bahagian i - mbsa.gov.my te… · r a n c a n g a n t e m p a t a n majlis bandaraya shah alam...

Download BAHAGIAN I - mbsa.gov.my Te… · R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020 1-1 Pendahuluan BAHAGIAN I 1.0 PENDAHULUAN 1.1 KEPERLUAN PERUNDANGAN

If you can't read please download the document

Upload: hoangkien

Post on 06-Feb-2018

302 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

    1-1

    Pendahuluan

    BAHAGIAN I

    1.0 PENDAHULUAN

    1.1 KEPERLUAN PERUNDANGAN PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN

    Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020 (RT

    MBSA (Pengubahan 2) 2020) disediakan selaras dengan keperluan

    peruntukan Seksyen 12(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta

    172) di mana setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dikehendaki

    menyediakan Rancangan Tempatan bagi kawasan di bawah

    pentadbirannya.

    RT MBSA (Pengubahan 2) 2020 merupakan dokumen yang mengandungi Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis yang menerangkan dengan lebih

    terperinci segala cadangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk

    memandu pemajuan dan penggunaan tanah serta mengawal

    pembangunan di kawasan pentadbirannya sehingga tahun 2020.

    RT MBSA (Pengubahan 2) 2020 juga adalah merupakan terjemahan dasar-

    dasar kerajaan di peringkat nasional, negeri dan peringkat kerajaan

    tempatan. Penyediaannya adalah berpandukan kepada dasar strategi

    dan cadangan-cadangan yang terkandung dalam Rancangan Fizikal

    Negara, Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 (RSN 2020 dan wawasan

    pembangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

    1.2 KAWASAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

    (PENGUBAHAN 1) 2020

    RT MBSA (Pengubahan 2) 2020 disediakan untuk keseluruhan kawasan

    pentadbiran Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) Majlis Bandaraya

    Shah Alam yang merangkumi kawasan seluas 29 030 hektar dan melibatkan

    dua daerah iaitu sebahagian Daerah Petaling dan Daerah Klang. Kawasan

    Rancangan Tempatan ini bersempadan dengan Majlis Perbandaran

    Selayang (MPS) di utara, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di selatan, Majlis

    Perbandaran Klang (MPK) di barat dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya

    (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya di timur.

  • R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

    1-2

    Pendahuluan

    Rajah 1.1 : Lokasi Kawasan Rancangan Tempatan

    Sumber : RSN Selangor 2020

    KAWASAN

    RANCANGAN

    TEMPATAN

    u

  • R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

    1-3

    Pendahuluan

    1.3 BLOK PERANCANGAN

    Bagi tujuan perancangan dan pengawalan penggunaan tanah yang lebih

    sistematik, kawasan pentadbiran MBSA seluas 29,030 hektar dibahagikan

    kepada lima (5) blok perancangan kecil (BPK). (Rajah 1.2)

    Rajah 1.2 : Blok Perancangan Kecil RT MBSA (Pengubahan 2) 2020

    BPK 5

    BPK 4

    BPK 3

    BPK 1

    BPK 2

    BLOK PERANCANGAN

    BPK 1 : Seksyen 1 hingga 24

    (4 655.00 hektar)

    BPK 2 : Seksyen 25 hingga 36

    (6 875.00 hektar)

    BPK 3 : Seksyen U1, U2, U3, U6

    hingga U9

    (4 514.89 hektar)

    BPK 4 : Seksyen U10 hingga U15

    (7 305.51 hektar)

    BPK 5 : Seksyen U4, U5, U16 hingga U20

    (5 679.60 hektar)

    JUMLAH 29 030 HEKTAR

    U

    Majlis Perbandaran

    Klang

    Majlis Perbandaran

    Subang Jaya

    Majlis Perbandaran

    Selayang

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya

    Majlis Daerah

    Kuala Langat

  • R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

    1-4

    Pendahuluan

    1.4 KEPERLUAN DAN PROSES PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS

    BANDARAYA SHAH ALAM (PENGUBAHAN 2) 2020

    1.4.1 Keperluan

    Berdasarkan peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan

    Desa 1976 (Akta 172), pengubahan RT boleh dilaksanakan merujuk

    kepada peruntukan-peruntukan berikut :

    a. Subseksyen 16(1) menyatakan di mana Pihak Berkuasa

    Perancang Tempatan (PBPT) boleh membuat cadangan untuk

    pengubahan, pembatalan dan penggantian sesuatu

    rancangan tempatan.

    b. Subseksyen 16(2) menyatakan di mana Jawatankuasa boleh

    memberi arahan kepada PBPT berkaitan pengubahan,

    pembatalan dan penggantian sesuatu rancangan tempatan

    dan PBPT hendaklah melaksanakan arahan tersebut dengan

    secepat mungkin.

    Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil.2/2011

    pada 22hb Julai 2013 telah membuat pertimbangan berikut :

    a. Bersetuju mengambil maklum tentang keperluan untuk

    meminda sebahagian zon guna tanah dalam RTMBSA

    (Pengubahan 1) 2020 yang telah diwartakan;

    b. Bersetuju di bawah peruntukan subseksyen 4(7) dan subseksyen

    16(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172)

    supaya langkah-langkah diambil untuk meminda sebahagian

    zon guna tanah Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah

    Alam 2020; dan

    c. Bersetuju pindaan Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya

    Shah Alam 2020 adalah mengikut proses dan pendekatan

    secara fast track.

  • R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

    1-5

    Pendahuluan

    Keperluan pindaan kepada RT MBSA (Pengubahan 2) 2020 adalah

    berdasarkan kepada justifikasi berikut :

    a. Mass Rapid Transit (MRT)

    Memasukkan jajaran laluan MRT sebagaimana keputusan

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil. 5/2011 bertarikh

    9hb Febrauari 2011 bagi jajaran projek Mass Rapit Tranport

    (MRT) Lembah Klang Sungai Buloh Kajang dari RRIM (Sg.

    Buloh KTM) Kota Damandasara Mutiara Damansara LDP

    Sprint Pasar Seni ( KLJ) Waysan Bukit Bintang Pasar

    Rakyat (KLIFD) Cochrane (LTAT) Maluri (AMG) Grand Saga

    Kajang (KTM).

    b. Landasan Keretapi Subang Jaya Ke Terminal Skypark

    (Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang)

    Menyelaras semula pelan guna tanah utama bagi

    memasukkan jajaran tambahan landasan keretapi Subang

    Jaya ke Terminal Skypark Subang fasa 1 yang melibatkan

    jajaran sepanjang 8.16km sebagaimana diputuskan dalam

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bil.5/2013 bertarikh

    6hb Februari 2013.

    c. Lebuh Raya Bertingkat Damansara Shah Alam (DASH)

    Memasukkan jajaran lebuhraya DASH (RRI, Seksyen U4 hingga

    ke Puncak Perdana, Seksyen U10, Shah Alam) yang

    melibatkan jajaran sepanjang 9.31km sebagaimana

    diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)

    bil.14/2012 bertarikh 18hb April 2012.

    d. Lebuh Raya Pantai Barat (West Coast Expressway)

    Mengemaskini semula pelan guna tanah utama bagi jajaran

    Lebuh Raya Pantai Barat (West Coast Expressway) yang

    melibatkan jajaran yang akan melalui kawasan Bukit Naga,

    Seksyen 36, Shah Alam selaras dengan keputusan Majlis

    Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bil.27/2011 bertarikh 10hb

    Ogos 2011.

    e. Rekabentuk Bandar

    Memberi penekanan yang lebih jelas terhadap reka bentuk

    Bandar dan pusat pentadbiran utama di bandar-bandar

    utama di Shah Alam iaitu Pusat Bandar (Seksyen 14), i-City

    (Seksyen 7), Bukit Jelutong (Seksyen U8), Setia Alam (Seksyen

    U13), Elmina (Seksyen U16), Kwasa Land Sdn. Bhd., (Seksyen

    U4), Kota Kemuning (Seksyen 31) dan Alam Impian (Seksyen

    35) akan diberi penekanan dari segi reka bentuk bandar.

  • R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

    1-6

    Pendahuluan

    f. Integrated Terminal Transportation Hub (ITT)

    Mengenalpasti dan mengekalkan ITT Hub di dalam

    pembangunan Selangor Vision City dan pembangunan

    Elmina West sebagai pusat perniagaan dan terminal

    pengangkutan bersepadu yang akan berfungsi sebagai ITT

    Hub untuk kawasan utara Semenanjung Malaysia dan

    selanjutnya sebagai terminal pengangkutan awam yang

    utama di Shah Alam.

    g. Transit Oriented Development (TOD)

    Mengekalkan pembangunan berasaskan Transit Oriented

    Development (TOD) di sepanjang jajaran MRT Sg. Buloh

    Kajang dan LRT yang telah dirancang.

    h. Zon Gunatanah

    Menyelaras semula zon guna tanah RT MBSA (Pengubahan 1)

    2020 yang tidak selaras dengan syarat nyata tanah.

    i. Potensi Tapak Untuk Pembangunan Masa Hadapan

    Menyelaras semula zon guna tanah berdasarkan potensi

    tapak tersebut untuk pembangunan masa hadapan.

    j. Keserasian Dan Keharmonian Dengan Zon Kawasan

    Sekitar

    Menyelaras dan mengemaskini zon guna tanah supaya lebih

    harmoni.

    k. Ketidakselarasan Dengan Keadaan Semasa Di Tapak.

