bahagian komunikasi korporat€¦ · web view5.1 meningkatkan taraf upm sebagai universiti yang...

8
LAMPIRAN E FAKULTI ................................................. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG SELANGOR TEL: .................................. FAX: ....................................... Kertas Untuk Pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti 1.0 Tujuan Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti mengenai cadangan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Graduate School of Horticulture dan Faculty of Horticulture, Chiba University, Jepun. 2.0 Latar Belakang Satu MoU di antara UPM dan Chiba University (CU) telah wujud pada tempoh masa Disember 2004 sehingga Disember 2009. Pada 8 Disember 2010, Prof. Kazayuki Inubushi selaku wakil CU telah mengunjungi Fakulti Pertanian, UPM dengan tujuan untuk berbincang tentang mengadakan semula MoU antara UPM dengan CU. Dalam perbincangan ini yang turut dihadiri oleh Dekan, Timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan dan Pensyarah kedua-dua pihak bersetuju bahawa banyak ruang dan peluang yang boleh digunakan dalam mengadakan kerjasama akademik antara kedua belah pihak, khususnya bagi program pertukaran staf dan pelajar, dan penyelidikan bersama dan mobiliti pelajar pra-siswazah. 3.0 Maklumat Mengenai Chiba University (CU)/ Graduate School of Horticulture/Faculty of Horticulture, CU 3.1 Chiba University merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi yang tertua dan bertaraf antarabangsa di Jepun. Ia ditubuhkan pada tahun 1909. CU terdiri daripada 8 buah fakulti (Sains, Perubatan, Sains Farmaseutikal, Kejururawatan, Kejuruteraan, Pengajian dan Pendidikan, Undang-undang dan Ekonomik, dan Hortikultur) dan 9 Sekolah Pengajian Siswazah (Sains, Sains Integrasi Lanjut, Perubatan, Sains Farmaseutikal, Kejururawatan, Kejuruteraan, Sains Sosial dan Kemanusiaan, Pendidikan,dan Hortikultur). 3.2 Faculty of Horticulture, CU terletak di Matsudo City dan merupakan fakulti tunggal yang dinamakan Horticulture di seluruh 1/6 Cadangan Mengadakan Memorandum Persefahaman antara Universiti Putra Malaysia dengan Graduate School of Horticulture dan Faculty of Horticulture, Chiba University, Jepun

Upload: others

Post on 06-Jan-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

LAMPIRAN E

FAKULTI .................................................

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG SELANGOR

TEL: .................................. FAX: .......................................

Kertas Untuk Pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti

1.0 Tujuan

Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti mengenai cadangan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Graduate School of Horticulture dan Faculty of Horticulture, Chiba University, Jepun.

2.0 Latar Belakang

Satu MoU di antara UPM dan Chiba University (CU) telah wujud pada tempoh masa Disember 2004 sehingga Disember 2009. Pada 8 Disember 2010, Prof. Kazayuki Inubushi selaku wakil CU telah mengunjungi Fakulti Pertanian, UPM dengan tujuan untuk berbincang tentang mengadakan semula MoU antara UPM dengan CU. Dalam perbincangan ini yang turut dihadiri oleh Dekan, Timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan dan Pensyarah kedua-dua pihak bersetuju bahawa banyak ruang dan peluang yang boleh digunakan dalam mengadakan kerjasama akademik antara kedua belah pihak, khususnya bagi program pertukaran staf dan pelajar, dan penyelidikan bersama dan mobiliti pelajar pra-siswazah.

3.0 Maklumat Mengenai Chiba University (CU)/ Graduate School of Horticulture/Faculty of Horticulture, CU

3.1Chiba University merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi yang tertua dan bertaraf antarabangsa di Jepun. Ia ditubuhkan pada tahun 1909. CU terdiri daripada 8 buah fakulti (Sains, Perubatan, Sains Farmaseutikal, Kejururawatan, Kejuruteraan, Pengajian dan Pendidikan, Undang-undang dan Ekonomik, dan Hortikultur) dan 9 Sekolah Pengajian Siswazah (Sains, Sains Integrasi Lanjut, Perubatan, Sains Farmaseutikal, Kejururawatan, Kejuruteraan, Sains Sosial dan Kemanusiaan, Pendidikan,dan Hortikultur).

