PLP Ulu Dusun Sandakan

www.sabah.gov.my/tani

Laporan Tahunan DOA 2015 74

Page 12: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Pencapaian aktiviti-aktiviti Kursus Khas satu minggu pada tahun 2015 adalah seperti gambar-gambar di bawah.

Pencapaian prestasi kewangan bagi ketiga-tiga Pusat Latihan Petani untuk vot Perbekalan (S32) dan Pembangunan (D28) adalah seperti Jadual 30.

Jadual 30 : Pencapaian prestasi kewangan Pusat-pusat Latihan Petani

Sesi kuliah di PLP Ulu Dusun, Sandakan Latih amal peserta kursus di PLP Ulu Dusun, Sandakan

Majlis Penyampaian Sijil di PLP Damai, Kota Marudu

Sesi bergambar bersama kakitangan di PLP Damai Kota Marudu, peserta dan

jemputan

BIL. PERUNTUKAN JUMLAH

PERUNTUKAN (RM)

JUMLAH PERBELANJAAN

(RM)

% PENCAPAIAN

1. Pembangunan Negeri D28

500,000.00 488,097.28 97.62

2. Perbekalan S32 717,500.00 682,446.75 95.11

1,170,544.03 96.14 JUMLAH

75

Bahagian PENGURUSAN

Page 13: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Program Pembangunan Sumber Manusia

Program Pembangunan Sumber Manusia dilaksanakan oleh Pusat Latihan Pertanian (ATC) dan Unit Pembangunan Kerjaya dengan objektif untuk membantu anggota jabatan meningkatkan kompetensi dan kualiti diri dan seterusnya meningkatkan keupayaan perkhidmatan mereka kepada jabatan melalui penyertaan mereka dalam latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Jabatan ataupun oleh jabatan/agensi kerajaan ataupun pihak swasta sama ada dalam negeri ataupun di luar negeri Sabah. a. Pusat Latihan Pertanian Pusat Latihan Pertanian ditubuhkan dengan objektif untuk menjalankan latihan dalam perkhidmatan anjuran jabatan kepada anggota jabatan daripada pelbagai gred dan jawatan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal serta untuk mendedahkan idea dan teknologi baru yang akan membantu mereka menjalankan tugas dengan lebih kompeten. Secara umumnya, latihan yang disediakan adalah berdasarkan kepada keperluan semasa yang ditetapkan oleh jabatan dan dinilai serta diperakukan dalam Mesyuarat Panel Latihan Jabatan.

Latihan yang dilaksanakan adalah terdiri daripada tiga kategori iaitu Latihan Teknikal, Latihan Sokongan Teknikal dan Latihan Pengurusan. Latihan Teknikal yang dijalankan meliputi bidang penyelidikan, pengembangan, pembangunan industri asas tani, kuarantin dan kejenteraan pertanian, manakala Latihan Sokongan Teknikal meliputi bidang teknologi maklumat, asas penggunaan perisian komputer dan fotografi. Latihan Pengurusan pula, meliputi pengurusan organisasi, pengurusan kewangan dan motivasi. Pecahan jumlah latihan yang dilaksanakan mengikut kategori adalah seperti pada Rajah 8 di bawah: Rajah 8 : Pecahan bilangan latihan mengikuti kategori

Manakala pencapaian jumlah latihan dan penyertaan anjuran pusat ini pada tahun 2015 adalah seperti Jadual 31 di bawah.

Jadual 31 : Pencapaian jumlah latihan dan penyertaan

Nota : ** Pencapaian 242% kerana pengendalian Seminar Kecergasan Jabatan

BIL PERKARA SASAR CAPAI %

PENCAPAIAN

1 Jumlah Latihan (buah) 28 33 118

2 Jumlah Penyertaan (orang) 700 1,698 242 **

www.sabah.gov.my/tani

Laporan Tahunan DOA 2015 76

Page 14: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Gambar-gambar aktiviti kursus dalam perkhidmatan adalah seperti di bawah.