    Mengemaskini zon guna tanah supaya selaras dengan

    keadaan semasa di tapak.

  • R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

    1-7

    Pendahuluan

    1.4.2 Proses Penyediaan

    RT MBSA( Pengubahan 2) 2020 disediakan mengikut proses

    fast track yang merangkumi program publisiti dan penyertaan

    awam sehinggalah pewartaan. Proses penyediaan adalah

    seperti Rajah 1.3.

    Rajah 1.3 : Proses Penyediaan Pindaan Rancangan Tempatan Secara Fast Track

    Pindaan Mengikut Blok-blok Perancangan terlibat

    Laporan Draf Rancangan Tempatan (Pengubahan)

    Program Publisiti dan Penyertaan Awam DRT Seksyen 13, Akta 172

    Kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri Seksyen 15, Akta 172

    Persetujuan Pihak Berkuasa Negeri Subseksyen 15 (1C)

    Pewartaan Rancangan Tempatan Subseksyen 15 (4), Akta 172

    Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Awam

    Seksyen 14, Akta 172

    Inisiatif dan Usaha Untuk Meminda Sebahagian RT

    Keputusan / Arahan JPN Subseksyen 4(7) dan Seksyen 16, Akta 172

  • R A N C A N G A N T E M P A T A N Majlis Bandaraya Shah Alam (Pengubahan 2) 2020

    1-8

    Pendahuluan

    1.5 KANDUNGAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

    (PENGUBAHAN 2) 2020

    Penyediaan RT MBSA (Pengubahan 2) 2020 telah mengambilkira

    pembangunan kawasan rancangan tempatan secara menyeluruh dan

    terperinci supaya dapat disesuaikan dengan dasar dan strategi Rancangan

    Struktur Negeri Selangor 2020 dan keperluan pembangunan semasa. Peta

    Cadangan dalam RT MBSA (Pengubahan 2) 2020 ini disokong dan dipandu

    dengan penyataan bertulis dan garis panduan pembangunan untuk

    pengawalan dan pelaksanaan pembangunan.

    Seksyen 12 (3) dan (4), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

    menyatakan bahawa :

    Suatu rancangan tempatan hendaklah mengandungi suatu peta dan

    suatu penyataan bertulis dan hendaklah merumuskan, yang mengandungi

    apa-apa perincian yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa perancang

    tempatan mengenai cadangannya bagi memajukan, menggunakan

    tanah, melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal,

    memelihara topografi semula jadi, memperelok lanskap, memelihara dan

    menanam pokok, mengadakan tanah lapang, memelihara dan

    mengindahkan cirri dan rupa bangunan, memperelok sistem komunikasi

    dan mengurus lalu lintas bagi kawasan rancangan tempatan.

    Suatu rancangan tempatan bagi sesuatu kawasan hendaklah

    mengandungi, atau disertakan dengan, gambar rajah, gambaran, dan

    bahan perihalan yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa perancang

    temaptan untuk maksud menjelaskan atau menarangkan cadangan

    dalam rancangan itu, atau yang ditetapkan oleh Jawatankuasa, atau

    dalam apa-apa hal tertentu ditentukan dalam arahan yang diberikan oleh

    Jawatankuasa; dan gambar rajah, gambaran, dan bahan perihalan itu

    hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada rancangan itu.

    Laporan Rancangan Tempatan ini mengandungi dua (2) bahagian seperti

    berikut :

    i. Bahagian I : Mengandungi peta cadangan dan penyataan

    bertulis yang menerangkan secara terperinci

    keseluruhan cadangan RT MBSA (Pengubahan 1)

    2020.

    ii. Bahagian II : Mengandungi perincian berkenaan cadangan-

    cadangan khusus bagi setiap blok perancangan

    kecil termasuk kelas kegunaan tanah dan garis

    panduan .