3.2Faculty of Horticulture, CU terletak di Matsudo City dan merupakan fakulti tunggal yang dinamakan Horticulture di seluruh negara Jepun. Fakulti ini mempunyai jabatan dengan program masing-masing seperti berikut:

(i) Department of Horticulture (Cultivation and Breeding program; Environmental Bioproduction program)

(ii) Department of Applied Biochemistry (Applied Biochemistry Program)

(iii) Department of Green Environment (Greenspace Science Program; Environmental Landscape Program)

(iv) Department of Food-Resource Economics (Resource Environmental Economics Program; Food Systems Economics Program)

3.3Graduate School of Horticulture menerima kemasukan pelajar seramai 250 siswazah/tahun dan daripada jumlah ini lebih kurang 50 pelajar merupakan pelajar asing.

3.4Aktiviti pengantarabangsaan di CU kini mempunyai jalinan kerjasama yang aktif (berteraskan Memorandum Persefahaman) dengan 12 universiti/institusi luar, iaitu Nanjing Agricultural University (China), China Agricultural University (China), Shenyang University (China), Beijing Forestry University (China), Bogor Agricultural University (Indonesia), Chungbuk National University (Korea), Kyung-Hee University (Korea), Kasetsart University (Thailand), Mahidol University (Thailand), Hanoi Agricultural University(Vietnam), Tessedik Samuel College (Hungary) and Bangladesh Agricultural University (Bangladesh). Melalui rangkaian ini, CU menawarkan pelbagai perkongsian program, iaitu termasuklah program pertukaran pelajar, program latihan staf, penyelidikan dan program yang interaktif untuk pelajar. CU amat giat dalam bidang pengantarabangsaan bagi meningkatkan kualitinya melalui kerjasama penyelidikan antarabangsa serta penerimaan para penyelidik antarabangsa melalui pelbagai program bermula pada tahun 1992.

4.0 Aktiviti Melalui Memorandum Persefahaman Antara Universiti Putra Malaysia dengan Graduate School of Horticulture dan Faculty of Horticulture, Chiba University, Jepun

4.1Aktiviti yang telah dilaksanakan

4.1.1Satu lawatan oleh 3 orang pensyarah Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian telah diadakan ke Faculty of Horticulture, Chiba University pada Jun 2006 selama 3 hari untuk berbincang tentang kajian perladangan organik. Satu projek penyelidikan berkenaan pengeluaran sayur organik telah dijalankan di UPM (2006 -2008).

4.1.2Prof. T. Koba selaku penyelaras International Relations, Chiba University telah melawat UPM pada Mac 2007 selama 2 hari bagi perbincangan berkenaan program dan pengambilan 2 calon pasca-siswazah (seorang tutor dari Fakulti Perhutanan dan seorang tutor dari Fakulti Pertanian). Calon dari Fakulti Pertanian telah menarik diri.

4.1.3Prof. Kazayuki Inubushi telah datang ke UPM pada November 2008 selama 2 hari bagi perbincangan berkenaan penyelidikan dengan Jabatan Pengurusan Tanah, dan juga membentangkan 1 kertas kerja. Pada tempoh ini juga kedua-dua pihak telah bekerjasama dalam aktiviti penyelidikan iaitu berkaitan dengan pelepasan metana dari kawasan padi.

4.1.4Mulai tahun 2010, UPM telah menjalin kerjasama penyelidikan bagi projek ‘Greenhouse gas emission from peat and mitigation’, dengan Chiba University dan projek ini turut melibatkan penyelidik dari Indonesia.

