bahagian a markah isi tempat kosong dengan jawapan · pdf filetahun : 6 ( ) tarikh : .. / 3 /...

11
Muka surat 1 SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 6 (KERTAS 1) PENILAIAN MAC Masa : 1 jam 15 minit Nama : ………………………………. ( ) Markah : .……………. Tahun : 6 ( ) Tarikh : ….. / 3 / 2016 BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga 16 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. ___________ mohon ampun, tuanku,sembah pekebun tua itu kepada Sultan Mansur Syah. A. Hamba B. Patik C. Beta D. Saya 2. Mak Cik Chiam ___________________ kuih pau untuk dijadikan hidangan minum petang ahli keluarganya. A. menanak B. merebus C. mengukus D. menjerang 3. Barang kemas yang disimpan di dalam peti itu kelihatan berkilau selepas __________. A. digilap B. dicuci C. dibasuh D. diasah

Upload: dotram

Post on 20-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN A markah Isi tempat kosong dengan jawapan · PDF fileTahun : 6 ( ) Tarikh : .. / 3 / 2016 BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga ... Kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Melayu

Muka surat 1

SJK (C) PU SZE

BAHASA MELAYU TAHUN 6

(KERTAS 1)

PENILAIAN MAC

Masa : 1 jam 15 minit

Nama : ………………………………. ( ) Markah : .…………….

Tahun : 6 ( ) Tarikh : ….. / 3 / 2016

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “___________ mohon ampun, tuanku,” sembah pekebun tua itu kepada Sultan

Mansur Syah.

A. Hamba

B. Patik

C. Beta

D. Saya

2. Mak Cik Chiam ___________________ kuih pau untuk dijadikan hidangan minum

petang ahli keluarganya.

A. menanak

B. merebus

C. mengukus

D. menjerang

3. Barang kemas yang disimpan di dalam peti itu kelihatan berkilau selepas __________.

A. digilap

B. dicuci

C. dibasuh

D. diasah

Page 2: BAHAGIAN A markah Isi tempat kosong dengan jawapan · PDF fileTahun : 6 ( ) Tarikh : .. / 3 / 2016 BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga ... Kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Melayu

Muka surat 2

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Hafiz ___________ badannya menggunakan gayung manakala ibunya pula

___________ kain yang telah dicuci.

A. menyiram… memberus

B. menjirus… membilas

C. mencedok… merendam

D. menyimbah… menyental

5. Datuk sangat ___________________ akan cucu-cucunya yang sudah lama tidak

pulang ke kampung.

A. rindu

B. segan

C. hormat

D. gembira

6. Kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Melayu akan diadakan _______________

cuti sekolah nanti.

A. dari

B. pada

C. kepada

D. daripada

7. "Masukkan se __________ garam ke dalam masakan itu," kata Mak Cik Salmah

kepada Jamilah.

A. cuit

B. cubit

C. colet

D. genggam

Page 3: BAHAGIAN A markah Isi tempat kosong dengan jawapan · PDF fileTahun : 6 ( ) Tarikh : .. / 3 / 2016 BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga ... Kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Melayu

Muka surat 3

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Nek Fatimah mengambil tiga ___________ daun pisang di kebunnya untuk

membungkus nasi lemak.

A. potong

B. batang

C. pelepah

D. tandan

9. Walaupun ___________ , Lim tetap mendapat kasih sayang yang sempurna daripada

ibu bapa angkatnya.

A. anak emas

B. anak angkat

C. anak saudara

D. anak kandung

10. Ah Chong yang ___________ itu mudah memahami pelajaran yang diajar oleh

gurunya.

A. tajam akal

B. otak udang

C. otak kering

D. rambang mata

11. Suasana _________________ di dalam kelas Enam Sejahtera itu tiba-tiba senyap

apabila Cikgu Shahril Hakim lalu.

A. huru-hara

B. sorak-sorai

C. kacau-bilau

D. hiruk-pikuk

Page 4: BAHAGIAN A markah Isi tempat kosong dengan jawapan · PDF fileTahun : 6 ( ) Tarikh : .. / 3 / 2016 BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga ... Kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Melayu

Muka surat 4

12. Darvin berusaha untuk mengambil bola yang _______________ di kolam renang itu.

A. terbuai-buai

B. terapung-apung

C. tersangkut-sangkut

D. tergantung-gantung

13. Penduduk Kampung Sentosa telah berusaha mengumpulkan dana bagi ___________

masjid.

A. membesar

B. dibesarkan

C. memperbesar

D. memperbesarkan

Soalan 14 dan 15

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

14. I Saya suka berkawan dengan Natrah kerana budi bahasanya yang halus.

II Dia merasakan dirinya halus kerana selalu sahaja gagal.

III Sungguhpun rumahnya halus namun bersih dan kemas.

IV Kulit mukanya halus walaupun tidak berbedak.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

15. I Pasangan pengantin itu serupa pinang dibelah dua.

II Kita perlu berusaha sehingga dapat berdiri serupa dengan negara maju.