Bilangan penyertaan peserta yang menghadiri latihan mengikut kategori gred jawatan adalah seperti pada Rajah 9 di bawah. Rajah 9 : Bilangan penyertaan mengikut kategori gred jawatan

b. Unit Pembangunan Kerjaya Unit Pembangunan Kerjaya (UPK) bertanggungjawab bagi menangani urusan dan peluang-peluang untuk kakitangan menyertai/menghadiri latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh jabatan/agensi kerajaan dan swasta yang diadakan dalam negeri, luar negeri Sabah dan luar negara. Contohnya latihan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia, INTAN, INSAN, MARDI, Japan International Coorperation Agency (JICA) dan lain-lain. Latihan yang dianjurkan ini adalah dalam bentuk kursus, seminar, bengkel, persidangan dan taklimat.

Pada tahun 2015, pencapaian pengurusan penyertaan anggota jabatan menghadiri latihan anjuran luar jabatan adalah seramai 717 orang. Perincian penyertaan anggota jabatan mengikuti latihan anjuran luar adalah seperti di Jadual 32.

Latih amal Kursus Kejenteraan Ladang di Stesen Mekanisasi Padi Binaong (SMPB), Ken-

ingau pada 16-19 Mac 2015

Kursus MS Excel (Intermediate Level) pada 05-08 Mei 2015

77

Bahagian PENGURUSAN

Page 15: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Jadual 32 : Pencapaian latihan dalam perkhidmatan (anjuran luar jabatan)

Gambar-gambar aktiviti latihan dalam perkhidmatan anjuran luar adalah seperti di bawah.

Unit ini juga berperanan mengurus penyertaan anggota jabatan dalam peperiksaan untuk pembangunan kerjaya mereka. Bilangan penyertaan anggota jabatan dalam Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri untuk subjek Jabatan pada tahun 2015 adalah seramai tiga orang untuk Siri I dan dua orang untuk Siri II.

Selain itu, unit ini juga berperanan mengurus permohonan latihan jangka panjang untuk anggota jabatan yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi sama ada secara sambilan atau sepenuh masa. Pada tahun 2015, tidak ada permohonan jangka panjang yang diterima daripada anggota jabatan.

Peranan lain yang diurus adalah menyelaras latihan/lawatan peserta daripada luar jabatan meliputi program Belia Tani Ke Jepun, Konvensyen Petani, Latihan Industri Pelajar, Latihan Peralihan Pasukan Keselamatan dan Lawatan Kerja Pelawat Luar. Sepanjang 2015, pencapaian bagi penyelarasan latihan/lawatan peserta daripada luar jabatan adalah seperti Jadual 33.

LOKASI LATIHAN PENCAPAIAN

Dalam Negeri 659 orang

Dalam Negara 43 orang

Luar Negara 15 orang

JUMLAH 717 orang

National Plantation Industry Conference &

Exhibition ‘Rice Industry Towards 100% SSL

Seminar On Technology of Hybrid Rice Production

For APEC Members Di Negara China

www.sabah.gov.my/tani

Laporan Tahunan DOA 2015 78

Page 16: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Jadual 33 : Penyelarasan latihan/lawatan peserta daripada luar jabatan

Nota : * Belia Tani yang dicalonkan tidak berjaya di peringkat pemilihan untuk

mengikuti latihan persediaan. Gambar-gambar aktiviti penyelarasan latihan/lawatan peserta daripada luar jabatan adalah seperti berikut:

c. Program Pembangunan Organisasi Program Pembangunan Organisasi diintegrasikan dengan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti dan produktiviti sebagai mekanisma penambahbaikan yang berterusan ke atas perkhidmatan jabatan kepada pelanggan. Program ini dikendalikan oleh Seksyen Pembangunan Organisasi.

Fungsi Seksyen ini adalah : • Merancang, mengelola dan mengurus strategi, program dan khidmat perundingan

Pembangunan Organisasi Jabatan Pertanian Sabah melalui kaedah-kaedah peningkatan kualiti dan produktiviti seperti yang terkandung dalam pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA);

PERKARA PENCAPAIAN

Program Belia Tani Ke Jepun 2 orang *

Program Konvensyen Petani 40 orang

Program Latihan Industri Pelajar 240 orang

Program Latihan Peralihan Pasukan Keselamatan 14 orang

Lawatan Kerja Pelawat Luar 95 orang (5 rombongan)