4.2Cadangan aktiviti pada masa akan datang

4.2.1Pertukaran akademik (latihan/penyelidikan)

4.2.2Pertukaran pelajar pasca dan pra-siswazah

4.2.3Menghantar pelajar pra-siswazah UPM ke Chiba University untuk program mobiliti. Pihak CU juga telah mendapat permohonan daripada beberapa kumpulan pelajar UPM untuk melawat Chiba University di bawah program student mobility pada hujung tahun 2010 dan awal tahun 2011 tetapi permohonan tidak dapat diterima oleh CU kerana tiada MoU. CU telah mencadangkan bahawa dengan adanya Memorandum Persefahaman antara UPM dengan CU ini, program-program yang berpotensi melahirkan siswazah yang berkaliber dan berkualiti serta program student mobility dapat dijadikan aktiviti tahunan. Rancangan masa hadapan CU juga turut menekankan pada aspek integrasi program pengajaran dan pembelajaran pada peringkat Bacelor, Master dan PhD. CU juga giat meningkatkan penglibatan penyelidik serta warga akademik untuk mewujudkan kolaborasi dalam penyelidikan antarabangsa.

4.2.4Koloborasi penyelidikan ‘Greenhouse gas emission from agricultural land dan Biochar’

4.2.5Meningkatkan lagi kolaborasi dalam bidang pengajaran dan penyelidikan melalui projek-projek yang bakal dijalankan. Antara bidang-bidang yang bakal mewujudkan kerjasama antara dua pihak ialah Hortikultur, Bioteknologi, Pengurusan Persekitaran, Sains Pemakanan dan Ekonomi Pertanian.

5.0 Implikasi Yang Terlibat

IMPLIKASI

KOS/KUANTITI

FAEDAH UPM

PENERANGAN

Implikasi Sumber Manusia/

Perundingan

Untuk memberi peluang kepada staf/ pelajar menjalankan penyelidikan bersama profesor dari University XXX tanpa ada implikasi kewangan

Untuk pensyarah bagi Sangkutan Industri atau cuti sabatikal, implikasi kewangan adalah tertakluk pekeliling Pendaftar

Yuran yang sepatutnya dikenakn bagi setiap pelajar

RM XXXX

Faedah bagi UPM :

RMXXX x

XX pelajar =

RM XXXXX

Tiada kos yang akan dikenakan kepada pelajar UPM yang akan ditempatkan di University XXX.

Manakala bagi pegawai akademik yang akan menjalankan sangkutan industri atau sabatikal juga tidak dikenakan sebarang kos penempatan.

Implikasi Kewangan

Implikasi kewangan dari pihak UPM adalah untuk membayar gaji serta elaun cuti sabatikal manakal bagi sangkutan industry bergantung kepada jenis sangkutan;

1.Sangkutan berkontrak – cuti bergaji penuh

2.Sangkutan tanpa kontrak – pegawai bekerja seperti biasa

Kos bagi penghantaran Staff bagi tempoh satu minggu

Tiket – RM XXXX(Pergi balik)

Penginapan–RM XXX/hari

Makanan- RMXX/hari

Jumlah A : RM XXXX

Kos bagi penghantaran pelajar bagi tempoh dua minggu

Tiket – RM XXXX(Pergi balik)

Penginapan – Ditanggung oleh University XXX

Makanan - Ditanggung oleh University XXX

Jumlah B : RM 2500

Penginapan yang sepatutnya dikenakan bagi setiap pelajar / hari :

RM XXX

Faedah bagi UPM :

RMXXX x

XX pelajar x XX hari =

RM XXXXX

Implikasi kewangan yang terlibat adalah tidak memerlukan kewangan tambahan dari pihak UPM sama ada sebelum atau selepas MoU. Kecuali bagi kos penerbangan.