III Abang dan adik serupa sahaja, masing-masing tidak mahu mengalah.

IV Jawapan mereka berdua serupa lalu mereka dituduh meniru.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

16. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Kilang itu mengalami kerugian besar akibat kebakaran pada bulan lepas.

A. Bilakah kebakaran itu berlaku ?

B. Di manakah kebakaran itu berlaku ?

C. Siapakah yang mengalami kerugian itu ?

D. Mengapakah kilang itu mengalami kerugian besar?

Page 5: BAHAGIAN A markah Isi tempat kosong dengan jawapan · PDF fileTahun : 6 ( ) Tarikh : .. / 3 / 2016 BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga ... Kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Melayu

Muka surat 5

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

17. Sejak bilakah kain songket terkenal di Malaysia ?

A. Abad ke-14 C. Abad ke-16

B. Abad ke-15 D. Abad ke-17

18. Di manakah industri songket mulai berkembang pesat ?

A. Johor C. Pahang

B. Melaka D. Kelantan

19. Tenunan songket tergolong dalam

A. industri kecil. C. industri tekstil.

B. industri berat. D. industri songket kraf tangan.

20. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.

A. Bunga atau hiasan di kepala kain ditenun mengikut cita rasa penenun.

B. Kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa selama enam bulan untuk

menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya antara 20 hingga 40 meter.

C. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengnn nama – nama seperti tapak manggis,

pucuk rebung dan lawi ayam.

D. Corak songket tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.

Kain songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama

dengan benang emas atau perak. Songket menggunakan teknik tenunan iaitu benang emas ditenun antara

benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dalam

kalangan bangsawan Melayu.

Kain songket telah terkenal di Malaysia sejak abad ke - 15. Perkataan songket berasal daripada

perkataan „sungkit‟, iaitu teknik menyungkit. Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang

Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan

logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuh

lagi penghasilannya.

Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur

seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain ditenun mengikut cita rasa

penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk

rebung, lawi ayam dan sebagainya.

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil iaitu kemahiran seseorang penenun

mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya antara

20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah beliau tidak

melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya idea itu tercetus

daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.

Page 6: BAHAGIAN A markah Isi tempat kosong dengan jawapan · PDF fileTahun : 6 ( ) Tarikh : .. / 3 / 2016 BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga ... Kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Melayu

Muka surat 6

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

di atau pada dan

untuk kepada ke kerana

Aku , Dian __________ Balqis akan menyertai pertandingan syarahan di SJK(C) Pu Sze.

Kami dibawa _________________ tempat pertandingan oleh guru pengiring kami, iaitu Cikgu

Mikail. Hati kami mula berdebar-debar sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sekolah berkenaan.

Aku melihat semua peserta hebat-hebat belaka. Namun begitu, Cikgu Mikail seperti dapat

membaca fikiran aku. Dia berpesan ____________ kami untuk melakukan yang terbaik.

Menang ____________ kalah itu sememangnya adat dalam pertandingan.

[ 4 markah ]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya :

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Jawapan : Bersawah padi ialah pekerjaan utama kaum Banjar di Kampung Sungai Merbuk.

[ 2 markah ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah

Sultan Bendahara

[ 2 markah ]

Beta mahu

penderhaka itu

dihukum dan diusir

keluar dari Melaka.

Page 7: BAHAGIAN A markah Isi tempat kosong dengan jawapan · PDF fileTahun : 6 ( ) Tarikh : .. / 3 / 2016 BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga ... Kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Melayu

Muka surat 7

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

[ 2 markah ]

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Malaysia ialah negara yang kaya dengan flora dan fauna. Kewujudan flora dan fauna

ini menjadi penyeri alam dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Salah satu pokok

yang unik dan hidup subur di negara kita ialah periuk kera.

Terdapat sekurang-kurangnya 70 spesies periuk kera di Asia Tenggara.

Kebanyakannya tumbuh subur di persekitaran Gunung Kinabalu, Sabah. Pohon ini juga boleh

didapati di Sri Langka, Madagascar, New Guinea dan Australia Utara. Walaupun mempunyai

pelbagai spesies, tetapi fungsinya tetap sama. Cuma saiz dan warnanya sahaja sedikit berbeza.

Keunikan pohon ini ialah ciri-ciri aneh yang dimilikinya berbanding dengan pokok-

pokok lain. Pokok periuk kera mempunyai sebuah kantung seakan-akan trompet yang mampu

memerangkap serangga. Pokok ini akan menjerat serangga yang berjalan di atas

permukaannya dengan sejenis cecair yang melekit. Cecair itu akan menyebabkan serangga

tersebut tergelincir lalu masuk ke dalam mulut periuk kera. Serangga tersebut akan

dihadamkan oleh enzim yang dikeluarkan oleh pohon itu sendiri. Justeru, pokok periuk kera

digolongkan sebagai pokok karnivor.

