bahagian c - analisis pppm

Upload: puanyana

Post on 09-Jan-2016

69 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

guru dan cabaran semasa

TRANSCRIPT

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA

MAZUWIN BINTI HASHIM

___________________________________________________________________________________________________________________________________

1. PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahanperubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan memenuhi kehendak negara serta merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan.

Oleh itu, adalah mustahak bagi setiap individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat. Jika hal ini wujud, barulah tuntutantuntutan dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani. Walaubagaimanapun, sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan sebagai satu profesion bergantung pada tanggapan masyarakat. Adalah peranan guru semakin hilang kewibawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek.

Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.

Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam.. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 adalah tentang kementerian yang akan memberi penekanan kepada fasa ini dengan menambah baik sistem dengan mempercepatkan perubahan kaefah pelaksananaan program. Semasa tempoh pelaksanaan ini, perkara yang akan ditumpukan adalah lebih kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem dan meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melaltih pengetua dan guru besar. Malah, akan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding sistem pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat abaf ke21.

Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output). Dengan ini, sumber manusia (modal insan) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan-latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum. Programprogram pembangunan professional sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Menurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Berdasarkan ciriciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, berakauntabiliti dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

Dalam konteks ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan bersungguhsungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 iaitu memartabatkan profesion keguruan antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid. Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM.

2.0DEFINISI TRANSFORMASI

Transformasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) membawa maksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan atau dengan erti kata lain transformasi merupakan satu perubahan daripada keadaan sedia ada kepada satu dimensi lain bertujuan untuk mengubah bentuk sesuatu kepada yang lebih baik bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian (Artikel Pendidikan: Utusan Malaysia). Ringkasnya, transformasi juga lebih mudah difahami sebagai satu bentuk perubahan ke arah kebaikan.

Terdapat pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh tokoh yang berkait rapat dengan istilah transformasi atau perubahan. Istilah perubahan menurut Stoner (1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001) mentakrifkan perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun tidak. Manakala menurut Jaafar Muhammad (1999) perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas menyesuaikan dengan situasi baru.

Antara pendapat lain berkenaan transformasi ialah sebagaimana yang dikemukakan oleh Mumtaz Began dan rakan-rakan (2002) yang melihat perubahan sebagai suatu bentuk peralihan daripada satu dimensi yang dapat diramalkan kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan persekitaran sesuatu masyarakat. Perubahan yang berlaku ini juga mungkin merangkumi pelbagai aspek penting.Transformasi pendidikan negara seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 akan dilaksanakan dalam tiga gelombang. Ia meliputi pelbagai aspek dalam peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia.Gelombang 1 (2013-2015) memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program. Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberi kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.

Pada Gelombang 2 (2016-2020) pula, kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua dan guru besar kepada pakej kerjaya baharu dan penstrukturan semula kementerian. Kurikulum standard sekolah rendah dan menengah yang disemak semula juga akan diperkenal dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.

Manakala pada Gelombang 3 (2012-2025), ia akan memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua dan guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran, dalam usaha membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.3.011 ANJAKAN STRATEGI PELAN PEMBANGUNAN PELAJARAN MALAYSIA (PPPM)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan rangka untuk meletakkan negara Malaysia setara dengan sistem pendidikan terbaik dunia dalam tempoh 13 tahun. Berikut adalah 11 Anjakan Strategi yang perlu di lakukan untuk memastikan perlaksanaan PPPM dapat dilaksanakan dengan jayanya.3.1ANJAKAN 1: MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF KEBANGSAANBagi menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf dunia, ia dapat dicapai dengan menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, Matematik dan Sains dengan taraf antarabangsa. Di samping itu juga, KPM melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KBSM) dan semakan semula kurikulum sekolah rendah (KSSR) pada 2017. Seterusnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan dirombak untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016. Selain itu, KPM berusaha meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020. Sistem pendidikan berkualiti juga dapatdicapai sekiranya umur pendidikan wajib dilanjutkan daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6 tahun, disokong dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagai persediaan untuk pekerjaan. Akhir sekali, meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus.KSSR dan KBSM akan terus dimurnikan selaras dengan dasar yang menekankan bahawa kurikulum kebangsaan perlu menggabungkan amalan terbaik pada peringkat antarabangsa dan diolah dalam satu standard yang dapat membentuk warga Malaysia yang mampu bersaing pada peringkat global.3.2ANJAKAN 2: MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS

Bagi memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, KPM memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan. Seterusnya, memperluaskan program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris. Selain itu, meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris dan menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025.Selaras dengan dasar memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), bahasa Malaysia akan menjadi bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan, termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Manakala SJK akan terus menjadi bahasa pengantar iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Selain itu, menggalakkan ahli akedemik menghasilkan lebih banyak penulisan dalam bahasa Malaysia. Di samping itu institut Tejemahan buku Malaysia turut diperkasa untuk menterjemah lebih banyak kajian antarabangsa dan istilah penting dalam Bahasa Malaysia. Latihan kursus dan kursus juga dalam bahasa Malaysia yang dikendalikan oleh dewan Bahasa dan Pustaka dan universiti tempatan ditambah.

3.3 ANJAKAN 3: MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN PENGHAYATAN NILAI

Bagi melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai, kerajaan juga memperkukuhkan pendidikan Sivik di sekolah dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017. Seterusnya, memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017. Perkara ini dapat dicapai sekiranya perkembangan murid secara holistik dijalankan dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform. Akhir sekali, mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudahkan cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi dapat melahirkan murid yang menghayati nilai.

Sejajar dengan misi untuk melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) dengan jayanya, kita perlu menitikberatkan soal aspek identiti nasional dalam kalangan para pelajar. Mereka perlu tahu sejarah kemerdekaan negara kita dan bangga dengan para pejuang yang telah menumpahkan darah mereka semata mata untuk membela nasib negara pada zaman dahulu. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu berganding bahu agar kita dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai identiti nasional yang tinggi dalam diri mereka supaya dapat mengekalkan perpaduan kaum yang aman dan harmoni seperti sedia ada.3.4 ANJAKAN 4: TRANFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN

Kualiti pendidikan Malaysia dapat dipertingkatkan sekiranya syarat lantikan guru diketatkan mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas. KPM juga berupaya meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. Seterusnya, memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran. Di samping itu, KPM juga melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016 serta meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016. Akhir sekali, budaya kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025 bakal dilaksanakan.Kementerian telah menguji tahap kemahiran 70,000 guru bahasa Inggeris menjelang akhir tahun 2012 menggunakan Cambrige Placement Test (CPT). Guru akan diklasifikasikan mengikut tiga kategori berdasarkan keputusan ujian mereka, iaitu cekap, memerlukan latihan tambahan separuh masa berbentuk imersif lebih setahun untuk mencapai tahap kemahiran, dan memerlukan latihan tambahan separuh masa berbentuk imersif lebih dua tahun untuk mencapai tahap kemahiran. Guru yang tidak mencapai tahap kemahiran akan diberi kursus intensif bahasa inggeris pada tahun 2013. Kursus intensif ini melibatkan lapan minggu program imersi dan lapan minggu kursus pembelajaran kendiri.

3.5ANJAKAN 5: MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DI TEMPAT SETIAP SEKOLAH

Bagi memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempat setiap sekolah, KPM memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua dan guru besar mulai 2013. Seterusnya, melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua dan guru besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid.Tunggak utama sesebuah sekolah ialah Guru Besar, Pengetua dan semua guru. Oleh itu, guru-guru yang cemerlang dan berkualiti perlu sentiasa diberi galakan dan imbuhan seperti kenaikan pangkat dan gaji dalam memastikan mereka bersemangat untuk mendidik anak pelajar mereka. Pihak pentadbiran sekolah juga perlu bijak mengatur takwim persekolah mereka dan pembahagian kerja guru agar para guru tidak tertekan dengan bebanan kerja.3.6ANJAKAN 6: MENGUPAYAKAN JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN

Bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan di Malaysia, KPM mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Antaranya ialah mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014, meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, mulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukan peningkatan prestasi besar serta memastikan 1005 sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak.Kementerian akan menganjakkan tanggungjawab yang melibatkan sekolah kepada JPN dan PPD dan akan melaksanakan peranan yang strategik. Begitu juga, peranan JPN yang akan memberi tumpuan kepada usaha menyokong PPD dalam melaksanakan tanggungjawab baharu dan mengurangkan penlibatan secara terus dengan sekolah.