Bagi tujuan pertukaran staff dan pelajar sepanjang tempoh 5 tahun MoU, UPM bercadang untuk menghantar XX staff dan XX pelajar bagi tujuan penyelidikan, pertukaran staff dan pertukaran pelajar

Implikasi Fizikal/

Peralatan

Penggunaan makmal penyelidikan dan dewan

Bayaran yang sepatutnya dikenakan bagi pengunaan peralatan

RM XXXX

Faedah bagi UPM :

RMXXXX x X staff =

RM XXXXX

Nilai Bahan penyelidikan yang disediakan oleh pihak University XXX

RM XXXXX

Tiada kos penggunaan dan sewaan peralatan dikenakan oleh pihak University XXX semasa pelajar dan pegawai menjalankan kegiatan di sana

Staff UPM akan ke University XXX bagi tujuan menjalankan ujikaji yang mana peralatan, kelengkapan atau bahan tersebut tidak terdapat di UPM

Implikasi lain-lain (Sekiranya ada)

Tiada

Tiada

Jumlah Keseluruhan

(Anggaran)

Jumlah A x X = XXXXX

Jumlah B x XX =XXXXX

Jumlah Keseluruhan :

A+B =RM XXXXX

(Kos yang ditanggung adalah meliputi dana dari Geran Penyelidikan bagi staff. Bagi pelajar pula dana dari banagian Siswazah, Bahagian Akademik, Bahagian Jarngan Industri dan sumbangan luar.)

Faedah bagi UPM

XXXXX +

XXXXX + XXXXX =

RMXXXXX

(Pulangan)

6.0 Faedah/Impak Kepada Pengantarabangsaan Universiti

5.1Meningkatkan taraf UPM sebagai universiti yang diiktiraf oleh universiti Jepun untuk pertukaran pelajar dan akademik, menjadi ’partner’ dalam projek penyelidikan dan mobiliti pelajar UPM di peringkat antarabangsa. Aktiviti pertukaran pelajar yang aktif dijalankan oleh CU ini perlu diambilkira dalam usaha memperluaskan mekanisma UPM dalam mencari tempat-tempat bagi pelajar UPM mengadakan program pertukaran, yang akhirnya dapat mencapai matlamat memantapkan kemahiran insaniah pelajar.

5.2Chiba University (CU) merupakan antara institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di Jepun. Aktiviti/program pengajaran, penyelidikan dan pengembangan di CU adalah berteraskan konsep global interdependence. Usaha giat CU untuk menjalin kerjasama erat dengan universiti/institusi luar, termasuk UPM, perlu diambilkira.

7.0 Kandungan Memorandum Persefahaman Antara Universiti Putra Malaysia

dengan Graduate School of Horticulture dan Faculty of Horticulture, Chiba University, Jepun

7.1 Pihak CU telah bersetuju menggunakan MoU standard yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk dijadikan sebagai dokumen asas bagi merealisasikan pembentukan hubungan antara kedua belah pihak ini (seperti ulasan dan cadangan Pejabat Penasihat Undang-undang, Lampiran A)

7.2 Draf MoU yang telah diperbaiki mengikut ulasan dan cadangan PUU (Lampiran B).

8.0 Statistik MoU di Jepun

Mengikut rekod, UPM mempunyai dua puluh (20) rakan kerjasama daripada Jepun. Diantaranya adalah Kobe College, Shinshu University, Alnair Laboratories Corporation, Tohoku University, Kagoshima University, Mitsubishi Corporation, Kyushu Institute of Technology, Tokyo University of Agriculture dan lain-lain institusi. Didapati hubungan dengan institusi ini mempunyai kejayaaannya tersendiri, iaitu termasuklah kerjasama penyelidikan, pertukaran pelajar dan sebagainya.

9.0 Syor

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti adalah diharap dapat mempertimbangkan dan meluluskan;

i) cadangan mengadakan Memorandum Persefahaman antara UPM dengan Graduate School of Horticulture and Faculty of Horticulture, Chiba University, Jepun.

ii) melantik Fakulti Pertanian sebagai peneraju MoU ini.

Cadangan Mengadakan Memorandum Persefahaman antara

Universiti Putra Malaysia dengan Graduate School of Horticulture dan Faculty of Horticulture, Chiba University, Jepun

PAGE

1/6