Rombongan pelawat daripada IADA Sarawak Penglibatan Usahawan Pertanian Dalam Konven-

syen Petani Semasa Hari Peladang, Penternak dan

Nelayan Peringkat Kebangsaan 2015 Di Sarawak

79

Bahagian PENGURUSAN

Page 17: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

• Merancang, mengelola dan mengurus program-program kesedaran, penilaian, penganugerahan dan persijilan MS ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti dan Pembangunan Organisasi di semua Bahagian/Pusat/Pejabat/Seksyen/Unit Jabatan Pertanian yang terlibat;

• Merancang, mengelola dan mengurus dokumen-dokumen strategik jabatan (Visi, Misi, Piagam Pelanggan, Polisi dan Prosedur serta Garis Panduan); dan

• Merancang, mengelola dan mengurus strategi, program dan aktiviti perkhidmatan pelanggan (Hari Bertemu Pelanggan dan Maklum Balas/Aduan Pelanggan)

Aktiviti-aktiviti Program Peningkatan Kualiti dan Produktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 ii. Pengurusan Dokumen Strategik Jabatan iii. Penunjuk Prestasi Utama (KPI) iv. Pembangunan Inovasi v. Penerapan Integriti vi. Penerapan Amalan 5S vii. Penandaarasan viii. Pengiktirafan/Penghargaan ix. Pengurusan Pelanggan x. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja xi. Pengurusan Penarafan Bintang (Star Rating)

Pencapaian Program Peningkatan Kualiti dan Produktiviti adalah seperti dihuraikan di bawah: i. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008

Persijilan MS ISO 9001:2008 dalam skop “Penyampaian Perkhidmatan Berkaitan Komoditi Tanaman Pertanian” telah diperbaharui pada 14 Julai 2014 dan sah sehingga 13 Julai 2017. Penyelenggaraan Sistem Pengurusan Kualiti ini dilaksanakan berterusan melibatkan tiga aktiviti utama iaitu pemantauan oleh Audit Dalaman Jabatan, pemantauan oleh wakil badan pendaftar Lloyd’s Register Quality Assurance (LRQA) dan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP). Sepuluh lokasi persijilan adalah Ibu Pejabat, Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran, Pusat Latihan Pertanian Kota Belud, Pusat Latihan Pertanian Bersepadu Putatan, Pejabat Pertanian Daerah Papar, Pejabat Pertanian Daerah Penampang, Pejabat Pertanian Daerah Tuaran, Pejabat Pertanian Daerah Tawau, Pejabat Pertanian Daerah Sandakan dan Pusat Pengeluaran Benih Padi, Kimanis Papar.

www.sabah.gov.my/tani

Laporan Tahunan DOA 2015 80

Page 18: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Gambar-gambar pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 adalah seperti berikut:

ii. Pembangunan Inovasi

Dalam tahun 2015, satu taklimat penyediaan kertas kerja Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) telah diadakan pada 16 Jun 2015 kepada lima KIK melibatkan lima pejabat/stesen iaitu : • Pejabat Pertanian Daerah Sandakan • Pejabat Pertanian Daerah Tawau • Pejabat Pertanian Papar • Stesen Kelapa Menumbok • Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran Daripada lima KIK di atas, empat KIK telah mempersembahkan projek masing-masing kepada Panel Penilai Jabatan pada 15 Oktober 2015 bagi pemilihan calon ke pertandingan KIK sempena Majlis Persada Inovasi. KIK Stesen Kelapa Menumbok telah terpilih mewakili jabatan ke pertandingan tersebut yang diadakan pada 22 Oktober 2015. Walau bagaimanapun keputusan pertandingan tidak memihak kepada mereka. Gambar-gambar aktiviti pembangunan inovasi adalah seperti di bawah.