Kantung yang dimiliki oleh pokok periuk kera sering disangka sebagai bunga kerana

struktur mangkuknya turut menyerupai kuntuman bunga. Kini, telah ada usaha-usaha untuk

mengkomersialkan periuk kera ini.

Page 8: BAHAGIAN A markah Isi tempat kosong dengan jawapan · PDF fileTahun : 6 ( ) Tarikh : .. / 3 / 2016 BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga ... Kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Melayu

Muka surat 8

a. Flora dan fauna bermaksud ______________________________________________

[ 1 markah ]

b. Apakah tumbuhan yang unik dan hidup subur di Malaysia?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan

sebagai contoh.

Malaysia ialah negara yang kaya dengan

flora dan fauna.

Terdapat tujuh puluh spesies periuk kera di

Asia Tenggara.

BETUL

Pokok periuk kera mempunyai pelbagai

fungsi yang berlainan.

SALAH

Pokok periuk kera digolongkan sebagai

pokok omnivor.

[ 2 markah ]

Page 9: BAHAGIAN A markah Isi tempat kosong dengan jawapan · PDF fileTahun : 6 ( ) Tarikh : .. / 3 / 2016 BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga ... Kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Melayu

Muka surat 9

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Perkataan menjamu selera dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

_________________________________________________________________________

[ 1 markah]

b. Di manakah penulis sekeluarga tinggal semasa berada di Kuala Lumpur?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 2 markah]

c. Apakah nilai yang terdapat dalam petikan tersebut?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 2 markah]

Sabtu, 30 Januari 2016

8.00 pagi

Pada tahun ini ayah membawa kami membeli-belah di Kuala Lumpur untuk persiapan

menyambut Tahun Baharu Cina. Kami berasa sangat teruja untuk membeli belah di sana.

10.00 pagi

Kami tiba di Kompleks Beli-belah Sogo. Ibu membeli pakaian dan kasut baharu untuk kami.

Kemudian, ibu membeli beberapa jenis makanan di tingkat bawah.

1.00 petang

Ayah membawa kami sekeluarga menjamu selera di Medan Mara yang terletak di sebelah

Kompleks Pertama. Kami makan di Restoran Kari Kambing Ana. Restoran ini terkenal dengan

masakan kari kambing. Ayah juga membeli sate Kajang yang dijual berhampiran restoran ini.

2.30 petang

Kami sekeluarga mendaftar masuk di Hotel Angkasa yang terletak di sebelah Pudu Sentral.

Bangunan hotel ini sangat besar dan biliknya sungguh selesa.

4.00 petang

Kami pergi ke Pasar Seni untuk membeli-belah. Ibu telah membeli dua helai ceongsam untuk

dirinya dan adik perempuan saya.

8.00 malam

Kami berkunjung pula ke Jalan Petaling. Suasana di Jalan Petaling sungguh sesak dengan

pengunjung. Apabila hari semakin lewat malam, kami pun pulang ke hotel.

Page 10: BAHAGIAN A markah Isi tempat kosong dengan jawapan · PDF fileTahun : 6 ( ) Tarikh : .. / 3 / 2016 BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga ... Kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Melayu

Muka surat 10

d. Pada pendapat anda, mengapakah suasana di Jalan Petaling sungguh sesak dengan

pengunjung?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

[3 markah]

Soalan 25

Baca sajak di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Guru,

Kau ibarat lilin,

Yang menerangi hidup kami,

Tanpamu guru,

Siapalah yang dapat memberi,

Ilmu kepada kami.

Guru,

Jasamu agung bagi kami,

Akan kami kenang sehingga mati,

Kau tidak pernah jemu,

Mendidik dan memberi,

Ilmu penyuluh jalan diri.

Guru,

Jasa dan pergorbananmu,

Tidak akan luput dalam sanubari,

Sehingga akhir kami kenangi,

Bakti jasamu kami sanjungi.

Guru,

Panggilan keramat untukmu,

Akan kekal abadi,

Doa kami panjatkan,

Hanya kesejahteraan guru,

Kami hajati

a. Apakah maksud rangkap pertama sajak di atas?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

[2 markah]

Page 11: BAHAGIAN A markah Isi tempat kosong dengan jawapan · PDF fileTahun : 6 ( ) Tarikh : .. / 3 / 2016 BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga ... Kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Melayu

Muka surat 11

b. Apakah sifat guru yang dapat kamu ketahui dalam rangkap kedua?

_________________________________________________________________________

[1 markah]

c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berdasarkan

sajak tersebut.

Jasa dan pengorbanan guru akan dikenang sampai bila-bila.

Panggilan cikgu akan kekal sepanjang hayat seorang guru.

[1 markah]

Jasa dan pengorbananmu,

Tidak akan luput dalam sanubari

d. Terangkan maksud baris dalam sajak di atas.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

_____SELAMAT MAJU JAYA_____

Disediakan oleh : Puan Julia Bohari

Disemak oleh : Puan Zaidah Muhamed Tandatangan ibu bapa

……………………….