PPD akan bertindak sebagai barisan hadapan dan menyokong peningkatan prestasi sekolah. PPD akan terlibat secara langsung dengan sekolah secara kerap untuk untuk melatih, membimbing, dan memantau prestasi. Perluasan peranan ini melibatkan;

a) Menetapkan sasaran untuk setiap sekolah.

b) Menyediakan bimbingan untuk guru dan pengetua/guru besar.

c) Memantau dan menggunakan data memaklumkan aktiviti penambahbaikan sekolah.

d) Memastikan pengetua/guru besar dan guru bertanggungjawab terhadap prestasi dan mengadakan diolog prestasi.

e) Mewujudkan kerjasama antara sekolah, contohnya melalui perkongsian amalan terbaik.

f) Menetapkan pemberian sumber kepada sekolah yang paling memerlukan.3.7 ANJAKAN 7: MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIABagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, beberapa cadangan telah dilaksanakan antaranya ialah memperluaskan jaringan 1 Bestari Net dengan cara melengkapkan setiap pelajar dengan kemudahan komputer riba. Hal ini amat penting untuk menghasilkan pelajar yang celik IT malah turut memastikan tiada pelajar yang keciciran dan jauh ketinggalan dalam dunia sekarang yang serba moden dan berteknologi.

Akhir sekali, penyediaan video e-guru turut memainkan peranan besar bagi menjayakan PPPM 2013-2025. Hal ini adalah kerana para guru boleh menjadikannya sebagai rujukan dan tambahan ilmu. Oleh yang demikian, corak pengajaran yang terbaik dapat diberikan kepada pelajar sekaligus turut dapat melahirkan modal insan yang mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam membantu proses pembangunan negara.

3.8 ANJAKAN 8: MENTRANFORMASI KEBOLEHUPAYAAN DAN KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

Bagi mentranformasikan kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian, beberapa langkah diambil dengan mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personal, serta meningkatkan akauntabiliti bagi KPI mulai 2013. Selain itu, sekurangkurangnya 2500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014. Selain itu, KPM sedang memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013. Akhir sekali, KPM juga berusaha memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016.Dalam memastikan PPPM itu berjaya dan mencapai sasaran serta objektifnya, kementerian perlu meningkatkan kualiti persekolahan. Ia meliputi aspek pembelajaran, pendidik, persekitaran, kewangan dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila persekitaran sekolah dan suasana bilik darjah bersifat kondusif dan selesa pasti pelajar akan lebih seronok dalam proses P&P berlangsung. Pelbagai jenis sekolah seperti Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster, Sekolah Wawasan dan sebagainya perlu lebih banyak diwujudkan.

3.9ANJAKAN 9: BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUASBagi mencapai kualiti pendidikan yang terbaik, adalah penting kerjasama erat antara ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Antaranya ialah melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS). Selain itu, KPM juga bertindak mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016. Seterusnya, sebanyak 1000 biasiswa daripada sektor swasta diperuntukkan untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa. Seterusnya, kerajaan juga giat memperluas modal Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan dan NGO yg berpotensi sebagai penganjur.3.10 ANJAKAN 10: MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT

Bagi mencapai keberhasilan dan kemenjadian murid, KPM berusaha memaksimumkan nilai ringgit. Antaranya ialah, mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB). Selain itu, kerajaan berusaha memanfaatkan peluang meningkatkan efisensi, dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.3.11 ANJAKAN 11: MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG

Kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan dengan meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung. KPM giat menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan Insiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013. Seterusnya, KPM turut melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan meklumbalas daripada pihak berkepentingan dan mengambilkira perkembangan persekitarannya.4.0PERANAN GURU DALAM MENGAPLIKASIKAN PPPMMenurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Berdasarkan ciriciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, berakauntabiliti dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