Lawatan Audit Pematuhan Oleh Wakil Badan

Pendaftar LRQA Lawatan Pemantauan Oleh Audit Dalaman

Jabatan

KIK Stesen Kelapa Menumbok Modifikasi Perangkap Monyet Perosak Tanaman

Kelapa

KIK Stesen kelapa Menumbok wakil jabatan

ke pertandingan Inovasi

81

Bahagian PENGURUSAN

Page 19: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

iii. Pengiktirafan Majlis sambutan Hari Anugerah Perkhidmatan dan Jasamu Dikenang yang telah diadakan pada 08 Oktober 2015 bertempat di Dewan Serbaguna MAFI, Wisma Pertanian Sabah Kota Kinabalu dan telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah. Majlis ini diadakan dengan tujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan ke atas jasa bakti yang telah dicurahkan oleh pegawai-pegawai awam yang berkhidmat di Jabatan Pertanian Sabah. Seramai 52 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan seramai 84 orang pesara tahun 2015 telah menerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan dalam majlis tersebut. Selain daripada itu, Anugerah Kualiti bagi tujuh kategori pengurusan program/projek jabatan dan Anugerah Khas Kemahiran turut disampaikan semasa majlis tersebut. Walau bagaimanapun bagi Anugerah Inovasi, tidak ada penerima yang layak bagi menerima anugerah tersebut. Penganugerahan yang diberikan adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas usaha-usaha pejabat dan individu dalam menjayakan program-program jabatan dengan cemerlang. Kategori anugerah Kualiti dan Inovasi yang disampaikan semasa majlis tersebut adalah seperti di Jadual 34. Jadual 34 : Senarai pemenang Anugerah Kualiti dan Inovasi tahun 2015

BIL KATEGORI PENERIMA

ANUGERAH KUALITI

1. Pengurusan Projek Pembangunan Komoditi Tanaman

Pejabat Pertanian Daerah Kuala Penyu

2. Pengurusan Projek Usahawan Pertanian Pejabat Pertanian Daerah Keningau

3. Pengurusan Projek Industri Asas Tani Pejabat Pertanian Daerah Keningau

4. Pengurusan Projek Pengeluaran Bahan Tanaman Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan

5.

Pengurusan Belanjawan & Kewangan

a. Kategori Stesen/Pusat Penyelidikan dan Latihan

b. Kategori Pejabat-pejabat Pertanian Daerah

a. Stesen Penyelidikan Lagud Sebrang Tenom b. Pejabat Pertanian Daerah Papar

6. Keindahan Pejabat Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan

7. Perkhidmatan Kaunter Cemerlang Pejabat Pertanian Daerah Sandakan

ANUGERAH INOVASI

8. Tiada Projek Yang Layak Tiada Penerima

www.sabah.gov.my/tani

Laporan Tahunan DOA 2015 82

Page 20: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

iv. Pengurusan pelanggan Aktiviti pengurusan pelanggan yang dikendalikan oleh jabatan adalah bertujuan untuk:

• Mendapatkan maklum balas pelanggan terhadap penyampaian perkhidmatan jabatan

sebagai rujukan dalam penambahbaikan perkhidmatan jabatan kepada pelanggan • Menyampaikan maklumat perkhidmatan jabatan kepada pelanggan

Dalam tahun 2015, jabatan telah mengambil tindakan kepada semua aduan pelanggan yang diterima. Selain itu, pihak jabatan juga turut serta dalam Program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah di empat daerah iaitu daerah Ranau, Tawau, Tenom dan Lahad Datu.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Anggota jabatan yang bersara

Penerima Anugerah Khas Kemahiran Penerima-penerima Anugerah Kualiti

83

Bahagian PENGURUSAN

Page 21: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Program Perkhidmatan Pengawasan Dan Pengawalan Perosak Program Pengawasan Dan Pengawalan Perosak Tanaman menjalankan operasi perkhidmatan kuarantin dan perlindungan tumbuhan negeri Sabah. Program ini dikendalikan oleh Seksyen Penguatkuasaan dan Perlindungan Tanaman dengan objektif seperti berikut: • Untuk mengurangkan risiko kemasukan serangga-serangga dan penyakit-penyakit

berbahaya termasuk rumpai-rumpai berbahaya ke negeri Sabah daripada luar negeri. • Untuk mengawal pergerakan tumbuh-tumbuhan demi mencegah kemerebakan dan

membasmikannya di mana boleh, serangga dan penyakit atau rumpai berbahaya apabila terdapat serangan dalam sesuatu kawasan

• Untuk menguatkuasakan Sistem Penanda bagi memantau penggunaan racun perosak oleh para petani ke atas sayur-sayuran dan buah-buahan agar tidak mengandungi sisa baki racun perosak yang melebihi Maximum Residue Limit (MRL) pada hasil-hasil pertanian untuk dimakan.