Dalam konteks ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan bersungguhsungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 iaitu memartabatkan profesion keguruan antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid. Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM.Sebagai seorang guru, beberapa langkah boleh di ambil bagi memantapkan profisien perguruan dalam mengaplikasikan PPPM dalam bidang pendidikan bagi melahirkan anak murid yang berketrampilan dan mampu mengatasi halangan dan rintangan pada masa mendatang. Antaranya ialah:

Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang digariskan, Anjakan 3 PPPM di aplikasikan. Guru merupakan tonggak utama ke arah mencapai hasrat tersebut. Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, berkeupayaan memimpin, menguasai dwibahasa, mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh, serta murid yang beridentiti nasional. Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013-2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang. Oleh hal yang demikian, guru perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan kesemua hasrat tersebut. Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti yang dituntut oleh PPPM.

Seterusnya, Anjakan 10 PPPM di aplikasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan mengeluarkan banyak dana seperti i-Think perlu dimanfaatkan secara serius. Hal ini demikian kerana untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT, guru juga perlu melakukan anjakan paradigma, sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan. Sehubungan dengan itu, setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif. Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah, khususnya melalui P&P. Dalam proses tersebut, murid didedahkan pelbagai jenis soalan, termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif.

Dalam era transformasi pendidikan, guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam semua aspek JERIS bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa. Menurut Mok Soon Sang (2007), Profesor Syed Muhammad alAlatas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, terlibat dalam sumbangan, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour 2007). Dalam P&P, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu.

Bagi menjayakan Anjakan 9 PPPM, ia diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan, khususnya untuk memastikan kanak-kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi, guru mampu memainkan peranan. Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing-masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P&P dalam membimbing murid agar menguasai kedua-dua kemahiran tersebut. Walaupun begitu, usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar.

Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka. Kegagalan pihak sekolah dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang berpengetahuan dapat dilahirkan. Bilangan murid yang gemar membaca, masih kurang memuaskan. Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah. Bagi guru yang kurang membaca pula, mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca. Jika guru yang berkenaan berbuat demikian, keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut tidak dapat menghayati kenikmatan membaca.

Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif, iaitu dari tidak suka membaca kepada tabiat gemar membaca. Menurut pandangan Islam, orang yang menjadi guru diberi Allah kelebihan berganda. Hadis Nabi Muhammad (SAW) bermaksud Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi. Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima umum.

Menurut Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan lebih yakin.

Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Dr. Ragbir Kaur ( 2005 ), setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan produktif.

Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan. Kegagalaan menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius. Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P&P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot.

Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina hubungan yang positif antara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah. Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru dan murid terutama di dalam pendidikan sekolah rendah. Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan tepat kepada murid-murid. Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian daripada muridnya. Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih berkesan.

Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid-murid, guru hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka. Guru juga harus menjadi amalan membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah membaca. PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber, ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian kurang menggalakkan.

Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat.

Guru boleh berperanan sebagai mentor di mana peranannya merupakan kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik, guru juga pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat, positif dan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.

PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu.

Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan.

Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi terhadap sesuatu yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. Sesuatu disini bolehlah dikaitkan demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu, guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahirankemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas tindakan.

Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contohnya, permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik P&P.

Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data yang sahih seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakan-rakan sekerja dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini.

PPPM turut mencatatkan bahawa sistem pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan penekanan.

Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying, keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat Malaysia.

Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk mencapai potensi mereka.

5.0RUMUSANKesimpulannya, dalam memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ini mencapai sasaran dan objektivitinya, semua pihak termasuk pihak kementerian, pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa, pelajar dan pihak swasta perlu memainkan peranan masing-masing. Segala usaha kementerian yang berusaha menambah baik sistem pendidikan perlu disokong dan segala kekurangan perlulah sama-sama diberi penambahbaikan seperti pepatah Melayu yang berbunyi "bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".

Oleh yang demikian, semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga bergantung pada pihak lain.

45