Pelaksanaan perkhidmatan kuarantin tumbuh-tumbuhan ini khususnya melibatkan pematuhan kepada syarat-syarat sanitasi bahan-bahan tanaman, komoditi pertanian dan bahan bukan pertanian terkawal yang diimport dan dieksport dari kawasan komponen ataupun dari luar negara untuk mencegah kemasukan sebarang perosak yang berbahaya. Program ini dijalankan menurut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981. Selain dari itu, Program ini juga menggunapakai Perintah Larangan Kastam mengenai Import dan Eksport 2012 dalam pengawalan pengimportan dan pengeksportan tumbuh-tumbuhan dan bahan bukan pertanian terkawal.

Program Hari Bertemu Pelanggan Di Daerah Ranau

Program Hari Bertemu Pelanggan Di Daerah Tenom

www.sabah.gov.my/tani

Laporan Tahunan DOA 2015 84

Page 22: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Pencapaian aktiviti-aktiviti perkhidmatan Kuarantin Tumbuhan Ibu Pejabat Kota Kinabalu, daerah Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Sipitang dan Kuala Penyu bagi tahun 2015 adalah seperti Jadual 35.

Jadual 35 : Pencapaian aktiviti-aktiviti perkhidmatan Kuarantin Tumbuhan

AKTIVITI PENCAPAIAN KUTIPAN HASIL

(RM) Pengeluaran Permit Import Ibu Pejabat Kota Kinabalu Daerah Sandakan

2,876 Permit

-

43,140.00

-

Jumlah 2,876 Permit 43,140.00

Pengeluaran Sijil Fitosanitasi Ibu Pejabat Pertanian Daerah Tawau Daerah Sandakan Daerah Lahad Datu

3,163 Sijil 1,697 Sijil 1,134 Sijil 497 Sijil

149,030.00 79,380.00 79,670.00 43,080.00

Jumlah 6,491 Sijil 351,160.00

Pengeluaran Perihal Konsainmen Ibu Pejabat Pertanian Daerah Sipitang

225 Sijil

8,636 Sijil

1,125.00

43,180.00

Jumlah 8,861 Sijil 44,305.00

Jumlah Keseluruhan 438,605.00

Pemeriksaan Visual Tumbuh-tumbuhan 22,202 kali -

Pemeriksaan Sampel Tumbuh-tumbuhan (Mikroskopik)

663 sampel -

Lawatan Pre-clearance 2 kali -

Penahanan Tumbuh-tumbuhan 5,624 konsainan -

Pemusnahan Tumbuh-tumbuhan 148 konsainan -

Pendaftaran kod petani (untuk eksport sayur/buah ke Brunei Darussalam)

79 peserta -

Pembinaan 2 buah garaj -

Perolehan Kenderaan Satu unit 4 WD -

Kursus / Seminar / Bengkel 8 kali -

85

Bahagian PENGURUSAN

Page 23: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Berikut adalah gambar beberapa peristiwa penting aktiviti kuarantin sepanjang tahun 2015:

150 tan Palm Kernel dari Filipina berjaya dipintas di Kudat pada 20 April 2015 (Kapal

MV Princess Beatriz) Kesalahan: Tiada Import Permit

Dua tan biji koko kering dari Indonesia berjaya dipintas di salah satu lorong tikus di Tawau pada

12 Mei 2015. Kesalahan: Tiada Dokumen

Sebuah kapal dengan muatan ‘wood chip’ dari India berjaya dipintas di Jeti SFI Sipitang pada

12 Jun 2015

Kesalahan: Tiada Import Permit

‘Wooden drum’ kabel Telekom dipintas di Pelabuhan Kota Kinabalu pada 17 Jun 2015

Kesalahan: Tiada ‘IPPC marking’ (ISPM 15).

1 tan benih padi Aerob MARDI dipintas di Pelabuhan Sepanggar pada 16 Oktober 2015

Kesalahan: Didapati banyak perosak

(Rice Weevil) hidup.

Serangga hidup dari Amerika Syarikat dipintas di Pejabat Pos Besar, Kota Kinabalu

pada 18 Disember 2015

Kesalahan: Pengimportan serangga perosak adalah dilarang.

www.sabah.gov.my/tani

Laporan Tahunan DOA 2015 86

Page 24: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

‘Lawatan Pre-clearance’ Palm Kernel Shell (PKS) ke Pengkalan Bun, Kalimantan

Indonesia pada 1 - 4 Ogos 2015.

Mesyuarat Bilateral penyelarasan e-Cert Malaysia - Australia, di Putrajaya, Selangor

pada 18 Ogos 2015.

‘Lawatan Pre-clearance’ Lebah Madu Apis mellifera di Bukit Tangga, Perak

pada 29 September 2015.

Mesyuarat Pasukan Petugas mengenai Undang-undang dan Peraturan antara kawasan

komponen di Sibu, Sarawak pada 15 - 17 Jun 2015.

Asia and Pasific Plant Protection Convention (APPPC) di Bali, Indonesia, pada 7 - 11 September

2015.

Mesyuarat Bilateral Malaysia - Thailand di Chiangmai, Thailand, pada

17 - 19 Disember 2015.

87

Bahagian PENGURUSAN

Page 25: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Pencapaian prestasi kewangan Program Pengawasan dan Pengawalan Perosak Tanaman adalah seperti Jadual 36.

Jadual 36 : Pencapaian kewangan Program Pengawasan dan Pengawalan Perosak Tanaman

Program Perkhidmatan Kawalselia

Program Perkhidmatan Kawalselia adalah program jabatan yang dilaksanakan melalui Seksyen Pengurusan Daerah dalam usaha untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan dan memastikan semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan semua aktiviti-aktiviti pertanian termasuk bidang pengurusan, pembangunan dan penyelidikan dipatuhi oleh anggota masyarakat yang terlibat. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam program ini ialah seperti Permohonan Tanah, Pindah Milik, Tukar/Tambah Syarat, Permohonan Senjata Api, Penilaian Tanaman Akibat Projek Kerajaan/Lain Agensi, Penilaian Kerosakan Tanaman Akibat Bencana Alam, Penilaian Kerosakan Tanaman Akibat Bencana Alam, Penilaian Kerosakan Tanaman Akibat Pencerobohan Manusia/Haiwan, Pengesahan Tanah Deraf Geran, Skim Pekebun Kecil dan Subdivision/Rezoning.

Pembinaan dua buah Garaj di Sipitang dan Tawau Perolehan satu unit Vigo untuk Unit Kuarantin, Sandakan

BIL. PERUNTUKAN

JUMLAH

PERUNTUKAN

(RM)

JUMLAH

PERBELANJAAN

(RM)

%

PENCAPAIAN

1. Pembangunan Negeri

(D28) 500,000.00 499,964.25 99.99

2. Perbekalan (S32) 133,000.00 129,925.39 97.68

JUMLAH 629,889.64 99.51

www.sabah.gov.my/tani

Laporan Tahunan DOA 2015 88

Page 26: BAHAGIAN PENGURUSAN - ww2.sabah.gov.myww2.sabah.gov.my/tani/Laporan_tahunan/LAPORAN TAHUNAN DOA 2015/3... · Peserta kursus adalah terdiri daripada belia-belia muda yang mempunyai

Perincian pencapaian aktiviti-aktiviti dalam Program Perkhidmatan Kawalselia adalah seperti Jadual 37 di bawah.

Jadual 37 : Pencapaian aktiviti perkhidmatan Kawalselia bagi tahun 2015

Berikut adalah gambar-gambar bagi aktiviti perkhidmatan kawalselia.

BIL. AKTIVITI

PEMERIKSAAN TANAH

BILANGAN PERMOHONAN

DITERIMA DIPROSES

1. Permohonan Tanah 1,509 1,474

2. Pindah Milik 177 155

3. Tukar/Tambah Syarat 176 145

4. Permohonan Senjata Api 142 133

5. Penilaian Tanaman Akibat Projek Kerajaan/Lain Agensi 531 518

6. Penilaian Kerosakan Tanaman Akibat Bencana Alam 1,195 2,146

7. Penilaian Kerosakan Tanaman Akibat Pencerobohan Manusia/Haiwan

43 28

8. Pengesahan Tanah Deraf Geran 151 114

9. Skim Pekebun Kecil 35 35

10. Subdivision/Rezoning 22 12

Aktiviti Pemeriksaan Tanah Untuk Mengenalpasti Sempadan Lot Tanah

Aktiviti Pemeriksaan Tanah Untuk Mengenalpasti Kesesuaian Tanah

89

Bahagian PENGURUSAN